Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Monday, September 9, 2013

30 Syawal : Sempat lagi beraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum syawal berakhir..harus la ambik peluang sehabis baik untuk beraya dengan sanak saudara  sahabat bloggers..walaupun kami hanya kenal di alam maya tapi ikatan ukhwah antara kami masih bersemarak lagi…Alhamdulillah…

 

Bila Aima ajak ke Shah Alam hantar barang dan adik nya…terus kakakecik setuju nak ikut..ye la da lama xjumpa kekawan di sana..Seperti yang dirancang, tercapai cuba tersasar waktu sahaja..

lunch

Lunch kami (kakakecik, Aima, Elly, kemboku Shida Anwar) di rumah Lydia Miza..terima kasih awak coz memenuhi permintaan jahat hajat tekak nie untuk menjamah nasi arab mandy ayam air tangan awak..kerepok lekor yang panas…dan jugak kek pisang yang baru dibakar menjadi rebutan kerak nya…sangat2 terharu walaupun awak sibuk uruskan anak2..

miza

Ty, maafkan akak kecian kamu xdapat lunch di rumah kak Lydia..next time korang terjah la sendiri..dekat je kot..hehee..mintak kak Lydia wat cendawan goreng panas…

umah mizabaikan mata terpejam yang mengantok kekenyangan

 raya kembo…awat tu…marah ke sapa..hahaha

 alamanda 

Malam…kakakecik ke putrajaya untuk ke rumah Sue IEB, sebelum tu singgah sebentar di Alamanda ambik Qaseh, seterusnya ambik Yanty Lee (pertama kali jumpa nie walau dia asai penang). Jenuh gak kami nak memusing cari blok rumah Sue..Kami sampai umah Sue, elok azan isyak..disambut oleh Ayah Firas, Encik Bard yang siap pakai apron lagi..ye la Bard tengah goreng mee kot untuk kami anak2 dara nie..hehee..mee goreng ENcik Bard memang sodap…kalah mamak masak..dan buat pertama kali nya makan mee goreng yang de letak kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih…

mee grg

Dengan Sue IEB dan Sue Qaseh adalah kali kedua kakakecik berjumpa dengan mereka..Yanty Lee dan Firas buat pertama kali nya berjumpa…….Perghhh Firas malam tumau je dia dengan Ateh Shida ni…ehem ehem aura mai dah kot…

sue

Pengakhiran raya kakakecik tahun nie di Seri Kembangan dan Putrajaya…kepada tuan2 rumah (Lydia Miza & Sue IEB) terima kasih sudi terima kunjungan kakakecik, kepada Ty dan Qaseh terima kasih sudi bawak kami keliling putrajaya malam tu..kepada mykembo dan adik manis Elly..hilang rindu nak jumpa kalian..kepada Aima, terima kasih banyak2 coz ajak kak ke KL..kepada semua, mintak maaf andai ada terkasar bahasa dalam melawak2 tu..insyaAllah nanti ada kelapangan kita jumpa lagi..yang lain2 tak dapat jumpa tu jangan la merajuk ye…

Friday, July 19, 2013

Jom Memasak : Pajeri Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pjeri nenas

Buat pertama kalinya kakakecik cuba buat pajeri nenas. 2 hari lepas ada chat dengan sahabat lama nie, dia ada tanya pandai tak buat pajeri nenas..jujur kakakecik gitau dia tak pernah buat, biasa buat pajeri terung je.Dia kata memang la utara terung…selatan nenas..So, dia mintak kakakecik buatkan pajeri nenas, arini kakakecik memenuhi permintaan dan impian sahabat kakakecik yang nak pajeri nenas. Walaupun dia tak dapat makan tapi bila kakakecik buat pajeri nenas dia dah menghargainya. Kata nya pajeri nenas nie sentimental value untuk dia.

 

Untuk tidak menghampakan harapan dan impian nya kakakecik pun buat la skit..boleh jugak dijadikan juadah berbuka kami sekeluarga. Kebetulan mak ada beli nenas pagi tu, apa lagi dapat la buat…Jom kita semak resepi nya…

pajeri

Resepi : Pajeri Nenas

Bahan-bahannya :

  • 1 biji nenas sederhana
  • 2 sudu gula merah (atau secukup rasa)
  • 1 sudu gula pasir
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu rempah ikan
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Tumis :

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit udang kering, rendam 15 minit dan toskan
  • 1 biji buah keras, hiris

nenas

Cara Membuatnya :

  1. Kupas nenas, buang mata keranjangnya dan potong bulat sederhana tebal. Hiris penjuru hujung nenas tapi tak perlu terputus. Rebus sekejap dan kemudian toskan.
  2. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumis hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan. Lepas tu boleh la masuk kan gula pasir dan gula merah serta garam secukup rasa.
  4. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Bila kuah dah pekat dan nenas lembut. Apa lagi tutup api dan hidangkan untuk makan le ye..hehe

Selamat Mencuba.

