Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Roti Canai Frozen Akah Yang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sekarang nie semua nya mudah je kan…tak macam dulu..kalau dulu nak makan sesuatu tu kena uli adun sendiri…tapi sekarang dah ada yang frozen..mudah je kerja…nak makan waktu mana pun boleh…kalau sedap berulang kali la makan..kalau tak sedap lak disebaliknya…

Picture 083

Erm, baru-baru ni kan Shireen ada datang umah…mama nya kirim kan roti canai frozen 2 bungkus…Akah Resources (Taman Melawati) punya keluaran..Ingatkan mama yang buat sendiri..hehe..Petang isnin esoknya tu mak pun panaskan ke masak kan ye roti canai tu…sedaaaaaaaaaaaap habaq mai…walau tebal tapi lembut je roti nya…kakakecik sempat makan 1 keping je time buka posa tu…selepas tu buat panaskan lagi 3 biji..sorang sebiji untuk kakakecik, mak dan ayah…cicah dengan gulai/kari ikan yang lebih je..Petang tu mak makan cicah gula je..hehehe

Picture 080 

Kami nie bukan pernah makan roti canai frozen…selalu nak makan mak buat uli sendiri…tapi bila dah dapat yang frozen dan memudahkan nie hanya panaskan kuali tanpa minyak..balik balik kan dalam 3-4 minit nampak perang je..angkat tepuk2 manja skit dah boleh makan..Kalau mak dah kata sedap tu memang sedap la…kalau tak, tak kan mak sampai kata nak beli untuk stok bulan puasa…Mak, kalau nak pos tu jenuh la..1 bungkus yang ada 10 keping roti canai tu berat nya lebih kurang 800gm..nak beli mesti la 5 bungkus kan..baru berbaloi…

 

Terima kasih Mama dan Shireen untuk roti canai frozen yang sedap dan lembut itu..

Monday, November 19, 2012

Perak : Meletop dengan Mee Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mee Kari…kakakecik pun tatau sejak bila suka berkenan makan mee kari nie…awal bulan aritu misi mencari mee kari yang sedap di Perak…dua kali, dua kali ulang sekali lagi dua kali kakakecik makan mee kari di Perak dalam jarak tempoh tiga (3) hari…memang sah la kan kakakecik mengidam sangat nak makan mee kari nie…

 

Alhamdulillah pada hari Khamis semasa otw balik dari CH…di waktu lewat petang kakakecik dapat makan mee kari di RnR Bukit Gantang arah Utara…sedap jugak..makan sampai licin..dah tu kakakecik berjaya mempengaruhi Kak Ja, Kak Siti dan Kak Miza untuk makan mee kari jugak..dorang pun makan habis…kalau semua pakat makan licin memang sedap la kan mee kari kat RnR Bkt Gantang tu..opss kedai yang mana 1..kedai yang num 3 kalau tak silap kakakecik…bukan yang sebelah jual air dan makanan ringan tu..selang sebuah nya..

DSCN0567

Misi mencari mee kari diteruskan lagi pada Ahad 11-11-12, kali ni di Bandar Ipoh..kakakecik dah pernah makan di Ipoh nie..tapi tak ingat plak nak tempat nya..puas google dan tanya Abang Zahari (Driver Risda) yang bertanggungjawab bawak kakakecik dan rakan2 makan mee kari di waktu pagi..So, sebelum ke kenduri kahwin pasangan blogger, kakakecik ajak la Aima (selaku driver), Dik Ilah dan Shahir (Petunjuk Jalan) untuk makan mee kari..nasib baik Shahir pernah pergi makan kat situ…itu pun puas la kakakecik bagitau landmark sekian sekian tempat..baru dia teringat yang dia pernah makan di situ (jangan terkejut, pakcik chon yang dah lama dok Ipoh pun tatau kedai makan Mee Kari yang meletop ni)

