Coretan Terbaru KakakeciK
Wednesday, January 16, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Happy Birthday Adik
15 Januari 1990, seawal jam 1.30pagi kami dikejutkan oleh ayah..ingatkan ayah kejut bangun pegi sekolah cepat2 je kami adik beradik berebut ke bilik air...ayah gelak kan kami..rupa2nya ayah kejut kami semua bagitau yang mak dah bersalin...alhamdulillah setelah 7 tahun kami dah dapat adik lagi...
Monday, January 14, 2013
Megi Tomyam..Menu Permintaan Adik
pssst: esok besday adik..malam nie macam nak pekena dia je...hahaha..
Wednesday, September 26, 2012
Sedih..Kecewa..OH TIDAK
Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Hujan boleh dikatakan sepanjang minggu..nie tanda nya dah bermula musim tengkujuh..kalau orang lain hujan-hujan nie dikatakan best la tido kan..kakakecik kalau hujan, susah hati bukan takut banjir..tapi datin athma akan datang la..dah 2-3pagi tidur tak berapa nak selesa..kekadang tu sampai selimut 2lapis..bergulung je dalam selimut…
Ok ok..dah dah tak mau dok cerita bab dalam bilik kat sini…tengahari tadi agak sedih dan kecewa la jugak..adik ilah yang dok kat Perak kol bagitau dia mungkin tak jadi balik sebab adik kat UKM ada kelas ke apa ntah minggu nie..kalau ikutkan hati dia nak je balik dengan Sorfina..tapi husband dia macam risau, disuruhnya kakakecik pergi Ipoh naik bas jumaat lepas habis kerja balik kedah dengan dia..Ahad balik semula Ipoh dengan dia…amboooooooooooi bagus betul adik sorang tu…bila Dik Ilah tanyakan adik dah ambik ke kek…masa nie dah semacam..ye la adik takde bagitau apa2 tentang barang yang kakakecik pos tu..entah boleh makan atau tatau la…
Last-last bila contact adik..tanya la dah ambik ke barang kat opis..dia kata dah ambik semua..tapi dia tak berani nak makan..tengok kat tudung tupperware tu berwap, tapi xde la jadi kulat ke apa lagi kat makanan tu..suruh dia pegang melekit tak..kata nya ada skit…kakakecik tak puas hati suruh dia rasa plak..dia kata ok dia rasa makan skit..kalau sakit perut kena la..uwaaaaaaaaaaaa…adik nie..ok ok kalau macam tu tak payah makan..nanti buat lain..ingatkan nak pos la lagi guna alamat umah kawan dia..tapi dia tak nak..dia kata tunggu dia balik nanti buat untuk nya…okey adik..(tapi bila nya adik nak balik, huhu), sedih tau bila kita pos makanan tetapi lambat sampai..akhirnya makanan tu masuk tong sampah je…sayang kan…bukan rezeki adik la tu…tu la nak sangat buat suprise..padan muka.
pssst : minggu nie macam malas je masak untuk wat bekal lunch..arini terlebih kreatif..nasi goreng mak buat utk bfst..kakakecik p buat nasi grg pattaya..hehehe
Tuesday, September 25, 2012
Nak Sangat Buat Suprise!!!!
HAHAHAHAHAHA..gelak jahat
Ambik ko shida…nak sangat buat suprise kat adik…konon biar dia terkejut dan tak sangka la akan dapat benda yang dia nak tu..sekarang ni tak pasal2 ko yang menggelabah shida..riso tak tentu arah dah…uwaaaaaaaaaaaaa..mana la tahu arini ada PilihanRaya Kampus (PRK)…tensen, tensen nya….
Daripada nak bagi adik terkejut…alih-alih kita lak yang kena bebel dengan dia..huhuhu..sabar je la…EH dah pukul 5 lebih nie…PRK mesti dah habis kan…adik cepat serbu opis KRK..tengok ada x bungkusan dari kakakmu ini…..kalau dah rosak…mintak maaf la ye..nanti kak buat lain..hehehe.sure kak ilah bertambah2 jeles nya…
pssst : nak suprise sangat sampaikan blok dan no bilik adik inap pun silap…pastu terpaksa kol tanya dia utk confirm. poskod pulun cari buku2 rujukan 10 tahun lalu..hehe…gigih tak kakak dia nie
Tuesday, September 4, 2012
Adik Mewarisi Jejak Sebagai Warga UKM
Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Alhamdulillah, adik kakakecik yang bongsu berjaya melanjutkan study di UKM, seterusnya mewarisi jejak bertapak kakakecik dan 2 orang sepupu yang lain..kalau sebelum nie kakakecik masuk UKM pada tahun 2000, di ikuti dengan Izzuan pada tahun 2006 kalau tak silap kakakecik dan seterusnya Aidy pada tahun 2007. 2 September 2012, adik plak menjadi warga UKM..urusan pendaftaran dan penginapan berjalan lancar dalam tempoh 1 jam dah selesai semua nya.. sememangnya kakakecik respect dengan urusan pendaftaran yang dilaksanakan oleh pihak UKM dan Kolej Kediaman..segala urusan pendaftaran di buat oleh pihak kolej, so ibu bapa dan para mahasiswa/i tak perlu bersesak. nombor bilik pun dapat awal sehari sebelum pendaftaran.Opps adik tak dapat Kolej Ibu Zain, adik stay kat Kolej Rahim Kajai…kemudahan dan kelengkapan di Kolej Rahim Kajai agak memuaskan.
