Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Durian Durian Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 DSCN4443

Ye…memang kami tak ada dusun…kalau ada pun dusun tokwan..bukan dusun ayah…kat dusun tokwan tu pun ntah menjadi ke idak buah nya kami tatau…rasa nya macam tak menjadi je..tokwan xdak bagitau apa-apa pun..Nak menjadi macam mana dah tak menjaga..hehe..Eh, walau kami tak ada dusun, tapi di rumah setiap ari ada durian tau..Memang la tak banyak tapi untuk kami anak beranak makan tu boleh la…kenyang je..Ye la ari nie orang nie bagi…esok lak kawan nie bagi…Alhamdulillah rezeki..

 

Tapi kakakecik nie jenis memilih tau nak makan durian, kalau nak makan durian tu nak yang comel-comel je buah nya…yang 1 bahagian 1 ulas je…baru sedap n best makan…tak padan dengan tak ada dusun kan…kalau ada dusun sendiri boleh la tanam pokok yang baka buah comel2 ituuu…peeeeeeeeergh malam tadi tengah2 malam dengan adik menjadi jugak kami berdua dok pulun makan durian…Nasib baik sejuk cuaca malam tadi..hehehe…

DSCN4447

Ni saja nak menyelit buah manggis…tak silap ayah ambik buah manggis nie kat umah tok..tepi umah je…teringat dulu kalau p umah tok musim buah manggis…lompat2 paut dahan ambik buah manggis yang masak..makan waktu jugak…fresh…sedap je…

 

psst : makan buah durian nie boleh wat demam tau..demam x demam makan je sementara boleh makan..nanti jadi macam mak dekat 20 tahun x makan durian..sekarang dah boleh makan…

Sunday, December 2, 2012

Durian Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam kakakecik dapat la makan durian kat umah mertua adik ilah di kg Changkat Lobak,Perak..sampai2 je terus nampak 3 biji durian kat depan umah..bukan yang baru luruh dari pokok..pokok durian tanam depan umah mmg x bagi orang dtg umah la nampak nya…nie buah yang dah luruh letak atas meja depan tu…bila masuk umah terus ke dapur..nampak lagi buah durian..apa lagi terus duduk buka makan la durian tu sementara mak tanak nasi pulut..dah puas makan durian baru boleh masak2 untuk lunch…tuan umah nak pegi kenduri kawen kami masak sendiri..masak ala kadar je,goreng peria, tomyam campur dan ikan goreng…

 

nasi pulut dah siap tanak..dah masak..nyoq dah siap kukuq…santan pun dia diperah..apa lagi kita makan durian dengan pulut plak..

pulut durian memang sedap durian nie…kakakecik makan sorang je sebiji tu..ada dalam 5-6 ulas…

 

padan muka kami dah p pun ujung2 julai walau pun kami p semalam awal disember..buah kat umah mertua adik dah tak banyak..so untuk bawak balik.kami beli kat dusun orang kampung tu..memula pegi umah dia..bagitau nak beli..pastu ikut plak dia pegi dusun nya..mak la beria sangat nak tengok…sekali kena “ketit” dengan lintah ke pacat ntah…sedap jugak buah durian kat dusun kawan tu..kami beli rm30, dapat la dalam 15 biji mcm tu..pastu dia bagi free pun banyak gak..buah2 yang kecik besar kepala baby…yg ada 2-3ulas je 1 biji..buah kecik macam tu la best,dia xmau jual…bagi free je..kalau tau dia bagi free awal2 lagi kutip banyak..kihkih..teruk betul perangai..benda free sapa tak mau kan..tapi bila dah tau free malu la plak nak p kutip lagi…

 

balik je malam tadi..sampai umah abg on..terus abg on ambik 2-3 biji dan makan.kakakecik tumpang makan jugak la…mula2 okey la leh kongsi..mai kat 1biji tu memang susah gila nak buka buah nya…puas abg on tekan sampai luka tangan2..elok dah boleh kakakecik terus ambik seulas…pergh sedap nya…abg on kata “tak sedap pun” tp tangan makin bawak lari buah durian tu…kakakecik dah pelik…oooo nie mesti tak mau kongsi nie..memang sedap sangat buah tu…bila yang last baru dia kasi..tu pun seulas…sabar je la..tak pe ada lagi kat umah tu…balik japg makan la..

