Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Sahabat Blogger. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Blogger. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Ruzz & Fadil Penyu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 1236981_10201331655607892_1319292860_n

Seorang demi seorang adik2 yang kakakecik kenal dari dunia blogger mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah jodoh dorang dah sampai kan..jodoh kakakecik masih lagi menjadi rahsia Allah. 

Picture 011

7 September lebih kurang jam 9.30 malam rasa nya (selepas Isyak) Fadil telah sah menjadi suami kepada penggemar warna merah Ruzz Ezani. Kakakecik tak kesempatan melihat majlis akadnya sebab masih tercari2 rumah pengantin malam akad berlangsung. Hanya dapat saksi kan Fadil berpelukan sambil menangis si bahu seorang wanita mungkin emaknya. Tetiba kakakecik pun terasa sebak di saat ini…

ruzzpadil

 nikah

nikah ruzz padil

Kepada Ruzz dan Fadil..tahniah untuk kalian, semoga bahagia dan kasih sayang tidak akan pudar hingga ke syurga. Jadi la suami dan isteri yang terbaik antara satu sama lain…

Picture 009

Mintak maaf ye akak tak dapat menghadirkan diri di hari majlis persandingan/perkahwinan korang berdua…Hanya di malam akad nikah sahaja akak dapat hadirkan diri…itupun nasib baik ke KL..eh kalau tak ke KL mungkin akak ada kot Ahad tu..hehe…

1208939_10201331497763946_1505907485_nJangan la gigih mencari kakakecik di dalam gambar reramai tu..kan dah kabo kakakecik tak de hari kenduri..huuuuuh…

1235339_10201331545605142_1350668444_n

KBU’s bersama pengantin…

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….

SELAMAT PENGANTIN BARU RUZZ dan FADIL..

 

pssst : next pasangan blogger mana plak ye yang akan mengikut jejak Ruzz&Fadil. Kiera&Nadh..cinta blogger belaka nie…

Gambar pengantin di hari majlis cilok dari group Blogger Perak…crdt to Reez Foto Cinta

Monday, September 9, 2013

30 Syawal : Sempat lagi beraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum syawal berakhir..harus la ambik peluang sehabis baik untuk beraya dengan sanak saudara  sahabat bloggers..walaupun kami hanya kenal di alam maya tapi ikatan ukhwah antara kami masih bersemarak lagi…Alhamdulillah…

 

Bila Aima ajak ke Shah Alam hantar barang dan adik nya…terus kakakecik setuju nak ikut..ye la da lama xjumpa kekawan di sana..Seperti yang dirancang, tercapai cuba tersasar waktu sahaja..

lunch

Lunch kami (kakakecik, Aima, Elly, kemboku Shida Anwar) di rumah Lydia Miza..terima kasih awak coz memenuhi permintaan jahat hajat tekak nie untuk menjamah nasi arab mandy ayam air tangan awak..kerepok lekor yang panas…dan jugak kek pisang yang baru dibakar menjadi rebutan kerak nya…sangat2 terharu walaupun awak sibuk uruskan anak2..

miza

Ty, maafkan akak kecian kamu xdapat lunch di rumah kak Lydia..next time korang terjah la sendiri..dekat je kot..hehee..mintak kak Lydia wat cendawan goreng panas…

umah mizabaikan mata terpejam yang mengantok kekenyangan

 raya kembo…awat tu…marah ke sapa..hahaha

 alamanda 

Malam…kakakecik ke putrajaya untuk ke rumah Sue IEB, sebelum tu singgah sebentar di Alamanda ambik Qaseh, seterusnya ambik Yanty Lee (pertama kali jumpa nie walau dia asai penang). Jenuh gak kami nak memusing cari blok rumah Sue..Kami sampai umah Sue, elok azan isyak..disambut oleh Ayah Firas, Encik Bard yang siap pakai apron lagi..ye la Bard tengah goreng mee kot untuk kami anak2 dara nie..hehee..mee goreng ENcik Bard memang sodap…kalah mamak masak..dan buat pertama kali nya makan mee goreng yang de letak kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih…

mee grg

Dengan Sue IEB dan Sue Qaseh adalah kali kedua kakakecik berjumpa dengan mereka..Yanty Lee dan Firas buat pertama kali nya berjumpa…….Perghhh Firas malam tumau je dia dengan Ateh Shida ni…ehem ehem aura mai dah kot…

