Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, May 24, 2010

BiCara Hati



Assalamualaikum.....lewat petang baru ada idea utk memblog..itu pun sebab sez rungut tak de sapa update blog....sori ye sez.....petang2 senja nie....shda terpk tentang setia n curang....post sblm nie...sal cemburu...arini lak setia n curang...


SETIA....satu nilai yang sangat2 penting dalam perhubungan & kehidupan seharian kita sebagai insan di muka bumi. Namun begitu, kesetiaan sering disalahtafsir dan disalahguna. Sebenarnya kesetiaan ini penting kerana ia merupakan asas kepada kepercayaan..Itu le selalu org kata bila lunturnyer kesetiaan maka akan berlaku lah kecurangan...pabila berlaku kecurangan pincang lah hubungan yang dibina..


Dalam kita berkawan, kita mesti setia dengan kawan kita sendiri kan, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara kita dengan seorang yang lain.Tetapi shida pk juga kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Kita tak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.


Dalam konteks percintaan dan hubungan sesama insan...Bukan shda nak kaitkan ttg setia curang nie dgn sesapa...Selalu masa berkawan ya ampun sume nyer baik, tak de cacat cela nyer.....bak org kata kentut pun wangi lah....sebelum dapat memang kita dok ingat dialah yg terbaik..tapi bila dah dapat menjadi hak milik masa tu baru sedar kekurangan...masa nie baru akan wujud masalah...so, masa bercinta masa bertunang kita jangan lah jadi hipokrit...konon nak tunjuk baik...jadilah diri kita sendiri jgn jadi diri org lain utk menjadikan kita nie insan terbaik kpd pasangan kita..biarlah dia terima kita sebagai diri kita sendiri bukan org lain...



Masa bercinta jgn la kita menaruh harapan setinggi gunung everest, harapan pada pasangan tu biar la berpada2 supaya kelak hari kita xkan sasau..dok teregat je si dia..tapi apa kan daya kan kita manusia biasa kdg2 tak boleh nak lari dr sume nie..sayang punye pasal kan..masalahnya apabila kita terlalu mencintai, terlalu menyayangi, terlalu mengasihi pasangan kita...kita tak akan percaya kecacatan yang ada pada pasangan kita...Kadang2 orang gtau sampaikan itu ini tp kita mana nak percaya kan...sampaikan apa yg mak ayah tegah nasihat larang pun tak diendahkan...buat tatau je...so bila dah terjadi baru nak pk...


Terpikir ke tak kita...kenapa biarkan luka lama semakin lama? Kenapa biarkan rindu menjadi semakin parah? Kenapa biarkan air mata itu mengalir tanpa henti kian berderai? Kenapa kita biarkan kesepian, kekosongan itu terus mencengkam diri? Ini sume kerana kita tak pernah berhenti merindui nya pada keindahan yang pernah dicipta bina bersama....


Dengan itu, shda sendiri mengingati diri shda berpada2 lah dalam menyayangi, menyintai, mengasihi dan mempercayai pasangan sewaktu di alam percintaan..bukan apa apabila terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi kita akan berkorban apa saja...sanggup je berkorban kadang2 yg tak sepatutnya dikorban kita korbankan....Pengorbanan yang tak bertempat inilah yang akan membawa padah pada diri kita selalunya ler kan....




CINTA menjadikan kan manusia nie BUTA....
BUTA MATA & BUTA HATI...dengan itu, seelok-eloknya semasa bercinta jadikan seseorang untuk tempat bertanya...Allah SWT sentiasa di samping kita, Nabi sentiasa diingati, mak ayah ibu bapa tak pernah dilupkan, kuatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri adalah diutamakan....InsyaAllah sekiranya sume nie berada di puncak d dahului, apa pun masalah yang wujud yang menimpa kita dalam mengharungi cinta dapat di atasi dengan mudah. Kita tak mungkin akan bunuh diri mencederakan diri sendiri kerana Allah SWT sentiasa ada di mana jua kita berada, tak mungkin dikorbankan yg tak sepatutnya kalau kita mengingati Nabi, tidak mungkin kita akan menderhaka sekiranya kita ingat mak ayah ibu bapa yang membesarkan kita selama ini, dan tidak mungkin kita akan kecundang kalau kita penuh dengan ilmu dan tidak mungkin juga akan sengsara apabila dihimpit masalah cinta kalau kita sayang diri kita sendiri..

Ingat lah kawan!!...Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik apabila menghadapi kesusahan, manakala jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah.. So pikir-pikirkan lah yang mana 1 kita akan pilih dan lalui dalam mengharungi kehidupan dan percintaan...


0 comments: