Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, January 23, 2011

RaHsia DisEbaLiK biBiR WaNiTa



Bibir wanita memang penuh tarikan...
namun di sebalik keindahan yang dipaparkan....
terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya...

BIBIR SEGAR DAN KEMERAHAN
  • wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri
  • sifat : terbuka, manja dan periang
  • ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan
  • mampu memberikan keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadi sebagai wanita
  • wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan
  • akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaki dan tidak tahu memanjakannya
  • biasanya, mempunyai raut wajah yang menarik selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki

BIBIR YANG MUNGIL
  • mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki
  • mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja
  • suka didampingi dan dibelai oleh pasangan
  • suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan
  • lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya
  • mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya
  • tetapi wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab
  • suka beleter dan merungut jika tidak mendapat apa yang diingininya

BIBIR YANG NIPIS
  • tipis bukan bererti nipis!
  • banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar
  • suka melakukan sesuatu dengan cara nya sendiri tanpa memperdulikan apa kata orang lain
  • pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya
  • mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya
  • bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya
BIBIR YANG TEBAL
  • dikatakan mempunyai nafsu yang kuat
  • sukakan kemesraan dan kehangatan
  • bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks
  • mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mecemuh dan memalukan di khalayak ramai
  • tidak suka sikap yang berpura-pura
  • jika diamanahkan kepada nya suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat
  • bagaimanapun, jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya
  • begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama
  • bersikap pemboros
  • tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak
  • bersikap queen control
BIBIR YANG BIRU (PUCAT)
  • tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahaya kelihatan kebiruan, biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan
  • kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya
  • cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya

BIBIR SENTIASA TERBUKA
  • mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks
  • dalam soal kerja atau tanggungjawab,mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan
  • ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya
  • optimis dan bermatlamat
  • mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya
  • tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajati dalam perhubungan
  • pandai memanfaatkan keistimewaan diri
pssst : yang mana 1 bibir kita erk...diam2 bila dah baca tu pegi tgok kat cermin...adakah bibir segar & kemerahan, bibir mungil bibir tipis, bibir tebal, pucat or sentiasa terbuka...rahsia kita tau

8 comments:

Yulia Fajrin said... [Reply]

tak tau la pula yang mana satu..hahahaaha..:DD

Qaseh Dalia said... [Reply]

dalia bibir pe ek..nak kata mungil tak haha..diam2

Sunah Sakura said... [Reply]

saya...saya...saya bibir....hehe~

Cik Pah said... [Reply]

bibir ku camne erk ? hemm..tapi nak macam angelina jolie.. cekci

aDisH.sHidA said... [Reply]

diriku : eleh2 malu2 plak...ok2 bg sapa2 tgok bbr drku...shda nak tgok dah tutup :)

aDisH.sHidA said... [Reply]

qaseh : bibir mu yang comey menawan :)

aDisH.sHidA said... [Reply]

sunah....ok2 diam2 meh gtau akak bisik2 ok

aDisH.sHidA said... [Reply]

cik pah : td shda hampir2 salah org..egtkan kawan lama shda cik pah nie...sebab bibir kawan shda yg bernama cik pah ala2 AJ :)