Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label hospital sultanah bahiyah. Show all posts
Showing posts with label hospital sultanah bahiyah. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Auni Myrza : Burns Unit HSB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3869

Selamat pagi….Apa Khabar? Kami sekeluarga semuanya sihat kecuali Auni Myrza..Anak buah kakakecik yang ke-12 anakanda kepada Kak Ja dan Abang Mie yang kemungkinan sekarang tengah menahan sakit di Burns Unit Hosp. Sultanah Bahiyah…

 

Mesti ada yang tertanya2 apa yang berlaku kepada Auni kan…petang semalam sebelum Maghrib kakakecik ada buat kek butter untuk makan-makan di rumah..dan kek yang kelima kakakecik buat semalam….Setelah setengah jam kek di dalam oven, Kak Ja anak beranak baru sampai di rumah…Auni ditinggalkan di kawasan di mana oven kakakecik selalu beroperasi…Kakakecik sibuk di dapur untuk merebus laksa…so, kakakecik tak perasan Kak Ja letak Auni area situ..yang ada Achiknya, Tok Ngahnya, dan Sorfina…Chu Pikah pun baru je duduk situ gamak nya…

 AUNI

Ntah la di mana silap nya…kami sedikit alpa, terleka….Auni merangkak ke oven dan melekap kedua-dua belah tapak tangan nya di atas oven yang panas…Tetiba, Mak Ngah menjerit AUNIIIIIIIIIIII terus ambik Auni…Ya Allah Auni……masa nie masing-masing dah tatau nak buat apa..kelam kabut je jadi nya…kakakecik yang ada di dapur….hanya mampu hulurkan minyak masak sahaja….adik pikah cepat-cepat g ambik losyen, kakakecik suruh adik ambik bio-oil jugak….curah je kat atas tapak tangan Auni….Auni, merauuuuuuung je….dia kan baru 7 bulan mana nak tahu bagitau apa-apa…tapi mesti Auni sakit sangat-sangat..Kecian Auni….

  Photo0378

Kami “taktorah” lagi nak buat camne…Auni masih dok nangis…menyusu pun tak nak..rupa2nya di lengan sebelah kiri ke kanan ntah, kulit dah melecet..kami tak perasan…huhuhu…Mak suruh pegi je klinik…bila ke klinik…dorang suruh ke hospital…malam tadi tengah orang lain sibuk berkonvoi…berkempen di hari terakhir…kakakecik dan mak ke hospital..hantar barang utuk Kak Ja dan Auni…hajat di hati nak jenguk keadaan Auni tetapi tak dapat tengok…InsyaAllah petang nie setelah selesai tugas-tugas sepanjang PRU13, Ateh akan pegi tengok Auni….

 Photo0379

pssst : Auni yang sememangnya amat berminat dengan oven Atehnya dan apa jua wayar-wayar serta kertas..Apa pun di hati kecil ateh ini ada rasa terkilan jugak…mungkin salah ateh…ateh harap tangan auni tak teruk sangat dan cepat sembuh….

 

**AUNI DAH BOLEH BALIK PADA HARI MENGUNDI TAPI KENA BERULANG PERGI HOSPITAL SELAMA 3 HARI UNTUK CUCI TEMPAT YANG MELECUR..

 

(ENTRY DI TAIP SEBELUM KELUAR MENGUNDI 5 MEI-SEMALAM..HARI NIE BARU SEMPAT PUBLISH)

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 1433 #4 : Berbuka di Katil Wad HSB

Assalamualaikum dan Salam 5Ramadhan 1433H

 

Semalam, 4Ramadhan menjadi sejarah bagi kakakecik kerana berbuka di katil 15, wad 4B kenanga Hospital Sultanah Bahiyah…nie semua kerana kasih nya seorang kakak kepada adik nya..rasa kecian plak kat adik kalau dia berbuka sorang-sorang di hospital..kakakecik bayangkan kalau keadaan tu berlaku kat diri kakakecik mesti sedih kan….walaupun plan awal kakakecik nak berbuka dan tido bersama dengan adik untuk temankan dia sahur, tetapi adik kata xperlu la nak temankan dia tido sebab kakakecik sendiri pun bukan sihat sangat…malam nie baru bermalam dengan adik..