Tuesday, June 21, 2011

Durian oH Durian

Assalamualaikum…..

Durian…Raja Buah…Ramai yang suka makan durian kan…ada jugak yang tak suka makan durian…macam si kurus keding nie tak suka durian…kenapa dia tak suka..terjah la ke sini..tetapi shida boleh dikategorikan hantu durian jugak la…tapi tak la hantu macam si budak pulau tu…dah lama shida teringin nak makan buah durian…dr awal musim di perak dan pulau pinang..dok tunggu pakcu panggil p dusun dia tak dengar apa pun…diam je…ntah2 buah dah habis pe…

Jika selama ini shida boleh pendam je nak makan durian…tetapi semalam shida tak boleh kawal lagi…masa on the way balik umah dah nampak buah durian macam di dusun shida tahun sebelum2 ini..tapi shida tak singgah..teruskan perjalanan sampai ke rumah…tetiba….buka je pintu rumah dah bau duriaaaan…usik si aisya comey tu “ aisya makan doyan erk….tak ajak ateh pun” terus pergi dapur…..demn….doyan bapak gajah besar dok atas meja…siap ada pulut ngan santan lagi….ish nak makan nasi putih berlauk ke nak makan pulut doyan nie….dalam hati makan nasi putih je la…doyan besar nie mesti doyan kahwin..shida memang tak suka durian kahwin….

So…bila dok lepak2 tolong2 mak di dalam bengkel sambil wat decoupage…adik tanya mak…mana durian tadi..mak kata ada je kat dapur belakang…adik pergi dapur…datang semula dengan seulas durian di tangan…masa nie dah bebel dengan dia..busuk la p makan kat dapur la….tanya la mak..durian kahwin ke..mak kata tak…DURIAN KAMPUNG ..HAAAAAAAAAAAAAAAAAH durian kampung ini tak boleh jadi…kena makan nie…mak pun cerita la macam mana dia g kutip(beli)durian tu kat umah sedara ayah…teruja mak tengok durian luruh depan mata…hahhaa…

Shida malam tadi tidur lewat skit sebab nak habiskan novel Coke & Sundae…dalam pukul 12.30 tgh malam mcm tu terasa nak makan durian…tengok yang durian besar atas meja dah xde…aduuus kecewa la jugak…pergi dapur belakang…oppps ada 3 biji lagi..tanya mak buah durian ni untuk majlis esok ke..mak kata tak…utk kita makan2..sedara ayah bagi….shida pun ambil la yang buah besar…2-3x dok nak buka x boleh…tukar ambil buah lain…sekali senang je buka….fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh isi pun nampak sedap…terus bawak pergi kat kabinet dapur…makan…sedap…makan lagi..sedap…5 ulas shida makan saja….

cuba bilang biji yang ada yang telah shida makan…

1,2,3,4,5…

yang 1 bahagian tak nampak tu ada 3ulas (simpan utk mak n ayah)

itu makan saja…isssh nasi pulut ada lagi….makan ngan nasi pulut letak santan pun sedap gak….


sedap sangat2 durian ini..shida suka yang macam nie…1 bahagian ada 2 ulas sahaja

tapi shida dah kenyang…makan ngan nasi pulut 2 ulas je…yang lagi 2 ulas makan saja jugak….hahahha…hampir sebiji durian shida makan…tinggal 1 paksa (bahagian) sahaja untuk mak ayah rasa…

bangun pagi tadi terus gtau ayah..”ayah sedap la buah durian yang cheq makan malam td”…ayah kata memang sedap pun…durian D24 ke apa ntah….tak kisah la D24 ke D99 ke janji shida dah PUAS….(time kejadian..semua orang kat rumah dah tido..tinggal shida sorang2 je tak tido lagi)

pssst : kerana durian nie jugak la rasa nyer shida rasa biul pening sakit tekak perit je nie….uwaaaaaa