Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label KBU. Show all posts
Showing posts with label KBU. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Akhirnya Kami Berjumpa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik masih lagi berada di “Paris” tugas hari nie agak padat…2 in 1…bibik dan supir..Tengahari tadi selepas siap masak simple untuk kami anak beranak makan..kakakecik pun siap nak g ambik Afiq dan Athirah yang balik sekolah pukul 1.40 dan elok kuar dari taman kak Niroh kol, bagitau Angah pun dah kuar..so sekali harung la budak 3 orang tu..

 

Plan lepas ambik dorang kat sekolah terus ke IPG Perlis coz nak jumpa sorang adik blogger dari group KBU..tapi bila dapat tau Angah ada training pukul 4 petang..terpaksa tukar plan hantar Angah balik umah dulu..kecian dengan dia tak cukup rehat.. Afiq n Athirah nak ikut jugak ke maktab..

DSCN3609

Akhirnya..dapat jugak kakakecik bertentang mata dan berpelukan kali pertama dengan bakal cikgu ni..walaupun kami dok kawasan sebelah menyebelah je di Kedah..tapi tak pernah kesempatan untuk berjumpa…Kalau nak ikutkan sepatutnya semalam time nak datang Kangar nie kakakecik nak singgah jumpa Rodhiah untuk bagi kek karamel, donut dan karipap..tapi tak de rezeki dia untuk semua tu…Just donut je la kakakecik bagi kat dia… Sori ye Diah…

 

Sejam jugak la kami berborak..kalau ikutkan tak bawak Afiq tu mesti sekarang baru balik rasa nya..Macam-macam di borak nya..Yang lawak Diah teka umur kakakecik.dia ingat tua setahun dua dari dia…Diah ooooi.kak nie tua 11 tahun tau dari kamu..hehehehe…Insya Allah next time kita jumpa lagi..time balik kampung ke..kita pekena nasi ayam di Guar Chempedak…

 

 

pssst : dah lama tak jumpa adik2 blogger nie

Wednesday, February 20, 2013

Tak Puas Hati : Meet Up KBU, Amanjaya Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

all

Nak langkau cerita 9 hari cuti raya cina…ni kakakecik nak habaq mai pasal meetup KBU semalam di Amanjaya Mall, Sungai Petani..Semua nya atas plan dan ajakan seorang blogger KBU yang selalu ke luar negara…Nor Azlan Masli (NAM) atau lebih dikenali sbg PAK LAN..Pak Lan ada la post kat wall FB nya.. “sapa ada kat di SP hoi?” so, ada la respon dari seorang dua sahabat2 yang dok SP..kakakecik pun menumpang la bagitau kakakecik dok Pendang, jiran SP..hahaha..muka tak malu kan..Setelah berkomen-komen..Pak Lan ajak jumpa…set jumpa kat Amanjaya Mall..senang la bagi kakakecik sebab turun highway je terus sampai tak perlu nak redah jammed bagai..Janji pukul 6 petang..tapi pukul 6.15 baru sampai…abaikan sebab dah bagitau siap2 kat komen tu maybe lewat skit sampai..

 

Nak dijadikan cerita..masing2 tak ada nombor Pak Lan..yang Pak Lan inbox no.hp elok kakakecik dah gerak ke sana..baru tghri tadi tengok ada msj daripada nya hahaa..pastu tak janji plak nak jumpa kat mana Amanjaya Mall tu..kebetulan kakakecik ikut belakang Finaz masa nak parking…so menonong la kami berdua..tatau nak ke mana..ajak la Finaz ke kedai kasut Stefeno (eh betul ke eja tu) dalam dok jejalan tu..finaz tanya “Akak, camne ye kita boleh nak jumpa nie..sapa yang ajak ye” kebetulan time tu ternampak kelibat Pak Lan lintas depan Stefeno..kakakecik terus kata “Tu Pak Lan” hahaha Pak Lan automatik terberhenti dia leh kata “kenal, cam no” aiiii Pak Lan walau kita xpernah jumpa tapi ai kenal yu okey….lawak pun ada…Pak Lan tanya nak p mana…ish mana la kami tau..so Pak Lan decide lepak kat Kopitan Classic sementara tunggu yang lain sampai…

