Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, October 3, 2011

LINTAH…..Aku Berani

Assalamualaikum…

LINTAH….pasti ada yang geli kan nak pegang dan melihat nya..apatah lagi nak letak kat muka dan badan….TAPI SHIDA BERANI dan TAK GELI….

Kenapa tak percaya ke…..Betul la shida tak tipu….shida berani sangat..hampir 2 jam lintah tu bermanja dengan shida…

Kalau tak percaya jugak tengok la sendiri gambar kat bawah tu….

bekam

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah…terkejut tak…besar plak tu dia melekat kat muka shida…itu kat muka..yang kat belakang badan pun ada 2 ekor…hehehe…shida tak geli langsung..sedap ada la…..

Kalau tak kerana nak buat bekam lintah nie..jangan harap la shida berani mcm nie….shida dah lama kepingin nak wat bekam lintah bila orang kata lintah boleh sedut buang darah kotor kat badan kita…memandangkan kat Karnival Usahawan Desa (KUD 2011) baru-baru ada booth yang menyediakan perkhidmatan bekam lintah…ada 2 booth di zon D…setiap hari shida ulang alik depan booth Bekam Lintah nie…shida singgah kat 1 booth nie…caj yang dikenakan…RM10.00 seekor…masa yang di ambil lebih kurang 1 jam…so shida biarkan dulu…

Tetapi bila pergi jalan-jalan kat belakang booth emak..ada la booth dari Melaka…buat rawatan bekam lintah jugak..seekor RM 15.00..4 ekor RM 50.00 masa yang di ambil tanpa had sehingga lintah tu jatuh sendiri…so shida pikir pikir…shida pilih booth yang dari Melaka…walau mahal skit tapi disebabkan dia akan biar lintah tu jatuh sendiri itu yang terbaik..kita tak boleh paksa tarik lintah tu kuar bila cukup jam nya…takut nanti pendarahan…lagipun booth akak dan abang ni bawah bimbingan RISDA…sama jugak shida dan mak…bawah RISDA…

Sekarang nie shida dalam tempoh berpantang..tak boleh makan kicap dan makanan yang gatal-gatal macam udang, sotong, telur dsbnya…tapi shida makan jugak…naaaaaah amik bekas lintah sedut tu merah-merah lagi…uwaaaaaaaaaa..pagi tadi bagitau mak…kena berpantang la….

 

 

pssssst: korang ada BERANI tak macam shida

Sunday, October 2, 2011

Sakan Raya Tahun Nie!!!!

Assalamualaikum….

Perghhh tajuk bukan main lagi….macam kena perli je tu…

Ye shida puas raya tahun nie…bukan sahaja beraya dengan keluarga, sahabat handai tetapi jugak dengan blogger…

Bukan sahaja di utara shida beraya..ke selatan…di KL pun shida beraya…

Mesti ada yang kata shida pulun kan…arghhhhhhhhhhh dorang jeles dengan shida la tu….

Bermula dari utara pada awal aidilfitri dan berakhir di KL…pada entry yang lepas mesti dah tau kan ke mana shida pergi pada 17 September (bagi yang baca la)Dari selatan kami singgah di KL…untuk beraya di rumah sahabat blogger yang lain….kebetulan 18 September , seorang blogger iaitu teacher suhaili sarif (kalau dulu lebih dikenali dengan pearl jade) menjemput kami ke rumah terbuka keluarga beliau di Setiawangsa…so makan free kan..sapa tak nak…kami dengan perut yang lapo tanpa sarapan pagi…terus mencari Menara Sri Mahang, nasib ada driver yang tau skit-skit jalan area situ….sampai je kami kat pintu masuk Menara Sri Mahang…datang sorang mat rempit senyum simpul..al maklum dapat jumpa buah hati kesayangan…..ingat Kirin yang dekat sampai awal…tapi hampeh dia sampai lewat dr kami….ok ok x nak gaduh2 jom kita cari lif nak naik tingkat 15 tu…..eh eh kalau lif rosak nak ke ampa semua naik ke tingkat 15 tu…kurus la depa tu kan….

  311525_285053601507268_171556019523694_1313960_1871514995_n (1)

Kuih- Muih dan Kerepek yang dihidangkan sementara menunggu lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak siap

318480_285053844840577_171556019523694_1313969_826665159_n

Masak lemak lontong….shida x makan dengan nasi impit tp makan saja..meratah…..jangan marah ye elly

311731_285053804840581_171556019523694_1313968_1341817975_n

Sambal udang + petai dan sambal ikan keli….pergh kena lak dengan nasi lemak time hujan memang meleleh la….sedaaaaaaaaaaap sangat…kirin mana gambo rendang kerang erk….