 

psst ; sahabat, ini je mampu shida buat dan hasilkan..rasa dan rupanya tatau la sama ke tidak macam mak kamu buat..

Tuesday, April 9, 2013

3 Bulan Bersama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Beria-ia je mysweetheart nak tengok pokok kaktus yang sahabat kakakecik Ayu Citarasa Rinduan kasi untuk kami bertiga sebagai kenang-kenangan. Kalau borak di telefon mesti akan tanya khabar pokok kaktus tu..da membesar ke?

 

Terkejut kakakecik bila tengok pokok kaktus di dapur dah ada tunas nya..ada wana hijau muda..suka sangat…tak pernah tengok pokok kaktus membesar jadi gitu la..seronok bukan main lagi siap gtau mysweetheart. Tapi bila tengok kaktus mysweetheart lagi terkejut…

540685_10200894979963491_723370219_nTinggi nya pokok kaktus aima nie..

Aima, nak sangat ye tengok pokok kaktus akak….dah tengok tu dok diam2 dah le hahaha..nie dok bebel kata macam tuan nya…eh, tapi memang betul pun masa kakakecik tengok gambar pokok kaktus tu kata dalam hati..macam tuan yang jaga nye je…kenapa..cer korang tengok sendiri la gambar pokok kaktus kakakecik…kakakecik malas nak komen banyak…hahahhaa

Picture 107

Nampak cantik je pokok kaktus dari pandangan atas nie…di dalam lingkaran berduri…

Picture 108

Haaaaaaaa..tengok tu…korang pun mesti akan kata begitu kan..hehee…takpe tak kisah pun..sebab nie la pokok kaktus yang pernah kakakecik miliki yang tahan lama..dah hampir 3 bulan pun…kalau sebelum2 nie yang beli kat Cameron kejap je tahan nya..tak sempat bertunas pun..Idea letak pasu kaktus nie dalam bekas berisi air nie tatau la sapa punya idea..rasa nya ayah punya idea ni..

 

psst : Dengar-dengar, kaktus Sunah dicemburui Mulan..

Monday, February 18, 2013

Seharian Bersama…Berdua Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ahad lepas di Tahun Baru Cina..kakakecik dapat habiskan masa seharian bersama-sama dengan nya hingga ke malam…hilang rasa rindu untuk berdua bersama-sama seperti dahulu..13 tahun yang lepas kami seperti belangkas…di mana ada dia di situ jugak ada diri kakakecik…berdua lebih baik gitu kan…

Bila dah berdua tu macam-macam la yang kami luahkan dari hati ke hati..ikutkan hati nak je bermalam di Penang tu boleh la borak sampai ke pagi..apa kan daya masing2 tak bawak persalinan…tak kan nak masuk hotel sehelai sepinggang je kan…

Hampir 12 jam jugak la kakakecik bersama dengan nya..perjalanan kami berdua bermula dengan memenuhi walimah opismate nya di Padang Serai..selepas kenduri dia bagitau teringin nak ke Queensbay, Pulau Pinang…aik tak kan tak pernah pergi lagi kot…dia kata tak pernah..so kakakecik pun bawak la dia ke sana..eh dia yang drive keta..kakakecik tunjuk jalan je…walaupun pada awal tu rasa macam nak ubah plan..riso jalan jammed..

pp
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami berdua ke pulau mutiara..lancar je takde jammed sangat pun..biasa2 aje..sampai je kat Queensbay kami terpaksa pusing 2-3 kali untuk mencari parking yang sesuai memandangkan kami berdua nak lepak2 tepi laut sambil borak makan dan menikmati keindahan alam..

qb

Nak sangat sangat bergambar kat sini..sekali lagi kami berdua membuat kerja yang mungkin jarang orang buat di situ…jalan kaki dalam keadaan panas dan berbaju kurung…ada kami kesah janji kami berdua dapat bergambar kenangan di situ dan bukti kami dah sampai Queensbay kan..