sue

Pengakhiran raya kakakecik tahun nie di Seri Kembangan dan Putrajaya…kepada tuan2 rumah (Lydia Miza & Sue IEB) terima kasih sudi terima kunjungan kakakecik, kepada Ty dan Qaseh terima kasih sudi bawak kami keliling putrajaya malam tu..kepada mykembo dan adik manis Elly..hilang rindu nak jumpa kalian..kepada Aima, terima kasih banyak2 coz ajak kak ke KL..kepada semua, mintak maaf andai ada terkasar bahasa dalam melawak2 tu..insyaAllah nanti ada kelapangan kita jumpa lagi..yang lain2 tak dapat jumpa tu jangan la merajuk ye…

Wednesday, September 5, 2012

Pertemuan Antara 2 Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2 September 2012, Ahad yang lepas selepas selesai urusan pendaftaran adik di UKM, kami sekeluarga plan akan terus balik ke Kedah, tetapi kakakecik mohon dengan family untuk singgah di Seri Kembangan untuk berjumpa dan memberi barang kepada sahabat alam maya, sahabat yang kakakecik kenal di dunia blog. Yang mana kakakecik sangat rapat dan akrab dengan nya..Ahad lepas kali ke2 kami berlaga pipi bertentang mata..kalau sebelum nie siap borak sampai ke pagi tido di umah nya..kali nie kakakecik singgah sebentar sahaja…tetapi tak kisah semua tu janji family turut mengenali insan2 yang sentiasa berada di sisi kakakecik..

as3

Alhamdulillah, kakakecik dapat menemukan keluarga kakakecik dengan keluarga Lydia Miza, dengan penemuan nie semoga ukhwah antara kami akan terus berkekalan…

 

Opss tak ketinggalan double AS dapat jugak berjumpa akhirnya..ADLAN SYAFIQ dan AINUR SORFINA…kebetulan plak pangkal huruf kedua2 mereka AS, berjodoh ke budak mata sepet dua orang nie…masa baby kedua2 nya ada iras..tapi bila masing2 dah besar tu tengok dah x sama..mata sepet je yang sama…

   as4

as

Syafiq pada awal-awal nampak malu2 je dengan Sorfina..sekali si Sorfina cuit2 dia baru la dia mula mesra…bila dah mesra…makin dekat la…sampaikan….tengok la aksi di bawah nie..

  AS1 Aik aik jangan kacau pokok atas kepala amoi la…

as2

Okey tak boleh cabut pokok atas kepala nya..kiss je la dia…sweet je masa Syafiq kiss kepala Sorfina..kecik2 dah pandai kiss erk..lomantik la Syafiq nie..HEHE

 

EH, nak tahu tak yang kakakecik dan Lydia Miza masing-masing bertemakan wana purple..terkejut gak kakakecik bila nampak dia kat muka pintu…purple..sama lagi…aritu masa tido umah dia..dah siap2 semua tengok2 dia pakai wana pepel jugak…ahad lepas pun dia pakai wana purple..kami tak rancang tak janji pun erk…semua nya kebetulan..sweet tak kami..walaupun kami bukan nya penggemar warna purple

me miza Bukti kami berdua berpurple ahad lepas

mizaIni plak masa kakakecik bermalam di umahnya Mei yang lepas..

 

Kepada Miza dan En Zairy, terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga dari Kedah..nanti ada kelapangan datang la Kedah ye..

 

pssst : bila dah kenal memang tak sah la kalau sehari semalam dok sembang pasal dia je..mak saya puji awak la…

Tuesday, May 15, 2012

11.05.2012 Bersama Rakan Blogger Vol. 2

Assalamualaikum…


Lydia Miza tanya perkembangan nak jumpa Baby Zafirah…ada x Yana or Ujang bagitau apa2..alamak Miza, Yana kata apa2 pun nanti dia roger awak..bab nak jumpa di luar kata nya nak berbincang dulu dengan Ujang…Sekali Miza bagitau yang Yana dan Ujang set nak jumpa di Taman Warisan Putrajaya selepas maghrib…dengar2 2-3 orang blogger lain yang tak pernah shda jumpa akan turut serta…alamak sapa le plak kan..if Yana n Ujang je tak pe dah biasa jumpa dorang…

