Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Meroti Tanpa Bibik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

roti1 

Hati meronta2 hendak meroti..keinginan nya sangat tinggi telah dipendam lama..hajat di hati nak jugak aku miliki bibik malaysia..(BM= Bread Mixer)…Harapan ada la orang hadiah kan untuk besday yang tinggal beberapa hari lagi..Cemburu juga di buku hati nie melihat sahabat2 lain meroti. Takkala menjoinkan diri di dalam group FB Kelab Roti (KR)..pelbagai resepi, ilmu, petua untuk membuat roti perolehi..

 

Perancangan awal hendak buat weekend last week…dah siap semua beli bahan tapi bila mood tak de hanya keinginan sahaja basi di situ la..roti tak juga nampak rupa..Shida sampai bila nak macam tu..cer cuba…Okey..malam tadi dengan semangat buat water roux..campur bahan semua..tup2 bread improver xde..susu tepung sah sah la tak de kat umah tu..buat je la..ikutkan resepi letak butter tapi dek sayang butter yang belum dibuka balutan bungkusan nya..kakakecik derhaka letak shortening (lemak sayur)..ko mampu (alamak terikut ayat diva AA di dalam Masterchef plak)..

roti

Alhamdulillah, ini la hasil kakakecik meroti malam tadi..tak de la segebu dan secantik tekstur roti orang lain..Tapi kakakecik rasa bahagia bila dapat bagi mak ayah makan dengan hasil air tangan sendiri..ikut kan mak suruh bagi garing lagi..hehehe..Next time la ye mak..kita letak inti dalam nya..dah buat teknik doh yang kak Ilah Jy bagitau. Untuk mendapat doh roti yang cantik urat2 dlmnya ..bila koyak dia memanjang... kena buat begini, BULAT KAN KEMUDIAN LEPERKAN... LPS TU GULUNG.. LPS TU BULATKAN SEMULA DAN PERAM. terima kasih akak atas perkongsian teknik tu..moga hasilnya lebih baik bila shida buat nanti kena tunggu kerajinan tu datang semula..

 

Resepi roti nie kakakecik dapat di KR, ramai yang buat guna resepi nie cantik hasil kejadian roti nya…khabarnya dari Isma Maisarah resepi tu..

 

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 cwn gula halus
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 220 ml air suam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. (kakakecik masuk kan dalam mixer biasa tu guna cangkuk dough..jenuh jugak la dok tunggu di mixer tu yang asyik asyik stop pusing)
  2. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik..tumbuk2 doh.
  4. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..
  5. Sapu butter atau kuning telur (kakakecik renjis2 air dan tabur gula atas nya) bila dah siap bakar, keluar je dari oven sapu butter )
  6. Bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Selamat mencuba.

Thursday, November 21, 2013

Jom Memasak : Roti Puri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 roti puri 

Semalam dan hari ni…redup nyaman je cuaca di kawasan kakakecik..semalam hujan sepanjang hari membasahi bumi…manja2 je turun nya…kalau hujan2 nie makan roti cicah kari sedap jugak kan..Kakakecik teringat gulai ayam yang mak buat tu masih ada..elok lagi tak basi…apa lagi google la resepi roti puri…kakakecik dapat 2-3 resepi yang berlainan..tapi kakakecik cuba resepi yang dikongsi di MyResepi…

 

Kalau dulu setiap kali bulan posa..bila buka posa ramai2 belah family ayah..Mak Teh Ah akan buat..sekilo tepung..berebut2 kadang kala tak cukup…Itu dulu je la..sekarang tak de lagi buka posa ramai2 gitu..Pastu kalau pergi Perlis..sure g makan di gerai depan Taman Guru Kangar..taman selepas TNB kat roundabout tu…Nie dah dapat resepi cuba la buat sendiri…Alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI ROTI PURI

Resepi Asal: Yatiezaini (myR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (boleh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng

step roti puri

Cara-cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil. Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb)
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tangan dan menjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu boleh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil. Agak2 la saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap. Canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.
  9. Siap utk digoreng.....goreng sebijik sebijik ok...Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai. Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

 

****Tips utk menggoreng :
Gunakan api yg kecil / sederhana, orang cakap kena pandai main api..kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

 

psst : kalau di pasir salak katanya panggil tepung tempek…tapi roti puri nie sama je kan dengan roti arab

Thursday, September 13, 2012

Kalau Memang Dah Teringin dan Nak Sangat…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sesapa pun kalau dah sememangnya dia teringin dan nak kan sesangat sesuatu tu memang dia akan berusaha sehingga berjaya…tak kira la walau ada halangan apa pun yang terpaksa diharungi tetap akan berusaha keras sampai la boleh…baru puas hati kan…ini lah yang berlaku kepada kakakecik 2-3hari nie…kalau kakakecik kata nak..memang kakakecik akan usaha la sampai dapat…kadang2 la la tu jugak la buat sampai puas…kalau dah kata xmau jangan dok paksa la…hehehe..family memang dah tau dah…
DSCN9627
Semalam, walau kesuntukan masa untuk berbuka kakakecik tetap jugak buat laksa..dah tekak nie nak je makan laksa…huhuhu..sampai je umah terus buka esbox dan tanya mak, ada x lagi ikan..mak kata xde…huhu..frust la jugak…erm tapi kakakecik pandai mengayat mak…kakakecik gtau la nak buat laksa..teringin sangat nak makan..sekali mak suruh abg mie p beli ikan..hehehe…dapat la kakakecik buat laksa untuk berbuka semalam…
DSCN9632
Laksa Segera bukan nya laksa readymade…terlebih belacan plak rasa nya malam tadi…habis la kemek hidung yg tak mancung nie…belacan lebih ke apa ada aku kisah…makan 2x kot malam tadi last2 pagi nie cherry berry…ambik puas hati ye shida…Resepi? Klik je kat Entry sebelum nie…LAKSA UTARA (yang tu pun laksa segera mengidam malam jugak,kalah orang mengandung)
    
Tu Bab LAKSA….Ni kes Pizza lak…(nampak tak dalam gambar laksa kat atas tu ada macam pizzakan).  Minggu lepas nampak Lydia Miza upload mini piza nya…hati kakakecik membuak2 je nak buat, dah lama kot tak meroti nie..tetapi terpaksa dipendam untuk meroti pizakan sebab mozarella cheese tak de jual kot pendang nie…kena p alor setar baru boleh beli…Adakah impian kakakecik untuk merotipizakan berjaya…

Arghhhhhhhhhhh,sememang nya la tak berjaya untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin…tetapi Selasanya YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA berjaya jugak kakakecik buat pizza untuk sesi keluarga..aik sempat jugak ye pergi alor setar beli cheese…bukan je Alor Setar kakakecik sempat pegi..Perda, Butterworth pun sempat je pergi Selasa tu..kebetulan Adik balik kampung, Selasa tu nak kena g HBAS, so alang2 dah bawak adik pergi hospital dan semuanya selesai awal..dapat la kakakecik singgah Kedai Bahan Kek Sayang di Alor Setar…beli la apa yang patut..tepung roti, cheese, paste2 untuk kek karamel…nak beli rosemary tak de plak…tak kisah la nanti cari kat tesco…(dapat jugak beli rosemary kering kat tesco, puas cari yang fresh takde) okey abaikan kisah rosemary…nanti2 kakakecik story walau dah buat ayam panggang rosemary…
DSCN9616
Pizza apa nama pun tatau la..janji puas hati bila makan…ni pun terasa nak meroti lagi..tak sabar nak tunggu esok nie…


pssst : ini bab makan..kalau bab lain tatau la kan camne hehehe