DSCN0562

Okey, sebenarnya kakakecik pergi makan mee kari di Mee Daud Mat Jasak..belakang Super Kinta, Ipoh…kat situ ada dua kedai makan..kedua-dua nya ada jual Mee Kari..tetapi di sebelah kedai Mee Daud Mat Jasak nie ada jual nasi campur jugak..(kakakecik pernah makan mee kari di kedai tersebut,ala yang abang zahari bawak tu). So, untuk kali nie kakakecik nak mencuba plak di Mee Kari Mat Jasak, sebab bila kakakecik google mee kari di ipoh, mee kari mat jasak nie la yang timbul…

  DSCN0566

Mee Kari Mat Jasak…nampak macam ‘ceroi’ kuah nya…tapi sedap..mau plak makan dengan sambal nya tu..pergh…hirup sampai tak angkat muka dah…

MK 

Kesedapan dan kenikmatan mee kari nie kakakecik pun tatau nak bagi berapa bintang tapi yang unik nya dalam mee kari tu ada tauhu yang telah disumbat isi ketam…dah tu dalam pinggan kakakecik ada banyak ketul..kebetulan dalam mangkuk aima dikatakan nya ada sikit je…ntah2 aima makan tak sedar kot..hehe…so, kakakecik bagi je la kat dia skit tauhu tu…

DSCN0568Tauhu yang ada isi ketam di dalam nya…sedap jugak..

Berkenaan dengan harga…amat berbaloi dan murah..kakakecik aritu makan yang biasa punya semangkuk RM3.50..masa makan dok pelik kenapa la mee kari tak ada kerang..rupa2nya kalau nak kerang kena bagitau ala2 special gitu la…dan caj tambahan RM1.00 akan dikenakan..hehehe…ok la jugak mungkin ada yang x makan kerang so tak de la membazir…sapa nak kerang bagitau je nak tambah kerang..

   DSCN0573

Lepas ni sapa2 nak pergi makan mee kari..sila kunjung Mee Daud Mat Jasak yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar(belakang Super Kinta, Ipoh)

 DSCN0561   

Selamat Menjamu Selera di Mee Daud Mat Jasak…

 

pssst : pemilik kedai nie peramah orang nya..

Thursday, October 4, 2012

Cucur Udang Kembung

alamak petang2 macam nie memang time lapo…dengan sejuk-sejuk hujan ternampak plak cucur udang di blog Lydia Miza nie…terus perut nie nyanyi hip hop…

 

cari kat google dan jumpa yang nie di blog damai qalbu

 

eh macam mana erk nak buat cucur udang tu bagi kembung…teringin jugak nak tahu dan buat sendiri…pagi tadi mak beli tapi cucur dia agak berminyak..makan x habis 1 biji pun dah rasa nak terMUN…huhuhu…

 

pssst : sapa ada resepi/petua nak bagi cucur udang kembung nie tinggal la komen erk..

Sunday, September 16, 2012

Roti Sardin Adaptasi Ice Cream Goreng

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,

 

Apa plak roti sardin adapatasi ice cream goreng nie yer…ada2 je la kakakecik nie…huhuhu..sebenarnya kakakecik teringin nak wat ice cream goreng tapi ice cream xde dan baru plak bikin pagi jumaat tu…so tengok2 kat rak stok bahan mentah ada plak sardin tin besar…thiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiink mai idea nak wat roti sardin ala2 ice cream goreng…hahaha…

 

Apa lagi sms la Lydia Miza tanya camne dia buat ice cream goreng tu..roti nya canai dulu tu…sepantas kilat Lydia Miza balas sms kakakecik..dia gtau, dia x canai dah roti tu…kakakecik pun try la buat…alamak pecah plak rotinya….erm, adakah sardin untuk inti nie terlalu banyak…x pun..xpe kita try canai la tengok jadi cmne..yuhuuuuuuuuu menjadi pun..

sardin adaptasi

Tapi kan bagi kakakecik rugi la buat roti sardin adaptasi nie…sebab 2 keping roti baru boleh 1 biji je..pastu saki baki roti tu dah membazir..kakakecik tak nak bazir p wat merapu boleh buat pizza la konon…kak ja n abg mie je makan pizza tu..hahha..