Puas jugak kami memusing nak cari jalan ke Taman Warisan Putrajaya…siap parking sebelah kereta Ujang lagi…mau tak cam keta dia 9897 mesti ada..yang musykil kenapa la Ujang nie pasang lampu dalam…saja je kot…usha2 gak mana tau Yana ada kat dalam ke…tak de nampak pun..yang nampak bantal putih Zafirah…hehe…dengan rasa bertanggungjawab kakakecik kol Yana bertanya kan status lampu sengaja pasang ke apa…HAHAHAHA..

Bila naik atas kat food court Taman Warisan..alamak ramai nya orang..kat mana Yana n Ujang nie yer….sekali zaaaaaaaaaps kat ujung sana dah nampak Zamir, Yana, Ujang dan Baby Zafirah…tetiba tak lama masa kami nak g order makan…ternampak kelibat Enchik Ben…Alamak Enchik Ben pun join, segan sioot tak biasa jumpa dia..malu la jugak..dulu selalu join segmen dia..kenal2 ramai blogger pun dari dia jugak..thanks En. Ben..sori tak sempat bertegur sapa sangat…terkedu…lagipun meja kita tu tak suai nak beramas mesra lebih

     pj2
pj1
Antara yang datang Taman Warisan Putrajaya…Encik Ben, Ujang, Zamir Zanon, Nadh,  Yana, Iffah, Lydia Miza Sekeluarga
baby
Mesti la bergambar kenangan dengan Zafirah n Mama Yana…Yana, akak berani la dukung Zafirah, just nak letak dia je akak tak berani..hehe..best gak dukung baby nie…geram tengok dia..senyum bila di agah…suka sembang erk..macam Papa dia yer..# opss malam tu Papa Ujang panggil ai Kak Shida la..hehe..Thanks Yana n Ujang coz sudi bawak anak dara korang jumpa akak dan rakan2 yang lain..terharu sangat2…muaaaaaaaaah pipi zafirah

Jam melewati angka 10 malam…family Iffah dan Suhaili dah kol tanya di mana..risau la kan sebab anak dara dorang tak balik2 lagi…so kami mintak diri dulu..sejam je kot kita lepak sama kan..harap nanti kita boleh lepak lama2…

pj3
Sebelum berpisah kami bergambar dulu la…nasib baik Lydia Miza bawak Farah..boleh jugak la dia snap kan gambar kami berlima..

Okey malam tersebut..kakakecik termakan pujuk rayu Miza untuk bermalam di rumah beliau, sebenarnya segan jugak la nak bermalam kat umah nya..ye la dia dah berkeluarga..tetapi Miza memang mcm bersungguh2 dan beria nak kakakecik tido rumahnya..mungkin tak puas kan berborak..kakakecik pun xpuas jugak borak2 dengan nya….so apa lagi tido la..kebetulan Farah boleh hantar kakakecik ke Cheras esok nya…Erm nak tahu malam tu kami berborak sampai pukul 5 pagi…dah risau jugak en hubby nya cari..Puas la kan kami berborak..baby syafiq pun ntah bape kali bangun dan sampai alarm miza berbunyi pun kami boleh sembang la..hahaha…sabar je la kan…bukan selalu kami akan jumpa…bak kata en hubby miza…macam jumpa pakwe sembang bukan main lagi…#oppps jangan lepas nie en zairy x bagi kakakecik bermalam kat umah nya dah le

12.05.2012--- selepas bfst, Farah hantar kakakecik ke Cheras untuk bertemu rakan lama pulak… dah habis episod dengan blogger
lmbye
Bye bye Miza…insyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi..muaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..sayang awak…thanks awak sudi jadi sahabat saya..


psssst: mintak maaf kepada sahabat blogger yang mana tak dapat jumpa…jangan salahkan Miza yer..semua nya kami hanya plan nak jumpa antara kami sahaja..kebetulan kakakecik pergi wedding di sana…harap maklum…insyaAllah nanti kita jumpa ye…jangan tacing2

Thursday, September 29, 2011

Beraya di Sedenak

Assalamualaikum…..