293424_285053971507231_171556019523694_1313973_695347122_n305000_285053991507229_171556019523694_1313974_1852961653_n    Tuan Rumah…..yang duduk bersimpuh itu anak…teacher suhaili..yang berdiri itu ibu nya….thanks Mak Cik….terlupa la nak tanya nama ibu Elly…apa pun memang gamat rumah elly aritu…Kirin kena bahan sokmo..sabar ye kirin

umah ely

Eh eh si lesung batu nie dok sms dengan sapa plak tu….opps bukan sms tapi BBM…untung la depa

Sambil makan-makan tu si Kirin ada gtau yang rumah Kyerul Si Raksasa Berjanggut area-area umah elly sahaja…so kami semua decide nak p beraya umah kyerul…masa nie dok tunggu respon dari Papa Khai..salah seorang blogger dari KBU..tp dia tak de respon…tak nak buang masa kami terus meredah hujan lebat dan banjir kilat ke rumah raksasa di wangsa maju….ish jauh jugak tu…cmne kirin leh kata dekat erk…kami sampai je umah kyerul…si kirin buat mcm rumah sendiri…si kyerul plak malu-malu kucing (banyak oooo kucing rumah dia..sampai ada org kena jadi guard x bagi kucing masuk)…kat rumah kyerul ada sesuatu yang agak melucukan kami….lucu bagi kami semua tapi cuak bagi orang tu…itu la cakap besar sangat…masa orang tegur baik-baik duduk macam tu…sekali 2 orang lain bangun…haaaaaaaa amik terangat kot sofa tu…HHAHAHHAHAHA…agak2 korang tau x sapa yang cuak tu…

Kami tak lama di rumah kyerul sebab dia pun nak gerak balik ke Ipoh petang tu….sebelum kami berangkat pulang dan menuju ke Klang…tak sah la kan kalau x bergambar ramai-ramai dengan raksasa berjanggut nie..

317177_285054151507213_171556019523694_1313980_403161313_nKyerul terpaksa kena tunduk…kalau x nampak sangat kami yang lain TINGGI…..

Thanks ye kyerul layan kami dan hidangkan air yang kami tatau perasa apa…tapi memang sedap air tu….

Keramat …DONE

Wangsa Maju… DONE

KLANG….Destinasi terakhir kami….ke rumah sapa…rumah kembo cheq la….dah lama berhajat nak jupe kembo nie….tapi x dapat jumpa..memandangkan kali ini naik kereta sendiri dapat la pergi…walau jauh di Johan Setia Klang sanggup ku redahi kerana kembo…alhamdulillah akhirnya dapat jugak kita berjumpa kan kembo…macam tak percaya sahaja…..memang kembo shida nie kurus..suai sangat dengan panggil KAKAKURUS….

 kembo1juadah yang disediakan untuk kami….kalau depa yang lain dok pulun pasta dan nasi impit + kuah kacang….shida plak dok pulun yang lain…nampak x 2 ketul ayam pencen yang dibuat rendang dalam piring tu…tu shida punya la yer….tak pandang yang lain dah…tak percaya tengok gambo di bawahkembo

mata pandang kembo..mulut dok sembang..tangan dok dalam piring…..sabo je la kan

UMAH KEMBO

Kami bergambo kenangan dengan kembo….gambo family gitu…

 kembaq  

Di manakah yang menyebabkan kami kembar…muka tak seiras…Tapi pada nama SHIDA  membuatkan kembo kami….

Shida Anwar dan Adish  Shida….…nama sama selain umur kami yang sebaya…

sorang kecik sorang kurus….KAKAKECIK dan KAKAKURUS untuk elak kekeliruan terutama dia KBU…

Thanks Kembo…..Rendang Ayam Pencen tu memang sedaaaaaaaaaaap….tak aci janji nak tapau…tapi tak de pun…

Dah puas beraya di Selatan dan KL…..malam nya shida bergerak balik secara solo dari KL ke Kedah…(eh eh singgah bermalam di Ipoh, Perak)

Alhamdulillah semua dah selamat…harap kita akan jumpa lagi di masa akan datang…dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga akhir hayat…

 

 

………………………THE END………….

 

 

pssst : sori ye Atiq akak dan lain-lain xdapat pergi open house umah atiq…kekangan masa..next time i’allah kami akan sampai