Assalamualaikum….selamat petang….
Mesti ada yang terkejut shida on9 dan update entry pada hari Jumaat….kat Kedah kan Jumaat cuti….tapi kenapa ye shida leh je on9 arini…rahsia nya sebab shida datang kemas2 kedai….berhabuk dah kedai nie…nasib baik blog tak berhabuk..hampir2 berhabuk…ok2 shida tak nak bebel banyak2…just nak kongsi puding custard marble yang shida buat malam tadi…1st time shida buat puding tau….sedap sangat2….betul bukan shida nak syok sendiri tapi adik, sepupu2, kak hah kata sedap mak je kata kurang agar2…mak cheq buat puding bukan agar2..hahaha..mak pandai je komen…mak tau ke buat….resepi nie shida dapat daripada blog mytwintot sezwati..
Bahan- Bahan :
1 tin susu cair**
2 biji telur**
2 sudu besar tepung kastard **
1 cawan gula**
1 sudu teh esen vanilla**
1/2 paket agar-agar (lebih kurang 175gm)Cara Membuatnya :
Bahan-bahan yang bertanda ** di bancuh dulu sebati Agar-agar di larutkan dengan dua cawan air. Bahan yang sudah dibancuh tadi campurkan dalam larutan agar-agar td. Kena kacau takut nanti telur dalam bancuhan jd scramble egg. Kacau dan masak hingga pekat. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan bancuhan serbuk koko; 2 sudu besar coco powder + 2 sudu besar air panas. Satu bahagian lagi tak yah. Masukkan dalam acuan berlapis-lapis dengan berhati-hati
Selamat mencuba!
Mickey to adik yang deco huhuhu….konon nak buat love sekali tak menjadi bentuk love…mickey la jadi mangsa….cute kan
Thanks twintor..lepas nie hari raya boleh la i buat utk hidangan tetamu….