Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

PRU13: Selesai Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

PRU 13..selesai pun sudah…keputusan pun seluruh Malaysia dan dunia dah tahu..namun baru hari nie kakakecik berkesempatan untuk update stori mori untuk pilihanraya buat kali ketiga bagi diri kakakecik..Pukul 7.30 pagi kakakecik dah bergerak kuar dari umah untuk ke tempat pembuangan undi…waaaaaaaah awal nya..tapi kakakecik masuk mengundi dalam pukul 8.30 pagi macam tu..Awal tu pergi buat persiapan tempat bertugas sepanjang PRU13 untuk PDM yang kakakecik kena jaga…

Picture 203

Alhamdulillah, urusan proses pembuangan undi kakakecik hanya mengambil masa lebih kurang 10-15minit sahaja..tak perlu beratur panjang..dari semakan di barong hingga ke bilik membuang undi.. di barong, tempat semakan saluran dan nombor siri, pada awal nya kakakecik hanya bagi ic tapi kerani spr mencari-cari je terus kakakecik bagitau saluran dan nombor siri kakakecik, hehehe memang kakakecik ingat pun saluran dan nombor siri, lagi mudah kerja dorang dan tak perlu kakakecik tunggu lama..masa itu emas..

Picture 210 

Bila sampai je kat bilik tempat pembuangan undi..hanya ada 2 orang sahaja yang beratur…lagi cepat nie..tapi nak tunggu giliran tu berdebar sangat-sangat..bila sampai giliran kakakecik berdoa dan melangkah kaki kanan masuk ke bilik saluran 3 tu, dengan harapan agar kakakecik membuat pilihan yang betul dan tidak mahu menjadi salah seorang yang menyebabkan undi rosak..hehe

Picture 196

Yaaa…kakakecik sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia..kami semua 1 keluarga dah layak mengundi..Adik-adik dan abang yang duduk luar Kedah pun bersemangat balik kampung untuk mengundi..Kak Ja yang di hospital sebab Auni melecur tapak tangan pun doktor bagi balik..kalau Auni kena lagi tahan pun xpe sanggup je Adik dan Mak Su pergi gilir tolong jagakan Auni..Janji tak hilang 1 undi..

 

Sepanjang hari PRU13 tu, kakakecik memang sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan setiap 2jam sekali hanya sempat rehat setengah jam dalam tempoh 2 jam tu..tak sempat nak pandang dan beramah mesra dengan orang kampung yang datang mengundi..maaf jugak kepada sorang dua sahabat kampung yang kakakecik kenal nama dan beramah mesra di group fb kampung tapi tak cam muka mereka di realiti..nasib dorang tegur kalau tak memang tak tegur sapa la kita kan..hehhee…dan mohon ampun dan maaf jugak kepada adik2, abang2, kakak2, makcik pakcik, tok wan semua yang mana nak buat semakan dan segala urusan sepanjang PRU13 tu kakakecik ada sedikit nampak tegas, garang dan ‘cengei’ orang kedah kata..maaf ye..

  Picture 211

Erm, dan semestinya sapa yang mengundi tu masing2 pakat nak tengok jari yang kena calit…ada yang cantik calit nya..ada yang comot..ada jugak yang dok pertikai kata dah basuh keluar…tapi keluar pun tak habis kan..masih ada sisa warna di sekeliling kuku tu…macam kakakecik dah hari ketiga masih lagi ada kesan nya…nampak comot lak kuku n jari telunjuk ku..huhu

 

Walau apa pun, keputusan telah pun diketahui..rakyat yang memilih..kalah atau menang kita semua kena terima jangan nak tunjuk protes…tunggu 4-5 tahun lagi kita memilih semula…

 

psst : petang tu sebelum maghrib baru balik rumah sebab nak tau jugak la keputusan di PDM sendiri menang atau kalah dan malam tu berjaga sampai pukul 3 pagi, tertunggu2 keputusan bagi N19, P11 yang kawasan kakakecik pangkah serta negeri Kedah Alhamdulillah syukur dengan keputusan yang diperolehi……berbaloi dan terasa hilang penat letih sepanjang tempoh sebelum pilihanraya..

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi

Assalamualaiku dan Salam Sejahtera,

 

5 Mei 2013 : Pru13…Selamat Mengundi kepada semua warganegara Malaysia yang layak mengundi dan mahu membuang undi mulai jam 8 pagi beberapa jam sahaja lagi…Kakakecik tido tak lena malam tadi..hampir jam 3 pagi baru terlelap…asyik-asyik terjaga…ntah la kenapa asyik memikirkan PRU13 ini…Tak sabar nak kena calit gamaknya…memandangkan ini adalah kali pertama penggunaan dakwat kekal…Semoga urusan pembuangan undi kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT….jangan dok wat kelam mata plak bila nak pangkah tu..tak pasal-pasal nanti jadi undi rosak…hehehe…harap2 tak de la begitu…

 

pssst : DUN tempat kakakecik 4 penjuru…

Wednesday, April 24, 2013

5 Mei 2013 : Cuti Umum Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Untuk makluman kepada semua pengundi yang berkerja di Negeri Kedah, jangan risau jangan gusar…korang boleh menjalankan kewajipan anda sebagai seorang rakyat untuk pergi buang undi di tempat yang ditetapkan kerana pada hari tersebut KEDAH CUTI..MB Kedah dah umum pun hari mengundi 5 Mei tu adalah cuti umum bagi negeri Kedah

 

Petikan daripada UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 24 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan hari mengundi pada 5 Mei ini adalah cuti umum bagi negeri ini.

Azizan ketika ditemui di pejabatnya berkata, ia bagi memudahkan para pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Ahad yang merupakan hari bekerja di Kedah. - UTUSAN ONLINE

 

Harap pihak universiti jugak akan bagi cuti sebelum dan selepas hari mengundi kepada student dia macam UiTM start cuti pelepasan dari 4-7 Mei dan UM 6 Mei tu cuti..UKM bagaimana…cepat la umum mysister ada di sana…

p/s : terima kasih kepada MB Kedah DS Azizan Abdul Razak kerana memberi cuti umum ini..

psst : kalau 6 Mei sehari selepas tu cuti pun best jugak kan…hehe.masing2 penat berpilihanraya

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting PRU 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

logo_spr

Lega rasa nya bila dah dapat tau tarikh sebenar mengundi pada PRU13 di Myundi PRU13, pengumuman dibuat oleh Pengerusi SPR, tarikh-tarikh penting PRU 13 adalah seperti berikut:

Tarikh: Penamaan Calon - 20 April 2013

Hari Mengundi Awal - 30 April 2013

Hari Mengundi - 5 Mei 2013

Jom kita mengundi jom kita mengundi….jom kita mengundi…Saya nak mengundi sebab saya LAYAK mengundi ♥♥♥ Ini kali ketiga kakakecik akan mengundi…

 

 

pssst : bukan apa, sebab risau mengundi kena tarikh kenduri kahwin sepupu…

Wednesday, April 3, 2013

3 April 2013 : Parlimen Dibubarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Akhirnya hari ini 3 April 2013...Parlimen dibubarkan..


Boleh dikatakan keseluruhan rakyat Malaysia terutama yang layak mengundi menanti saat PM mengumumkan pembubaran Parlimen..Dengan ini,Piliharaya Umum ke-13 (PRU-13)akan diadakan dalam tempoh 60hari daripada tarikh hari ini..tapi rasa nya tak sampai 60 hari..mungkin dalam tempoh 14 hari je..kita tunggu je la ye...



Mari la mari mari mengundi...

Jom Mengundi..Mengundi Hak Individu...Undi Adalah Rahsia