 

Oppps, sardin tu kakakecik masak dulu yer…buat ala2 sambal mcm tu..bukan main sumbat mentah2 je…hehehe..bukan la pemalas sangat kan kakakecik nie…kalau nak step buat camne untuk bentuk bagi bulat2 tu rajin2 p jenguk kat SINI….kakakecik x sempat nak snap step by step..

sardin

Abaikan sos yang ntah apa apa tu…hahhaa..janji ia sedap…

 

psssst : kejap lagi nak g beraya..ke mana…ada le..

Thursday, September 13, 2012

Kalau Memang Dah Teringin dan Nak Sangat…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sesapa pun kalau dah sememangnya dia teringin dan nak kan sesangat sesuatu tu memang dia akan berusaha sehingga berjaya…tak kira la walau ada halangan apa pun yang terpaksa diharungi tetap akan berusaha keras sampai la boleh…baru puas hati kan…ini lah yang berlaku kepada kakakecik 2-3hari nie…kalau kakakecik kata nak..memang kakakecik akan usaha la sampai dapat…kadang2 la la tu jugak la buat sampai puas…kalau dah kata xmau jangan dok paksa la…hehehe..family memang dah tau dah…
DSCN9627
Semalam, walau kesuntukan masa untuk berbuka kakakecik tetap jugak buat laksa..dah tekak nie nak je makan laksa…huhuhu..sampai je umah terus buka esbox dan tanya mak, ada x lagi ikan..mak kata xde…huhu..frust la jugak…erm tapi kakakecik pandai mengayat mak…kakakecik gtau la nak buat laksa..teringin sangat nak makan..sekali mak suruh abg mie p beli ikan..hehehe…dapat la kakakecik buat laksa untuk berbuka semalam…
DSCN9632
Laksa Segera bukan nya laksa readymade…terlebih belacan plak rasa nya malam tadi…habis la kemek hidung yg tak mancung nie…belacan lebih ke apa ada aku kisah…makan 2x kot malam tadi last2 pagi nie cherry berry…ambik puas hati ye shida…Resepi? Klik je kat Entry sebelum nie…LAKSA UTARA (yang tu pun laksa segera mengidam malam jugak,kalah orang mengandung)
    
Tu Bab LAKSA….Ni kes Pizza lak…(nampak tak dalam gambar laksa kat atas tu ada macam pizzakan).  Minggu lepas nampak Lydia Miza upload mini piza nya…hati kakakecik membuak2 je nak buat, dah lama kot tak meroti nie..tetapi terpaksa dipendam untuk meroti pizakan sebab mozarella cheese tak de jual kot pendang nie…kena p alor setar baru boleh beli…Adakah impian kakakecik untuk merotipizakan berjaya…

Arghhhhhhhhhhh,sememang nya la tak berjaya untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin…tetapi Selasanya YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA berjaya jugak kakakecik buat pizza untuk sesi keluarga..aik sempat jugak ye pergi alor setar beli cheese…bukan je Alor Setar kakakecik sempat pegi..Perda, Butterworth pun sempat je pergi Selasa tu..kebetulan Adik balik kampung, Selasa tu nak kena g HBAS, so alang2 dah bawak adik pergi hospital dan semuanya selesai awal..dapat la kakakecik singgah Kedai Bahan Kek Sayang di Alor Setar…beli la apa yang patut..tepung roti, cheese, paste2 untuk kek karamel…nak beli rosemary tak de plak…tak kisah la nanti cari kat tesco…(dapat jugak beli rosemary kering kat tesco, puas cari yang fresh takde) okey abaikan kisah rosemary…nanti2 kakakecik story walau dah buat ayam panggang rosemary…
DSCN9616
Pizza apa nama pun tatau la..janji puas hati bila makan…ni pun terasa nak meroti lagi..tak sabar nak tunggu esok nie…


pssst : ini bab makan..kalau bab lain tatau la kan camne hehehe

Thursday, July 12, 2012

Kupon Swissland Restaurant

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Ya Allah hampir bersawang blog kakakecik…semalam pun post entry WW je…erm, 2 jam yang lepas kakakecik didatangi seorang gadis melayu bertanyakan.."Akak, dah dapat ke kupon Swissland”…kakakecik blur je time nie..kupon apa benda nya…sambil angkat bahu..mengiya pun tak menidakkan pun tidak…

 

Maybe gadis melayu tu agak kakakecik mesti tak dapat kupon yang dimaksudkan olehnya…dia pun terus masuk la ke kedai…tak kisah la kan…izinkan je dia masuk..dia mintak izin dulu boleh tak dia masuk..eh, tak kan nak halang dan kata TAK BOLEH TAK BOLEH..apa lak dia pikir nanti..

