Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Walimatul Urus ZulFadli & Shahida Nafisa

 

IMG_0956

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

IMG_0016

Alhamdulillah seorang lagi sepupu lelaki kakakecik telah selamat diijabkabulkan dengan surihati nya, Shahida Nafisa Mohd Khusaini pada 09 Ogos yang lalu…hampir sebulan sudah mereka melayari alam rumahtangga…Walaupun pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sebelum sah bergelar suami isteri..

IMG_0211

Doakan pasangan pengantin baru ini kekal bahagia hingga ke syurga, kehidupan mereka diberkati olehNya dan dilimpahi kasih sayang yang berterusan..

IMG_0422

IMG_0474

IMG_0449 

Boleh dikatakan hampir 70%, kakakecik dan keluarga adalah tulang belakang persiapan sebelum majlis nya.. Pelamin, hiasan meja makan, bekas hantaran semuanya kami DIY..kalau ikutkan si pengantin lelaki memang tak nak semua tu…tapi sekali sahaja kan dalam seumur hidup kecuali dia nak kawen lagi..hehe…de pasang niat gitu tak Ali, nak dapat sorang pun susah kan..

IMG_0791

IMG_0691 IMG_0806

Busana Pengantin : NB De Kasih, Kota Sarang Semut (tukar baju di hari final fitting 2 ari sebelum majlis, si pengantin lelaki berkenan baju pepel ini)

Mekap : MUA Adinda Wawa (Wawa Pretty Touch)

IMG_0966

IMG_0997

Kakakecik sebagai wakil keluarga pengantin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, jiran tetangga dan rakan2 yang tolong sebelum, pada dan selepas kenduri berlangsung...Tak lupa kepada semua tetamu yang datang memeriahkan kenduri..semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan dan yang doakan pasangan pengantin ini kekal bahagia hingga ke syurga serta diberkati olehNya..

 

Tahniah Ali dan Shida…hujung minggu nie sorang lagi sepupu akan kahwin…sobsobs…

 

p/s : untuk DIY Pelamin, meja makan, hantaran kakakecik tak janji akan update ke idak sebab sekarang nie mood melayang..tapi jika punya kesempatan in sya Allah kakakecik kongsikan di sini..

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Ruzz & Fadil Penyu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 1236981_10201331655607892_1319292860_n

Seorang demi seorang adik2 yang kakakecik kenal dari dunia blogger mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah jodoh dorang dah sampai kan..jodoh kakakecik masih lagi menjadi rahsia Allah. 

Picture 011

7 September lebih kurang jam 9.30 malam rasa nya (selepas Isyak) Fadil telah sah menjadi suami kepada penggemar warna merah Ruzz Ezani. Kakakecik tak kesempatan melihat majlis akadnya sebab masih tercari2 rumah pengantin malam akad berlangsung. Hanya dapat saksi kan Fadil berpelukan sambil menangis si bahu seorang wanita mungkin emaknya. Tetiba kakakecik pun terasa sebak di saat ini…

ruzzpadil

 nikah

nikah ruzz padil

Kepada Ruzz dan Fadil..tahniah untuk kalian, semoga bahagia dan kasih sayang tidak akan pudar hingga ke syurga. Jadi la suami dan isteri yang terbaik antara satu sama lain…

Picture 009

Mintak maaf ye akak tak dapat menghadirkan diri di hari majlis persandingan/perkahwinan korang berdua…Hanya di malam akad nikah sahaja akak dapat hadirkan diri…itupun nasib baik ke KL..eh kalau tak ke KL mungkin akak ada kot Ahad tu..hehe…

1208939_10201331497763946_1505907485_nJangan la gigih mencari kakakecik di dalam gambar reramai tu..kan dah kabo kakakecik tak de hari kenduri..huuuuuh…

1235339_10201331545605142_1350668444_n

KBU’s bersama pengantin…

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….

SELAMAT PENGANTIN BARU RUZZ dan FADIL..

 

pssst : next pasangan blogger mana plak ye yang akan mengikut jejak Ruzz&Fadil. Kiera&Nadh..cinta blogger belaka nie…

Gambar pengantin di hari majlis cilok dari group Blogger Perak…crdt to Reez Foto Cinta

Monday, May 27, 2013

Da Kawen Sepupu-sepupuku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah dalam tempoh dua hari, dua orang sepupu kakakecik selamat menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing-masing. Izzuan selamat menjadi suami kepada Syu pada Jumaat, malam Sabtu dengan sekali lafaz..DSCN4060

DSCN4062

izzuan syu

iwan

Najmeen selamat menjadi isteri kepada Azim pada Sabtu malam Ahad..(Kakakecik tak pergi pun majlis Akad Nikah nya sebab baru sampai balik dr Perak)

DSCN4088

najmeen

DSCN4092

Tahniah kepada mereka dan pasangan semoga masjid yang dibina akan kekal dan berbahagia hingga ke syurga.

