Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label ZURIAT. Show all posts
Showing posts with label ZURIAT. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Siapa Perlu Disalahkan..Anak atau Ibubapanya??

Assalamualaikum…

masih cerita berkaitan dengan hospital..almaklum la berkampung kat hospital sejak sabtu yang lepas…

Sabtu pagi…adik reg. masuk wad 4B Kenanga..dapat katil num 17…ok la tapi boring skit sebab x nampak orang lalu lalang…kalau tahun lepas katil 23 best…leh nampak misi2 yang comey n lawa..doktor yang cantik dan kacak….kali ini katil num 17 nampak sinki, bangunan sebelah n pesakit lain je…

Ok2 shida sebenarnya nak luahkan apa yang shida geram dengan pelawat katil sebelah…(agak2 saudara2 anak menantu cucu mak cik katil sebelah baca tak blog shida nie)

Kejadian nie berlaku petang ahad…masa waktu melawat 4.30 ptg….bila masa melawat ramai la orang kunjung tiba melawat sanak saudara…adik hanya di temani shida dan mak..tetapi yang shida geram di sini cucu mak cik katil sbelah tu…dalam 5 orang kalau tak salah shida…sorang aje perempuan yang lain lelaki…buas nya tak tau nak hbaq…

    • Dok tekan button call emergency terus misi mai tanya n suruh tekan button cancel semula..masa nie si mak baru kelam kabut cari mana 1 button cancel……misi mcm dah bengang la…
    • Main sembunyi plak kat langsir antara tok depa n adik….sampai langgar laci adik…mak suruh adik alih tupperware yang ada makanan sbab takut tumpah..
    • Lari2 dalam wad sekali terkena kerusi yang shida tengah duduk sambil baca surat khabar tak pasal2 kena “aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiish” sponton kluar dari mulut nie..pakcik depan tu gelak je..
    • Masih lagi lari2 dalam wad tersembam depan katil adik….si mak sedaranya leh kata “ biar dia sendiri buat”
    • Naik penuh atas katil kosong
    • Masuk tandas p tarik plak tali help dalam tandas…misi mai lagi kali nie kena sound (petang semalam pun depa wat perangai yang sama…sampai2 saja terus masuk tandas tarik tali tu….)

Mesti ada yang kata biasa budak2..tapi bagi shida kalau mak ayah keluarga yang tak mendidik tak tegur sampai bila anak2 tu tatau nak beza tempat mana yang boleh depa buat bising..main lari sana sini…tapi ini hospital bukan padang mainan…kita kena hormat pesakit2 lain..keselesaan pesakit di sekeliling kita…shida tak dengar sepatah pun family budak2 nie tegur larang budak2 nie supaya dok diam2….

Alhamdulillah…buat masa sekarang anak2 sedara shida yang ada masih tahu hormat tempat mereka berada…mcam tengahari semalam…shida, dik ilah, shahir dan kak niroh berserta anak2 nya (fitri, angah, athirah dan afiq) melawat adik…tak de la anak2 menakan shida nie larik ke sana ke mari…mungkin ya sebab dah besar….tapi macam afiq yang baru 5 tahun tu..bukan dia tau apa kan kecuali kita gtau dia..sebelum melangkah masuk ke wad shida gtau afiq “Afiq, masuk tengok satg ateh tak mau bising2 tau…x mau buas dok elok” alhmdlah afiq faham dan dia duduk je di katil dengan chu dia sambil cerita mcm2 dengan chu nyer..

psssst : mungkin esok shida dah tak jumpa lagi dengan cucu2 mak cik nie sebab semalam mak cik tu dah wat pembedahan..myb dah pindah wad…

p/s : nasihat shida kepada ibu bapa di luar sana tegur dan didik la anak2 anda tentang tingkah laku bila di hospital….sila mmg x boleh situasi mcm di atas berlaku di depan mata shida..mau je shida tegur terus tp nanti apa plak kata mak ayah nyer kan