Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, August 11, 2011

Boros, Tamak dan Bazir Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum………

Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa di tahun 1432H dan masih belum terlambat untuk kita semua menghayati kelebihan yang ada di bulan Ramadhan ini.. Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan dan ia juga bulan di mana Allah SWT menurunakn kitab suci Al-Quran kepada Rasulullah SAW sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia.

Namun, dalam melaksanakan ibadat puasa ini ada di antara kita terlupa mengenai satu tabiat buruk yang mampu menipiskan amalan serta iman seseorang. Tabiat buruk tersebut adalah sifat tamak dan boros dalam berbelanja yang kemudian nya akan menyebabkan pembaziran yang sememangnya dibenci oleh Allah SWT. Oleh kerana nafsu, ramai di antara kita sanggup boros berbelanja bagi membeli bermacam-macam aneka juadah untuk berbuka terutama apabila membeli di bazar ramadhan..

Apabila dah beli banyak sangat bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsi, sebaliknya untuk diBAZIRkan..sekali lagi melanggar sunnah Rasulullah SAW yang mana menganjurkan “makan sewaktu lapar, dan berhenti sebelum kenyang”

Sifat tamak bukan sahaja membawa kepada pembaziran malah menyebabkan seseorang itu keberatan untuk melaksanakan ibadat. Sebagai peringatan kepada manusia mengenai sifat ini, Allah SWT berfirman, bahawasanya :

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula sememangnya ingkar kepada tuhannya:

(Al-Isra, ayat 27)

Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, Allah SWT tidak menyukai hamba-Nya melakukan pembaziran berikutan ia satu sifat syaitan yang dilaknati-Nya dan kadangkala oleh kerana terlalu gembira untuk berbuka, umat Islam tidak menyedari mereka melanggari etika murni yang ditetapka Islam iaitu berpada-pada dalam perbelanjaan.

Berdasarkan ayat tersebut juga, boros dan membazir adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan. Sebagai umat Islam berbuka puasa sememangnya diwajibkan tapi jangan ia digunakan sebagai peluang melepaskan geram selepas seharian puasa.

 

psttt : kalau agak kata nak membazir tu….hantar la ke surau berdekatan atau bersedekah kepada jiran kiri kanan..dapat juga pahala bersedekah

0 comments: