Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label gulai. Show all posts
Showing posts with label gulai. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Jom Memasak : Gulai Kawah Daging dengan Batang Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4579

Batang pisang pun boleh makan la….jangan ingat gajah je makan batang pisang hehhee…dan jangan plak panggil gajah pada yang makan gulai batang pisang nie..sebenarnya bahagian dalam batang pisang (rias pun orang panggil juga rasanya) boleh dibuat gulai kawah tau…campur lak dengan daging..perggggh memang meletopz habaq mai..

 

Khamis lepas, ada lawatan daripada Orang Asli Gua Musang ke kampung atau lebih tepat ke rumah kakakecik. So, perlu la ada makan-makan. Salah satu menu untuk tengahari tu adalah gulai kawah daging campur batang pisang. Kakakecik kalau dapat gulai batang pisang nie suka meratah makan saja..tak makan dengan nasi…lebih sedap tekak nie kalau meratah je…

 

Jom kita tengok cara nak membuatnya..Sukatan bahan tak de sebab buat 1 kawah kan…so pandai2 la korang agak.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging lembu
  • Bahagian dalam batang pisang
  • Santan
  • Serbuk Kari Daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis

  • Bawang Putih ** mayang halus
  • Bawang Merah **mayang halus
  • Halia **mayang halus
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Daun Kari

Cara-cara membuatnya:

1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan membersihkan tali-tali getah yang ada.

DSCN4547

DSCN4551

DSCN4546

2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit.

DSCN4568

3.  Sediakan bahan-bahan tumis. Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang halus. Panaskan kawah/periuk. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan.

DSCN4552

DSCN4555

4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak. Masuk kan garam secukup rasa.

DSCN4559

5. Seterusnya masuk kan daging yang dipotong mengikut saiz standard. Kalau ada tulang dan perut masuk kan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk / lembut.

DSCN4563

DSCN4569

6. Apabila daging empuk, baru masuk kan batang pisang.

DSCN4574

7. Akhir sekali baru la masuk kan santan setelah daging dan batang pisang dah sekata bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak…

DSCN4575

Sudah pun…sebelum tu jangan lupa rasa dulu cukup tak rasa masin nya….

gulai

Okey okey jangan kata kakakecik pandai buat ye gulai kawah nie..kakakecik just tolong je…tolong tengok dan ambik gambar…Yang buat nya adalah jiran kami..Kak Ma…dah la masak dalam umah hebat tak…mau tak hebat kalau masak di luar kuah yang banyak sebab ujan hehhe…

DSCN4578

Selamat Mencuba….

 

p/s : boleh ke entry ORGA untuk tau camne nak proses penyediaan dan penebangan batang pisang untuk buat gulai kawah nie

 

pssst : bos RISDA Pendang mintak buat lagi ari selasa nie untuk jamuan di pejabat mereka..katanya tak puas makan pada hari khamis aritu..hehhee

Thursday, April 4, 2013

Menu Lunch : Gulai Pucuk Ubi Simpul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 DSCN3500

Setelah hampir 2 minggu lunch kakakecik tanpa masakan berkuah, hari ni terajin untuk mengulai. Tak nak gulai/kari ikan or ayam. Kalau ikut tekak nie nak gulai pucuk ubi simpul (Eh, bukan nama pokok ubi tu ubi simpul, nie pucuk ubi kayu biasa tu just disimpul) dicampur dengan ikan bilis..Sedap nya kalau dapat makan nasi dengan gulai pucuk ubi tu..selalu orang buat pucuk ubi tu masak lemak kan..tapi mak lebih suka buat gulai..

DSCN3482

Pagi tadi, tengok2 di dapur ada sebekas kelapa yang ayah dah mesin untuk mak buat pek nga nyoq…So, kakakecik apa lagi ambil peluang yang ada untuk buat gulai pucuk ubi mau lak dengan ikan bilis yang Abg Mie beli kat Langkawi…..Dengan berbaju kelawar pergi umah tok cik sebelah rumah untuk kutip pucuk ubi..tak banyak pun ada..ikutkan malas nak kutip dah..tapi tokcik kata boleh je ambik tu..huhuhu..patah2kan la batang pucuk ubi tu..bukan apa riso terkena pucuk pokok kekabu..tapi teringat tok cik pernah pesan dulu…kalau liat dan susah patah tu pucuk kekabu..hehehe..

