Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Seharian Bersama…Berdua Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ahad lepas di Tahun Baru Cina..kakakecik dapat habiskan masa seharian bersama-sama dengan nya hingga ke malam…hilang rasa rindu untuk berdua bersama-sama seperti dahulu..13 tahun yang lepas kami seperti belangkas…di mana ada dia di situ jugak ada diri kakakecik…berdua lebih baik gitu kan…

Bila dah berdua tu macam-macam la yang kami luahkan dari hati ke hati..ikutkan hati nak je bermalam di Penang tu boleh la borak sampai ke pagi..apa kan daya masing2 tak bawak persalinan…tak kan nak masuk hotel sehelai sepinggang je kan…

Hampir 12 jam jugak la kakakecik bersama dengan nya..perjalanan kami berdua bermula dengan memenuhi walimah opismate nya di Padang Serai..selepas kenduri dia bagitau teringin nak ke Queensbay, Pulau Pinang…aik tak kan tak pernah pergi lagi kot…dia kata tak pernah..so kakakecik pun bawak la dia ke sana..eh dia yang drive keta..kakakecik tunjuk jalan je…walaupun pada awal tu rasa macam nak ubah plan..riso jalan jammed..

pp
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami berdua ke pulau mutiara..lancar je takde jammed sangat pun..biasa2 aje..sampai je kat Queensbay kami terpaksa pusing 2-3 kali untuk mencari parking yang sesuai memandangkan kami berdua nak lepak2 tepi laut sambil borak makan dan menikmati keindahan alam..

qb

Nak sangat sangat bergambar kat sini..sekali lagi kami berdua membuat kerja yang mungkin jarang orang buat di situ…jalan kaki dalam keadaan panas dan berbaju kurung…ada kami kesah janji kami berdua dapat bergambar kenangan di situ dan bukti kami dah sampai Queensbay kan..

QB3 
Bebayang kami berdua…auuuuuuuuuuuuuuw…sweet sangat saat nie…selamba je kami berlaga bahu dan kepala..niat di hati nak wat bentuk LOVE tapi tak dapat….huhuhu..aippp aipp jangan wat gossip liar ye…hehe

Sebenarnya kakakecik pergi ke Queensbay nie bukan la dengan BF tapi dengan BFF kakakecik…Miss Fauziah

QB ber2
Bergambar sudah di bawah panas terik..kami berdua jalan kaki lagi ke gerai2 lori di tepi laut untuk membeli rojak dan jagung bakar sebagai kudapan kami lepak di situ..
 QB4
Kami berdua tak pandai makan jagung bakar…huhu..tapi Miss Fauziah habis jugak dimakan nya..kakakecik hanya 1/4 je makan…malam tu dan-dan kembung perut..mengeras je perut di buatnya..

all
Dari jauh kelihatan jambatan Pulau Pinang..di laut kelihatan bot kecil ke Pulau Jerejak..Di awan burung2 berterbangan dan kapal terbang terbang rendah….

QB5
Harus la ada gambar kami berdua di tepi laut…ramai jugak yang datang lepak di tepi laut di hari tersebut…kami berdua relax je dengan berbaju kurung dan long dress tenggek kat atas batu tu…sambil2 borak tak sedar dah nak senja..huhuhu..apa lagi cepat2 la ke Queensbay Mall untuk solat asar dan seterusnya maghrib….

Selepas selesai solat..jejalan dalam mall konon nak beli kasut dan handbag tapi tak de plak yang berkenan dan sesuai..masing2 balik dengan tangan kosong je..
QB6Miss Fauziah tersenyum riang dapat jugak jejak kaki ke Queensbay…

QB7
Sebelum balik bergambar kenangan CNY di Queensbay Mall..terpaksa mintak tolong amoi yang datang beraya di Queensbay Mall…gambar jauh pun tak apa la..janji ada gambar kami berdua kan..

p/s : terima kasih Miss Fauziah kerana sudi menjadi sahabat kak shida sejak dari tahun 2000 lagi…kak shida menghargai persahabatan yang terjalin antara kita berdua ini..semoga apa yang dihajati oleh kita berdua akan dipermudahkan..

Tuesday, September 25, 2012

Nak Sangat Buat Suprise!!!!

HAHAHAHAHAHA..gelak jahat

Ambik ko shida…nak sangat buat suprise kat adik…konon biar dia terkejut dan tak sangka la akan dapat benda yang dia nak tu..sekarang ni tak pasal2 ko yang menggelabah shida..riso tak tentu arah dah…uwaaaaaaaaaaaaa..mana la tahu  arini ada PilihanRaya Kampus (PRK)…tensen, tensen nya….