QB3 
Bebayang kami berdua…auuuuuuuuuuuuuuw…sweet sangat saat nie…selamba je kami berlaga bahu dan kepala..niat di hati nak wat bentuk LOVE tapi tak dapat….huhuhu..aippp aipp jangan wat gossip liar ye…hehe

Sebenarnya kakakecik pergi ke Queensbay nie bukan la dengan BF tapi dengan BFF kakakecik…Miss Fauziah

QB ber2
Bergambar sudah di bawah panas terik..kami berdua jalan kaki lagi ke gerai2 lori di tepi laut untuk membeli rojak dan jagung bakar sebagai kudapan kami lepak di situ..
 QB4
Kami berdua tak pandai makan jagung bakar…huhu..tapi Miss Fauziah habis jugak dimakan nya..kakakecik hanya 1/4 je makan…malam tu dan-dan kembung perut..mengeras je perut di buatnya..

all
Dari jauh kelihatan jambatan Pulau Pinang..di laut kelihatan bot kecil ke Pulau Jerejak..Di awan burung2 berterbangan dan kapal terbang terbang rendah….

QB5
Harus la ada gambar kami berdua di tepi laut…ramai jugak yang datang lepak di tepi laut di hari tersebut…kami berdua relax je dengan berbaju kurung dan long dress tenggek kat atas batu tu…sambil2 borak tak sedar dah nak senja..huhuhu..apa lagi cepat2 la ke Queensbay Mall untuk solat asar dan seterusnya maghrib….

Selepas selesai solat..jejalan dalam mall konon nak beli kasut dan handbag tapi tak de plak yang berkenan dan sesuai..masing2 balik dengan tangan kosong je..
QB6Miss Fauziah tersenyum riang dapat jugak jejak kaki ke Queensbay…

QB7
Sebelum balik bergambar kenangan CNY di Queensbay Mall..terpaksa mintak tolong amoi yang datang beraya di Queensbay Mall…gambar jauh pun tak apa la..janji ada gambar kami berdua kan..

p/s : terima kasih Miss Fauziah kerana sudi menjadi sahabat kak shida sejak dari tahun 2000 lagi…kak shida menghargai persahabatan yang terjalin antara kita berdua ini..semoga apa yang dihajati oleh kita berdua akan dipermudahkan..

Monday, February 4, 2013

Kemalangan Maut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Jumaat 1.2.13...jam 7.56pagi...kakakecik dikejutkan dengan panggilan telefon yang nombor tidak bernama...kakakecik jawab je..selalu nya susah nak jawab panggilan yang tidak kenali..bila ditanya.."ini kak shida ke?" kakakecik terus mengiyakan...sedangkan sebelum2 ni pun kakakecik tak akan mengiyakan bila tanya begitu..



Tetapi ini lah yang dikatakan gerak hati apabila sesuatu berita akan disampaikan..panggilan telefon tersebut adalah daripada Ku Basri..itu menyampaikan berita kematian Baihaqi..rakan sekursus kami di Giatmara Alor Setar suatu ketika dahulu...terkejut kakakecik apabila menerima berita ini..Iye la..malam nya sebelum tido baru teringat akan post saudara arwah mengenai status kesihatan ibu kepada Wan Laila..yang berada di ICU dalam tahap kritikal...tetapi pagi itu kakakecik menerima kematian nya sendiri..


Bila ditanya kenapa arwah meninggal..dikhabarkan arwah kemalangan pada jam 3 pagi selepas balik dari main futsal...Ajal nya sudah sampai...kita tatau kan...


Sepanjang kakakecik mengenali arwah...kali pertama pandang memang kita akan kata dia sombong..susah nak bercakap dngan orang..seingat kakakecik masa awal2 kursus dahulu...dia segan dengan perempuan...kakakecik adalah orang perempuan yang dia tegur..kakakecik kan kakak..lagipun arwah adalah pelajar Maahad di Derang, Pokok Sena..anak ustaz ustazah... Tetapi lama ke lama kami 1 kelas seramai 20 orang itu dah macam adik beradik belaka...saling bantu membantu antara satu sama lain...dah kami masih berhubung sampai sekarang...


Perasaan sedih, sebak tu memang la terasa...pagi itu kakakecik dan rakan2 lain ke Bahagian Forensik, HBAS...menunggu sehingga selesai post mortem, dimandikan dan dikafankan....hiba sangat..ini lah kali pertama seorang yang kakakecik kenali meninggal akibat kemalangan jalan raya...pertama kali jugak kakakaecik ke bahagian forensik...


Arwah tesepit...Ya Allah..

Keadaan kereta arwah...


