Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, May 29, 2011

MenJOLI Di Hujung Minggu

Assalamualaikum…

Hujung minggu kalau tak duduk kat rumah tak sah….rasa kaki nie gatal2 je nak tekan pedal minyak…tangan plak dok nak pulas stereng…boleh di katakan setiap minggu ada je nak ke sana ke sini…minggu lepas ke Penang…tapi minggu nie plan nak dok rumah je nak rehat2 konon…tapi ada banyak benda yang perlu shida selesaikan dengan menekan pedal minyak dan memulas stereng kereta…

Petang Jumaat ke kedai di Kota…ambik sebahagian pc untuk di bawa balik ke Pendang…pukul 11 malam baru sampai rumah…

SABTU : Pukul 2.30 petang kuar dari rumah ke Alor Star…nak tengok wayang dan beli barang2 untuk membuat bunga telur yang di tempah..tak sanggup nak g SSF Penang…so cari2 kat Rainbow A/Star n Simpang Kuala je…Pukul 3.00 ptg sampai je Alor Star Mall terus ke Big Cinema..beli tiket Nur Kasih The Movie..show pukul 3.45ptg….setengah jam lebih tu ronda2 dalam Pacific…sekali ada Sale….berkenan plak dengan kasut Polo…nak ambik yang sale 60% saiz tak de..kaki kecik sangat…so terpaksa la beli yang 50% sahaja…tak apa la janji selesa bila pakai..berkorban sedikit…sekali nak bayar Q la plak…so tinggal je kasut kat kaunter kami terus ke Big Cinema…floor yang sama…tapi masa nie jugak la shida rasa nak terkucil…adik n anith g beli pop corn n air mineral (tak sah ke kalau tengok wayang xde pop corn)….masuk2 dah gelap gulita….adus seat kami pulak boleh di kategorikan di bahagian depan la jugak..line ke 5 or 6 gitu la…apa yang berlaku dalam panggung tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu…

DSC04095

Selesai tengok NKTM pukul 5.15 terus g kaunter bayar kasut…jalan2 balik sambil jamu2 mata dengan barang2 lain tapi dah tak mau beli lari bajet…misi seterusnya pergi Rainbow beli barang2 yang mak pesan untuk buat bunga telur…2-2 rainbow terpaksa pergi untuk membeli barang2 nie…alhmdlah ada walau tak sama mcm yang dikehendaki…

Wayang, Kasut, Barang Bunga Telur…DONE

Isi perut la seterusnya kan….dok bunyi je minta di isi…tatau nak makan di mana…ingatkan nak makan nasi ayam kat medan selera simpang kuala, tapi macam tak menyelerakan kan tempat nya terus ke Restoran Langkasuka….dok makan lepak santai kat situ sambil tunggu Jena Jen mai…pukul 9 malam baru la kami semua beransur balik….lama gila lepak kat langkasuka tu….nasib tak kena halau….

DSC04101

pssst : memang kaki jalan ke shida nie..khamis malam jumaat nie akan ke Putrajaya…sepupu akad nikah 3hb n kenduri 4hb di Bukit Mahkota…niat di hati nak jumpa la Yana n Ujang, Sue IEB, Ady n sesapa je la yang sudi…