Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label aisya myrza. Show all posts
Showing posts with label aisya myrza. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Bila Aisya Shopping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tetiba arini nak cerita skit la pasal anak la…bukan anak sendiri, tapi anak buah kakakecik nie..ye la nak cerita pasal anak cerita camne dah tak de lagi..orang yang dah kawen n ada anak seronok je cerita kisah anak2 mereka..Jeles tau…tu yang nak cerita pasal Aisya, Anak buah yang agak rapat dengan Ateh nya…mau tak rapat dah pergi sana sini selalu bersama dengan nya…ye la da kakakecik nak pergi mana pun ajak ibu dan ayah nya…kalau ayah tak pergi..ibu nya, mesti dia ikut..Kadang kala ibu tak ikut pun dia ikut je sampai ke Perak sana dia ikut Ateh nya…Bukan nak cerita pasal dia suka mengekor ke sana ke mari tapi nie perangai Aisya nie bila shopping yang mengalahkan anak/mak dara.

 

Okey, kalau minggu lepas shopping baju raya di Kulim..puas juga la nak pujuk dia nak suruh terima warna yang kita nak. Sampaikan nak suruh cuba saiz baju warna tu pun tak mau..Dia nak pilih sendiri warna dan design baju nya. Bila dapat yang dia berkenan okey la..baju dah selesai..dia nak tudung plak..Tudung nak kena bagi match dengan baju..kalau tak, tak mau..Bila adik kedai tu tunjuk tudung budak, selamba je dia kata..kecik..tapi dia cuba gak pakai…dia kata tak mau tudung nie kecik..dia nak yang besar skit..terus terduduk tunduk malu adik kedai tu..sebab dia pun pakai tudung awning saiz S je..Adik kedai tu kata dengan Aisya…”dik, kak pun pakai tudung saiz S je” (sambil dia tarik2 kan tudung nya) hahahaha kan dah termalu dengan aisya…memang Aisya nie dia akan kata je ikut mulut dia..budak2 kan..tapi betul la tudung tu kecik…bila tak de tudung yang sesuai dengan nya..merajuk la sekejap..Pujuk pujuk akhirnya dia cool semula..

 aisya

Semalam, dah alang-alang pergi Mydin beli barang keperluan rumah, terus ke Pekan Alor Setar untuk beli baju raya mak dan tudung. Tempat tuju kami Emporium sebelah Pekan Rabu..kat situ ada banyak tudung dan baju-baju ready made. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, memilih try tudung untuk Aisya..dia dah bagitau dia nak yang 3 layer…ambooi demand bukan main lagi…last2 dapat yang 2 layer je…hahaha..harga mahal la jugak dah nak sama harga tudung bawal Ateh eh…Bila dia dapat je tudung cepat2 ajak balik katanya “kecian ayah dok jaga adik Auni dah lama” huhu, tak sempat tok dia nak try baju. Sabar la kalau shopping dengan dia…jangan sangka budak umur 4 tahun macam dia tatau nak pilih…

 

Tu belum masuk bab seluar jeans lagi..kalau jeans tak nak warna lain..nak warna biru je..kakakecik tau pun kes temankan Abang Mie shopping tahun lepas sebab Kak Ja dalam pantang..Tshirt pun dia nak yang berlengan panjang..tak nak yang berlengan pendek..Bagus la kan kecik2 Aisya dah pandai pilih sendiri dan tau nak menutup aurat nya…Mungkin ini disebabkan faktor didikan di tadika, yang mana uniform tadika nya adalah baju muslimah dan bertudung.. :)

aisya myrza

 

psssst :Ibu dia kata, nanti ibu tak mau bawak Aisya shopping sebab sebab Aisya dah dapat pun baju dan tudung

Sunday, September 30, 2012

Aisya..

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Aisya..ecah..ca’ca..itu la panggilan bagi Aisya Myrza…si anak dara yang berambut cantik..bermata bulat…mulut macam bertih..ada je dia buat itu ini tak boleh duduk dia kejap pun…diam pun time tido je kot…kalau nak tido mesti kena ada tuala biru tu..xnak tuala lain…(tuala diwarisi oleh  ateh)..hanya 1 bucu ujung tuala tu je dia akan gentel2 dan letak kot ikut dia…sabar je la…

Dia tak boleh tengok orang buat apa..dia akan tanya…contoh kalau si ateh nya tengah buat kek..ayat dia akan kuar macam nie “Ateh, ateh buat apa tu” dan kalau kita tengok dia, dia akan tanya “awat ateh” huhuhu..kalau ateh nya nak pergi kerja..cepat2 je kuar dari bilik dan akan tanya..”Ateh nak mana..”bila jawab nak p kerja..”ateh kerja di kedai kan” sabar je la dengan ecah nie…kalau dia x sempat sapa kita..dia akan tengok dari pintu utama umah..terpaksa la ateh nie turun kan tingkap dan lambai2 tangan sambil tu say babai aisya…