Perasan tak darah berbentuk love di kain putih yang menutup badan arwah..apabila kakakecik tengok gambar nie terus ternampak akan bentuk love ini dan memberitahu serta tunjuk kepada Amirul kawan baik arwah...


Sama2 la kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah..semoga arwah tenang di sana..dan ditempatkan dikalangan orang beriman..


psst : hati tersentuh..mengalir air mata lagi apabila melihat video yang arwah upload di FB nya tahun lepas...


p/s : gambar ihsan daripada rakan sekursus yang jugak kawan baik arwah..Amirul aka Meon yang sama2 turut bermain futsal pada malam kejadian...




Saturday, February 2, 2013

Al-Fatihah : Ahmad Baihaqi bin Abu Khori



22.06.1989 - 01.02.2013

Al-Fatihah dan Takziah
Ahmad Baihaqi bin Abu Khori telah kembali ke Rahmatullah jam 3pagi. 
Jenazah telah selamat disemadikan di Pusara Masjid Raudahtussolihin, Derang Pokok Sena, Kedah selepas Solat Jumaat.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Amiin



Thursday, January 31, 2013

Johor Trip # Cafeteria Noor : Pertemuan Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kakakecik ke Johor minggu lepas bukan semata2 berjumpa dengan sahabat2 yang kakakecik kenal di alam maya...tetapi jugak dengan izin daripada Allah kakakecik dapat bertemu kembali dengan orang yang kakakecik begitu rapat pada suatu ketika dahulu..


Cafeteria Noor menjadi saksi pertemuan kami...bermula dengan Kak Azie sekeluarga..Kak Azie adalah sahabat kepada kakak Kakakecik..mereka mengenali antara satu sama lain pada tahun 1998 semasa masing2 belajar di Kolej Negeri..walaupun kak Azie sahabat kepada Kak Ja..tetapi kakakecik juga rapat dengan nya...hampir 8 tahun jugak kami tidak bertemu..seingat kakakecik kali terakhir kami bertemu adalah pada majlis perkahwinan Kak Ja pada tahun 2005..sekarang dah di tahun 2013.

 Ada yang mengatakan muka kami seiras..seperti dua beradik...

Bergambar kenangan dengan family Kak Azie dan Abg Rizal...sudah 4 orang pun anak kak Azie..tapi maintain mcm anak dara lagi


Kak Azie terima kasih kerana sanggup datang dari Bukit Indah untuk berjumpa dengan Shida..walaupun sekejap tetapi ia amat2 membuatkan shida sebak dan sedih sehingga mengalirkan air mata...tatau kenapa Shida rasa sedih sangat saat itu..mungkin antara kita sudah seperti adik dan kakak..(sebak plak bila menulis kembali saat itu)...Terima kasih jugak kerana belanja shida dan kekawan sarapan pagi tu dan buah tangan strawberry cheese tart serta kek lapis berempah itu..



Kek lapis dan cheese tart tu Kak Azie buat sendiri..dia ada bisnes Home Bakery...macam2 juga dijual..kalau sama berminat nak mencuba air tangan kak Azie boleh ke Rizziees Bakery House (Kak Azie jugak adalah jiran kepada blogger Sis Lin)



Tak lama selepas kak Azie balik...kakakecik sempat la berborak kejap dengan adik2 blogger lelaki tu...pastu datang plak seorang adik junior yang kakakecik kenal masa study dulu..kira rapat la dengan dia..selalu pegi bilik dia lepak makan tido kat bilik nya...last kakakecik jumpa Alin, pada tahun 2009..time kenduri kawen dia..itu la kali pertama kakakecik ke Johor...naik kapal terbang lagi sorang2 plak tu...


Dan pada 26 Januari 2013, Sabtu lalu kami bertemu kembali...kalau dulu Alin sebagai pengantin baru..tetapi kali ini alin bakal seorang ibu..walaupun tengah sarat mengandung Alin tetap datang jumpa kakak dia seorang ni...terima kasih Alin...


Sebenarnya kakakecik ingat nak jumpa alin kat area umah nya di Kulai..tetapi tak tau yang dari Sedenak ke Sg Sayong akan lalu depan taman umah alin...so tak dapat la jumpa di Kulai...apa pun akak memang tak sangka alin akan datang jumpa dengan akak..walau kejap...Alin..akak doakan semoga urusan kelahiran cahayamata pertama kamu dan Jani akan dipermudahkan..dengar2nya baby boy..elok sangat la..mak kan xde anak lelaki..mesti akan jadi cucu kesayangan punya lah...