DSC07295

Sekali dia keluarkan kupon yang besar kertas A4…ooooh kupon untuk makan-makan..best nie best nie…dengan gambar udang depan tu…memang nampak sedap la..

  

Eh bukan free okey untuk dapat 12 kupon nie…kena bayar RM29.90…akan dapat 12 kupon + 3 kupon untuk ditebus. Kupon tu boleh ditebus dengan syarat tau..

DSC07296

Syarat menebus kupon Swissland Restaurant

  • Hanya 2 kupon sahaja boleh ditebus untuk 1 meja dan 1 bill
  • Percuma makanan yang dipilih harga dibawah nilai belian..contoh kita pilih Prawn Butter yang berharga RM 16.00, so kita boleh pilih makanan yang nilai bawah RM16.00 dengan menggunakan kupon tu..
  • Boleh tebus kupon BONUS..PERCUMA samada untuk kerabu mango, Yong Chow Fried Rice atau French Fries..
DSC07297

 

Kupon ni sah sehingga 31 Oktober 2012..kena pergi makan 6 kali la kat kedai ni..malam nie rasa nya nak p makan chicken chop la…

 

psssst:sedap ke tak makanan kat restoran nie tunggu next entry

Saturday, June 16, 2012

Majlis Tergempar Tergempur

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Malam tadi 1 majlis yang tidak dirancang berlaku dalam family kakakecik…ingat kan biasa2 je…alang-alang adik kakakecik dari Ipoh balik malam tadi..terus jadi meriah…Eh majlis apa la ye di malam hari…

 

Suspen suspen…

 

Antara juadah untuk majlis tersebut…

 

DSCN9078

Spagheti Kakakecik

 

DSCN9077

Mee Goreng Ibu Myrza…Wedges dan Chicken Finger…

 

Agak2 siapa la tetamu malam tadi ye… opps bukan la majlis formal sangat..santai2 je

DSCN9083

 

DSCN9082

 

Dah dapat agak ke majlis apa kat umah kakakecik malam tadi…hehehehe..

Majlis Birthday Aiman..15 June..genap 6 tahun Aiman..HAPPY BIRTHDAY AIMAN…

DSCN9056

DSCN9065

 

Kenapa ada plak nama Aisya tu…huhu kecian sangat budak tu..birthday dia 2 bulan lepas tak de sambut..just buat di Taska…

 

DSCN9059

Aisya yang bergaya lebih…macam la besday dia malam tadi

 

DSCN9075

Sebahagian daripada sepupu nya…anak2 abg on dan sorfina

 

DSCN9062

Aisya dan Aiman dengan Cik Jan, Alang dan Dek Mie

 

Bertuah la kan budak-budak sekarang nie…sambut birthday dengan kek SR lagi siap request lagi…"Ibu Ayah, aiman nak kek ice cream..” huhu..Ateh dia yang dah nak masuk 32 tahun hujung tahun nie pun xpernah sambut,ateh tak nak kek SR sebiji besar tu…nak 1 slice je..pastu nak cupcakes..hehee

 

Alamak…MSM dah bermula….stop dulu…

Thursday, May 17, 2012

12.05.2012 Bersama Anak-anak Pak Yusof

Assalamualaikum…dan selamat petang,

 

Walaupun masih kelenguhan bahu nie…nak jugak update blog…tak nak nanti orang kata cerita dah basi baru nak up entry..sebelum ia menjangkau 1 minggu baik kakakecik update sementara xde keje nie…(baru je siap keje..tunggu customer datang ambik je)…