Pertama kali shida memohon kemaafan kerana hampir 2minggu shida tak update entry…dan jangan bosan jemu sekiranya entry berikutnya selepas ini adalah entry2 yang tertunggak..mesti ada yang dah baca dari entry sahabat2 shida yang lain…

Perjalanan shida dari utara ke selatan  dan tengah tanahair bermula pada 16 September….dengan PHS shida ke Penang untuk ambil Nadh..dan seterusnya ke rumah Aima di Lunas, Kulim…Kami bertiga bajet akan bergerak dalam pukul 10 malam..tetapi apabila shida bertemu dengan mak aima…borak punya borak sampai jarum jam berkumpul…pukul 12 tgh malam…masa di rumah aima…mak dah kol tanya kat mana..bila bagitau masih di Kulim..mak dah mcm nak bising hehehe..sebab risau anak dara dia ke KL tengah malam…

Kami bertiga sampai ke RnR Sg Buluh di awal pagi, shida dan aima memberi peluang kepada driver kami si Nadh untuk melelapkan mata dan menghilangkan kepenatan drive..dia tido memang dah tak sedar apa…pukul 6.40 pagi kami bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Amalina di Uitm Shah Alam…perjalanan diteruskan ke Balakong bukan untuk menjemput blogger tapi shida nak beli barang keperluan membuat decoupage…walaupun GPS problem, Hp Nadh habis bateri, akhirnya kami berjaya sampai ke Mutifilla Sdn Bhd..itu pun setelah nadh kol tauke kedai tu…thanks Nadh…sori kalau menyusahkan…

Dari Balakong kami terus ke Kolej Za’aba, UKM…agak2 korang sapa plak yang kami akan ambil ye…untuk beraya ke Sedenak…yeaaaaaaaaaaaaah betul Along Usop dengan bantal bucuk nyer….Nadh mesti suka sebab dah ada teman sejantina hahahhaa..kalau tak dia sorang2 je lelaki…

ucuk along Along dengan ucuk nyer…

Alhamdulillah….17 September 2011, Jam 2.00 petang adalah hari dan detik yang sukar dipercayai kerana shida dan sahabat blogger memijak teratak blogger masakan yang hebat…CMG Adnan Ibrahim (Dapur Tanpa Sempadan- Tiffin Biru) di SEDENAK….dengan PHS plak tu…(mak ayah sebenarnya anak dara mak ayah nie bukan pergi KL je….tapi sampai ke JOHOR….itu la mak ayah tatau sedenak tu kat mana..hehe)..perancangan kami (Sunah, Aima, Amalina, Nadh, Along) untuk beraya di buat semasa mini gath pada Julai 2011 yang lalu…terharu sangat2 CMG Adnan Ibrahim menerima kehadiran kami dengan hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka…terutama Asam Pedas Ayam dan Puff..makan dah tak pandang yang lain…senyap sunyi time makan….strwbery cheese cake shida merasa skit je tp sedap jugak….shida tak makan cheese….makan strwbery je

***NAK TENGOK APA YANG DIHIDANGKAN KLIK SINI

Eh eh bukan shida, along, nadh, aima dan amalina je beraya kat umah CMG Adnan IbrahimSunah, Azila  Aji (housemate Sunah) dan Adik Keroro sampai awal lagi dari kami….Cikgu Azaref jugak datang beraya bersama-sama kami kat umah CMG…Biasanya setelah selesai makan-makan tu…mesti ada sesi menyembang dan bergambar kan (nak tengok gambo banyak klik DI SINI )….masa nie memang happening sangat2…dengan lawak jenakan CMG yang buat kami semua tak kering gusi…dah tu orang mintak balik awal tak kasi…kena tunggu jam berbunyi..dari pukul 4 petang sampai la pukul 5 petang…waaaaaaaah nampak sangat CMG susah nak lepaskan kami balik..mesti tak puas borak-borak dengan kami kan….tiffin

bergambar kenangan bersama tiffin biru

Dari Sedenak kami meneruskan kembara aidilfitri ke Gemas…rumah Along Usop…

 

 

pssssst : jangan lupa baca next entry

Wednesday, February 23, 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger

as'salam 

Bro Framestone yang shida kenal kat Sahabat Blogger telah wat segmen ini...

Adakah minggu ini minggu persahabatan bagi blogger??

