Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, September 20, 2012

Jom Memasak : Pizza, Bikin Sendiri Pun Boleh

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari…

 

jucy

Juuuuucy…kak mintak maaf la ye baru teringat yang kamu mintak resepi pizza pada entry ini minggu lepas…hehhe..alahai resepi yang mudah je pun..eh mudah ke..boleh la tapi part nak uli tu yang jenuh…lenguh gak tangan nie…almaklum la jari jemari kakakecik kan halus..kalau yang BreadMixer tu senang la keja dorang…tekan ON je…siap dah doh…(sapa baik hati nak hadiahkan kakakecik BM nie)

DSCN9616

(gambar kepingan pizza yang kakakecik buat terdelete huhu, so ulang tayang gambar dlm entry sebelum nie la, sori ye)

 

Bahan-bahan Doh Pizza:

  • 500 gm tepung high protein
  • 1 pkt (11gm) yis mauripan
  • 20 gm mentega
  • 2 sudu gula
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 sudu shortening
  • 1/4 camca teh garam
  • air suam secukupnye

Bahan-bahan Sos Pizza (boleh je guna sos spghti)

  • 3 biji tomato masak, dicincang
  • 1/2 tin kecil pes tomato
  • 2 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu makan minyak sayuran
  • 1 sudu teh oregano

Bahan-bahan Inti Pizza:

  • Sosej ayam
  • Ketam (jejari ketam ke apa yang 4 sepi panjang wana merah putih tu)
  • Bawang besar, dihiris bulat (optional)
  • Mozzarella cheese
  • Cendawan butang (dlm tin) – hiris nipis2
  • Daging Kisar
  • Sos Tomato, Sos Cili
  • Mayonis (kakakecik x letak sebab x suka, hahahhaha)

CARA PENYEDIAAN
a) Membuat doh pizza
   - Campurkan tepung gandum, yis, garam, gulam shortening dan mentega dalam mangkuk besar. Masukkan air suam. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi satu doh yang lembut dan elastik. Jika melekit tambah tepung sedikit. Kemudian bulat-bulatkan dan biar selama 45 minit sehingga DOH naik sekali ganda.Bahagikan doh kepada 4 bahagian (terpulang kalau nak wat mini, banyakkan la) Canaikan kepada bentuk bulat dengan ketebalan 2 sm. Masukkan ke dalam acuan yang telah digris kan dan tinggalkan selama 10 minit sebelum diletakkan topping.


b) Membuat sos
   - Tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan tomato yang dicincang dan dikacau sehingga ia lembik. Masukkan tomato paste, oregano serta gula merah dan masak di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga pekat. Sejukkan.

 

Semua dah sedia jom kita topping pizza  plak..sambil tu panaskan la oven yer dengan suhu 150.

- Doh yang telah dibiarkan 10 minit tadi kita cucuk2 kan dengan garfu..kasi keluar itu angin…

- Letakkan 2 camca mayonnaise (kalau suka byk leh tambah lg...x suka x payah letak- untuk diri sendiri la nie). Kemudian sapu pula sos pizza dan ratakan.

- Susun bahan-bahan pizza di atas sos tersebut dan diakhiri dengan mozzarella cheese dan oregano (actually bahan-bahan pizza tu depend ikut kesukaan)

- Bakar 20 - 25 minit hingga cheese mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan segera bersama sos kegemaran...Buat kaedah yang sama bagi bahagian doh yang lain tadi ok.. Dah siap sedia utk dijamu...

 

ATURAN
1. CANAI DOH
2. SAPU SOS PIZZA
3.TABURKAN TOPPING
4. TABURKAN CHEESE
5.TABURKAN OREGANO

Selamat mencuba

p/s : nak lagi mudah resepi pizza pergi kat CR

6 comments:

Unknown said... [Reply]

mmg sng sngt2 kan kak?

rugi tak buat

Lydia Miza said... [Reply]

rugi sape mls buat sendiri..sila buat biar blh mkn tiap mgu..kan3.pastu tanggung la klu debab.ekeke

oo cara kita berbeza.saya bakar dulu kulit pizza, pastu br letak topping.blh jugak eh bkr sekali.br tau

juicy X said... [Reply]

ohhhhhh mcm susah jaaaaaaa

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah kan kan iffah kan...berbaloi orang kata

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) ala awak nie tahu la kita malas gak kekadang tu nak menguli...kalau dh kawen leh mintak cik abe uli kan hahahaa

eh kita pun ada wat gak cara tu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@juicy X mana de susah...senang je pun..myb bab sos tu ampa rasa susah..ampa leh je guna sos tomato...mcm ayu wat