Alhamdulillah dengan takdir Ilahi kakakecik dapat bertemu dengan orang-orang yang kakakecik rapat..walaupun ada lagi seorang dua yang belum punya jodoh untuk bertemu...insyaAllah nanti kita bertemu ye...



p/s : masih terkenang2 trip ke johor....



Johor Trip : Terima Kasih Cikgu Azaref Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Trip ke Johor diteruskan jejalan dan makan di sekitar Skudai dan JB...


Petang Jumaat..seperti dijanjikan pukul 4.30 petang kami bertiga (Kakakecik, Aima dan Sunah) akan berjumpa dengan Cikgu Areef di Restoran Bibik Taman U..untuk menikmati nasi ayam penyet...Tetapi biasa la kan anak dara bersiap..pukul 5 ptg baru kami sampai sana...kecian cikgu Areef terpaksa menunggu kami lebih kurang 15 minit....Ini adalah kali kedua kakakecik dan Aima bertemu dengan cikgu Areef..segan malu ada la jugak...


Nasi Ayam Penyet Bibik...boleh la nasi dia banyak sangat...kakakecik share nasi dengan Sunah....ayam je mintak extra 1..tapi kakakecik pelik kenapa tak de tempe (walau kakakecik tak makan), tauhu goreng dan terung berlada..Opss...apa benda ye atas ayam tu...sedap sangat...kakakecik kutip sampai habis kot...


Memandangkan Sunah masuk kerja 6ptg hingga 10 malam..tugas membawa kami jejalan diserahkan kepada Cikgu Areef...Masa nak naik kereta Cikgu Areef, kakakecik dah Aima dok lawan tolak dah..sapa nak dok depan..segan kot..tak biasa sangat dengan cikgu Areef nie..kami kenal pun di Fb dan blog dok balas komen selepas jumpa di umah CMG dulu ni....bukan yang baru2 nie..biasa la Aima kuat mengelat..awal2 lagi dia dah naik dok belakang..kata nya KAKAK kena la dok depan..uwaaaaaaaaa...


Alang-alang dah dok area Skudai nak jugak la masuk UTM...kebetulan Cikgu Areef nak solat Asar..so Cikgu Areef decide pegi Masjid UTM je...Masjid UTM di tengah2 antara bangunan Perpustakaan dan Dewan Besar UTM..


Selepas menunaikan kewajipan..Cikgu Areef menanyakan kami..nak ke mana...kakakecik laju je bagitau Aima nak ke Pantai Lido..Stulang..katanya nak tengok tempat nie sebab pengaruh novel zaman sekolah dulu..zaman 90an....


Kota Singa kelihatan sangat dekat...Aima dok kata Penang pun dekat jugak...sekali dia tengok nampak trang tang tang bangunan di Kota Singa...baru tau jauh ke dekat antara johor dengan singapore..



Pantai Lido di waktu senja...dah tak ada lagi Pantai Lido..sebab dah ditambak...Cikgu Areef terpaksa berhenti kereta tepi jalan untuk bagi peluang kami menikmati keindahan Pantai Lido...(Eh, banyak plak tikus2 bermain di kaki pantai nie)


Sementara mentari belum berlabuh...cikgu Areef bawa kami ronda2 di kawasan The Zone, Stulang, Danga Bay, Zoo Negeri....lalu depan Pekan Rabu, Pasar Karat (Nak singgah dah nak maghrib..so bagi kenal tempat je la)Oppps Mentari dah berlabuh....Maghrib di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar...


Cikgu Areef nak belanja kami makan western murah kata nya di Taman Hutan Bandar...jom kita cuba..tak kisah la..time kami sampai di Taman Hutan Bandar tak ramai sangat orang..masih ada meja kosong...menurut cerita Cikgu Areef kalau pepagi kedai di bahagian atas tu jual beraneka sarapan pagi tradisi Johor...sebelum ke Hutan Bandar Cikgu Areef menunjukkan kepada kami Makam Mahmodiah rasa nya di depan rumah sewa lama nya masa praktikal di MAIJ..kakakecik tak perasan sangat sebab time tu Athirah anak sedara kol Ateh nya di mana..
.


Kalau datang Johor tak sah la kan kalau tak makan Otak-otak..yang kami makan malam tu kakakecik tak sure otak-otak kempas ke apa..tapi warna nya agak kekuningan dan tak merah macam selalu yang kakakecik makan...kuning kuning pun boleh tahan jugak rasa nya...kalau tak silap kakakecik makan 2 keping..