   DSCN3499

Resepi…mudah je la macam buat gulai/kari lain jugak…tumis bawang putih dan bawang merah berserta kan daun kari…Bila dah keperangan masuk kan rempah dan biarkan rempah mendidih, masak hingga pecah minyak. Masuk kan garam secukup rasa dan asam gelugur. Santan mesti la kena ada kan…bukan buat kari mamak yang tak letak santan tu. Biarkan santan mendidih baru masuk kan pucuk ubi kayu yang telah disimpul dan ikan bilis….Biarkan ia masak sekejap. Rasa dah okey tutup la api..hehehe.

 

Tapi yang istimewa nya gulai di rumah kakakecik nie, rempah nya mak buat sendiri tak guna serbuk kari yang jual di pasaran tu..kalau ada pun mak akan campur sedikit sahaja dalam rempah ratus semasa blender.

DSCN3490

Hari nie pukul 12.30 tghri kakakecik dah lunch, tak tahan lapar..dok bau gulai nie je…apa menu lunch korang hari nie ?

 

psst : kakakecik suka hirup kuahnya

Sunday, September 30, 2012

Jom Memasak : Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi + Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Buat pertama kali nya kakakecik membuat masak lemak cili padi pucuk ubi dengan ikan bilis..kalau sebelum2 nie mak selalu buat kari je pucuk ubi dengan ikan bilis nie..memandangkan Jumaat lepas ralit khusyuk sangat tengok TV..tak ingat cite apa pagi tu..mak pun dok sibuk di bengkel bunga nya…sekali dah habis cite drama TV tu baru kelam kabut nak masuk dapur..tau la dah kenyang makan donut pun..

 

Pergi dapur bahan basah tak de apa sangat..yang ada pun ikan isi..tatau ikan apa…masa nie terlintas la…nak buat kari pucuk ubi..so terus terjah umah tok cik nab kat sebelah tu…tanya ada tak pucuk ubi…kebetulan tok cik tengah petik kacang botol…peluang baik nie..suruh la tok cik petik pucuk ubi di tepi pagar umah nya sekali untuk cucu sedara kesayangan dia kan…bila lagi nak manja2 dengan tok cik…kat umah tok cik nie macam2 dia tanam,nak makan petik je..bila tok cik tanya..nak buat apa dengan pucuk ubi nie…tengahari rembang baru nak kutip..dengan selamba je jawab.. “nak buat gulai la tok cik”

 

Sekali balik umah..bukan gulai (kari) yang kakakecik buat…masak lemak cili padi…masa dok kelas ambik pucuk / daun muda nie pun masih konpius nak masak apa…teruk kan kakakecik nie..dalam konpius2 tu gunting jugak daun2 yang panjang…tekad kan di hati nak buat masak lemak cili padi je….ehem ehem, santan tak de..so suruh ayah la kupas n mesin nyoq…nak senang je kan kakakecik nie…sabar je la…

 pck ubi

Resepi ringkas dan mudah je nie…jom semak resepi nya..

Bahan-bahan :

  • Pucuk ubi – yang telah dicuci, celur  dan toskan
  • 1 batang serai – dititik
  • 1/2 inci halia (**)
  • 1 biji bawang besar (**)
  • 2 biji bawang putih (**)
  • 9 biji cili padi (**)
  • 3-5 biji lada hitam (**)
  • 1/2 mangkuk ikan bilis –rendam dan toskan
  • 1 biji bawang besar – potong/ hiris bulat
  • Santan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Kunyit

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**) dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan pucuk ubi, ikan bilis, santan dan garam serta kunyit. Biar masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat.....Rasa dan kalau dah ok cukup rasa semuanya matikan api. Hidangkan...

Selamat mencuba

pucuk ubi

 

Makan pulak dengan nasi panas..ikan kering masin..time ujan…sedaaaaaaap yang teramat kot..tak puas rasa nya makan tengahari Jumaat tu..sebab terpaksa kejar masa..malam nya balas dendam..

 

pssst : kecian kat kak ja beria2 dia kata nak makan..sekali pucuk ubi mana elok untuk ibu yang baru melahirkan anak…