 

12 Mei (sabtu) selepas lepak makan borak tido di rumah Lydia Miza, kakakecik mintak tolong adik Lydia Miza (Farah) untuk hantar kakakecik ke Cheras..walaupun Farah sendiri tak berapa nak tahu..tapi dia tetap usaha nak hantar kakakecik ke rumah Gee..(#Eh Farah aritu kita silap jalan tau, nasib jumpa apartment kawan akak tu)..Gee adalah sahabat baik kakakecik zaman study dulu..memang dah jadi kewajipan kalau pergi KL mesti jumpa dia..dah lama jugak kakakecik tak lepak2 dengan dia…bila dah jumpa tu macam-macam la yg diborak,yang mengantok pun hilang…

 

Petang tu Gee plan ngan adik2 nya nak p makan-makan di luar, The Curve dan PV…niat di hati nak jugak ajak Gee n adik2nya ke Jln TAR dan Sogo, tetapi terpaksa dilupakan sebab dah lewat petang baru kami kuar…so, terus pergi cari kedai makan…Gee bawak kami ke AU5, Keramat…dinner kami di PAA Seafood  malam tu kakakecik pun tak pasti sapa yg sponsor, antara Adik, Angah or Gee sendiri..apa pun thanks ye korang belanja kak Shida…

  DSCN8820

Satay ayam yang sangat sedap..lembut je isi nya…kuah pun sangat2 sedap…harga pun secucuk 60 sen tak mahal mana kan

 

DSCN8818

Ikan Kembung 3 Rasa Secret Receipe…

 

DSCN8819

Tomyam Campur tanpa Daging

 

DSCN8821

Nampak je sikit kan….tapi kami semua makan tak habis…bukan x sedap..tapi kenyang..banyak sangat makan satay yang sedap tu..

 

DSCN8824

Tak putus2 pelanggan datang ke PAA Seafood…sentiasa penuh

 

Opps..masa makan2 nie Gee ada jugak calling2 Bakal Raja Sehari tanya lokasi dorang, kebetulan Aini n Mak Chaq ada dekat2 area AU, dapat la kakakecik jumpa Mak Chaq dan Aini..Aini dah nampak lain, seri bakal pengantin kan..Mak Chaq macam biasa akan bagi petua2 untuk anak2 dara nie..hehehe..Thanks Mak Chaq..

 

Malam masih muda, relax la kan…apa barang balik umah awal-awal…macam perancangan petang tadi, kami pergi The Curve..1st time kakakecik sampai sana…tapi alangkah kuciwa nya..kebanyakan kedai dah nak tutup…padan la kami sampai pun dah kul 9.30 lebih…xpe tak kisah semua tu..janji kenal tempat yang bernama THE CURVE

DSCN8832

Bergambar sebagai bukti yang kakakecik dah sampai The Curve..Hehehehehe

 

Sekarang tengah hot drama bersiri Seindah Sakura kan…yang berlatarkan Eiffel Tower…kebetulan kat ruang legar The Curve tu ada replika  tower nie…dah kita nie tak pernah pergi Paris, so dengan replika pun jadi la kan untuk bergambar…tapi menara nie setiap hari kakakecik pegang, Gee pun sama pegang setiap hari..kan kan..sebab kami ada Keychain EiFFel Tower yang Aini bagi last year…

image(2)Kakakecik dengan Gee dan Adik

 

image(1) Kecian time Angah nak bergambar lampu Eiffel tower tu tak menyala la plak..hehehe

 

Sejam jugak la kami ber4 lepak kat kat The Curve…dah naik bosan..kami kuar ronda2 kotaraya…best tengok KL waktu malam…bercahaya je…

DSCN8835

Tak dapat pergi PV…amik gambar pun jadi la…hehehhe

 

Gee nie dah boleh dianggap sebagai GPS la..walau bukan orang KL hanya kerja je di sana..x sampai pun 10 tahun lagi…tapi dah cekap dia…tabik spring la Gee…yang lawak nya time dia bawak kami ronda2 tu Kakakecik dan Angah teruja bila kami lalu jalan yang hampir dengan Menara KL…tak pernah kot tengok Menara KL jarak dekat… Gee, tanya nak naik ke…aiiiiiiiish wat pe nak naik dah malam2 nie..lain kali je la yer..hehehee…