Erm, dapat juga jumpa Along Usop walau sekejap sekurang2nya boleh la family kenal along dan melunaskan janji untuk beri almond london kat along…
Eh EH masa tunggu adik daftar tak sangka dapat jumpa kawan 1 batch yang duduk kat Kolej Ibu Zain dulu, 8 tahun dah kot kami xjumpa..CHE OTHMAN jugak 1 kumpulan masa MSK 12 tahun dulu, sekarang dia Pegawai Tadbir kat UKM dan suami kepada D yang 1 floor dengan kakakecik masa 1st year..
psst : Minggu depan rasa nya kakakecik akan ke UKM semula untuk teman adik balik, mgu depan adik kena ke HBAS untuk remove stand yang dia pakai..
Wednesday, July 25, 2012
Ramadhan 1433 #4 : Berbuka di Katil Wad HSB
Assalamualaikum dan Salam 5Ramadhan 1433H
Semalam, 4Ramadhan menjadi sejarah bagi kakakecik kerana berbuka di katil 15, wad 4B kenanga Hospital Sultanah Bahiyah…nie semua kerana kasih nya seorang kakak kepada adik nya..rasa kecian plak kat adik kalau dia berbuka sorang-sorang di hospital..kakakecik bayangkan kalau keadaan tu berlaku kat diri kakakecik mesti sedih kan….walaupun plan awal kakakecik nak berbuka dan tido bersama dengan adik untuk temankan dia sahur, tetapi adik kata xperlu la nak temankan dia tido sebab kakakecik sendiri pun bukan sihat sangat…malam nie baru bermalam dengan adik..
Kami berbuka semalam dengan ala kadar sahaja…Nasi Daging, kuih samosa dan air..kakakecik air orange twister dan adik chocolate dutch lady…
Nasi Daging adik, bukti dok hospital…hehhee berbaju hijau dan berantai tangan hehehe
Nie nasi daging kakakecik…kami share je nasi tu…bukan makan banyak pun..tank kecik kan..1 bungkus lagi simpan utk adik makan sahur…
Kuih Samosa..tapi kalau cari kat bazar pendang memang tak jumpa la samosa…sebabnya dorang tulis SAMUSAT…inti nya daging/ayam kisar…bila makan krup krap…sampaikan kakakecik dan adik kena cover time makan kuih nie…adik kata, “kak shida…nanti depa kata apa la kita makan kan dok bunyi krup krap” hehehe…
Eh, kuih dan nasi daging nie kakakecik mintak tolong abang ipar kakakecik sorang tu la..abang mie belikan…kalau nak harap kakakecik ke bazar…mintak maaf la..belum pergi pun dah rasa pening kepala..almaklum la jarang sekali pergi bazar….
pssst: agak2 apa plak menu berbuka utk 5ramadhan…arini masih lagi berbuka di wad..tapi dah req mak masak..xnak beli..huhu….
Monday, March 12, 2012
Nuklear Scan..DTPA Scan di Hospital Pulau Pinang
pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga
Thursday, August 11, 2011
Kalau Dah Pangkat Adik, Tak Sah Kalau….
Assalamualaikum
Hari ini dah hari ke 11 kita semua umat Islam berpuasa….cantik jugak nombor pada tarikh hari ini…110811..bak kata pertanyaan Pakcu..xde orang nikah kahwin ke hari ini….hari ini jugak la shida pukul 9 pagi dah masuk dapur..bukan sebab nak basuh pinggan or periuk tapi MEMASAK….aik aik bukan shida masak untuk dijadikan bekal tengahari tadi…tetapi ia jugak sebagai BEKAL untuk adik yang kini sedang belajar PSP…..dia suruh buat kuah untuk kew teow hailam…..ermm kalau dah pangkat adik tu kan tak sah kalau nak suruh aka buli kakak dia buat itu ini….al-maklum la dia kan adik bongsu…sabo je la kan…
Shida hanya buat kuah hailam tanpa masuk kan sayur-sayuran biar dia sendiri masuk kan masa nak panaskan kuah tu petang nanti…
Adik..kira hang untung juga la sebab ada kakak yang rajin macam kak nie tolong buatkan…(hahahhahah perah santan plak shida nie kan)…
psssst : sedang menunggu BF adik untuk datang ambil barang2 dan makanan yang dikirimkan ini…
P/S : ADIK NOVEL TU TOLONG BAGI DEKAT KAKAK WATI INA……
Monday, May 2, 2011
Tunda Ke Hari Khamis
Thursday, June 24, 2010
~kEciaN aDiK~
sampai skrg walau d umah...makan nak mak suap....
Ok la...di sini shda nak gtau apa yg adik TIDAK BOLEH MAKAN SEPANJANG HAYAT..kena kosongkan....
- segala jenis seafood
- belacan,cencalok, budu
- ikan masin, ikan kering, ikan bilis
- papadom
- segala jenis daging (lembu, kambing, kerbau)
- usus2 bhgn dlman
- petai, jering
- jeruk n asam2
- ikan kembung (tanpa kepala, ekor n telur)- 1ekor 1hari
- sayur2an
- ayam seketul 1hari(ketul kecil tanpa tulang)
- ikan tenggiri
- telur 2-3 bj seminggu
- air 3.5liter
- ikan sungai