 

hosp1 

Kami berbuka semalam dengan ala kadar sahaja…Nasi Daging, kuih samosa dan air..kakakecik air orange twister dan adik chocolate dutch lady…

hosp 3

Nasi Daging adik, bukti dok hospital…hehhee berbaju hijau dan berantai tangan hehehe

hosp4

Nie nasi daging kakakecik…kami share je nasi tu…bukan makan banyak pun..tank kecik kan..1 bungkus lagi simpan utk adik makan sahur…

hosp2

Kuih Samosa..tapi kalau cari kat bazar pendang memang tak jumpa la samosa…sebabnya dorang tulis SAMUSAT…inti nya daging/ayam kisar…bila makan krup krap…sampaikan kakakecik dan adik kena cover time makan kuih nie…adik kata, “kak shida…nanti depa kata apa la kita makan kan dok bunyi krup krap” hehehe…

 

Eh, kuih dan nasi daging nie kakakecik mintak tolong abang ipar kakakecik sorang tu la..abang mie belikan…kalau nak harap kakakecik ke bazar…mintak maaf la..belum pergi pun dah rasa pening kepala..almaklum la jarang sekali pergi bazar….

 

pssst: agak2 apa plak menu berbuka utk 5ramadhan…arini masih lagi berbuka di wad..tapi dah req mak masak..xnak beli..huhu….

Monday, March 12, 2012

Nuklear Scan..DTPA Scan di Hospital Pulau Pinang

 
Assalamualaikum dan selamat petang…
Khamis lepas…8 Mac 2012…kakakecik terpaksa pergi ke Hospital Pulau Pinang…meredah kesesakan lalulintas di awal pagi…lepas Subuh dah bertolak…janjitemu pukul 8.00 pagi….walau plan asal nak kuar pukul 5.30 pagi…macam awal sangat…pukul 6.30pg bergerak..memang SAH kena jammed kat area Seberang Jaya dan atas jambatan…memang betul pun…Pukul 8.00 pagi masih di atas jambatan…dalam pukul 9.00 pagi baru sampai kawasan Hospital Pulau Pinang…nak parking plak tak de..2-3 pusing jugak la…sekali mak cik guard suruh parking kat parking bertingkat….so pergi la…sekali naik sampai tingkat 3 still tak de kosong..turun semula cari parking…agak jauh dari Blok C, bangunan di pintu 1..kami parking kat area pintu 12…tak kisah la janji ada parking…

Kenapa ye kakakecik pergi Hospital Pulau Pinang…siapa yang buat DTPA Scan tu…actually, adik kakakecik yang bongsu yang buat scan tu…nuklear scan…untuk mengetahui tahap buah pinggang nya yang bengkak..ini adalah kali ke-2 adik kakakecik buat scan nie…sebelum ni buat pada tahun 2010 kalau tak silap kakakecik…kalau nak di ikutkan adik kena operation kali ke-4 pada januari yang lalu..tetapi setelah doktor semak laporan perubatan adik…doktor syorkan adik membuat DTPA Scan lagi sebelum membuat operation seterusnya..sebab nya selepas membuat operation pertama je adik wat DTPA Scan… untuk operation ke 2 dan ke 3 tak de wat DTPA Scan.

Memandangkan kami sampai dah pukul 9.00 pagi…proses menunggu agak lama la..selepas jumpa doktor dan cucuk tempat nak masukkan ubat, nurse bagitau lambat lagi…dia suruh kami pergi makan dulu…memang perut tengah lapar…tak sarapan apa pun pagi tadi…so bfst n lunch sekali pukul 11 pagi tu…makan kat kedai2 depan hospital tu je…Adik dapat giliran nombor 9…sebelum adik tu ada 2 orang baby yang mempunyai masalah buah pinggang jugak..sama macam adik..buah pinggang bengkak….tapi kecian kat baby-baby tu..sorang baru 5 bulan dan sorang lagi 1 tahun 9 bulan..masih kecil dah diuji dengan sakit begini…nangis2 dorang masa kena cucuk…
DSCN8225
Ini lah Jabatan Perubatan Nuklear, Tingkat 2, Blok C, Hospital Pulau Pinang….kaunter pendaftaran nie baru lagi bangunan dia..agak sistematik berbanding 2 tahun lepas…semua urusan jumpa doktor, cucuk, ruang menunggu sebelum dan selepas scan di 1 tempat…turn adik selepas baby yang umur 1 tahun 9 bulan tu…dalam pukul 2.20ptg macam tu adik masuk bilik gamma 2 (plan nak amik gambar tapi takut kena marah..itu pun kakakecik dok tengok je proses nya..tetiba juruteknologi perubatan nuklear tutup pintu bila dia nak suntik ubat…cheeeeeeeeh dah kakakecik tak boleh tengok proses nya) mungkin dia tak nak kita sebagai family nie pikir yang bukan-bukan…adik bagitau 4 picagari ubat dimasukkan…panas kata nya…

DSCN8228
Adik sebelum masuk bilik Gamma 2, muka ceria boleh senyum lagi…..selepas keluar….?