Malam tadi..tengah ateh nya ralit tengok TV..tetiba dia mai dengan lari2 anak..”ATEEEEEEEEEEEEEEHH, ECAH BUAK KOPIII..”
DSCN9862
Ecah buat kopi…bijak nya anak buah ateh nie..opps KOPI tu adalah TOPI…sebenarnta ecah xboleh sebut K dan T..dia akan sebut terbalik…K akan T dan T akan jadi K…kalau jumpa ecah try tanya dia..FROG apa…KAKAK…hehehhe..KAKAK FROG…ooh ecah katak erk…
 aisya
Memang cerdik aisya nie..dia kuat imiginasi nya…dia ambik kotak corak mickey mouse (maybe kotak baju adik auni nie) dikoyak nya bahagian atas dan dibuat TOPI...bijak bijak..kreatif aisya nie...yang biasa la kan budak2 umur baya dia memang macam nie…tatau nak gambar camne sunyi nya umah kalau aisya dah balik umah taman…huhu..mesti ateh bosan kan..xde kawan nak gaduh…ecah pujuk la ibu n ayah dok umah tok mah je…
aisya2
Ini pose untuk Acu….acu…ecah rindu kat chu…sampaikan di ambik nya remote TV dia buat telefon konon dok cakap telepon dengan chu dia….dia memang manja dengan chu..kalau tak..tak nangis la chu time nak g UKM sebulan yang lalu…huhuhu

Thursday, December 8, 2011

Biarlah Semalam Yang TerAKHIR…..

Assalamualaikum…

Shida berharap cukup lah setakat semalam adalah yang terakhir…mungkin tiada lagi apa yang berlaku semalam akan berulang lagi…TIDAK MUNGKIN akan dilakukan untuk seterusnya… Bukan tidak mahu diberi peluang tetapi shida tidak mahu memaksa diri…

Mintak Maaf Wahai,

 

 

 

 

 

 

 

Buaian Tinggi

Apa jua permainan di Fun Fair

 

Hahahahahha…kantoi shida takut gayat…

IMG_1241 Masih boleh pose lagi…masa nie tengah tunggu giliran aisya n aiman nak naik heli

 

IMG_1229 aisya jadi pilot

 

Semalam shida pergi fun fair di Stdm Alor Setar….saja menggatal ikut abg mie dan kak ja bawak aiman dan aisya…Sampai sana..memang shida tak nak main apa pun…tapi mulut dok sebut nak main kereta langgar…ajak adik dia tak main…dia takut terpelanting kuar…Adik dan aisya nak naik buaian tinggi….demmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmn…aduuuuuuuuuuuuuuuuus awal2 lagi shida tak nak..tetapi rasa tercabar jugak tengok orang lain duduk tinggi di atas kepala nie…

 

Akhirnya..shida dan adik naik la benda alah buaian nie….si aisya pun nak jugak…masa orang yang jaga token tanya “boleh ke ni” tuju kepada si aisya….okey je shida dan adik menjawab…

IMG_1282 Peace……bergaya bukan main…tunggu naik atas nanti baru tau peace ke pecah kerongkong

IMG_1292

oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak…gayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat weiiiii…aisya siap nangis lagi….si ateh nie plak berdoa n mengucap je….takuuuut la…..kak ja kata x dengar sora orang lain dah kat atas tu…hahahhaa…biar la….baru puas……turun je dari buaian tu…dah pening kepala…nak termuntah semua ada…cepat2 kuar dari tapak fun fair g cari air dan asam….x masuk dah lepas tu….Apa pun malam tadi adalah yang terakhir shida nak main/ naik benda gayat2 macam nie…bagi la upah banyak mana pun tak sanggup nak gadai nyawa lagi

 

psssst : terpikir macam mana la dorang yang rocket tungging kepala tu…cukup la naik kat genting dulu….dah x mau lagi…

Thursday, November 17, 2011

Kepulanganku disambut……bagaikan anak sendiri

Assalamualaikum…

 

Bahagia dan hilang rasa penat bekerja duduk seharian di atas kerusi apabila diri kakakecik nie pulang dari kerja…sampai rumah…si dia suruh muncul di depan pintu…memang dia kenal bunyi kereta kakakecik…bila nampak kakakecik buka pintu kereta…tak nampak muka lagi pun dah dengar-dengar dia menjerit panggil kakakecik…ATEH ATEH ATEH ATEH…selagi si Ateh tak menyahut sampai ke sudah dia panggil ATeh dan ada je benda dia nak bagitau…