 

Okey…tak kan lepak saja tanpa makan minum kata nak mengopi…so masing-masing order la…kakakecik order Mocha Iced, Pak Lan…choc iced, Finaz..Mocha Ice Blended…

 air

Mocha Iced yang sedap….sampaikan Pak Lan pun tergoda..siap nak tukar lagi..dengan straw nya yang berpusing2…gelasnya yang ramping..auuuuuuuuuuw

 air finaz

ais blndr

Finaz punya Mocha Ice Blended….habis licin kot dia telan….tak de tinggal secoet pun..masih gelas ramping…sekali lagi Pak Lan pelik kenapa gelas dia tak macam gelas kami berdua…

paklanPak Lan dah tak puas hati nie..tengok la dah le dia jeling semacam je..hahha..sabar ye besday boy…hehe..dikatakan ada diskriminasi…sebab yang gegurl semua dapat gelas ramping..yang beboy dapat gelas pendek..sabar je la..tengok harga la hampa punya murah seringgit dari kami..

 

Okey, semua dah sampai…Jucy si hijau ibu ngandung..lemak di muka turun ke perut..Zul aka Putera Helmei yang tunggu di bowling…Aima yang berjaya buat kejutan kepada kakak dia..tak pasal2 je kena *@U!&%!@ tapi bukan dia yang dengar…Zul yang dengar sebab kakakecik tengah oncall dengan Zul tetiba nampak kelibat Aima jalan dengan lenggang lenggok dan senyum.grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..TAHNIAH Aima tahniah…berjaya buat akak tumbuk2 Finaz..

 

Bila semua dah sampai..order lagi apa yang patut…Jucy tak nak makan sebab dah order dengan Amir suami nya..nak makan sama-sama kot malam nanti..Finaz kekonon nak diet so dia order sandwich tuna je…Zul dan Pak Lan..roti cheese apa ntah..Kakakecik dok blur lagi tatau nak order apa..teringin nak makan tomyam tapi tak mau mee..sekali tengok nasi dengan fillet ikan black pepper macam sedap..apa lagi order nasi la..Aima ambik ktw tomyam..

 

Jeng jeng..makanan dah sampai..nasi…eh nie nasi sapa nie..buat2 tanya plak..sapa lagi yang order nasi..kakakecik sorang je..masa nie dah tak puas hati tengok makanan tu..awat lain sangat tak macam dalam menu..arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgghhhhhhhhh terus hilang selera nak makan…tak caya korang tengok la sendiri gambar bawah nie…

fish blck ppr ini dalam menu..menarik kan…tergoda kot dengan ikan nya nampak garing…salad nya walau kakakecik tak pun salad tu kalau dia letak sekali pun..hehe

Tetapi….bila kakakecik dapat nasi tu…begini rupa nya

DSCN2455 Beza gila kot…memang siap komplen lagi dengan adik tu..awat tak sama macam dalam gambar…kami semua dok bebel je..kalau setakat mcam nie better buat je sendiri kan..isi ikan letak sos black pepper dan hiris bawang besar jadi la..Dah tu elok dah habis makan…gatal muka2 dan badan nie..sampai sekarang dok garu lagi…Finaz yang merasa skit tu pun gatal2 jugak badan nya..maybe ikan tu tak fresh kot…

tmym

Ktw Tomyam Aima…boleh la..memang ada rasa tomyam…sekali hirup macam makan meggi tomyam je…kuah nya guna paste biasa tu…telan air liur eh…xmau cite panjang bab tomyam nie..#moodjelesmenyesal

47853_572557582756265_1256559765_n

 45850_572557552756268_250030797_nMenu orang diet..makan roti je..