 

Kami sampai rumah b4 pukul 12 malam…masing2 dah penat ngantok…borak-borak sampai tertido…

 

pssssssssst: terima kasih yang tak terhingga kepada Gee yang sudi bawak kak shida ke sana ke mari, bagi tempat tinggal, hidangkan makanan..walau x sempat nak jamah sangat pagi tu…thanks Adik n Angah yang menceriakan perjalanan kita ronda2 KL…nanti kita lepak2 lagi yer…Angah cepat buat blog…hehehe

Sunday, April 29, 2012

Jumaat : 8 Jam di Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Apa khabar semua, harap sihat la yer..kakakecik ada la lenguh2 badan skit…almaklum la hari Jumaat lepas…8 jam jugak la kakakecik berada di dapur..bermula dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang… apa benda la kan yang kakakecik buat kat dapur tu…sampai 8 jam…syukur alhamdulillah semua yang dirancang menjadi…

 

7.30 pagi : kakakecik siap sedia bahan2 dan proses untuk membuat kek karamel..macam biasa 2 biji la kan…kali nie kakakecik buat Kek Karamel Vanilla Coklat Strawberry…Resepi sila ke SINI…(untuk kali nie kakakecik tak letak cream of tartar coz dah exp. heheh), sementara tunggu 2 biji kek karamel dalam oven tu..kakakecik buat kek yang dah lama kakakecik idam2 kan…(kek apa..tunggu next entry)  

 

DSCN8730

9.00 pagi : Memulakan proses membuat kuah laksam..dari siang 2kg ikan selayang, rebus, kopek kelapa, mesin/ parut 5biji kelapa, perah santan…semua nya kakakecik buat sendiri….beli ikan je mintak tolong Kak Ja dan Abg Mie belikan…sebab kalau kakakecik pergi beli rugi masa nak wat kek tu…kuah laksam pun dah dok atas api…so kakakecik teruskan dengan membancuh adunan mee laksam…2 kg tepung beras kakakecik buat utk makan2 petang jumaat tersebut….tapi kakakecik bancuh 1 kg – 1kg… kali nie melapis / mengukus laksam guna dapur besar kenduri kat bawah…periuk kukus pun guna yang besar….cepat dan tak perlu berdiri…Oppps, sebelum mengukus laksam nie…kakakecik sempat lagi buat nasi goreng simple…untuk bfst…bila perut lapar x best kan wat keje…dah kenyang baru seronok mengukus…

 

# Kerja-kerja memotong bahan2 tabur dipertanggungjawabkan kepada  adik n Kak Ja (tu pun kena pantau hahahaha)

 

3.30 ptg : serah tugas mengukus kepada jiran…kakakecik mintak tolong Kak Timah selesaikan kerja2 mengukus mee laksam yang masih berbaki…kakakecik nak siapkan diri untuk program petang tu…

DSCN8732

 

DSCN8735

 

DSCN8738

 

Kakakecik macam tak percaya je boleh buat laksam 2 kg ikan dan 2 kg tepung…rasa macam dah tukang masak…erm kalau leh buat jual  bungkus petang2 best jugak kan…mana la tau kan lepas nie boleh bikin bisnes…RESEPI LAKSAM DI SINI

 

pssst : kek karamel dah de orang tempah untuk raya nanti…alhamdulillah rezeki… erm kek pandan pun sama ada yang nak…jumaat or sabtu nie la plak kot kakakecik buat kek pandan.