 

Sememangnya macam anak sendiri menanti dan menyambut kepulangan ibunya baru pulang dari kerja…patut la orang kata…walau penat letih macam mana pun…bila balik rumah… nampak muka anak dan si anak mintak dimanja suruh main sama-sama dengannya hilang penat yang seharian kita mengeluh…

aisyamyrza

Aisya yang setiap hari menunggu kepulangan atehnya

Kakakecik hanya tumpang kasih sayang anak saudara aje la…itu pun nasib baik la kakak kakakecik tinggal sementara kat umah mak sebab rumah dorang tengah renovate….tatau la cmne rasa sunyi nya bila rumah dorang siap nanti…dah tak de lagi anak yang sambut kakakecik bila balik kerja…tak de lagi si budak comot untuk kakakecik mengacau sampai dia marah-marah mengamuk dengan kakakecik…

 

pssst : walaupun kadang kala geram dengan perangai nya tetapi dia menceriakan kehidupan kami sekeluarga…ateh cayang ecah

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 1432 # 22

Assalamualaikum…

Buat kali pertama nya entry Ramadhan 1432 tidak menceritakan bab juadah berbuka…mesti korang rasa pelik kan kenapa plak tak de cerita atau gambo juadah berbuka….sebab nya shida dah malas masak..sokmo balik keja lewat…pastu mak plak ulang tayang juadah2 yang sebelum2 ini..

 

Kali nie shida nak kongsi pasal shopping raya…eh eh bukan shopping baju raya ke..kasut raya ke apa benda…tapi shida shopping bahan untuk buat kuih raya..itu pun setelah kena bebel dengan abg ipar yang sorang tu…dok tanya bila nak wat kuih raya..nak buat apa barang pun tak beli lagi….tup tup abg iparku sorang tu ajak pergi beli malam tu jugak…dengan bermalas-malasan shida siap la ala kadar….dengan hujan2 nie malas jugak nak kuar dari bilik…dok nampak tilam n bantal sahaja..tapi bila di pikir2 bila plak nak pergi beli nya..sementara ada orang offer nak jadi driver dan bagi duit beli barang..baik ON cepat-cepat kan..

 

Kami shopping bahan kuih raya kat giant alor star…konon boleh la cari emplex untuk buat almond london….waaaah mcm la banyak barang2 yang ada kat giant tu…..banyak la sangat kan…

giant

aiman aisya ceeeeeeeer tengok penuh kan troli ni tapi bukan penuh dengan barang2 yang dibeli tapi penuh dengan 2 orang budak…

 

Apa pun shida memang x puas hati shopping di giant….tak de apa sangat yang boleh shida beli…tensen je…lagi pun shida biasa shopping kat tesco…last2 kuar kul 10.30mlm dr giant konon nak p tesco mergong sekali dah tutup….apa lagi ronda2 kat uptown kat luar saja la….sampai tengah malam jugak kot mencari baju raya aiman dan aisya….waaaaaaaaaaah baju raya aisya ada manik2 batu2 lagi..bergaya sakan la budak tecik tu…

 

Sekali shida beli barang2 yang tak de d giant kat kedai borong din depan tesco mergong je…haaaa puas hati lagi banyak barang2 di kedai din borong banding dengan giant….tapi kat din borong kena bayar sendiri la…xde sponsor dah…uwaaaaaaaaaa

Thursday, July 28, 2011

Aisya Myrza Sokong Harimau Malaya

Malam nie…pukul 8.45 malam.. Stadium Nasional Bukit Jalil akan bergemerlapan dengan cahaya dan lautan manusia untuk menyokong Skuad Harimau Malaya.

Tapi Si budak Aisya Myrza bukan main tak sabar lagi dia pakai jersi Skuad Harimau Malaya malam tadi..bersemangat betul budak comey nie..dah tu dia yang pilih dalam banyak2 baju yang ada..pakai sendiri tak mau bagi orang lain pakai kan…ish geram betul…

aisya ada gaya macam nak sepak bola tak…hahahhaha…

yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaa goaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal

aisya2 

Kepada skuad harimau malaya….kalau minggu lalu singa ngap kita…malam nie kita baham mereka habis-habisan…auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuum..

Mana penyokong yang pergi tengok bola tu harapnya mereka akan turut beratur dan bersabar menunaikan solat maghrib (malam jumaat plak tu malam nie) bagaimana mereka bertungkus lumus beratur membeli tiket bola sebelum perlawanan bermula supaya akan lebih berkat lagi sukan negara kita…kalau tak..takut menang sorakan je…hehehe

Monday, July 18, 2011

Pizza Roti Gardenia Pun Boleh

Roti Gardenia sungguh enak di makan begitu sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…pizza plak…pilih je mana nak…Pizza hut ada, pizza domino ada…pizza cikai pun ada….Shida teringin pizza homemade…dah lama sangat2 shida tak buat…terlampau malas nak uli tepung…..

