Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Baucer BR1M, Tunai RM250

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dua puluh tiga haribulan dua tahun dua ribu tiga belas, hari Sabtu yang lepas kakakecik pergi ambil BR1M 2.0 kat Pejabat Khidmat ADUN Sg Tiang..kena pergi antara jam 9 pagi hingga 12 tghri..so kakakecik tak nak pergi awal tak nak pergi lewat..nak tengah2 aje..plan nak pergi dalam pukul 10 pagi macam tu.. Sekali, dua orang anak abang bermalam di rumah..tido dengan ateh nya..(lasak jugak si Alya dan Safiyyah tido) terpaksa la lewat skit..nak tunggu dorang bangun siap lagi…dalam pukul 10.40 pagi baru gerak daripada rumah..Sebelum tu hantarkan dorang dulu..janji dengan Kak Tie jumpa di jalan nak masuk kampung..malas nak hantar sampai rumah dorang..nanti kena patah balik..dah lewat nie..hehe..

 

Pukul 11 lebih skit baru sampai kat Pejabat Khidmat ADUN Sg Tiang di Felda Sg Tiang tu…pergi plak sorang-sorang..alamak bukan ingat sangat lorong mana nak pergi pejabat YB nie..sebab pergi sebelum nie dengan abang ipar…aaaaah hentam je la..sekali memang terlepas lorong….terlajak nak bagi signal belok masuk bahaya..pandai2 la shida ko cari lorong yang mana agak boleh tembus ke pjbt YB…

 

Alhamdulillah jumpa pun….erm, banyak lagi kereta yang ada nie…mesti ramai lagi orang..opps nasib baik ada parking yang terdekat..jalan tak sampai 100 langkah pun dah sampai…pekarangan pejabat YB ada khemah…yang mana dorang asingkan setiap khemah ikut nombor giliran seperti dalam surat jemputan…Sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi..bahagian nombor kakakecik tak de orang langsung…terus je kakakecik ke kaunter tu..bagi surat, ic semua..dorang bagi baucer..tandatangan di belakang nya..siap…(kesian yang lain kena beratur panjang)

DSCN2534

Ingatkan terus dapat duit..sekali kena beratur plak…ambik duit dalam pejabat..pihak CIMB Bank Pendang sediakan terus kaunter penukaran baucer…kalau tak silap kakakecik ada 6 lorong…3 lelaki 3 perempuan..kakakecik ambik ujung sekali malas nak dok tengah2 panas2 nie macam bau ada nanti…


Sambil beratur sms dengan sesorang nie..dia dah ambik BR1M sebelum kakakecik lagi..so tak terasa sangat la kena beratur yang tak lama mana tu…sampaikan abang RELA tegur..cekap nya dia taip sms..hahaha.ye la mata tengok ke lain.jari tekan keypad..ala biasa la hp cikai bukan touch screen..hehe…

DSCN2537Alhamdulillah dalam masa 20 minit semua nya selesai…dapat pun RM250.00 tunaaaaaaaaaaaaaai…dah dapat tunggu apa lagi balik je la…hehehe…

 

p/s : bersyukur la dengan apa yang diperoleh jangan dipertikaikan…ambil dan bersyukur..guna sebaik2 nya…

Wednesday, February 20, 2013

BR1M 2.0

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Malam nie tetiba line wifi skmm 1 malaysia kat kampung lancar laju plak…apa lagi online la..benda dah ada..free plak kan..rugi tak guna walau ada keje nak kena buat..okey okey tak mau nak cerita pasal wifi 1malaysia tu

Alhamdulillah..malam tadi elok sampai umah je selepas meet up dengan adik2 kbu di SP dan kena tahan dengan adik polis mintak lesen..(ada ke patut dia kata kakakecik takde lesen,bukan tak de lesen dek tapi tatau dok celah mana jarang polis mintak lesen nie almaklum la keta PHS tu selalu masuk balai)..ah melalut plak…sambung balik apa terjadi elok sampai umah selepas balik SP…sambil bergayut telefon dengan Aima..terpandang kat peti surat kat depan umah ada sampul surat putih terselit…

Dengan tangan kiri pegang barang tangan kanan mesti la ambik sampul surat tu kan…telefon pegang tangan mana..alahai macam korang tak pernah buat..selit kat bahu je la…riso gak telefon tu jatuh…time nak ambik surat tu dah agak nie mesti surat BR1M…

Yaaaaaaaa..memang betul pun sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA BR1M 2.0, alamak lulus ke tak permohonan kakakecik nie…tak sabar jugak la nak membuka nak tau apa isi dalam nya
DSCN2470
Jeng jeng….kasi suspen skit..ye la kalau dapat de rezeki kakakecik nak beli teeeeeeeet..
DSCN2478
Alhamdulillah…permohonan BR1M kakakecik diluluskan..23hb (besday dik ilah)Sabtu nie boleh buat tuntutan di Pusat Khidmat Adun Sg Tiang..rezeki Rm250.00..apa pun tunggu Sabtu nie ramai ke orang time tu..jenuh beratur la…

Eh..korang dah dapat ke…mesti dah ada yang dapat,ntah2 dah habis pe guna.. Apapun terima kasih kerajaan Malaysia..harap ada la lagi BR1M nie untuk rakyat2 nya

p/s ; kakakecik jangan lupa bawak Kad Pengenalan Asal, Surat Kelulusan BR1M dan slip jemputan nanti tak pasal2 tak dapat kot RM250.00