Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, February 16, 2012

MANDI BUNGA…Perlu Ke?

 

Assalamualaikum……

 

MANDI BUNGA…pernah tak korang mandi bunga? Perlu ke mandi bunga untuk seseorang terutama anak gadis / dara  / wanita yang akan mendiri rumahtangga… Selalunya bagi perempuan yang lambat berkahwin, usia makin meningkat…ada saja suara di luar sana mengesyorkan supaya mandi bunga…bukan saja mengesyorkan….malahan kadang-kadang masih ramai orang tua-tua yang memaksa anak dara untuk mandi bunga.

 

Kenapa yer masyarakat kita masih terikat dengan mandi bunga? Apa keistimewaan, kelebihan mandi bunga ini ?

 

Ada pendapat yang mengatakan mandi bunga untuk menaik kan seri wajah, oooh kalau macam tu bila dah mandi bunga…muka kita nie akan berseri-seri la yer orang pandang…ramai la yang berkenan dan akan masuk meminang..macam tu pun boleh erk?  Tapi pasal untuk membuang sial, mengurangkan dan merawat penyakit berpunca daripada sihir dan makhlus halus macam mana pula…sapa nak jawab tu…

 

Persoalannya ?

Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

-Sumber

Sebenarnya mandi bunga nie adalah untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan jampi serapah yang tidak difahami, maka ia adalah dilarang sama sekali kerana boleh membawa kepada unsur syirik yang merosakkan akidah.Sekiranya mandi bunga dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Qur'an, maka ia adalah diharuskan.

 

Antara jenis bunga yang biasa digunakan :

  • Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
  • Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
  • Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
  • Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
  • Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
  • Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
  • Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
  • Limau susu - melembutkan kulit.

pssssst : mandi bunga di malam / hari Selasa…

3 comments:

Elly Jade said... [Reply]

amalkan utk kesihatan pun da cukup
takut jadi khuraat...
thanx kakakecik
pnjg btl explanation dia.hehe

wallahua'lam said... [Reply]

as salam..
alhamdulillah..
mandi bunga taik ayam juga bagus?
maaf la kak. gurau2 je

:p

Kira Sakura said... [Reply]

tercari2..

bunga sakura xda lak disenaraikan..hihihihi