DSCN9816

Daripada nak bagi adik terkejut…alih-alih kita lak yang kena bebel dengan dia..huhuhu..sabar je la…EH dah pukul 5 lebih nie…PRK mesti dah habis kan…adik cepat serbu opis KRK..tengok ada x bungkusan dari kakakmu ini…..kalau dah rosak…mintak maaf la ye..nanti kak buat lain..hehehe.sure kak ilah bertambah2 jeles nya…

 

pssst : nak suprise sangat sampaikan blok dan no bilik adik inap pun silap…pastu terpaksa kol tanya dia utk confirm. poskod pulun cari buku2 rujukan 10 tahun lalu..hehe…gigih tak kakak dia nie

Tuesday, September 4, 2012

Adik Mewarisi Jejak Sebagai Warga UKM

 

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Alhamdulillah, adik kakakecik yang bongsu berjaya melanjutkan study di UKM, seterusnya mewarisi jejak bertapak kakakecik dan 2 orang sepupu yang lain..kalau sebelum nie kakakecik masuk UKM pada tahun 2000, di ikuti dengan Izzuan pada tahun 2006 kalau tak silap kakakecik dan seterusnya Aidy pada tahun 2007. 2 September 2012, adik plak menjadi warga UKM..urusan pendaftaran dan penginapan berjalan lancar dalam tempoh 1 jam dah selesai semua nya.. sememangnya kakakecik respect dengan urusan pendaftaran yang dilaksanakan oleh pihak UKM dan Kolej Kediaman..segala urusan pendaftaran di buat oleh pihak kolej, so ibu bapa dan para mahasiswa/i tak perlu bersesak. nombor bilik pun dapat awal sehari sebelum pendaftaran.Opps adik tak dapat Kolej Ibu Zain, adik stay kat Kolej Rahim Kajai…kemudahan dan kelengkapan di Kolej Rahim Kajai agak memuaskan.

 

Erm, dapat juga jumpa Along Usop walau sekejap sekurang2nya boleh la family kenal along dan melunaskan janji untuk beri almond london kat along…

 

Eh EH masa tunggu adik daftar tak sangka dapat jumpa kawan 1 batch yang duduk kat Kolej Ibu Zain dulu, 8 tahun dah kot kami xjumpa..CHE OTHMAN jugak 1 kumpulan masa MSK 12 tahun dulu, sekarang dia Pegawai Tadbir kat UKM dan suami kepada D yang 1 floor dengan kakakecik masa 1st year..

 

psst : Minggu depan rasa nya kakakecik akan ke UKM semula untuk teman adik balik, mgu depan adik kena ke HBAS untuk remove stand yang dia pakai..

Tuesday, April 12, 2011

Sakura Budika : Ku Temui Super Duper Junior

Assalamualaikum…

Kalau si dia kenalkan shida di entry nya yang bertajuk “Dia Super Duper Senior…..” ini plak entry shida untuk dia super duper junior…memang dah buat entry untuk nya sejak ari pertama shida kenal dengannya..alhmdulillah kerana survivor sakura budika la shida jumpa super duper junior nie..pada mulanya shida jenguk2 lawat2 dia punya blog…kelihatan di profile nya tertera UKM…so perasaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mendorong shida add FB dia..shida bukan mencari super duper junior satu course tetapi mencari super duper junior 1 kolej…hahhaa…lawak x shida…bila dah add kat FB…shida risik dia dok kolej mana...

Alangkah terkejut dan seronok nya shida bila dia gtau KOLEJ IBU ZAIN…kolej shida duduk sepanjang 3 tahun di UKM…memang shda dok cari pun antara blogger UKM sapa yang duduk IBU ZAIN…pernah tanya Along Usop…tapi dia dok Za’aba…bermula dari situ la kami borak2 pasal KIZ…dulu KIZ skrang dah tukar jadi KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH)….dari sini la shida rapat dengan dia…sebelum ini hanya kenal gitu gitu je…hahhaha…terima kasih sangat sangat dengan sakura budika yang telah menemukan shida dan dia…

