Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, February 4, 2013

Kemalangan Maut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Jumaat 1.2.13...jam 7.56pagi...kakakecik dikejutkan dengan panggilan telefon yang nombor tidak bernama...kakakecik jawab je..selalu nya susah nak jawab panggilan yang tidak kenali..bila ditanya.."ini kak shida ke?" kakakecik terus mengiyakan...sedangkan sebelum2 ni pun kakakecik tak akan mengiyakan bila tanya begitu..



Tetapi ini lah yang dikatakan gerak hati apabila sesuatu berita akan disampaikan..panggilan telefon tersebut adalah daripada Ku Basri..itu menyampaikan berita kematian Baihaqi..rakan sekursus kami di Giatmara Alor Setar suatu ketika dahulu...terkejut kakakecik apabila menerima berita ini..Iye la..malam nya sebelum tido baru teringat akan post saudara arwah mengenai status kesihatan ibu kepada Wan Laila..yang berada di ICU dalam tahap kritikal...tetapi pagi itu kakakecik menerima kematian nya sendiri..


Bila ditanya kenapa arwah meninggal..dikhabarkan arwah kemalangan pada jam 3 pagi selepas balik dari main futsal...Ajal nya sudah sampai...kita tatau kan...


Sepanjang kakakecik mengenali arwah...kali pertama pandang memang kita akan kata dia sombong..susah nak bercakap dngan orang..seingat kakakecik masa awal2 kursus dahulu...dia segan dengan perempuan...kakakecik adalah orang perempuan yang dia tegur..kakakecik kan kakak..lagipun arwah adalah pelajar Maahad di Derang, Pokok Sena..anak ustaz ustazah... Tetapi lama ke lama kami 1 kelas seramai 20 orang itu dah macam adik beradik belaka...saling bantu membantu antara satu sama lain...dah kami masih berhubung sampai sekarang...


Perasaan sedih, sebak tu memang la terasa...pagi itu kakakecik dan rakan2 lain ke Bahagian Forensik, HBAS...menunggu sehingga selesai post mortem, dimandikan dan dikafankan....hiba sangat..ini lah kali pertama seorang yang kakakecik kenali meninggal akibat kemalangan jalan raya...pertama kali jugak kakakaecik ke bahagian forensik...


Arwah tesepit...Ya Allah..

Keadaan kereta arwah...


Perasan tak darah berbentuk love di kain putih yang menutup badan arwah..apabila kakakecik tengok gambar nie terus ternampak akan bentuk love ini dan memberitahu serta tunjuk kepada Amirul kawan baik arwah...


Sama2 la kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah..semoga arwah tenang di sana..dan ditempatkan dikalangan orang beriman..


psst : hati tersentuh..mengalir air mata lagi apabila melihat video yang arwah upload di FB nya tahun lepas...


p/s : gambar ihsan daripada rakan sekursus yang jugak kawan baik arwah..Amirul aka Meon yang sama2 turut bermain futsal pada malam kejadian...




Saturday, February 2, 2013

Percubaan Pertama Mencoklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Petang semalam kakakecik melakukan percubaan pertama mencoklat...orang lain dah berkilo2 coklat dah buat kan...kakakecik baru nak menerai semalam...tak banyak pun buat..setakat 12 stick je..saja la nak try je..tatau mcm mana lagi kejadian nya..


Alhamdulillah menjadi jugak la coklat lolipop kakakecik...walaupun just plain...tanpa deco apa2..


Si Aisya nie la yang banyak menolong Ateh nya time nak wat coklat..tolong letak stick dlm acuan plastik tu..tolong jilat coklat yang berbaki...tolong tanya ateh tu ada lagi awat tak buh.....huhuhu...



Lepas ni boleh la menatarias coklat ini...dan malam tadi sampai dah buat coklat yang bertulis "SELAMAT PENGANTIN BARU" kuat betul penangan coklat nie sampai kakakecik bawak ke dalam mimpi..


psst: acuan coklat ini lebih murah banding di Johor...





Al-Fatihah : Ahmad Baihaqi bin Abu Khori



22.06.1989 - 01.02.2013

Al-Fatihah dan Takziah
Ahmad Baihaqi bin Abu Khori telah kembali ke Rahmatullah jam 3pagi. 
Jenazah telah selamat disemadikan di Pusara Masjid Raudahtussolihin, Derang Pokok Sena, Kedah selepas Solat Jumaat.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Amiin