Sunday, April 8, 2012

Mee Rebus Ramli..Ipoh Mali

 

Assalamualaikum…sudah seminggu kakakecik ke Ipoh…(ntah2 esok lusa ke Ipoh lagi)…baru petang ni kakakecik kesempatan nak story mori ipoh mali…

DSCN8478

Sabtu, beberapa jam sebelum kembali ke Kedah…pergi town, beli barang mak di SSF dan ke rumah Hanie Kunie untuk ambil barang2 yang ditempah..memandangkan time kami kuar tu waktu tengahari..so decide nak makan di MEE REBUS RAMLI, Taman Perpaduan..dekat dengan umah pakcik..kebetulan abg mie n kak ja dah sampai dari Kuala Kangsar untuk ambik kakakecik dan Kiera balik Kedah…

 

1st time kakakecik makan di Mee Rebus Ramli nie tahun 2004 dulu..dah lama dah…ingat lagi masa tu baru lagi kedai dia buka…kakakecik pergi Ipoh naik bas…walau baru lepas operation…hehehe..

Memandangkan kami bawak si kecik yang sangat baik, kami pilih meja di luar kedai…santai skit…ujung sekali..sebab risau sorfina buat perangai yang menjadi hobi nya sejak tahu ibu nya dah habis cuti..

  DSCN8480  

Dah makan kat kedai makan yang namanya ada MEE REBUS,wajib la order MEE REBUS kan..kakakecik order mee rebus, adik order mee goreng, dik ilah order nasi ayam dan shahir order nasi goreng ayam..saja order lain-lain boleh pakat2 rasa sorang skit…tapi masa nak order nie…ada skit yang kakakecik tak bape nak puas hati dengan cara MEE REBUS RAMLI nie…bila kami minta menu… “MENU TAK ADA, ADA DEPAN SANA” sambil tunjuk board ala2 KFC di kaunter…kami tanya la..ada apa…so, kakak tu gtau la bla,bla,bla,bla… tu yang boleh kami order 4 jenis yang berlainan…

 

Kami apa lagi lepas kakak tu blah dari meja, dok merungut la…sekurang2 buat la 2 keping menu…bila customer datang duduk di meja…dorang yang datang ambil order, mesti customer akan mintak menu…lain la kalau tulis kat pintu masuk…SILA ORDER DI KAUNTER…

 

Ok ok diam2 kakak tu dah anta kita punya makanan…HAHHAHA

DSCN8485

Mee rebus kakakecik…erm, ok la..

 

DSCN8484

Nasi ayam dik ilah punya…yang tak berapa nak ummmph…kicap nya tak de…pastu dah le bagi garfu dua-dua, tak pasal2 kita sendiri kena g tukar

 

DSCN8486

Mee Goreng yang adik pikah punya…banyak…makan tak habis kot…macam biasa la bagi abang shahir dia la habiskan..tu pun kami semua dah pakat tolong makan sorang skit….mee goreng nie okey..nak kata mamak nya style pun tak jugak sebab xde keropok..ada udang banyak ekor jugak…

 

Oppps.nasi goreng ayam shahir punya tak sempat dah kakakecik nak snap..sebab kena ngasuh sorfina…nasi goreng ayam dia pun shahir gagah je habiskan..shahir kata rasa mcm nasi letak sayur campur + ayam tepi pinggan…hehhee..

 

Apa pun alhamdulillah tu rezeki kami di tengahari tersebut…lepas nie rasa nya macam dah serik kot nak pergi mee rebus ramli kat taman perpaduan tu…dah le pelayan tak mesra pelanggan..2 kali jugak dia buat kesilapan…1st bagi garfu 2-2 kat nasi ayam adik ilah..2nd air laici adik ilah lagi jugak…tak de straw..kalau tadi adik ilah g tukar garfu ke sudu…straw adik ilah suruh kakakecik pergi mintak…elok kakakecik sampai kaunter nak buka mulut minta straw..nampak kakak yang amik order dan anta makanan kami kuar..dengan muka yang tak manis kuar bawak mee goreng adik bersama2 straw…sabar la ye kakak…

 

 

pssst : bukan nak kondem ke apa…tp kita sebagai cust nie..paham2 la kan..

Sunday, March 18, 2012

Laksa Ikan Sekoq…Tambah Free..

