Coretan Terbaru KakakeciK
Wednesday, December 10, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Jom Memasak : Potato Fritters
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pedia plak potato fritters nie kan…senang cite coq kentang sagat, yang telah menjadi viral di group FB Resepi Ringkas…Dan sememangnya kakakecik gila kentang tak lagi kalau tak cuba buat..Gigih beli kentang dan telur semata-mata nak buat potato fritters nie..
Resepi nya yang seperti mana depa kongsi di group RR :
Bahan-bahan :
- 3 biji ubi kentang
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung gandum
- lada sulah
- daun bawang
- garam secukup rasa
- cabai besar (ini kakakecik sendiri tambah untuk penyeri nya)
Cara-caranya :
- Ubi kentang dikupas kulit dan disagat
- Satukan ubi kentang dan bahan-bahan lain (tepung jagung, tepung gandum, telur, lada sulah, garam, daun bawang). Gaul sebati
- Panaskan minyak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikan dan tunggu hingga masak keperangan.
- Angkat dan toskan.
- Sedap dimakan dengan sos pencicah.
- Goreng dalam minyak panas..
Selamat mencuba
Monday, September 8, 2014
Walimatul Urus ZulFadli & Shahida Nafisa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah seorang lagi sepupu lelaki kakakecik telah selamat diijabkabulkan dengan surihati nya, Shahida Nafisa Mohd Khusaini pada 09 Ogos yang lalu…hampir sebulan sudah mereka melayari alam rumahtangga…Walaupun pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sebelum sah bergelar suami isteri..
Doakan pasangan pengantin baru ini kekal bahagia hingga ke syurga, kehidupan mereka diberkati olehNya dan dilimpahi kasih sayang yang berterusan..
Boleh dikatakan hampir 70%, kakakecik dan keluarga adalah tulang belakang persiapan sebelum majlis nya.. Pelamin, hiasan meja makan, bekas hantaran semuanya kami DIY..kalau ikutkan si pengantin lelaki memang tak nak semua tu…tapi sekali sahaja kan dalam seumur hidup kecuali dia nak kawen lagi..hehe…de pasang niat gitu tak Ali, nak dapat sorang pun susah kan..
Busana Pengantin : NB De Kasih, Kota Sarang Semut (tukar baju di hari final fitting 2 ari sebelum majlis, si pengantin lelaki berkenan baju pepel ini)
Mekap : MUA Adinda Wawa (Wawa Pretty Touch)
Kakakecik sebagai wakil keluarga pengantin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, jiran tetangga dan rakan2 yang tolong sebelum, pada dan selepas kenduri berlangsung...Tak lupa kepada semua tetamu yang datang memeriahkan kenduri..semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan dan yang doakan pasangan pengantin ini kekal bahagia hingga ke syurga serta diberkati olehNya..
Tahniah Ali dan Shida…hujung minggu nie sorang lagi sepupu akan kahwin…sobsobs…
p/s : untuk DIY Pelamin, meja makan, hantaran kakakecik tak janji akan update ke idak sebab sekarang nie mood melayang..tapi jika punya kesempatan in sya Allah kakakecik kongsikan di sini..
