Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, September 24, 2012

Mengai Di Bendang

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

“MENGAI DI BENDANG”  apa ke benda la tu ye..tak paham kami nie…okey jom kita belajar loghat Kedah..lain negeri lain loghat nya tak gitu ke…Kalau di Kedah Mengai tu maksud nya memancing, Bendang plak sawah padi…ada jugak sawah padi tu orang panggil “Padang” kalau x silap orang belah2 kawasan laut sana..belah Alor Janggus, betul x Munet..hehehe..

DSCN9762

 

Petang Sabtu, sedang menjamu mak dan kekawan nya makan Lontong, kakakecik terdengar dorang dok bercerita nak p mengai ikan..beli umpan lah…so kakakecik menyampuk la..”Nak ikut, nak ikut Kak Timah p mengai gak, cheq dah lama teringin nak mengai tau..tapi x pernah pun dapat..ingat2 masa zaman budak2 dulu umo 8-9 taun mengai guna batang bemban kat umah tok” kecewa nya kakakecik bila Kak Timah tanya…”Ang nak p naik apa..?” Uwaaaaaaaaaa macam nak nangis je..walaupun ada je lesen motor..kakakecik dah x berapa nak berani bawak motor biasa mau2 jalan bendang…buat muka 2kupang..last2 Kak Cik Da bersuara..”Jom, kak cik naik motor sendiri…shida naik dengan Kak Timah” Yehaaaaaaaa seronok tak sangga..Kak Timah kata “Kalau nak p cepat siap p tukar pakai suar, tak kan nak pakai kain batik kot, pastu bawak bekai sama” Dezuuuuuuuuuuuuup terus masuk dalam umah salin pakai trek suit….time nie la Si Aisya dok sibuk tanya..”Ateh nak p mana ateh..”alahai aisya nie kalau nak ikut jom la…

    DSCN9768

 

So membonceng la kakakecik….pergh dah lama kot tak bendang belah kampung lama tu…dah la naik motor..gayat jugak….sebelum jumpa port nak mengai nie…ada la jumpa orang-orang kampung…dorang terkejut kot tengok Kak Timah bawak kakakecik nie…haaha..kak timah lak dok jaja nie..”Nie budak nie pukul 6.30 pun dok ajak gak mai mengai” Grrrrrrrrrr….tak kisah janji leh pegang batang kail dan umpan ikan makan….

DSCN9761

 

Yeeeeeeees…dalam seminit dua je letak batang kail…tersentap…yes yes ikan makan…dengan teruja nya cepat2 angkat batang kail…yesssss ikan haruan…sekali dia terjatuh balik dlm bendang…rasa nya kakakecik menjerit seronok masa bagitau kak timah semua orang dengar kot…aaaaah tak kisah la…tunggu punya tunggu dalam setengah jam hanya 3 ekor ikan puyu yang makan umpan kakakecik…2x ikan mempermainkan kakakecik..huhu…sabar je la…apa pun ini pengalaman yang baru bagi kakakecik..

DSCN9764

Ikan puyu yang telah makan umpan (dalam bulatan)….eh tu Kak Cik Da..dia la banyak bantu…buh umpan dan ambik ikan dari mata kail..hehe

 

pssst : Jumaat nie macam nak ikut kak timah dan kak cik da p mengai lagi la..mak plak siap kata nak beli batang kail hahaa..nak p mengai gak..mak sapa nak bawak motor…huhu..

9 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

hahahahaha sian takde sape nk bwk dia naik moto.. ritu kira ada gak nak mengai kat umh opismate tp smpi la tak pi lagi ihihhihi :p

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura kecian kan...nak bawak sndiri kalau jalan tar ok la nie jalan kampung nak p bendang memang lecah...best tau mengai nie..tp lagi best kalau kat sungai kan.leh duk sampai kaki juntai dlm sungai...hehehe

CikSpek said... [Reply]

tak reti mengai dan tak suka. sbb bkn jenis penyabaq. nak tolong besiang buleh. yg tu suka sgt. hehe.

Unknown said... [Reply]

seronok lak tgk gamba

aDisH.sHidA said... [Reply]

@CikSpek kita pun xpandai gak mengai nie...tp keinginan nak mengai tu mmg ada...memang orang kata kalau nak mengai kena sabar...hehehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah jom mai kedah...tp waktu la musim ujan dan padi pun banyak dah tuai...

Zai Zamree said... [Reply]

x penah nk mengai ikan wlaupon bendang dpn umah...kami tngkp guna tgn ja ms kecik2 dl lps org ambik padi...terer x...terer x?hahahahaha

Chik Att said... [Reply]

Di mana ni ....mcm kat kg tok CA , di bukit besaq

Mummy LiYzA ^^, said... [Reply]

mengai ikan darat ka kak shida?
hahhaha...wat gulai s0dap tuh!!!