Proses DTPA Scan nie mengambil masa dalam 45 minit – 1 jam..bergantung kepada gambar yang diperolehi…tapi sebelum proses DTPA Scan..adik perlu membuang air kecil terlebih dahulu…untuk mengosong pundi kencing bagi mendapat imbasan yang terbaik..sepanjang proses scan nie kakakecik tatau la apa yang berlaku…yang nampak adik tido panjang je atas mesin tu…lepas je kuar dari bilik Gamma 2, adik muntah2..sakit pinggang…dan terpaksa buat sekali lagi…sebab gambar kurang memuaskan…so, kena la buang air kecil lagi…kali ke 2 nie kejap aje..dlm 1 minit macam tu…yang kali pertama buat dulu tak macam nie pun..xde muntah atau sakit pinggang…memang adik tak bermaya la selepas buat DTPA Scan kali kedua nie….muntah aje sepanjang pergi,balik ke Balik Pulau…mau lak perjalanan ke Balik Pulau tu boleh tahan selekoh nya…masa perjalanan balik ke Kedah pun still muntah2…..dah la kakakecik nie jenis tak tahan tak leh dengar n tengok orang muntah…huhuhu..sabo je la
 


Tempat pembaringan dan scan dijalankan

nuclear_scan1Macam nie lebih kurang proses DTPA Scan adik…
gambo2 nie pinjam dari pakcik google… 

Apa pun keputusan DTPA scan nie kena tunggu jumpa doktor di Hospital Sultanah Bahiyah…selalu nya lambat jugak untuk mendapat keputusan ini…doakan buah pinggang adik dah ok…doktor yang adik jumpa di Jabatan Perubatan Nuklear HPP bagitau, result DTPA Scan yang pertama…hanya 43% sahaja buah pinggang adik yang bengkak…harap2 nya setelah 2 kali operation sebelum nie…memuaskan…Selepas membuat DTPA Scan nie…adik tidak boleh berada berdekatan dengan ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,terutama bayi..kecian adik tak boleh dukung, manja, cium sorfina…


pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT TINGGAL JUMPA LAGI

Assalamualaikum….

Alhamdulillah adik dah kuar dari wad tghri smlm….walau pun adik masih pening2 dan muntah

Tapi bila Dato Naidu datang ke katil awal pagi semalam tanya “Nak balik ke?” adik terus mengiya kan…..

ok adik kalau dah nak balik umah..kena mandi…bila shida suruh mandi ada ke patut adik kata nak balik mandi kat umah…tak pasal2 kena bebel dengan shida…shida kol gtau mak adik x mau mandi nak balik mandi kat umah…pastu mak plak bebel kat dia…hahhaha…

PADAN MUKA…

kena paksa dengan shida akhirnya adik mandi….eh eh shida yang mandikan dia…..1st time mandi orang sakit nie…awal2 adik malu jugak dengan shida..tetiba masa dok mandi adik dah muntah2…dia kata tak malu dah…adik nak malu buat apa dah sakit kita nie plak 2 beradik 1 mak 1 ayah..kalau bukan kakak sendiri nak jaga masa sakit nie sapa lagi…garang2 kak nie pun sayang adik dia jugak tau..pancing2 kak nie dengan benda kotor pun basuh gak teeeeeeeeet…oppps bukan sensor ok…

Setelah selesai semua dah dapat surat dan tarikh untuk temujanji dan pembedahan berikut nya dan menjelaskan bil hospital yang begitu murah kami meninggal kan katil 17, Wad 4B Kenanga, HSB yang menjadi tempat adik bermalam selama 8 hari di sana….Insya’Allah jumpa lagi pada 04/09/2011..adik akan menjalani pembedahan lagi pada 06/09/2011 (mood raya lagi time nie)

ADIK

Terima kasih kepada pakar/ doktor bedah, doktor2, jururawat2, pelatih2 di Wad 4B Kenanga HSB….

Tuesday, May 3, 2011

Siapa Perlu Disalahkan..Anak atau Ibubapanya??