Ini la Chicken Chop kakakecik...RM5.00 je cikgu Areef kata...banyak keping plak tu ayam nya..makan tak habis kot...tapau bawak balik konon nak makan la..kalau x pun bagi Mulan makan..



Cikgu Areef dan Aima makan Lamb Chop..kakakecik terpaksa la ambik bau sampai tekak dah rasa lain...gatal2 je rasa badan nie...harga Lamb Chop ni kakakecik tak sure berapa...sebab cikgu Areef yang bayo kan....


Borak punya borak..tak sedar dah pukul 9 lebih...janji dengan Sunah pukul 9.30 nak pergi tempat kerja nya di U-Mall..hehehe..biasa la kalau dah borak tu mana boleh stop kan..dari awal naik kereta sampai la nak turun kereta masih lagi borak..rasa macam tak percaya plak kami bertiga boleh borak kongsi cerita itu ini sampai gelak terbahak2...Aima la yang paling banyak gelak..terutama kat part cerita Cikgu Areef yang dia takde cite dengan orang lain waima kat blog sekali pun dia tak cerita kisah nya itu..hanya kakakecik dan Aima je dapat dengar dari mulut nya sendiri..special kan kami....HEHHEHE...


Cikgu Areef, terima kasih kerana belanja makan nasi ayam dan chicken chop ye...sudi menumpangkan kami Avanza Putih yang KM nya belum sampai 20K.bawak jejalan pusing JB walaupun pokcik sendiri tak berapa tau jalan di sana..sama2 la kita baca signboard dan mencuba jalan baru...hehe...minta maaf andai ada salah silap terkasar bahasa gelak dalam kita borak2 sepanjang 3-4jam itu...


pssst : bila lagi nak datang utara kasi gegar sini plak

Wednesday, January 30, 2013

Johor Trip # Citarasa Rinduan : Terima Kasih Ayu Sekeluarga

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Sambung semula entry di Felda Sg Sayong...kami bermalam di sana..di teratak keluarga Ayu Citarasa Rinduan...Alhamdulillah perjalanan kakakecik dan Aima dipermudahkan kerana Ayu menawarkan kepada kami untuk bermalam di rumah nya...syukur...save bajet kos penginapan kan..


Selepas Ayu meninggalkan kami untuk teman En Zalie ke hospital..kami bertiga apa lagi sambung tido la..(teruk kan tiga orang anak dara nie..tapi ayu dah pesan korang bertiga tido ye..mesti penat kan)... tak sampai dua jam je kami tido dalam pukul 8.30pagi mcm tu dah bangun, dan siap2 turun ke dapur sebab dah teruja dengan gambar nasi lemak yang dihidangkan untuk kami di FB Ayu...

(gambar ambil dari entry Sunah Sakura)

Sebelum makan nasi lemak nie..kami panaskan pizza yang telah siap topping nya oleh Ayu...Ayu..kamu sangat baik hati...terlalu banyak makanan awak sediakan utk kami bertiga..


Jom kita sarapan nasi lemak air tangan Ayu...makan ditemani MIL Ayu..sambil borak bab kesihatan diri..macam2 yang kami kongsi bersama...


Elok je dah sudah makan nasi lemak yang sedap nie..pizza pun siap di bakar..

Pizza sebelum ditatarias oleh Sunah




Walaupun perut masih kenyang..makan jugak pizza yang panas2 nie..sorang sekeping kecil je..Alhamdulillah rezeki kami merasai pizza yang diuli oleh Ayu sendiri...makan dah kenyang..borak pun dah sudah..kebetulan ada jiran datang ke rumah Ayu untuk berborak dengan MIL Ayu..so kami bertiga mintak izin untuk naik ke atas untuk berehat sambil online la...menunggu kepulangan Ayu daripada hospital


Tengah2 rehat dalam pukul 12tghri macam tu kakakecik terdengar bunyi pintu kereta ditutup..terus kakakecik ke tingkap menjenguk ke bawah...hati berbunga gembira apabila nampak Ayu dah balik..hehhee..bagi Ayu rehat dulu shida...kecian Ayu mesti penat...Tak lama lepas tu Ayu naik ke bilik untuk meluangkan masa berborak panjang dengan kami bertiga sebelum kami berangkat pulang ke Skudai...janji dengan seorang lagi blogger untuk berjumpa pada jam 4.30 petang..Pengisian borak kami pada tengahari itu lebih kepada perkongsian peribadi...Ayu..banyak2 kan bersabar ye..jangan mudah putus asa..Shida tahu awak seorang yang kuat semangat...InsyaAllah pasti ada hikmah semuanya...