Kenapa yer Bro Framestone buat segmen “Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger”, ini semua ada kaitan dengan gambar di bawah…

SB-Kyerull

Bro Framestone bersama dengan KyerullKyerull terpaksa menjalani semula pembedahan kaki nya yang patah…kyerull….shida sebagai salah seorang sahabat walau kita tak pernah bersua muka…akak  doakan semoga kyerull selamat menjalani pembedahan kali ke-2…lepas ni jangan aktif sangat jalan ke sana ke mari…next sem kan dah masuk stdy semula…take care ye kyerull….Insya’Allah…amin…

Bagi shida sejauh mana persahabatan shida antara blogger….macam 1 keluarga…semalam n pagi tadi shida ada buat pasal sahabat2 shida di arena blog ini..Bro boleh ke SINI dan SINI…..shida sayang semua sahabat2 shida…..shida harap persahabatan yang terjalin ini akan kekal hingga akhir hayat walaupun kita hanya kenal di alam maya….

SaHaBat akan muncul sendiri adakala nya dan tak usah di cari tanpa kita sedari dan dugai…

Itu lah Rahmat dari Ilahi

Tuesday, February 22, 2011

Aku SaYaNg dan CinTa Sama Dia

assalamualaikum….salam sayang untuk semua pembaca CNQ…

di dunia ini di dunia blog ini shida telah menemui insan yang buat shida sayang buat shida cinta dengan dia serta blog nyer…

bukan seorang yang berjaya membuat kan perasaaan shida nie terus bersama tetapi 6 orang…..2 lelaki dan 4 perempuan…

mereka la insan2 yang berjaya mencuri hati shida..mereka la insan yang shida terawal shida kenal…baik..mesra…

terima kasih SUNAHQASEH….AMALINA..INDALINDA, AK JOHAN dan UJANG….

kita kenal antara satu sama lain dari segmen MHK 500 en ben akhir tahun lepas….kita antara yang aktif menjawab soalan harian tetapi yg selalu menang qaseh, amalina n ujang….ini telah membuat kan shida cemburu cemburu cemburu….masih shida egt..ujang share jawapan ngan qaseh utk soalan harian ke2…selepas qaseh menang soalan pertama….NAZ pun terlibat sama dalam komplot ini..kelakar jugak bila korang dapat shawl daripada MAMAZARA….untuk soalan terkumpul kita semua mencari jawapan bersama2…shida selalu bincang ngan AK JOHAN….ujang pun tak ketinggalan berlumba2 untuk mencari nama penuh pemilik 2+2=5…kita terjah blog dia….

Sehingga ke hari ini shida masih baik dengan dorang semua…SUNAH, QASEH, AMALINA dan UJANG aktif di SAHABAT BLOGGER…terima kasih En. Mat GeBu aka Dapur Tanpa Sempadan (DTS) sebab telah menarik shida masuk segmen En Ben Ashaari….sebab segmen en ben la….shda kenal dengan dorang semua ini….ini ini…

SUNAH sunah http://www.sunahsukasakura.com/

Adalah insan pertama antara blogger yang shida add kat FB…bila tgok mutual frend dia adalah seseorang yang shida kenal kami menjadi lebih rapat dan mesra sehingga kini…kami banyak kongsi suka duka masalah….sunah sunah akak tak boleh lupa  sunah kata nak hadiah yang akak sponsor tu..tp xde rezeki sunah…rezeki amalina, indalinda dan AK…korang tahu kan sunah la yang tolong buat header utk CNQ….sunah walaupun kita hanya kenal melalui alam maya tetapi kita baik rapat mcm pernah jupe dan kenal bertahun lama nyer..sedangkan kita hanya kenal 2 bulan…alhmdlah akak serasi ngan sunah…i’allah satu hari kita akan bersua muka….

