pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga
Coretan Terbaru KakakeciK
Monday, March 12, 2012
Nuklear Scan..DTPA Scan di Hospital Pulau Pinang
pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga
Tuesday, November 15, 2011
Alahai Kesian Hidung Kakakecik
Assalamualaikum….haaaaaaaaaatcim..update CNQ Kakakecik dalam dok bersin..kepala pening..telinga pedih…mata berbinau…gara-gara terpaksa menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan…
Sememangnya hidung kakakecik ini sangat sentisif dengan bau-bauan…alahan sangat-sangat..dengan spontan boleh bagi respon…BERSIN…bukan tak hormat orang tapi nak buat macam mana…hidung tak tertahan maaaaaaaaa…
Kakakecik setiap hari akan berhadapan dengan customer…remaja lelaki, remaja perempuan, budak2 sekolah lelaki, budak2 sekolah perempuan, pak cik mak cik..abang abang kakak kakak semua ada….tetapi bila ada customer yang datang dengan bau-bauan yang kurang enak dihidu oleh hidung kakakecik nie sememangnya MENYEKSAKAN hidung kakakecik la…
Kalau yang datang nya customer budak-budak sekolah berjantinakan lelaki….BAU PELUH mereka tak mampu nak taip apatah lagi nak hidu…wangi lagi MY UCUK kakakecik rasa nya…
Kalau remaja perempuan plak datang…ada yang pakai MINYAK WANGI sebotol gamaknya…bau wangi tu menusuk hidung nie..kalau bau yang sedap di hidu ok la….tapi apa pun kakakecik hanya suka bau Oceanus n Japanese Cherry Blossom keluaran Body shop sahaja….
Apa pun sekarang ini kakakecik sedang menahan hidung daripada menghidu BAU ROKOK daripada customer lelaki yang datang…dorang smoke before masuk kedai kakakecik… kakakecik memang dah pening saat ini…ROKOK alahan yang paling tak boleh tahan…memang tak suka orang merokok..(tapi kalau si dia nanti merokok macam mana….kalau boleh nasihat suruh dia berhenti kalau sayangkan diri kakakecik ni…hahaaa,pernah kot masa zaman cintan cintun dulu dulu siap warning dengan ex-bf jgn merokok sejam sebelum jumpa..bila dah jumpa rampas rokok nya..kihkih..ada yang sanggup ke?)
Wahai insan-insan di luar sana…apa jua yang anda buat ingat la orang disekeliling anda…terutama PEROKOK TEGAR…
pssst : ada ke customer kakakecik baca entry nie yer
Sunday, May 8, 2011
SELAMAT TINGGAL JUMPA LAGI
Assalamualaikum….
Alhamdulillah adik dah kuar dari wad tghri smlm….walau pun adik masih pening2 dan muntah
Tapi bila Dato Naidu datang ke katil awal pagi semalam tanya “Nak balik ke?” adik terus mengiya kan…..
ok adik kalau dah nak balik umah..kena mandi…bila shida suruh mandi ada ke patut adik kata nak balik mandi kat umah…tak pasal2 kena bebel dengan shida…shida kol gtau mak adik x mau mandi nak balik mandi kat umah…pastu mak plak bebel kat dia…hahhaha…
PADAN MUKA…
kena paksa dengan shida akhirnya adik mandi….eh eh shida yang mandikan dia…..1st time mandi orang sakit nie…awal2 adik malu jugak dengan shida..tetiba masa dok mandi adik dah muntah2…dia kata tak malu dah…adik nak malu buat apa dah sakit kita nie plak 2 beradik 1 mak 1 ayah..kalau bukan kakak sendiri nak jaga masa sakit nie sapa lagi…garang2 kak nie pun sayang adik dia jugak tau..pancing2 kak nie dengan benda kotor pun basuh gak teeeeeeeeet…oppps bukan sensor ok…
Setelah selesai semua dah dapat surat dan tarikh untuk temujanji dan pembedahan berikut nya dan menjelaskan bil hospital yang begitu murah kami meninggal kan katil 17, Wad 4B Kenanga, HSB yang menjadi tempat adik bermalam selama 8 hari di sana….Insya’Allah jumpa lagi pada 04/09/2011..adik akan menjalani pembedahan lagi pada 06/09/2011 (mood raya lagi time nie)
Terima kasih kepada pakar/ doktor bedah, doktor2, jururawat2, pelatih2 di Wad 4B Kenanga HSB….