 

psst : Najmeen sepupu sebelah ayah..Izzuan plak sepupu sebelah mak…

Wednesday, May 22, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis # Design Ke-2 Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3983

Di minggu-minggu terakhir persiapan majlis, tetiba printer HP laserjet kakakecik buat hal plak..baru dok puji kata xde wat sangat..elok bila nak 100 keping terakhir printer dah tak leh sedut kertas..habis toner dok keluar..Alahai kena pegi repair la..tunggu minggu depan je la hantar repair..

DSCN3984 

So, printer laserjet tak boleh sedut kertas,mau tak mau kena fikirkan alternatif lain. Nasib baik ada printer deskjet canon, extra tank…boleh la print color kan…Apa lagi, guna pakai design pertama yang memula kakakecik plan la..Print out design atas kertas A4 dan pelekat kat paper bag tu..

DSCN4000

Plan awal memang nak buat design macam nie..tapi fikirkan kos kertas dan masa terbuang begitu.Tu yang boleh print out terus atas paper bag macam yang sebelum nie. Nie, dah terdesak sangat 73 keping je lagi paper bag yang tak leh sedut print keluar.Boleh la guna design nie..lawa jugak kan..(pooraah puji hasil kerja sendiri). Dah tak boleh guna design nie untuk deco paper bag sendiri..hehehe..

 

--> D.I.Y Brown Paper Bag #design 1 by kakakecik

 

psst : kos repair printer boleh kot ye claim dengan pengantin dan kerja2 pelekat nie nanti serah kpd Kak Teh adik pengantin lelaki la buat…hehe

Wednesday, May 15, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dalam tempoh tak sampai sebulan je lagi, InsyaAllah majlis akan berlangsung..Bukan je bakal pengantin yang menghitung hari dan riso berdebar, kakakecik yang konon-kononya dikatakan oleh bakal pengantin adalah “WP” majlis nya pun naik riso, mahu nya tak sebelum pilihanraya masing-masing sibuk…persiapan apa pun tak de buat lagi..kalau ada pun hanya 30% sahaja…Tapi, dah tekad dalam hati, selepas je PRU#13 akan bermula la persiapan majlis nya..semoga Allah permudahkan…

 

Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik pergi beli brown paper bag dan barang-barang untuk membuat hantaran. Macam biasa la hasil kerjasama antara kakakecik dan Kak Ja..Dalam masa 1 hari dekorasi bekas hantaran dan siap pun. Beli barang hari Jumaat, pagi Sabtu kakakecik deco bekas hantaran, petang Kak Ja balik dia la gubah bunga. Hasilnya tengok la gambar di bawah..

Picture 227

Erm…tak nampak ye hasil kerja nya…okey okey saja la nak kasi suprise bakal pengantin…blurkan…jenuh dia menilik.. Kakakecik dan Kak Ja hanya mendeco bekas dulang hantaran daripada pihak perempuan masa bertunang dulu. Opps terpaksa black white coz tak nak bakal pengantin perempuan tahu warna nya..jahat tak? alahai tunggu je minggu depan tengok bila dah de depan mata ye…jangan marah syu…

 

#bakal pengantin lelaki jangan riso..semua beres.siap ongkos je ye..hehe

Wednesday, January 30, 2013

Celik Mata Reset Minda : Bakal Pengantin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kakakecik nak kongsi pesanan Prof. Dr Muhaya Muhamad pasal bab2 perkahwinan nie di slot Islam Itu Indah IkimFM pagi tadi : Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin  (kakakecik sendiri pun dengar separuh je itu pun setelah nampak Kak Ummi Zaihadi post di status Fb nya.





"Sesiapa yang memudahkan majlis walimah...Allah sayang, hidupnya akan dipermudahkan.."

"Semakin tinggi hantaran wanita, semakin rendah martabat dia..semakin rendah hantaran wanita, semakin tinggi martabat dia"




Bagi sesiapa yang terlepas untuk mendengar pesanan Prof Dr Muhaya...boleh ke SINI untuk mendengar nya sendiri dan pikir2 kan la...


psst: terdapat seorang sahabat kakakecik dan jugak kakak nya  perkahwinan mereka dua beradik tiada wang hantaran daripada pihak lelaki kerana si ayah nya telah berkata sekiranya hidup mereka sudah sempurna, rezeki lebih..apabila kedua-dua anak perempuan nya berkahwin pihak lelaki tidak perlu memberi wang hantaran kepada anak2 nya..alhamdulillah.


p/s : serendah2 mahar seorang wanita itu, maka makin  tinggi martabatnya..hantaran hanya sebagai hadiah daripada suami kepada isteri nya