Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, May 7, 2013

PRU13: Selesai Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

PRU 13..selesai pun sudah…keputusan pun seluruh Malaysia dan dunia dah tahu..namun baru hari nie kakakecik berkesempatan untuk update stori mori untuk pilihanraya buat kali ketiga bagi diri kakakecik..Pukul 7.30 pagi kakakecik dah bergerak kuar dari umah untuk ke tempat pembuangan undi…waaaaaaaah awal nya..tapi kakakecik masuk mengundi dalam pukul 8.30 pagi macam tu..Awal tu pergi buat persiapan tempat bertugas sepanjang PRU13 untuk PDM yang kakakecik kena jaga…

Picture 203

Alhamdulillah, urusan proses pembuangan undi kakakecik hanya mengambil masa lebih kurang 10-15minit sahaja..tak perlu beratur panjang..dari semakan di barong hingga ke bilik membuang undi.. di barong, tempat semakan saluran dan nombor siri, pada awal nya kakakecik hanya bagi ic tapi kerani spr mencari-cari je terus kakakecik bagitau saluran dan nombor siri kakakecik, hehehe memang kakakecik ingat pun saluran dan nombor siri, lagi mudah kerja dorang dan tak perlu kakakecik tunggu lama..masa itu emas..

Picture 210 

Bila sampai je kat bilik tempat pembuangan undi..hanya ada 2 orang sahaja yang beratur…lagi cepat nie..tapi nak tunggu giliran tu berdebar sangat-sangat..bila sampai giliran kakakecik berdoa dan melangkah kaki kanan masuk ke bilik saluran 3 tu, dengan harapan agar kakakecik membuat pilihan yang betul dan tidak mahu menjadi salah seorang yang menyebabkan undi rosak..hehe

Picture 196

Yaaa…kakakecik sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia..kami semua 1 keluarga dah layak mengundi..Adik-adik dan abang yang duduk luar Kedah pun bersemangat balik kampung untuk mengundi..Kak Ja yang di hospital sebab Auni melecur tapak tangan pun doktor bagi balik..kalau Auni kena lagi tahan pun xpe sanggup je Adik dan Mak Su pergi gilir tolong jagakan Auni..Janji tak hilang 1 undi..

 

Sepanjang hari PRU13 tu, kakakecik memang sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan setiap 2jam sekali hanya sempat rehat setengah jam dalam tempoh 2 jam tu..tak sempat nak pandang dan beramah mesra dengan orang kampung yang datang mengundi..maaf jugak kepada sorang dua sahabat kampung yang kakakecik kenal nama dan beramah mesra di group fb kampung tapi tak cam muka mereka di realiti..nasib dorang tegur kalau tak memang tak tegur sapa la kita kan..hehhee…dan mohon ampun dan maaf jugak kepada adik2, abang2, kakak2, makcik pakcik, tok wan semua yang mana nak buat semakan dan segala urusan sepanjang PRU13 tu kakakecik ada sedikit nampak tegas, garang dan ‘cengei’ orang kedah kata..maaf ye..

  Picture 211

Erm, dan semestinya sapa yang mengundi tu masing2 pakat nak tengok jari yang kena calit…ada yang cantik calit nya..ada yang comot..ada jugak yang dok pertikai kata dah basuh keluar…tapi keluar pun tak habis kan..masih ada sisa warna di sekeliling kuku tu…macam kakakecik dah hari ketiga masih lagi ada kesan nya…nampak comot lak kuku n jari telunjuk ku..huhu

 

Walau apa pun, keputusan telah pun diketahui..rakyat yang memilih..kalah atau menang kita semua kena terima jangan nak tunjuk protes…tunggu 4-5 tahun lagi kita memilih semula…

 

psst : petang tu sebelum maghrib baru balik rumah sebab nak tau jugak la keputusan di PDM sendiri menang atau kalah dan malam tu berjaga sampai pukul 3 pagi, tertunggu2 keputusan bagi N19, P11 yang kawasan kakakecik pangkah serta negeri Kedah Alhamdulillah syukur dengan keputusan yang diperolehi……berbaloi dan terasa hilang penat letih sepanjang tempoh sebelum pilihanraya..

2 comments:

Zai Zamree said... [Reply]

sm la...tinggal sisa2 kt keliling jari ja...

Kira Sakura said... [Reply]

kira smpi rini ade sisa lagi yang tinggal. sebab malas nak tonyoh bebetoi hihihi