Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, October 23, 2011

Jom Memasak : LAKSAM

Assalamualaikum…..selamat petang…selamat berhujung minggu….bagi shida yang tinggal di Kedah…Jumaat dan Sabtu adalah hujung minggu..bila di hujung minggu baru berkesempatan nak memasak untuk keluarga (mak ayah, kakak, abg anak buah) makan. Andai hari jumaat shida hidangkan dorang puding jagung…di hari Sabtu 22 Oktober shida berpeluang untuk mencuba buat LAKSAM….rasa nya dah lama shida teringin nak makan LAKSAM…bermula di Group KBU pada 10 Mei…apabila si Syukri Mr Straw menJELESkan kakakecik dia nie dengan upload LAKSAM LANGKAWI…pastu Cik Reena Tan plak…upload gambar laksam yang dia buat kat FB…shida komen je gambar Laksam nya tanpa segan silu (masa nie shida tak frnd lagi dengan Reena) Tapi dengan semangkuk Laksam kami berkenalan dan reena share resepi laksam di entry laksam terbaik pada abad ini….erm terliur shida tengok…terus tekad selepas nie shida akan cuba buat sendiri…Onie plak dok gtau mak dia memang dok jual je laksam..setiap hari buat…kalau nak makan datang la rumah dia…onieeeeeeeeeeeeee..rumah kamu jauh di Puncak Alam sana…..kalau dekat memang dah lama akak terjah..grrrrrrrrr…

 

Hari Khamis…shida ada kirim kat Wany suruh beli LAKSAM…tetapi bila shida makan saja..gatal bibir mulut n hidung…so tak puas hati la…dalam hati dok berbisik “kena buat sendiri la nampak gaya nya”

 

Alhamdulillah semalam shida tak busy sangat buat decoupage…so shida buat la laksam untuk santapan kami seisi keluarga…perggggggh menjadi weiiii….x rugi sekilo ikan selayang yang shida buat kuah tu…..tapi agak malang sedikit sebab tepung habis…shida hanya dapat buat 1 adunan sahaja bancuhan untuk mee laksam….kuahnya banyak lagi….pagi ini sebelum datang kedai…shida sempat la mengukus 5 keping mee laksam untuk bekalan lunch shida tadi….

laksam ganuLAKSAM tanpa tauge….takde stok di kedai…

(maaf gambar kurang memuaskan..guna hp SE biasa sahaja…Nikonku masih dlm servis…lens error…sabo la kan)

 

oppps nak resepi yer….ok mai sni shida nak panjangkan resepi yang Reena Tan bagi dekat shida….kalau x silap sama dengan kat myresepi..

BAHAN-BAHAN

Mee laksam

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

4 cawan air suam

 

Kuah

ikan kembung [direbus dan dibuang tulang macam buat laksa] – shida buat 1 kg ikan selayang

sedikit halia -dikisar

sedikit bawang putih –dkisar (shida guna 3 ulas)

bawang besar/merah –dikisar (shida  guna 2 biji )

1 sudu lada hitam -dikisar

santan (shida : 4 cawan)

asam keping (lebih kurang 10-15 keping)

garam dan gula secukupnya

**** SHIDA MASUKKAN JUGA DAUN KESOM

 

Ulam

timun, kacang panjang, taugeh, bawang besar.

*** TAUGE TAKDE, SHIDA TAMBAH PUCUK JANGGUS

 

Sambal

cili masak merah

cili padi [kalau nak pedaskan sambal : memang shda masukkan jugak]

belacan

garam secukupnya

 

Cara membuat mee laksam:

  1. Gaulkan semua bahan. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak. ambik sedikit adunan dan ratakan diatas tudung periuk. kukus sehingga masak. dan gulung.
  2. Ulang sehingga adunan habis.

 

Cara membuat kuah laksam:

  1. Kisar isi ikan.(yang telah diasingkan tulang dan isi)
  2. Halia, bawang putih, bawang besar dan lada hitam dikisar bersama dan dituangkan ke dalam peiuk berisi ikan.
  3. Masukkan santan pekat.
  4. Kemudian masukkan asam keping, garam secukupnya.
  5. Kuah dimasak sehingga sedikit pekat.

Cara membuat sambal cili:

  1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. sedia dimakan bersama laksam.

 

Okey semua…selamat mencuba….thanks reena….kepada Awin dan CMG Adnan Ibrahim…mana laksam LAKSA nie….eh eh Awin dah kenal ke ikan selayang cmne rupanya…kalau x kenal tengok gambar bawah nie yer…

ikan

AWIN….ikan selayang yang panjang kurus ye…pastu ada benda alah yang keras dekat ekor dia… (thanks pakcik google)

pssssssssssst : mak dan abg pelik je sebab laksam nie kena letak sambal cili..dorang biasa makan yng kedah x macam nie..dah tu siap tambah cili potong lagi..sabo je la….yang penting ayah suka…..banyak jugak entry JOM MEMASAK di CNQ nie…kalau wat blog n pindah ke sana ok tak?

10 comments:

cik Anggur said... [Reply]

adoiiiiiiiiiiii.terliuQ aih

Adinda Amy Sensei said... [Reply]

wah......ada laksam pulak ek..hehe...rajin betul shida memasak ni..hehe...lama tak makan laksam ..

Mek Onie said... [Reply]

sama ja kat shida,hehe...nak sedap ...ikan kena banyak,baru pekat kuah,so nomnomnom sedap dimakan,hehe...


sape nak laksam pm onie,free postage ... *tipu ja,haha*

Mek Onie said... [Reply]

satu lagi kak,kalau nak nampak laksam tu kilat buh tepung ubi *mak kata*

sYafIk-wAy said... [Reply]

akak ! nak satuu........ hehe

Lydia Miza said... [Reply]

sedapnyer...pandai shida wat laksam

Brilliant Marjan said... [Reply]

salam..

migu lepas pun sy makan laksam.tpi order jelah..sbb sy bekerja dan tiada siapa yg nak bantu ummi..laksam special tuk tetamu special b4 my parents going to hajj..

tp yg uniknya, sambal dia lain..sy memang tak makan sambal belacan so pada mulanya ingatkan smbal belacan..tp bila ummi kata bukan sbb sy perasan pun mmg bukan..bila rasa mcm sambal nasi ayam tp agak pedas..sedap btl!!!!

~lagi puas buat sendiri

Anonymous said... [Reply]

hehehe! berjaya jugak akak buat kann. :)

Puteri Katek said... [Reply]

hahahahahaha....kalau jumpa kat dapur pun saya tak tau nak bandingkan mcm mana dgn ikan tu...hahahahaha....

TS said... [Reply]

ieyla kenal laksam ni bile study kt KL..klu x xthu pon..
and now da jd my faveret..
t bole suh akk buatkan..hikhik