Haiiii kakakecik tak habis lagi dok tayang makanan je..dah dah la tu…bila dah jumpa tu biasa la kan ada je itu ini yang diborak kan…tapi Pak Lan diam je..sekali sekala je dia nyampuk..dia lebih banyak dok snap picture…hehehe..

meetup

meetup1

Jucy terus terang kak nak habaq nie…kak suka tengok muka jucy la nie…nampak berseri, suci bersih je..mungkin aura ibu mengandung kan..dah tu sebelum ni kan ampa dok mekap tup2 kali jumpa ampa tak mekap..tu yang nampak kecantikan asli ampa yang wat amir berkenan tu….#Eh nie la kali pertama kakakecik jucy selepas dia kahwin..8 bulan dah la x jumpa dengan dia..dengan Finaz baru je jumpa sebelum raya cina aritu…

 amanjaya

Makan minum kami semalam disponsor oleh Pak Lan..terima kasih Pak Lan..Semoga Pak Lan dimurahkan rezeki lagi..Selamat Hari Lahir yang ke berapa ye…sori tak de kek..kek karamel tu pun boleh la kan dikirakan kek besday…

69589_572557452756278_1601168127_n

Memandangkan masing2 tak solat maghrib lagi..kami semua beransur ke surau Amanjaya Mall..konon selepas tu nak lepak2 lagi..sekali bila keluar je dari surau mencari2 jugak la 2 orang jejaka tu…dah tak nampak kelibat dorang..sms Zul tak jawab..kol dia tanya dok mana..kata dah balik…weeeeeeeeeeeeeeei.apa la ampa nie..ingat nak lepak2 lagi..loor dengar tadi kata nak balik terus..tu Jucy je yang nak balik terus..Pak Lan pun balik jugak..frust dan ralat la jugak sebab tak dan nak borak2 puas dengan Pak Lan dan Zul..huhu..

 

Kakakecik apa lagi suruh la Finaz online tanya Pak Lan dok mana dan x mau mai lepak dengan kami ke? hahaha..teruk tak kami..orang dah balik umah suruh mai semula..biaq la..ada kami kesah…Alang2 dah kuar tu biar la lama xpe..sampai mak kol baru reti nak balik..2 jam jugak la kami bertiga (finaz, aima dan kakakecik) ronda dalam Amanjaya Mall tu..masuk MPH, kedai baju, watson…last2 beli bio-oil je kat watson..murah kot..rugi kalau tak beli…last sekali singgah cosway sebab aima nak beli losyen..masa kat cosway nie ada berlaku ketidakpuasan hati sedikit selaku seorang pelanggan…biasa la kan kita kalau nak beli apa2 yang wangi nie mesti nak cium bau nya dulu..sedap ke tak..Aima pun dengan selamba je buka penutup botol losyen tu..sekali adik salesgirl tu tegur..akak tak boleh buka, kalau buka kena beli..Aima kata memang nak beli pun..lain kali tulis la jangan buka…Adik tu pun tunjuk la sign yang tulis amaran tu…alahai kecik nya..lain kali tulis besaq skit ye..aima kata…kakakecik plak p bubuh api…tak de yang tester ke..tak de..lain kali sediakan 1 botol untuk tester bukan semua customer tau bau nya camne..ni dah kes naya…aaah lantak la adik tu nak kata pun…dah benda betul kan..kalau p Body Shop pun ada tester…

 

Okey la..mak dah kol..so kena balik..sebelum balik singgah dulu isi minyak di shell dan p maybank di village mall..

 

pssst : menaip entry ini dengan dok garu sana sini di badan nie..malam nie kena makan ubat alergic…riso melarat

Wednesday, November 14, 2012

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



10.11.12..adalah tarikh keramat bagi pasangan Nadzri dan Syakira..di mana pasangan ini telah selamat diijabkabul kan dengan sekali lafaz..Tahniah Nadh dan Kiera, Kakakecik tak dapat tengok live majlis akad nikah dorang….tak kisah la kakakecik ada ke tak yang pasti dorang sudah SAH bergelar suami isteri itu yang lebih penting…


TAHNIAH….

11.11.12 : rumah pengantin telah menjadi tempat untuk kami blogger dari KBU, Blogger Perak dan tak ketinggalan GMG untuk berkumpul dan mengenali antara satu sama lain..walaupun ada yang baru pertama kali jumpa bertentang mata tetapi dorang nie riuh macam dah kenal (eh memang dah kenal pun dalam blog dan cyber). Penuh ruang rumah dan khemah dengan kami kami kami je..nasib baik pukul 3.00 petang dah tak ramai tetamu dah..kalau x mau gak dorang tengok pelik kan…




Kepada Nadh dan Kiera, kakakecik ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke syurga, didoakan rumahtangga yang dibina ini akan dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan…selamat menempuh ’Satu Perjalanan’  selepas ini..



p/s : Selamat Pengantin Baru juga untuk Bro dan Iera..