lini<klik gambar untuk tumbuhbesaran>

Bila dah tau dia dok ibu zain apa lagi rancak la shida tanya itu ini tentang kolej…adakah en anuar masih lagi pengetua ibu zain…en anuar nie pengetua ibu zain masa shda last year…kebetulan dia anak sedara pak teh (shida anak sedara mak teh) ingat lagi masa demam teruk kat ukm tu..puan atikah is3 en anuar datang ziarah..siap nak bawak g klinik..terharu jugak la…dah habis topik pengetua..pasal makcik makcik pejabat…kalau dulu arwah ayahanda pengetua dr amin melarang sama sekali baju2 di sidai kat tepi dia tak nak ibu zain macam rumah setinggan…kasut, selipar payung tak mau bersepah di luar bilik…koridor..kalau ada memang tahan telinga la dengan mak cik mak cik pejabat tu menjerit “KASUT SAPA Nie…PAYUNG SAPA Nie…nak kena buang dalam tong sampah ke??” cepat2 yang tengah borak meluru keluar kalau yang tido tu tatau la jawapan nya..macam tu jugak baju sidai di tingkap atau dekat pintu depan bilik air…"haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai baju sapa tu di bilik sekian sekian amik kalau x saya amik dan tuntut di pejabat”….shida selalu wat perangai yang sidai depan pintu bilik air..almaklum la 2 tahun dok bilik sebelah bilik air…tp x pernah kena sebab sidai sblm tdo pastu sudah subuh tu amik siap2 bawak masuk dalam bilik…hahaha…nakal x shida dulu2…sekarang nie dengar cerita daripada dia super duper junior nie masih sama kalau ada sepah di luar kena la..alhmdlah masih kekal apa yang arwah ayahanda dr amin ajar kami….

Eh eh super duper junior ku…tak yah risik2 g mmg dah konpem dorang tu suami isteri felo yang akak tanya tu…akak dah kodek2 fb nya..baru add tadi…kak el-fith lama kan kat ibu zain tu..dari akak dulu g,..dah 11 tahun dia dengan ibu zain…Kalau super duper junior shida nie sepanjang 4 tahun duduk blok B…shida lak 2 tahun blok C (1st year(208) n last year(206))dan setahun blok D(406..bilik ujung tepi tandas mengadap cafe) blok B dalam 3 bulan je dok masa 3rd sem final year…kira merasa jugak la dok blok b tu…super duper senior sebenarnya kan ada sejarah yang berlaku kat blok B dan A nanti akak cerita erk..hahahhaa..

I’allah kalau xde apa2 nanti kita jumpa yer super duper junior..itu la kalau kita kenal awal leh jupe last year…lepak lama jugak kat blok A tu lepak luar blok la..1 ibu zain kami jelajah sampai ke tangga blok lelaki..tapi sedih bangunan ibu zain dah x macam dulu..dulu cantik je…paling cantik antara kolej kolej di UKM...…jom tengok di SINI…betul tu kata super duper junior…masa sesuatu hubungan itu tak menjaminkan pape... yang penting hubungan itu ikhlas..

RINDU IBU ZAIN…..siapa kah super duper junior shida nie…

dia la SURVIVOR SAKURA BUDIKA..

210116_2055678070957_1214738346_32670864_283930_o CIK PULAU

blok b

Blok K19B : Blok Kesayangan CIK PULAU

blok c

BLOK K 19C : 2 tahun dok blok nie..aras yang sama…1st n last year

bilik saya blok d

Bilik yang pernah di diami…

Cik Pulau…akak syukur dapat kenal cik pulau, itik kuning dan miss ran…semoga perkenalan ini akan kekal selamanya i’allah….jom jom kita semua berenang ke pulau dengan itik kuning di sana ada miss ran akan sambut kita semua…tetamu VVIP semesti sakura budika

ENTRY PILIHAN

Tips Mengekalkan Persahabatan

Perkenalan dan Tips Berkawan

Dosa Semalam

Tuesday, April 27, 2010

PeNdaNg_DuTa_Bkt JeLuToNG_BaNgi_Bkt MahKoTa_ChERaS

Assalamualaikum....


last week...shda ke kl..misi nyer utk melawat ukm..kolej ibu zain yg jadi keutamaan nye n gath m1/m10....yg pelik nyer kali ni shda tak shping pun di kl...uwaaaaaaaaaaaa knp le ye...bukan sebab pe..ni sume sebab puduraya tgh renovate..so aku terpaksa naik n turun bas kat jln duta...kalau kat pudu dulu boleh le aku menghabiskan rm kat SOGO n Jalan TAR....tp kali ini alhmdlah rm aku tersimpan....walau de bajet utk shping d sana.....

