Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, December 11, 2013

Meroti Tanpa Bibik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

roti1 

Hati meronta2 hendak meroti..keinginan nya sangat tinggi telah dipendam lama..hajat di hati nak jugak aku miliki bibik malaysia..(BM= Bread Mixer)…Harapan ada la orang hadiah kan untuk besday yang tinggal beberapa hari lagi..Cemburu juga di buku hati nie melihat sahabat2 lain meroti. Takkala menjoinkan diri di dalam group FB Kelab Roti (KR)..pelbagai resepi, ilmu, petua untuk membuat roti perolehi..

 

Perancangan awal hendak buat weekend last week…dah siap semua beli bahan tapi bila mood tak de hanya keinginan sahaja basi di situ la..roti tak juga nampak rupa..Shida sampai bila nak macam tu..cer cuba…Okey..malam tadi dengan semangat buat water roux..campur bahan semua..tup2 bread improver xde..susu tepung sah sah la tak de kat umah tu..buat je la..ikutkan resepi letak butter tapi dek sayang butter yang belum dibuka balutan bungkusan nya..kakakecik derhaka letak shortening (lemak sayur)..ko mampu (alamak terikut ayat diva AA di dalam Masterchef plak)..

roti

Alhamdulillah, ini la hasil kakakecik meroti malam tadi..tak de la segebu dan secantik tekstur roti orang lain..Tapi kakakecik rasa bahagia bila dapat bagi mak ayah makan dengan hasil air tangan sendiri..ikut kan mak suruh bagi garing lagi..hehehe..Next time la ye mak..kita letak inti dalam nya..dah buat teknik doh yang kak Ilah Jy bagitau. Untuk mendapat doh roti yang cantik urat2 dlmnya ..bila koyak dia memanjang... kena buat begini, BULAT KAN KEMUDIAN LEPERKAN... LPS TU GULUNG.. LPS TU BULATKAN SEMULA DAN PERAM. terima kasih akak atas perkongsian teknik tu..moga hasilnya lebih baik bila shida buat nanti kena tunggu kerajinan tu datang semula..

 

Resepi roti nie kakakecik dapat di KR, ramai yang buat guna resepi nie cantik hasil kejadian roti nya…khabarnya dari Isma Maisarah resepi tu..

 

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 cwn gula halus
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 220 ml air suam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. (kakakecik masuk kan dalam mixer biasa tu guna cangkuk dough..jenuh jugak la dok tunggu di mixer tu yang asyik asyik stop pusing)
  2. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik..tumbuk2 doh.
  4. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..
  5. Sapu butter atau kuning telur (kakakecik renjis2 air dan tabur gula atas nya) bila dah siap bakar, keluar je dari oven sapu butter )
  6. Bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Selamat mencuba.

3 comments:

Zai Zamree said... [Reply]

awat k.shida ni rjin sgt xtau...iskh...awat la x bjiran...klau x ada bau2 wangi mknn tu leh menempek rumah kak ja :p

najihah sahami said... [Reply]

semua dah kena jangkitan meroti. nasib baik umah mish belum ada oven lg. kalau tak, konfem dapat jugak virus ni. huhu. terliur tengok kak. pagi2 cicah teh pun sodapp kan. hee

Unknown said... [Reply]

miza pon penah buat..tp dah lama laaa xbuat..teringin pulak nak buat..hiksss