7 hari mencintaiku…shida mengambil masa 3malam 1 hari untuk habiskan 1050 mukasurat…ini lah novel pertama yang pernah shida baca setebal 1050ms…bukan shida beli tapi ada seorang rakan akak yang baik hati sudi bagi shida pinjam…bagi shida novel nie memang best..bila shida baca tu sampai ke lubuk hati ini..nak nangis, geram, suka, semua ada la…tak rugi kalau sapa2 nak beli tu…(beli dek nasz jangan tak beli RM 32.90 sahaja)
Novel yang memaparkan kehidupan sepasang suami isteri Khuzairi dan Mia Adriana…yang dinikahkan secara ketidakrelaan Mia Adriana apabila tunang (Khalil sepupunya sendiri) tidak hadir pada hari pernikahan..Megat Idrus (papa mia adriana) merayu kepada Khuzairi supaya menikahi anak perempuan tunggal nya dan menjaga sebaik mungkin..Alhmdlah Khuzairi seorang yang tabah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada M.A walau bermacam2 maki hamun dilemparkan kepada dirinya. Emak tiri Khuzairi (Mak Leha) tidak dapat menerima M.A kerana dendam dan amarah kepada Mama M.A…tetapi akhirnya sebuah…………………….(sila baca la ye tak kan nak cerita ending nya di sini)
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "
Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
sinopsis 7hari mencintaimu….
pssst: Kalau dak comey dah baca Cucur bawang dan Kopi O…shida baru nak baca…egt nak pinjam dari Anith…harap2 dia dah habis baca…
16 comments:
kira ina baca cepat sikit la dari akak..=p ina 716m/s ambik masa tak sampai sehari..keh3 sbb semalam tak tido..lalalala
@~..Lesung Batu..~ akak 2 malam awal tu baca dlm 2 jam je..ngantok..tp khamis malam jumaat akak baca sampai pukul 2pagi...jumaat nye start baca dr pukul 8pagi sampai pukul 1ptg...tgl dlm 200ms mak ajak g kenduri...tensen....tp habiskan ari jumaat tu jugak
lama saya tak baca novel..esok nak pi beli la.apa ye novel terkini?
kak ! kak patut beli novel Andai Itu Takdirnya. novelis dia pun Siti Rosmizah. siyes kak, nanges2 dibuatnya..
# baru lepas baca novel. nanges woo. hihi
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
shida tatau sgt perkembagan novel nie..tp novel nie best jugak
@Muhd Fadil
woooooooooooooooow fadil nanges....ish ish...bio betul...
andai itu takdirnya mcm dah baca..
mai sini akak nak pinjam novel tu bleh
waaa... dh baca juga novel nie.. shari lbh je... hehehehe
wah!!! nak kena cari nie... hehehe
ni yg rs nk baca gak ni... sume kata best...
nanti nak pinjam kat sepupu lah novel nie...mcam best je he3
ooo shida pun kaki novel ..
sama la, kak Es pun suka baca novel gak :)
@ecahkalau betul2 tumpu mmg sehari semalam leh habis nie...tp shida stop2 2 malam pertama tu...
@.::.MY.s.e.l.f.::.
cepat cepat g cari...nanti habis
@athirah
hehehe....cepat g cari dan balik baca sehari semalam x payah buat apa
@izyantyPersonalTaste best...g pinjam sebelum org lain pinjam
@bersama kak Es
a;a kak es shida nie kaki novel...mak selalu marah gak sebab dok layan novel tp lama2 mak paham
Post a Comment