Jumaat ptg dlm kul 5.30 shda sampai ke hentian jalan duta....tgu G dtg ambik...dia habis keje kul 5.30ptg jugak...so dr KPTM Cheras nak ke ambik masa jugak le..sebab jalan jammed..apa pun aku relax je....sabar tgu G...G ni sahabat yg telah aku kenal selama 10 tahun...kami sama2 susah senang masa stdy dulu....1kolej, 1course, 1block KIZ, 1negeri....sebenarnya G ni muda dr aku sebulan je...dia awl tahun 81 aku lak akhir tahun 80...tp apa kan daya ITA bahasa kan nama aku Kak Shida kepada G..so dia pun pgil le aku K.Shida...G le sahabat yg banyak bantu aku..jaga aku masih aku demam..bawak aku ke PK UKM...walaupun kami pernah gaduh kecil sebab msg2 tensen nak final exam...alhmdlah selepas itu kami bertmbah mesra n rapat...G terima kasih kerana sudi jadi sahabat baik k.shida...

7.30ptg, G kol gtau dah sampai kat gate Hentian Duta....aku pegi ke keta nyer....n kami blank tatau nak g mana...kol LAt konon nak jupe McNa....MCna plak demam...kol elly dia nak teman en suami dia jupe geng2 motor...kol dilah dia keje.....awl nyer g plan nak g makan kat s.alam...d'bali..tp aku kecian dgn dia....last2 kami balik lepak makan2 n minum kat bukit jelutong...restoran tu mmg sunyi je..best nak makan....lepas makan balik umah mak chaq(makAini) Mak sedara G...kami borak sampai kul 1.30pgi..mcm2 le yg diceritakan...

Esok pagi....24/04/2010...teruskan misi ke bangi...mula2 cari restoran nasi beriyani gam...pastu baru nak masuk ukm...tp malang nyer kami tersilap masuk kat bulatan ke2..sesat masuk ke taman perumahan...last2 tembus kat kompleks PKNS..wakakaka.....takpe g jauh perjalanan luas pengalaman....sampai je kat gate UKM....dah tak leh masuk g ikut jalan tepi DECTAR..kena ikut depan CANSELORI....wow dah byk perubahan ni....arah tju kami masa tu tak lain mesti le ke Kolej IBu Zain...tempat inapan kami selama 3tahun kat UKM....sedih sgt2 tgok IBu Zain...dah tak seceria tak seseri dahulu....7tahun tinggalkan ibu zain....egtkan ada perubahan yg memberansangkan....tp disebaliknyer..walaupun kolej ibu zain dah jadi kolej penginapan antarabangsa...logo pun dah bertukar..tp....bangunan kolej :(( sedih sgt2......harap2 pihak pengurusan dpat buat tindakan untuk menceriakan kembali ibu zain seperti dahulu....1jam lebih kami pusing2 ronda dlm ukm....last sekali kami g kolej baru kat ukm..kolej zaaba...walau kolej zaaba baru tetapi ibu zain tetap jugak cantik dimata ku(10-7tahun lepas)....TSL, PUSANIKA, Fakulti still mcm dulu....tp dah de kiosk kat tepi fakulti....PK UKM dah cat wana lain....PK UKM ada sejarah dlm hidup ku.....kena tahan kat wad kecemasan....suhu badan naik tinggi....pastu kena tambah air sebab cirit birit time demam...uwaaaaaaaaaa..G le yg bawa n temankan shida...syg jugak G kat k.shida kan...muuuuuuuuuuuuuuuuah utk G...


Kolei Ibu Zain Yg X Berseri Seperti Dahulu :(


Wif G...PK UKM, Fak n Msjid UKM

Lepas ronda2 Ukm....serbu restoran nasi beriyani gam kat bbb...dkt dgn bulatan 1st selepas tol bangi....shda makan soto...g lak makan nasi beriyani ayam..mak chaq kirim nasi beriyani kambing 2....lauk ayam n daging beriyani..utk mbe G...nasi beriyani kambing...tak lupa utk Mak T sekeluarga...Mee RebuS.....sebab selepas makan kami gerak ke umah Mak T n Pak Chop kat Bukit Mahkota......

Soto extra bgdil n nasi beriyani aym...
sedap tp perut dah masuk angin...makan xhabis pun..


CheRas....destinasi terakhir bersama dgn G....g anta shda ke umah lisse....sebab malam tu nak g gath dgn mbe2 room m1/m10 kat kg baru.....pak u yg jemput...plan awl mtk tolong zam...tp pak u keta kosong so dia pun ada nak dtg jmpt kakak lisse..so kami saing tumpang sama le...

TQ for G, pak U N Lisse