Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label jodoh itu rahsia Allah. Show all posts
Showing posts with label jodoh itu rahsia Allah. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Untung Suami, Mertua Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ehem ehem ehem kakakecik nie da bersuami dan punya mak mertua ke…Eh eh tak lah..mana ada lagi semua tu (opps kenapa kencang je jantung nie berdegup bila menaip entry nie, Ya Allah permudahkan la urusan ku) tapi kalian kalian berdoa la ye semoga kakakecik ditemukan jodoh.

 

Ya Allah..masih dup dap dup dap lagi nie..perlu ke berhenti taip entry nie…cool shida cool..tarik nafas hembus…

 

Sebenarnya kakakecik pun segan bukan malas tapi malu bila ada sahabat, jiran, sedara yang berkata “Untung suami nanti bila kawin, mak mertua mesti sayang sebab pandai rajin masak macam-macam”. Dan pagi tadi bila terbaca komen Cik Zai kat entry Karipap Ranggup & Gebu kakakecik senyum-senyum kambing, malu-malu kucing gitu.

komen

Erm, jawapan kakakecik mudah sahaja…. “Untung la sangat, riso suami marah je asyik masak itu ini dah tu suruh dia yang pegi beli barang..dan mak mertua plak nanti bebel merungut bila tengok dapur dia berkecah, hehehe”  Tapi, seandainya, bakal suami dan mertua nanti, suka dan sayang dengan kakakecik disebabkan kakakecik boleh memasak walau tak secekap dan sesedap mana tapi boleh la untuk bagi family dan sedara mara makan, itu adalah satu bonus untuk kakakecik. Kakakecik hargai kasih sayang yang mereka berikan..Janji mereka boleh terima kakakecik seadanya, kakakecik pun banyak kekurangan pada diri ini. Itu sahaja. Siapa suami kakakecik pun tatau. Ia masih menjadi Rahsia Allah.

Wednesday, March 6, 2013

Jodoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

JODOH..bukan siaran tv di channel astro ria yang ada tampilkan Che Lah Masterchef tu ye..sebenarnya malam tadi ada borak2 dengan seorang sahabat tetapi lebih sesuai antara kami berdua adalah hubungan kakak dan adik, setiap hari kami berhubung untuk bercerita perihal kehidupan seharian, berkongsi masalah, bergelak ketawa dan sedih bersama....macam biasa la borak kat telefon je...kalau sekali borak tu mahu sejam ke dua jam…sudah menjadi kemestian la sementara masing2 masing belum bersuami kan..dalam borak tu ada la sentuh bab jodoh nie..ye la dah masing belum ada pasangan..

Si dia ada kata..Kak, jodoh tu rahsia Allah..dengan siapa pun kita tatau jodoh kita nie..ada tu tetap ada…kalau kita dah tahu x suprise lagi..ye tak ye jugak kan…Eh, adakah jodoh kak dengan ehem ehem itu, ataupun dengan si dia tu..ke dengan siapa ye…habis tu kamu tu adakah dengan dot dot tu or dengan teeeeeeeeeeeet? Tak tahuuuuuuuuu..

Blank ringbound notebook and pencil 
Kalau diizinkan olehNya..pasti ada jodoh yang telah diciptakan untuk kita..time tu bila pandang muka suami sure akan kata..Ya Allah dia ke jodoh ku selama nie..tak sangka la plak..tapi adakah jodoh tu si dia depan mata kita selama nie..tatau..adakah dia yang kita suka..tatau..adakah dia yang telah lama kita kenal..pun tatau…semua nya kita tak tahu..kerana jodoh itu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..Macam Jiji dan Cik Pelangi nya…kawan baik selama nie..InsyaAllah tak lama lagi akan jadi suami isteri yang sah…

misteri jodoh
Jodoh ini tak semestinya dengan orang yang sudah lama kita kawan tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal. Semuanya Allah Taala yang tentukan. macam Kiera dan Nadh, jodoh mereka di KBU..siapa sangka kan…

danbo jodoh
Jodoh itu sememangnya RAHSIA ALLAH..dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya..Kenapa??? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi DIA….Aima ada mengupas tentang kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah di entry nya Kenapa Allah Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah?.

danbo

Sebagai seorang perempuan, tak perlu untuk kita mencari pemilik tulang rusuk ini. Kerana pemilik tulang itu yang akan mencari tulang rusuknya sendiri. Tapi sampai bila nak tunggu nie…Cer sabar skit. Apa pun kita perlu la berusaha, berdoa agar si pemilik tulang rusuk tu cepat2 datang. Sekiranya dia jodoh kita dan empunya tulung rusuk, harap dipermudahkan segala urusan…InsyaAllah..Biar la si dia dapat memimpin kita ke jalan yang di redhai..
“ Aku tak ingin menjadi yang pertama atau yang kedua untuk dirimu..TAPI, aku ingin menjadi yang terakhir untukmu…”

p/s : Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh, insyaAllah tak akan ke mana jua..