Monday, July 9, 2012

Kenduri…#Eh bukan la

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Alhamdulillah Sabtu lepas, tujuh haribulan tujuh tahun dua ribu dua belas..apa yang dirancang oleh kami sekeluarga dipermudahkan olehNya..walaupun agak kepenatan tapi berbaloi..dah seronok bila boleh menjamu jiran tetangga, saudara dan sahabat handai dengan makanan yang kita sediakan…

 

Bila kita jemput kenduri je..mesti orang tanya kan..kenduri apa..yang semestinya dorang ingat kenduri BERTUNANG…Ya Allah, kenduri tunang tu tatau bila..doa2kan la ye…ini kami sekeluarga hanya buat kenduri arwah (tahlil),kesyukuran dan doa selamat sahaja…lagipun dah nak posa kan..kebetulan jugak semalam 8hb birthday ayah…sekali harung..kumpul adik beradik semua..meriah sangat rasa…dah macam kenduri kawen je…

 

Bermula dari hari Jumaat lagi kami dah buat persediaan…pagi tu kakakecik bawak mak pergi beli barang kering dan basah…petang kami goreng ayam…kupas kentang dan bahan-bahan lain yang diperlukan..malam nya kami goreng kentang untuk dijadikan bergedil..bentuk2 bulat yang comey dah simpan dalam freezer…sebelum tido (EH tak tido pun malam tu) kakakecik buat kek karamel 2 biji…walapun plan nak buat 4 biji..tapi dah penat letih 2biji je kakakecik mampu buat…ice cream pun buat jugak…dapat la merasa sorang skit…

 

Sepanjang hari sabtu tu..memang bizi yang amat la..nasib baik ada sedara dan jiran yang datang membantu…jamuan makan tengahari…bukan tengahari la..sebab makan pukul 10.54pagi..dorang wat tahlil awal…petang tu kakakecik buat soto…memang itu yang kakakecik dah janji nak buat untuk besday ayah n mak..so kena la buat kan..1st time buat soto untuk orang ramai makan..5 ekor ayam..alhamdulillah…puas hati..

 

Selain sedara yang datang…adik2 KBU pun datang ke kenduri aritu…terima kasih semua yang sudi datang…maaf andai terkurang layanan…terlebih gurau senda…

 

psssst:hampir menangis apabila bertemu kembali dengan aima…tatau kenapa…

p/s : gambar tak sempat nak snap

Monday, March 26, 2012

Rahsia Kakakecik di Dapur Telah Terbongkar

 

Assalamualaikum…dan salam sejahtera

 

Petang Jumaat selepas berkelah lepak santai di dalam air di Bukit Perak bersama Kiera, Wany, Jucy dan Pakcu…rahsia kakakecik didapur telah terbongkar…habis la rahsia2 kakakecik yang simpan selama nie..Nasib baik si Kiera dan Jucy je yang membongkarkan nya, Wany terpaksa balik awal…depa berdua itu pun dah riuh…Sebenarnya Jumaat tu kakakecik tunaikan hajat permintaan Kiera untuk sama2 membuat kek karamel…gelabah jugak la kakakecik di dapur bila ada orang lain memerhati kan apa yang kita buat…serius kakakecik tak biasa masak dengan orang luar…selalu msak sorang2, tak pun dibantu oleh adik2 dan kakak.

 

Masih kakakecik ingat…time nak asingkan kuning dan putih telur tak menjadi…Kiera siap gelak besar kat kakakecik…nak kena la tu….kakakecik tak wat kek karamel pink yang dia nak baru tau…silap tak ugut petang tu…mau gak nangis budak tu…

IMG_2608

Ketiga-tiga gadis ini lah yang membongkar rahsia kakakecik di dapur…dah bongkar rahsia kakakecik..suruh plak kita yang snap pict dorang lokasi di dapur…..tak de tempat lain ke hampa nak posing…sabo je la…(motif nak tayang baju baru KBU) tahu la baju kakakecik kena hantar semula sebab kesilapan saiz (saja nak mention kata berat badan dah naik..46kg dah…rahsia nya makan la kek setiap minggu)