 

Assalamualaikum…selamat hujung minggu bagi negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu..

semalam, kakakecik melepas hajat di hati untuk makan laksa..Laksa Ikan Sekoq dah tu kalau nak tambah Free…waaaaaah sah-sah makan kat umah kan macam nie…ops korang silap…sebenarnya kakakecik pergi ke gerai makan di alor setar nie…boleh dikatakan pemes la jugak gerai laksa nie…alang-alang dah bawak “Che Ah” jalan-jalan tu…kami teringin la jugak nak merasa laksa ikan sekoq nie..dok dengar ramai kata sedap…SEDAP ke..

  laksa

Laksa ikan sekoq…laksa nya tak banyak mana pun…tu yang nak kena tambah…TAMBAH PERCUMA…kalau malu macam kakakecik pakai makan yang dlm pinggan tu je la…sapa yang makan pedas tu kena la mintak cabai potong..sebab dlm laksa nie dia memang tak letak cabai (cili padi)..Sedap tak korang tengok laksa ni…apa tak jelas…nak gambar lagi jelas…nak zoom dekat macam tu ye… ha tunggu apa lagi…tengok la gambar bawah nie…..terbentang ikan sekoq dia…

 

laksa 2

 

SEDAP tau…tak yah nak habaq…memang niat di hati kakakecik nak tambah..tapi sifat “kemaluan” tu menebal…so tak tambah la…dah tu di akhir suapan kakakecik dah sendawa… “alhamdulillah” memang jenis kakakecik mcm nie..kalau dah “argggggggh” memang tidak sama sekali akan tambah makan… “berhenti sebelum kenyang…makan sebelum lapar (dah lapar tapi x makan2 lagi nie)”

 

laksa3

Tengok pinggan kami bertiga..boleh dikatakan licin..tinggal tulang ikan sahaja…yang 1 pinggan tu garfu dok mintak nak tambah lagi..tapi dia pun malu…ntah bila tatau dia belajar malu…bagus la tu…dah anak dara kan…mamat2 kat meja belakang tu pun tak tambah…kalau kita yang anak dara nie tambah mesti malu kan…(poraaaaaah ayat tak leh blah)..

 

laksa ikan sekoq

Sempat lagi kakakecik ambil gambar nie sebagai bukti yang TAMBAH FREE…dah tu siap lagi tanya abang di meja bayar…harga sepinggan dan tutup hari apa…Gerai nie tutup hari SELASA..korang jangan plak dok mengidam nak makan laksa nie ari Selasa ye…hari lain buka dari pukul 11.30 pagi…siap sedia siap2 duit..sebab laksa nie sepinggan RM3.00…selain laksa, kat gerai nie jugak ada rojak, ABC, Cendol, jagung bakar…

 

kupon laksa

satu lagi kakakecik nak gitau..mesti korang suka punya la….kalau kita makan 5 pinggan…pinggan ke-6 Free..PERCUMA…PERCUMA lagi…kakakecik dah dapat 3 cop..so ada lagi 2 cop untuk makan FREE…Macam-macam cara kan tauke gerai nie nak menarik minat dan perhatian peminat laksa…kakakecik pun tatau la bila nak p lagi..sapa2 nak p tu roger2 la ye…boleh la kita makan sama…merasai kesedapan dan kenikmati laksa ikan sekoq nie…memang tak akan menyesal punya la…

 

laksa4

Che Ah…terima kasih belanja makan laksa sekoq…sedap kan…cer tengok pinggan CheAh…memang makan PERCUMA la kakakecik semalam…

 

laksa5

Kembar Kecik dan Besar…CHE AH dan CHE KAH (adik) dorang nie kembar tapi lain mak lain ayah la…tarikh lahir sama di tahun yang sama..banyak jugak la persamaan budak 2 orang nie…memang sesuai la jadi kembar…thanks adik n che ah jadi peneman kakakecik makan laksa semalam…

 

pssst : mesti ada yang tatau lokasi gerai nie kan…gerai nie kat Jalan Gangsa, Mergong…area Perumahan Awam Mergong dan Taman Utama....dekat dengan selekoh….jalan nak ke Chin Hin Motor dan Toyota Mergong..kalau gak pandai2 la korang google map..HEHEHEHE