Tetapi kan bila shida terpandang entry sunah pizza telur berkeju…..lagi lagi lagi la bertambah keinginan nak makan pizza nie….Kakak ipar pernah gtau yang kakak dia buat pizza guna roti gardenia..tp shida plak terlupa nak tanya macam mana buat nya…kodek punya kodek search punya search di google…dapat la 2 cara buat pizza guna roti gardenia….

1 cara jenis potong2 susun dalam bekas konon mcm doh la roti tu….1 cara lagi buat sekeping…just topping je…ini mesti kes orang malas kan….hahahha jangan marah ye sapa yang biasa buat cara 1 keping roti ini…Bila dah dapat cara membuat nya…shida pun beli barang2..ceeeeeeeeeeeh mcm la banyak sangat beli….hahaha…alahai shida beli sos tomato, sosej, cheese (xde mozella cheese), roti gardenia semestinya…..

Agak2 la shida nie jenis rajin ke malas…..sila teka…shida tak kisah….sebab memang shida malas…cuba tengok gambar bawah tu mmg terbukau shida nie malas ke apa….

ecah pizaalahai ecah niiiii wat ateh kantoi je la….suka bagi ateh kantoi tauuuuuuuu

 roti pizza

1st round….3 keping

piza  2nd round 4 keping….

Shida buat 2 versi…1 ada mayonis 1takde mayonis..sebab apa…sebab shida tak makan mayonis….hehehe….sedap tak ada mayonis….balik kejap g nak cuba la sosej n cheese masih ada….boleh buat untuk berbuka puasa……Opppps CMG pun ada wat pizza gebu dan gebu gebu la baru2 ni……

 

pssst : shida demam bfst roti pizza tau…demand x….tp buat sendiri tak suruh mak buat pun..hehehe….

Thursday, April 21, 2011

2 tahun la……Aisya seusia dengan CNQ

assalamualaikum…

happy birthday aisya dan CNQ…

aisya dan CNQ sebaya…beza 2 hari je kot…

Aisya…ateh doakan aisya menjadi anak yang baik, dengar cakap ibu, ayah, ateh (bukan akih)..jadi anak yang solehah…berjasa kepada agama dan keluarga..

Memandangkan aisya antara anak menakan yang rapat dengan shida…so shida tempah kek utk dia…konon nak suprise tak mau bg ibu n ayah dia tau…sekali depa suruh ateh open table kat kfc…wah mana boleh..terpaksa la gtau dah tempah kek..hahaha..setelah dibincang2..kalau wat kfc kos paham2 la…hanya kami adik beradik je pegi..apa kata kita wat makan2 di umah aje..

Petang sabtu tu…ada la skit majlis sambut besday aisya…wat makan2 utk sedara2 terdekat…mee goreng, nugget, jejari ketam dan jajan..

222163_1834552658422_1078592628_2005338_1493670_n

aisya x sabar2 nak potong kek…ngeyeh bukan main…baju pun x smpt nak tukar….

AISYA2 Aisya dengan abg aiman, ayah dan ibu

AISYA3 AISYA Comey x kek aisya….hehehehhehe…shida tempat kat Rizaida…harga pun ok….hehehe

Friday, March 11, 2011

PERTANDINGAN SI MANJA COMEL BERGAYA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


shida nak mintak TOLONG kawan2 pembaca2 CNQ untuk LIKE pict anak buah shida sorang nie..

.
.
.
.
.
.

Sesiapa yang baik hati tu boleh ke

Tuesday, July 7, 2009

Aisya Myrza


hye...arini di kala ini aku sebenarnya gatal tangan nak menulis....
ini ttg aisya myrza..
sapa gerangan aisya myrza ini???
dia anak akak aku..anak kedua bg psagan kak ja n abg mie....dah sepasang anak dorg.,...apa pun tahniah..aisya dah nak masuk 3bulan.....baru arini aku nak cerita tentang dia..apa la ateh ni kan....teruk betul....kecian aisya......
nak tgok aisya ek...
aisya semasa berusia 2 hari..
baru sampai umah dr hosp...
ala abg aiman ni ada jugak dia ek..

aisya semasa hari cukur rambut n buka mulut..
tak sampai sebulan g masa ni....
dah botak da...huhuhu...
aksi ecya bila tido.......
aisya lebih selesa tido meniarap...


k aisya.....ateh stop dulu sal aisya k...t aisya besar ath cite g k