 

IMG_2607

Gadis dari Perak, Kiera sedang khusyuk mengasingkan 12 biji telur putih dan kuning untuk membuat kek karamel…time nie kakakecik dok pulun wat kek pandan yang adik2 nak makan….nasib baik ada pembantu si kiera nie…Jucy….tukang tengok je la..HAHAHAHA..dia teruja tengok adunan kek pandan…hijau yang memikat…

 

IMG_2626

Kek pandan yang menjadi rebutan…resepi KLIK DI SINI

 

IMG_2613 Meringue….cantik putih gebu….suka tengok walau ada bau telur…bila dah campur adunan kek nanti hilang la bau telur tu….jangan risau ye Kiera..

 kjHa…..dorang siap gilir2 lagi untuk putar adunan kek….saja nak dera dorang…padahal da je stand untuk mixer nie….(agak2 nie gambar bergaya lebih or betul2 dorang tgh wat keja)

 

kek Antara lapisan Pink,Coklat dan Pandan Oren mana lagi cantik…kalau nak tau yang pink tu mesti la hasil tangan kiera…oppps tangan kami bertiga…kakakecik wana coklat kot, jucy wana cream….yang pandan oren tu kakakecik lapis sorang2…jucy siap puji lagi kata cantik..kembang hidung yang tak mancung nie…

 

kierajucy

Memandangkan sorfina jengah tengok aunty auntie dia buat kerja di dapur..so kena nak kidnap utk bergambar…eh eh kenapa sorfina buat muka mcm tu kat auntie kiera….hehehhee

 

oo

Sementara menunggu kek dalam oven tu masak…kiera n jucy buat lawatan mengejut ke bengkel mak…selongkar habis kotak2 bunga mak…sekali bunga matahari menjadi rebutan…Konon2 dorang nie nak jadi Kiera Lulu dan Jucy Lulu la…berbunga matahari yang mak hasil kan dari daun getah…sorang nak pose konon macam gambar syok sendiri amik dr atas..sorang nak dengan 3 kuntum bunga…macam berminat nak jadikan bunga pegang masa majlis hari bahagia je…kalau berminat bagitau akak erk.

 

IMG_2645

Kiera takut2 nak bergambar dengan pokok bunga “harum sundal malam” hahahahaa….saja kakakecik bagitau nama tu..sebab bunga tu wangi bila malam2…Okey dah azan maghrib la..jom masuk…kek pun dah nak masak tu…ye haaaaaaaaaaaa..sampai pukul 8.30malam jugak la kiera n jucy kat umah kakakecik…semata2 untuk kek karamel..sebelum balik sempat jugak la dorang jamah sekeping 2 kek karamel…kakakecik tapaukan setiap sorang 1/4…cukup ke tidak…

 

IMG_2647 Pembahagian kek karamel strawberry, coklat vanilla…setiap 1 rumah dapat 1/4 sama adil kan..

 

IMG_2651 Kek Karamel permintaan syakira…..syok la tu ada wana pink..sori kiera akak terajin plak lapis setiap warna nie 1 senduk..so tak menjadi la macam kiera nak akak buat sebelum nie..

 

DSCN8380 Kek Karamel…pilih nak yang mana 1…kalau nak yang perasa PANDAN OREN ke SINI dan kalau yang STRAWBERRY COKLAT VANILLA di SINI

 

pssst: seronok bila memasak nie….lagi seronok kalau apa yang kita buat tu orang suka…suka makan…rasa bersemangat je kan..alamak ada orang tanya mana kek dia..janji nak kasi time birthday nya aritu..ingatkan dia lupa….nak kena buat la nie…

Sunday, March 25, 2012

Selepas Lebih 20 Tahun, Kini Ku Jejaki Semula Dengan KBU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah hampir melebihi 20 tahun kakakecik tidak menjejak kan kedua-dua belah kaki kakakecik ini ke satu tempat peranginan di Pendang…akhirnya Jumaat lepas..kakakecik kembali menjejak kan sepasang kaki ini ke Bukit Perak…bukan Bukit Merah ye Dek Nasz…Bukit Perak bukan di Perak tetapi di Kedah dalam daerah Pendang…kawasan air terjun yang tak berapa nak terjun…

