Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, November 19, 2012

Perak : Meletop dengan Mee Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mee Kari…kakakecik pun tatau sejak bila suka berkenan makan mee kari nie…awal bulan aritu misi mencari mee kari yang sedap di Perak…dua kali, dua kali ulang sekali lagi dua kali kakakecik makan mee kari di Perak dalam jarak tempoh tiga (3) hari…memang sah la kan kakakecik mengidam sangat nak makan mee kari nie…

 

Alhamdulillah pada hari Khamis semasa otw balik dari CH…di waktu lewat petang kakakecik dapat makan mee kari di RnR Bukit Gantang arah Utara…sedap jugak..makan sampai licin..dah tu kakakecik berjaya mempengaruhi Kak Ja, Kak Siti dan Kak Miza untuk makan mee kari jugak..dorang pun makan habis…kalau semua pakat makan licin memang sedap la kan mee kari kat RnR Bkt Gantang tu..opss kedai yang mana 1..kedai yang num 3 kalau tak silap kakakecik…bukan yang sebelah jual air dan makanan ringan tu..selang sebuah nya..

DSCN0567

Misi mencari mee kari diteruskan lagi pada Ahad 11-11-12, kali ni di Bandar Ipoh..kakakecik dah pernah makan di Ipoh nie..tapi tak ingat plak nak tempat nya..puas google dan tanya Abang Zahari (Driver Risda) yang bertanggungjawab bawak kakakecik dan rakan2 makan mee kari di waktu pagi..So, sebelum ke kenduri kahwin pasangan blogger, kakakecik ajak la Aima (selaku driver), Dik Ilah dan Shahir (Petunjuk Jalan) untuk makan mee kari..nasib baik Shahir pernah pergi makan kat situ…itu pun puas la kakakecik bagitau landmark sekian sekian tempat..baru dia teringat yang dia pernah makan di situ (jangan terkejut, pakcik chon yang dah lama dok Ipoh pun tatau kedai makan Mee Kari yang meletop ni)

DSCN0562

Okey, sebenarnya kakakecik pergi makan mee kari di Mee Daud Mat Jasak..belakang Super Kinta, Ipoh…kat situ ada dua kedai makan..kedua-dua nya ada jual Mee Kari..tetapi di sebelah kedai Mee Daud Mat Jasak nie ada jual nasi campur jugak..(kakakecik pernah makan mee kari di kedai tersebut,ala yang abang zahari bawak tu). So, untuk kali nie kakakecik nak mencuba plak di Mee Kari Mat Jasak, sebab bila kakakecik google mee kari di ipoh, mee kari mat jasak nie la yang timbul…

  DSCN0566

Mee Kari Mat Jasak…nampak macam ‘ceroi’ kuah nya…tapi sedap..mau plak makan dengan sambal nya tu..pergh…hirup sampai tak angkat muka dah…

MK 

Kesedapan dan kenikmatan mee kari nie kakakecik pun tatau nak bagi berapa bintang tapi yang unik nya dalam mee kari tu ada tauhu yang telah disumbat isi ketam…dah tu dalam pinggan kakakecik ada banyak ketul..kebetulan dalam mangkuk aima dikatakan nya ada sikit je…ntah2 aima makan tak sedar kot..hehe…so, kakakecik bagi je la kat dia skit tauhu tu…

DSCN0568Tauhu yang ada isi ketam di dalam nya…sedap jugak..

Berkenaan dengan harga…amat berbaloi dan murah..kakakecik aritu makan yang biasa punya semangkuk RM3.50..masa makan dok pelik kenapa la mee kari tak ada kerang..rupa2nya kalau nak kerang kena bagitau ala2 special gitu la…dan caj tambahan RM1.00 akan dikenakan..hehehe…ok la jugak mungkin ada yang x makan kerang so tak de la membazir…sapa nak kerang bagitau je nak tambah kerang..

   DSCN0573

Lepas ni sapa2 nak pergi makan mee kari..sila kunjung Mee Daud Mat Jasak yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar(belakang Super Kinta, Ipoh)

 DSCN0561   

Selamat Menjamu Selera di Mee Daud Mat Jasak…

 

pssst : pemilik kedai nie peramah orang nya..

11 comments:

QA's ~ mamapapa said... [Reply]

nyum!nyum!klau kt KL ni kt manela nk dpt mee kari sedap n murah mcm tu :(

cik Anggur said... [Reply]

teringin la pulak...aduiiiii

cik Anggur said... [Reply]

teringin la pulak adui

aDisH.sHidA said... [Reply]

@QA's ~ mamapapa kat food court SOGO pun sedap jugak hehhe

Shahada Fauzi said... [Reply]

kite suke makan mee kari secret resipi dengan marry brown..pekat kuah die..tapi mahai nak mampuih..tak mampu nak makan selalu la..huhu..

tapi apa2 pun mee kari yg mak buat paling tersedap..hehe..:P

CikSpek said... [Reply]

bila nak buleh rasa mee kari kak shida taktau? ngeeee~~

Unknown said... [Reply]

sebenarnya kat perak memang banyak kedai jual mee kari yang sedap..
heheh..

Anonymous said... [Reply]

DM oweyz makan dan tapau makanan dekat situ hahaha.. kalau pi sana ..x makan mee sangat... but makan benda2 sampingan dengan kuah mee kari mat jasak yang sedap... lain dari yang lain :)

Unknown said... [Reply]

nanti saya balik ipoh, nak pegi makan meekari kat sini lah kakak! tenkiu bagitau lokasi...

Kira Sakura said... [Reply]

selalu mmg kira mkn kt sini. tp lepas tau kt GM tue lagi sedap, smbal dia pun sedap mkan kat situ je hihihihi

juadah said... [Reply]

Ada pembaca komen kat blog sya suruh sya cuba makan mee kari jasak. sedap benor katanya. Itu yg terjumpa review blog nih.