QASEH qaseh  http://www.qasehdalia.com/

BAKAL MAK MERTUAKU seorang gadis pantai timur yang telah menarik perhatian shida sebab dia menang domain untuk 2 tahun…membuatkan shida nak kenali lebih gadis yang telah dimiliki oleh seorang jejaka blogger jugak….tak perlu la shida gtau di sni kalau sapa nak tahu siapa jejaka bertuah yang berjaya menawan hati qaseh pegi ke blog qaseh ok….entry2 qaseh banyak yang shida suka….yg kena ngan shida…tetapi shida jenis silent reader x suka komen sgt..hehhe…dulu shida egtkan qaseh ni sombong tetapi tak sebenarnya qaseh seorang yang peramah…shida suka cara dia…very frendly…SHIDA SAYANG QASEH

AMALINAina http://aremelyna.blogspot.com/

adik yang comey anak dara pulau pinang trademark blog nyer…lesung batu punye blog…menulis ikut kata hati bukan nak puji diri cuma nak jadi diri sendiri.shida leh rapat sebab dia menang utk soalan terakhir yang shida salah seorang sponsor utk soalan tu…kami bertambah tambah rapat apabila aktifnya kami kat sahabat blogger…thanks sahabat blogger….ina, mgu depan dh balik penang kan..so kita leh jupe leh wat kak sunah n kak qaseh jeles kan..jangan marah yer sunah n qaseh

INDALINDA

;inda 

http://lifehidupme.blogspot.com/

gadis terengganu student uitm…jugak salah seorang blogger yang terawal shida kenal dan rapat…dia jugak menang segmen en ben yang shida jd sponsor…dulu selalu shida balas2 mesej dengan dia kat FB…tapi kini linda sibuk ngan stdy…dh lama x ctc ngan dia….LINDA shida rindu linda…rindu nak borak2 mcm dulu….

 

AWANGKU JOHAN AK http://goldazone86.blogspot.com/

Jejaka keturunan Melayu –Brunei adalah blogger lelaki yang shida paling paling paling baik dan shida selalu chat dengan dia kat FB dan juga YM…pendekatan AK dalam entry nya shida suka..almaklum AK nie seorang cikgu….lagu yang dia pasang sayu n sedih sgt bila denga….AK egt tak lagi kita bertungkus lumus ke blog sana sni untuk mencari jawapan yang en ben kasi..kita hmpir putus asa…boleh di katakan setiap ari kita akan bincang jawapan terkumpul….AK pun skrg nie bz di sekolah tetapi jika shida nampak dia on9 YM shida akan tanya khabar adik shida sorg nie,….kecian AK nak sgt join gath tpi dia di sebrang laut sana…

 

UJANG 131992_119247351476594_119247088143287_97704_8106127_o http://azfar9897.blogspot.com/

hahhahhah lelaki ini…….tunangan orang…YANA Mib adalah tunang ujang….konon nyer kata ujang nie Lisa Surihani dan Heliza helmi tu ex-gf dia…alahai tak kan korang tatau si ujang nie kan jejaka perasan…ujang lawak je…..ujang memang jenis gila punya orang…shida suka entry dia yang bersahaja…bila baca nyer entry dia buat shida gelak ada je dia bikin gempak sana sini..pastu korang nak tahu x si ujang nie suka kentut merata tau..kalau boleh semua tempat dia nak lepas kentut…tp sebab kentut dia tu la dia pemes….wah ujang tengah sibuk menghitung hari bakal jadi raja sehari i’allah mei nanti….semoga dpermudahkan segala urusan nya….

Kepada blogger yang lain2 bukan shda tak sayang korang…..shida sayang dengan semua orang yang shida kenal tetapi mereka antara insan2 terawal shida kenal di sni..shida harap perkenalan persahabatan yang terbina ini akan kekal buat selama2 nya..i;allah…

pssst : entry ini adalah kongsian bersama shida ngan sunah masa kami dok pm kat ym….sunah sabar ye sayang..abaikan orang mcm tu..akak percaya sunah seorang yang tabah…anggap ini ujian daripada-NYa untuk mematangkan sunah dalam menjadi kehidupan sebagai insan-Nya di muka bumi ini…sabar ye…

With Love ,

~ aDisH.sHidA- CahayaNurQasih ~

 

Update..ENTRY BERKAITAN

AMALINA : http://aremelyna.blogspot.com/2011/02/mereka-penyeri-hidupku.html

SUNAH : http://www.sunahsukasakura.com/2011/02/insan-insan-terawal-terima-kasih.html

QASEH : http://www.qasehdalia.com/2011/02/persahabatan-blogger-yang-terjalin.html

UJANG : http://azfar9897.blogspot.com/2011/02/aku-ada-kerana-mereka.html