Assalamualaikum…..
Ini adalah kali pertama shida nak cerita pasal cite JUVANA…. malam td JUVANA Episod 11…telah membuatkan shida menangis…shida sebak dan tertiba air mata mengalir…shida cuba tahan tapi tak mampu…ini semua berlaku semasa di part2 akhir..semasa KEDAH (Fimie) bersalaman dengan kekawan yang lain bila dia dibebaskan….terutama masa salam dengan BOTAK….dan BOTAK pesan kepada KEDAH ingat pesanannya…Pesanan apa…JANGAN DATANG SINI LAGI..maksudnya BOTAK tak nak KEDAH kembali menghuni RUMAH WIRA BAKTI….
Episod 11 memang memberi kesan yang mendalam kepada diri shida…kepada penonton lain shida tak pasti…KEMAAFAN amat penting dalam kehidupan kita..KEDAH memaafkan BOTAK walau BOTAK hampir2 nak membunuh KEDAH….begitu juga DAIM memaafi KEDAH dan menasihati kekawan lain memaafkan BOTAK….
Minggu depan…..apa yang berlaku….tapi yang pasti KEDAH dah tiada…mesti rindu dengan KEDAH…..
pssssssssssst : malu sangat2 malam tadi sebab tengok dengan family….mak, adik, kak ja, abg din semua tengok cheq nangis..huhuhu…lepas habis juvana nak cover terus g dapur makan nasi…