 

Semua ini adalah unplan…semua nya hanya kebetulan…Pakcu buat status di KBU…panas2 nie mandi air terjun best jugak…pastu Kiera plak gtau kalau tak balik kg (ipoh) boleh tak dia nak datang umah kakakecik untuk buat kek karamel…kakakecik on je dengan kiera…tup tup petang khamis tu Jucy post status di KBU..yang dia malas nak balik SP..so dia tanya la sesapa nak lepak dengan dia..masa dia post status tu Pakcu dan Wany ada di kedai Kakakecik…dan kakakecik plak tengah oncall dengan Kiera pasal Baju Tshirt KBU…apa lagi,terus suggest mai Pendang la…sanggup tu Kiera tangguh basuh baju kemas rumah semua ke hari Sabtu..sebab nak datang berkelah dengan kami adik beradik KBU…walaupun tak ramai tapi tetap best…

 

Pagi tu seawal jam 7.15pg kakakecik dah masuk dapur…nak sediakan sarapan pagi untuk mak ayah dan adik2 serta masakkan lauk untuk bawak ke Bukit Perak…untuk family bfst pagi tu kakakecik buat nasi lemak..alhmdlah sempat pun masak sebelum mak dan ayah pergi kursus haji..untuk KBU, masak lemak kari sardin, sambal belacan dan nasi putih… Pukul 10.45 jugak la baru kami bergerak ke Bukit Perak..kecian Pakcu dok tunggu di sana…sampai awal kot dia..kami mintak maaf ye Pakcu, Wany tersesat masa nak mai umah kak…ingatkan ikut jalan kampung cepat sampai kan Wany..sekali sesat..xpe jadikan ia sebagai pengalaman…Kakakecik memang dah tatau jalan ke Bukit Perak nie…simpang nak ke sana tahu la..lokasi tempat tatau..teruk tak…hahahaha..masa p dulu zaman budak2…la dah dewasa kan…

 

Ok ok tak mau melalut banyak…jom kita layan gamba kami berlima di Bukit Perak…

             

IMG_2545

rezeki kami berlima di tengahari jumaat lepas…Sedap kan..ada ikan kembung bakar, masak lemak kari sardin, rendang udang, telur dadar, sambal belacan dan ulam…

 

1

kakakecik dan kiera menggunting ikan…masa nie dok tahan geli je sebab tak biasa basuh ikan tanpa menggunakan air paip..selalu basuh cucuh air…huhuhu…Sedap nya ikan kembung tu..lemak manis…tanpa garam..bakar tawar…pakcu macam biasa la lelaki tunggal kena la pelekat hidupkan api jadikan bara…berpeluh2 pakcu…

 

2

Sementara tunggu ikan masak di bakar..bergambar dulu…gambar atas tu kakakecik mengipas bakal mempelai..sekali tengok macam budak2 main pengantin..hahaha…air kat atas nie jernih..bersih..nampak batu2 nya…

 

3

Ikan dah masak….tunggu lagi..makan la….makanan versi Pot Luck..pakat2 bawak sorang sejenis 2..jucy bawak sandwich, keira : rendang udang, wany : roti sosej, kentang goreng dan keropok ikan, pakcu : ikan tamban kering (dibakar) dan ulam, kakakecik : Masak lemak kari sardin, nasi, sambal belacan..ops air mineral dan air kuib syakira n jucy beli..air oren kakakecik bawak sebotol je..hehehe

 

5    4 Bila dah kenyang…nak berendam la…kami tak mandi pun…just lepak2 sembang2 dlm air je..haha…sedar tak sedar dah pukul 3 petang…dengan seluar baju basah nie kami semua balik..hahaha tanpa salin pakaian….sampai umah kakakecik semua pakat mandi..oppps pakcu balik kuala nerang la…

 

Thanks Jucy, kiera, pakcu dan wany…melapangkan masa jumaat lepas dan mengembalikan kakakecik ke Bukit Perak…mana yang tak dapat pergi tu..sila nangis sampai basah erk..hahahaha