Friday, May 6, 2011
Masih Di Sini...Bermalam Di Sini

Wednesday, May 4, 2011
Esok Akan Jalani Pembedahan Dalaman
Assalamualaikum…
InsyaAllah esok ari khamis 050511 satu pembedahan dalaman akan dijalankan…
Semoga semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya…
Tuesday, March 1, 2011
Tak MaHu Lagi Macam Ini!!!!!!!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
secara jujur dah ikhlas nya shida tak mau lagi macam nie…
mulut rasa pahit...makan xde selera…
perut rasa sebu..mual…macam nak termuntah aje….
TAPI MEMANG SHIDA DAH MUNTAH
pagi semalam muntah 2-3x….
angkara????
shida morning sickness…
oooh tidak….shida tak mengandung ok!!!
sebenarnya shida kena gastrik..2 ari berturut2 shida tak lunch..hanya bfst sedikit nasi greng di rumah…balik malam baru makan..bukan nak seksa diri tp rasa xde selera nak makan..+ malas sama…so arini ari ke-3 shida rasa x bermaya sangat2…nak buat keja pun jadi x de mood…opps arini shida makan nasi ok…tp masih lagi terasa gastrik nya itu….LM suruh shida minum makan ubt gastrik shida tak suka la…ATIQ SALLEH dan kawan2 di SB plak suruh minum susu…shida mmg x leh minum susu.,..mau muntah semula…soya pun sama jugak…tak pe la shida bertahan…thanks ye kawan2 yg amik berat ttg shida…
i’allah lepas nie shda akan jaga makan…ini pun tgh lapar semula…baru je td makan nasi…makan sikit aje…
ok bye semua
mood : unhappy
Wednesday, February 16, 2011
~KeNa sEraNg denGaN DaTiN asMa~
Assalamualaikum…selamat tengahari..salam maulidur rasul..
alhmdlah bertemu lagi shida ngan kawan2 pembaca CNQ..korang nak tahu tak shida kena serang ngan datin asma sekarang nie…shida tak boleh nak buat apa…leh kawal dia je….malam td pun kena jugak….sebab semalam kan cuti so shida g kemas2 bersih kedai di KSS…berhabuk…cik puan asma nie mengamuk la…egtkan ok..sekali masa nak tido dia serang habis2 sampai tak boleh nak tido…
al-kisah datin asma serang shida nie dah lama sebenarnya…sebelum nie shda kasi dia madu…dia ok la…madu dah habis…start datin asma serang shida kalau tak silap tahun 2005..dah dekat 6 tahun shida sabar…alhmdlah la sebab x teruk serangan nyer kat shida banding orang lain…
eh eh korang jangan plak pk yang shida nie dah buat apa sampai datin asma serang2…tak de pun scandal dengan mana2 datuk yer…
nie adalah kes ASMA…semput…penat…hehehe…sekrang nie cuaca sejuk bila malam..angin musim kemarau…tak sama mcm sejuk hujan….mmg boleh dikatakan setiap malam sebelum tido shida akan makan ubat penat…sblm ni shida amal minum madu…tp madu dah habis…huhu…so makan ubat yang beli kat farmasi…kalau shida tak makan sebelum tido kan…datin asma akan serang shida time tido lagi teruk….kalau kita sedar tak pe..kalau tak sedar cmne la kan…al-fatihah la kot…sebab nyawa tak lepas…penah jugak shida kena time tido…alhmdlah shida sedar bila rasa nyawa tak lepas…bangun…rehat kejap sapu minyak angin….pastu makan ubat…selalu kalau lepas makan ubat mesti akan muntah..bukan kuar apa pun..muntah angin ke apa yer orang panggil…mak pun malam td penat gak..lagi teruk dia walau dah makan ubt tp sampai pg td x ok lagi…mak kata shida xpe la muda lagi..budak kecik..nak tergelak plak masa mak kata shida budak kecik…memang shida kecik pun hehe….kalau shda besar berisi ada plak asma mesti lagi teruk kan…
sapa ada pengalaman pasal asma kongsi2 la yer dengan shida…yg shida tau ADYBUDIKA ada pengalaman dan shida penah tanya dia n kongsi dengan dia…utk pengetahuan korang shida tak pakai inhaler walau doktor pernah tanya nak guna x…tp shida tak nak sebab bukan selalu shida kena serangan nie…cuma shda penah wat kat poliklinik 2tahun lepas sebab mmg itu dah teruk sgt dah semput nya….sehari sebelum puasa masa tengah hangat kes H1N1…
mode : ngantok dan lapar