Apabila jam menunjukkan pukul 3 petang..kami mempersiapkan diri untuk pulang..terasa sayu jugak waktu berpisah dengan Ayu sekeluarga...mengabadikan gambar bersama sebagai kenang-kenangan


Bergambar di ruang makan di teratak citarasa rinduan dan berlatar belakang kan sekolah Cikgu Areef mengajar..hehehe


Opss sebelum tu kakakecik sempat lagi menghirup semangkuk asam pedas...buat hilang ketagihan..sampaikan Aima nak pun kakakecik mcm sayang nak kasi...huhu...teruk kan..memang kakakecik suka asam pedas nie...



Sebagai tanda persahabatan antara kami..Ayu menghadiahkan kepada kami seorang sepasu pokok kaktus untuk dijaga...Umai awal2 lagi dah pecah rahsia ibu nya...Eh, Ayu sepatutnya kena empat la...awak pun kena juga ada..kita tengok sapa yang akan lama pokok kaktus nya bertahan..Okey nanti Ayu beli jugak la untuk Ayu..sweet kan Ayu nie..


Ayu..shida tak pandai la berkaktus kaktus nie..huhu..harapan shida kaktus nie dapat la bertahan lama...insyaAllah Shida akan menjaga nya seperti menjaga persahabatan kita...Saya Sayang Awak...Siti Rahayu Abd Rahman


Kepada Ayu sekeluarga...shida mengucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menerima kunjungan kami dan layanan yang diberikan..tak terbalas rasa nya..nanti datang2 la ke Kedah ye..kasi gegar Utara plak...

Johor Trip # Felda Sg Sayong : Citarasa Rinduan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Masih meneruskan perjalanan di negeri Johor Darul Takzim bersama2 Aima dan Sunah...destinasi kami bertiga seterusnya selepas lepak sepetang di rumah CMG Adnan Ibrahim..ke Felda Sg Sayong, itu pun selepas beberapa kali dapat sms daripada penunggu di Sg Sayong..Ini adalah kali pertama kakakecik sampai ke Felda Sg Sayong..Alhamdulillah seorang lagi sahabat blogger kakakecik dapat bertentang 4 mata dengan nya..jangan plak terkejut apabila kakakecik kata kami bertentang 4 mata...ye la sebab Ayu pun pakai spek time kakakecik jumpa dia kat Citarasa Rinduan...memang sangat2 teruja apabila dapat berjumpa dengan Ayu...almaklum la kami nie sebaya dan dia adalah sahabat baik kepada rakan sekelas kakakecik jugak...


Ayu....tak de la setinggi dan sebesar mana pun..biasa2 je...lepas je kakakecik peluk dan sampai je cium nya..tak perlu jinjat pun...


Sebelum ke teratak keluarga Ayu..kami singgah sebentar di Citarasa Rinduan kerana Ayu masih di sana...masa jumpa nie macam biasa la salam2 peluk kiss...dah kena bebel sebab lewat sampai...donut dan pau sambal katanya dah sejuk...ayuuuuuuuuuuuuu..mintak maaf sangat tatau awak sediakan minum petang..huhu....cepat2 je Ayu ajak kami ke rumah untuk minum petang dan merehatkan diri...


Donut dan Pau Sambal untuk rezeki kami...walaupun dah sejuk tapi ia masih lembut dan sedap di makan..kakakecik 3 biji ngap pau sambal dan 2 biji donut....sambil minum petang sambil sembang2 dengan MIL Ayu yang sangat2 peramah dan baik hati...macam cerita dikongsikan dengan kami...seronok borak tau...




Selain Pau Sambal dan Donut ini..Ayu jugak ada buatkan Puding Coklat Oreo berbentuk hati lagi...sedap jugak puding oreo nie..sejuk je masuk ke tekak..tak manis sangat..sedang-sedang manis2 buah...Ayu sememang nya seorang yang rajin di dapur..untung keluarga nya...rasa macam nak pindah dok dengan Ayu je..boleh makan macam2 setiap ari...


Bergambar dengan Umai...si anak kecil yang petah bercakap..walaupun pada awal nya malu-malu meow..lepas nie rancak je dia dengan kami bertiga... 


Selepas selesai solat maghrib..Ayu mengambil alih tugas menjaga kedai CR menggantikan En Zalie...Kami bertiga..lepak dalam bilik la..rehat2 diri...dalam pukul 8.45, tetiba Umai datang ketuk pintu bilik..bagitau Ibu ajak makan...Eh Ayu dah balik dari CR...Sunah plak merasa kan dirinya pernah lalui situasi ini..Dejavu katanya...