Assalamualaikum…

masih cerita berkaitan dengan hospital..almaklum la berkampung kat hospital sejak sabtu yang lepas…

Sabtu pagi…adik reg. masuk wad 4B Kenanga..dapat katil num 17…ok la tapi boring skit sebab x nampak orang lalu lalang…kalau tahun lepas katil 23 best…leh nampak misi2 yang comey n lawa..doktor yang cantik dan kacak….kali ini katil num 17 nampak sinki, bangunan sebelah n pesakit lain je…

Ok2 shida sebenarnya nak luahkan apa yang shida geram dengan pelawat katil sebelah…(agak2 saudara2 anak menantu cucu mak cik katil sebelah baca tak blog shida nie)

Kejadian nie berlaku petang ahad…masa waktu melawat 4.30 ptg….bila masa melawat ramai la orang kunjung tiba melawat sanak saudara…adik hanya di temani shida dan mak..tetapi yang shida geram di sini cucu mak cik katil sbelah tu…dalam 5 orang kalau tak salah shida…sorang aje perempuan yang lain lelaki…buas nya tak tau nak hbaq…

    • Dok tekan button call emergency terus misi mai tanya n suruh tekan button cancel semula..masa nie si mak baru kelam kabut cari mana 1 button cancel……misi mcm dah bengang la…
    • Main sembunyi plak kat langsir antara tok depa n adik….sampai langgar laci adik…mak suruh adik alih tupperware yang ada makanan sbab takut tumpah..
    • Lari2 dalam wad sekali terkena kerusi yang shida tengah duduk sambil baca surat khabar tak pasal2 kena “aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiish” sponton kluar dari mulut nie..pakcik depan tu gelak je..
    • Masih lagi lari2 dalam wad tersembam depan katil adik….si mak sedaranya leh kata “ biar dia sendiri buat”
    • Naik penuh atas katil kosong
    • Masuk tandas p tarik plak tali help dalam tandas…misi mai lagi kali nie kena sound (petang semalam pun depa wat perangai yang sama…sampai2 saja terus masuk tandas tarik tali tu….)

Mesti ada yang kata biasa budak2..tapi bagi shida kalau mak ayah keluarga yang tak mendidik tak tegur sampai bila anak2 tu tatau nak beza tempat mana yang boleh depa buat bising..main lari sana sini…tapi ini hospital bukan padang mainan…kita kena hormat pesakit2 lain..keselesaan pesakit di sekeliling kita…shida tak dengar sepatah pun family budak2 nie tegur larang budak2 nie supaya dok diam2….

Alhamdulillah…buat masa sekarang anak2 sedara shida yang ada masih tahu hormat tempat mereka berada…mcam tengahari semalam…shida, dik ilah, shahir dan kak niroh berserta anak2 nya (fitri, angah, athirah dan afiq) melawat adik…tak de la anak2 menakan shida nie larik ke sana ke mari…mungkin ya sebab dah besar….tapi macam afiq yang baru 5 tahun tu..bukan dia tau apa kan kecuali kita gtau dia..sebelum melangkah masuk ke wad shida gtau afiq “Afiq, masuk tengok satg ateh tak mau bising2 tau…x mau buas dok elok” alhmdlah afiq faham dan dia duduk je di katil dengan chu dia sambil cerita mcm2 dengan chu nyer..

psssst : mungkin esok shida dah tak jumpa lagi dengan cucu2 mak cik nie sebab semalam mak cik tu dah wat pembedahan..myb dah pindah wad…

p/s : nasihat shida kepada ibu bapa di luar sana tegur dan didik la anak2 anda tentang tingkah laku bila di hospital….sila mmg x boleh situasi mcm di atas berlaku di depan mata shida..mau je shida tegur terus tp nanti apa plak kata mak ayah nyer kan

Monday, May 2, 2011

Ingat KFC aje ada pandu lalu rupa2................


Assalamualaikum...

Selama ini ingatkan kan kfc, pizza n mcd je ada pandu lalu...

Rupa2 nya....

Setelah 2-3 hari berkampung di Hosp Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar shida terpandang sign board "Farmasi Pandu Lalu"

Woooooow..ini menarik...ingatkan kfc, pizza n mcd je ada...

Tapi HSB pun ada farmasi pandu lalu....

Tahniah utk pihak pengurusan HSB...

Untuk lebih lanjut ke SINI





Saturday, April 30, 2011

Lepak Di HSB...Wad Kenanga 4B

Assalamualaikum.....

Selamat Pengantin Baru Ujang & Yana...

Salam hujung april dari wad kenangan 4B

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah...

Jom kita lepak ramai2 kat sini...

Jangan lupa bwak bunga, buah, majalah, novel ok...

X mau mai dengan tangan kosong...

Kecian kat cheq dok sni....boring tau....

Nak on9 pun kena pinjam battery lappy anak menakan...

Bb n Lappy Adik....



















Kenapa cheq lepak kat sni.....mai tengok DI SINi



pssst: jelesi dengan kekembaq (hidir n anith ) lepak lunch / lepak2 kat kfc pendang....ok bye doc mai lawat dah

doakan adik cheq selamat menjalani pembedahan isnin ini yer...