Coretan Terbaru KakakeciK
Wednesday, June 5, 2013
Wednesday, May 15, 2013
D.I.Y : Persiapan Majlis #Hantaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam tempoh tak sampai sebulan je lagi, InsyaAllah majlis akan berlangsung..Bukan je bakal pengantin yang menghitung hari dan riso berdebar, kakakecik yang konon-kononya dikatakan oleh bakal pengantin adalah “WP” majlis nya pun naik riso, mahu nya tak sebelum pilihanraya masing-masing sibuk…persiapan apa pun tak de buat lagi..kalau ada pun hanya 30% sahaja…Tapi, dah tekad dalam hati, selepas je PRU#13 akan bermula la persiapan majlis nya..semoga Allah permudahkan…
Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik pergi beli brown paper bag dan barang-barang untuk membuat hantaran. Macam biasa la hasil kerjasama antara kakakecik dan Kak Ja..Dalam masa 1 hari dekorasi bekas hantaran dan siap pun. Beli barang hari Jumaat, pagi Sabtu kakakecik deco bekas hantaran, petang Kak Ja balik dia la gubah bunga. Hasilnya tengok la gambar di bawah..
Erm…tak nampak ye hasil kerja nya…okey okey saja la nak kasi suprise bakal pengantin…blurkan…jenuh dia menilik.. Kakakecik dan Kak Ja hanya mendeco bekas dulang hantaran daripada pihak perempuan masa bertunang dulu. Opps terpaksa black white coz tak nak bakal pengantin perempuan tahu warna nya..jahat tak? alahai tunggu je minggu depan tengok bila dah de depan mata ye…jangan marah syu…
#bakal pengantin lelaki jangan riso..semua beres.siap ongkos je ye..hehe
Tuesday, February 19, 2013
DIY : Hantaran Biru Turqouse di CNY
CNY yang lalu..adik ipar abang..yakni adik kepada kakak ipar kakakecik telah melangsung perkahwinan nya. Seperti biasa dan macam tahun lalu la..mak mertua abang suruh kami (kakakecik dah kak ja) buatkan hantaran.
Kalau CNY tahun lalu masa kenduri Khilkan abang kepada Farid warna temanya Purple/Ungu..untuk Farid plak warna temanya adalah Biru Turqouse. Dulang semua nya Mak Ngah Chom dah beli..so tugas kakakecik dan kak ja hanya beli bahan-bahan aksesori lain..100% diserahkan kepada kami dua beradik..Mak Ngah bagi ongkos je..hehe..persiapan bekas hantaran nie start buat 20 Januari lagi…tapi bahan tak cukup..stop sat..2-3 hari lagi nak kenduri baru sambung buat semula..
Jom kita zoooooooooooooom dekat-dekat hantaran yang telah siap
Lawa tak…lawa kan…hahaha puji sendiri nampak kakakecik.masuk lif tekan sendiri ye..Berapa kos untuk buat semua nie…lebih dari RM400.00 jugak la…huhu..tempahan..alamak tak biasa ambik tempahan la..just buat untuk sedara mara je..itu pun kalau dorang mintak tolong buatkan…upah tu kira ikut dorang bagi je…tak kisah sangat..Mei nanti ada lagi hantaran yang perlu dibuat untuk wedding mykazen…tatau lagi design macam mana nak buat nya…
psst:asyik buat hantaran orang je..hantaran sendiri bila plak nak buatnya…itu la selalunya akan kakakecik kena bila dok pulun wat hantaran2 nie
Wednesday, July 4, 2012
Sunday, January 29, 2012
D.I.Y : Hantaran Kahwin Purple
Kotak Kek yang telah diikat riben dan ditatahias
Kek Lapis pun dijadikan sebahagian hantaran purple nie
Bekas buah-buahan yang belum di isi
Hampir keseluruhan hantaran 13 dulang
si Aisya nie ke yang buat hantaran..pandai nya dia….alahai budak kecik nie pandai menyusun je…
Ibu Aisya (my Sis) tekun membuat hantaran
pssst : hantaran untuk siapa nie ye..jeng jeng
Thursday, February 10, 2011
PeNcuRi HaNtaRan
Assalamualaikum….dengan hati yang berdebar2 shida menaip di sini…ntah la tetiba tadi jantung nie dengup laju je..dug dag dug dag…..harap2 tak de apa la yang berlaku….tapi kalau bak kata QASEH….ada orang nak masuk minang pe….hahaha…itu shida tak tau nak komen….sebab baru2 nie mak shida telah jadi pencuri yang disuruh…
eh eh shida suka hati ang je erk kata mak sendiri PENCURI…mak siap pesan dengan shida jangan bagitau kat ayah or sapa-sapa tau….depa sume tatau…mak, cheq tak habaq pun tak ayah ke sapa tapi cheq dah gtau kat 1 dunia nie..hahhaha nasib mak la….
Sebenarnya sabtu baru2 nie pak sedara shida bertunang..bertunang kali ke-3…yang sebelum2 ni semua tak menjadi…nak dijadikan cerita masa majlis pertunangan pak mie (sebaya dengan shida) tok si budak perempuan tu paksa sapa yang ada anak dara belum kawen amik la buah2an dan sirih pinang yang dibuat hantaran tu….dia kata sorok2 jangan bagitau orang…mak pun amik pisang sebiji, anggur 1 tangkai, sireh pinang…bagi kat shida….bawak kuar bg shida sembunyi..sembunyi…paksa shida suruh makan….maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak…apa nie…xmau la…shida dah badmood tak mau mcm tu…mak kalau ada jodoh i’allah tak kemana…nikah jugak anak mak sorang nie….mak jangan terlalu mendesak ok…nak wat mcm mana jodoh anak mak ni lambat…sabar la ye mak..mak kan dah de 2 org menantu perempuan dan 2 org menantu lelaki…4 orang anak perempuan…2 orang anak lelaki…5 orang cucu perempuan 5 orang cucu lelaki…
mak…cheq mintak maaf kalau bila mak dok tanya dah makan ke sirih pinang..buah tu sume…cheq x bagi respon…ntah la mak susah nak terima sume nie….harap mak paham……nak nangis pun ada tau…tapi shida kena sabar….jodoh pertemuan..ajal maut ALLaH yang tentukan…dah nak hampir 1 minggu dah pisang, sirih pinang n anggur ada dlm bilik...pisang dah hampir2 nak kehitaman..sireh dah kering daun nyer...anggur errrrrrrm..memandangkan shida suka anggur shda curi2 makan..tapi x makan sume..takut mak perasan shida makan hahahaa...
psstt : korang penah tak buat benda alah nie…curi sirih pinang makan senyap2….hehee