Untuk makan malam...Ayu hidangkan kami tengok sendiri la gambar kat bawah nie ye...hehehehe,.saja nak bagi korang telan air liur....

Umai mendoakan makan malam kami...


Ini..cuba teka apa dia...cepat2..adakah menu ni sudah ada kat CR kakakecik tak pasti...tapi ini Ayu buat special untuk kakakecik..


Sambal Kentang + Tempe...kata Ayu..ini kegemaran Cikgu Areef dan Kak Yusa..



Asam Pedas Ikan Mayong...yang paling laris di CR..resepi MIL Ayu..memang sedap sangat sampaikan kakakecik menghirup kuah2 nya...siap masuk kan dlm mangkuk asing lagi senang skit nak hirup..biasa la kakakecik kan tak makan isi ikan tu..so makan kuah dan bendi nye aje..


Macam biasa...bila makan borak la kan...time makan malam nie...MIL Ayu kongsikan petua untuk membuat asam pedas yang sedap..untung Ayu dapat mak mertua yang pandai masak dan menurunkan ilmu masakan itu kepada nya...

Opss masa dok borak2 nie..kakakecik gatal sangat mulut nie menanya kan tentang kampung halaman Ayu...

Kakakecik : " Ayu..ayu kampung kat tenggaroh tu Kota Tinggi kan..rasa nya Shida ada la kawan di sana..ada tak kenal Azfar Sudin..umo dia sebaya kita rasa"
Ayu : ermmmmmmmmmmm..sambil pikir "rasa nya tak ada la shida"
Kakakecik : " ooo tak de ye....ermmmmm sorang lagi dok mana ye..shikin dok Tenggaroh ke? sambil kakakecik berfikir
Ayu : pabila dengar kakakecik sebut Shikin, terus dia " Nor Ashikin Tahir"..siap sebut nama penuh sekali nama bapak lagi.
Kakakecik : yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Noor Ashikin Tahir..dia muda setahun daripada kita (sori shiqeen kak x ingat ejaan nama betul awak)
Ayu : Shida...shikin tu jiran Ayu...depan umah Ayu je umah dia...
Kakakecik : "Iye....Ya Allah kecik nya dunia nie" terus meluru ke Ayu nak peluk dia..tapi ditolak nya sebab katanya bau ikan mayong....kakakecik tepuk2 bahu nya....
Masa nie memang sebak sangat2....Ayu rupa2nya dua orang sahabat shida adalah orang yang rapat dengan ayu jugak. Syukur sangat-sangat


Pizza????????????

Ayu tanya bila nak bakar dan makan pizza nie...aduuuuuuuuuuuuuuus yu...perut dah penuh la...malam2 nanti la ye..tak pun pagi esok....time nie memang ayu dah macam seorang ibu dan kakak..yang menjaga perut adik2 n anak nya...best nya jadi adik dan anak ayu....nak jadi adik ayu boleh tak...



Sebelum tido...kakakecik dan Aima temankan Ayu buat sambal untuk makan bersama nasi lemak..Sunah awal lagi dah naik tido sebab hidung nya gatal...EH kami tak tolong pun Ayu buat sambal tu...kami just sembang dan tengok je dia buat...memang pantas Ayu buat keje dapur...bila semua nya dah selesai masing2 masuk bilik...Ayu je la asing bilik dengan kami..xkan nak tinggal En Zalie kan,..cukup la kakakecik kidnap Lydia Miza..xnak lagi kidnap isteri orang..nanti suami mereka marah....tido dengan anak2 dara je la...


Tak dapat peluk Ayu di waktu tido..dapat peluk bantal comey ini pun dah cukup..thanks Ayu sediakan bilik untuk kami bermalam di Felda Sg Sayong...dah macam kat hotel rasa nya...Alhamdulillah bermalam di Sg Sayong...Selepas Subuh menunggu detik 7 pagi...tunggu2 samada Ayu akan ke bilik atau pun sebelum ke Hospital temani En Zalie check-up.


Yeeeeeeeeeeeee Ayu masuk bilik..dia tak akan tinggal kami begitu saja...dengan muka tak mandi tu nak jugak bergambar dengan Ayu riso tak sempat jumpa dengan nya..selepas bergambar...apa kami buat...tunggu next entry ye sebab kakakecik rasa macam dah panjang je entry nie..hahahaha


jumpa di next entry untuk mengetahui kisah selanjutnya