Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, January 7, 2016

Dua Ribu Empat Belas Dua Ribu Lima Belas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tujuh Januari Dua Ribu Enam Belas..genap sudah satu minggu kita di tahun 2016. Untuk kesekian kalinya kakakecik nak merungkai 2 daripada beberapa insiden besar yang berlaku dalam kehidupan sepanjang 2014 & 2015..mungkin tak semua nya akan terungkai di sini.. sekurang2nya kakakecik akan kongsikan mengapa kakakecik membiarkan rumah ini penuh dengan sawang...kihkihkih...maybe entry ni agak panjang..huhu


Okey..pada Oktober 2014..nu haaa bukan je nak cite yang 2015, 2014 pun ceq cite ok.sebab dari Oktober 2014 tu yang membawa ke 2015. Awal bulan sepuluh 2014, satu2nya adik perempuan seibu sebapa dengan mak telah disahkan kanser usus tahap 4 dan kami diuji selepas pembedahan pertama (12/10/2014) terdapat komplikasi terhadap makcik, so pembedahan kedua (27/10/2014) terpaksa dibuat. Mak lah penguat semangat kepada arwah makcik, kalau boleh dia nak mak teman hingga masuk ke dewan bedah. Iye lah mak yang menjaga makcik selepas arwah tok meninggal sebelum mak kawen lagi...Al Fatihah untuk arwah tok yang meninggal kanser usus juga sama macam dengan arwah makcik.


Pada bulan Oktober ini jugak, kampung kakakecik telah terpilih untuk penilaian Program Desa Lestari bagi tahun 2015..Kakakecik dipertanggungjawabkan menyediakan slide untuk pembentangan projek ekonomi yang akan dilaksanakan. Alhamdulillah penilaian pertama pada 16 Oktober 2014 kami berjaya melepasinya.


Oktober lagi...kakakecik terpaksa ke hospital setelah hampir setahun tak NEB, athma teruk sangat mungkin disebabkan rehat yang tak cukup..18 Oktober pepagi dah jadi tetamu khas di Bilik Rawatan Athma HSB..bukan 1 kali sahaja NEB..tetapi 3x dan siap xray...pastu dapat lak surat cinta if athma kena terus ke Klinik Kesihatan yang berhampiran...kueng kueng..Memang TRAGEDI OKTOBER betul ni..


November 2014, masa banyak dihabiskan berulang alik ke hospital..menemani arwah di ward.(ok..sebak lak bila teringatkan akan gelagat arwah di hospital, mengalir air mata ini) Al Fatihah untuk arwah makcik. 



Disember 2014, perkhabaran yang boleh membuatkan orang kampung tersenyum. Kampung Asam Jawa satu2nya kampung dalam daerah Pendang, salah satu dari 2 kampung dalam negeri Kedah dan satu di antara 15 kampung dalam Malaysia yang telah berjaya dipilih untuk dimajukan di bawah Program Desa Lestari 2015. 22-24 Disember 2014 : INFRA, Bangi menjadi saksi untuk bengkel pelaksanaan. Mungkin ini adalah salah satu hadiah Birthday untuk kakakecik pada tahun 2014.


Bermula dari tarikh keramat ini lah titik kesibukan kakakecik dalam menguruskan perjalanan Desa Lestari.. dan kesibukan itu bertambah apabila dilantik sebagai salah seorang yang menguruskan perolehan pembekalan dan perkhidmatan yang diluluskan oleh KKLW. Sehingga ke saat ini hampir keseluruhan perolehan telah diselesaikan dengan jayanya. Hanya tinggal 1 perolehan sahaja lagi yang masih menunggu pembekalan..Erm, berapa jumlah peruntukan yang diluluskan??? tak pe yang tu kakakecik tak nak kongsi just kakakecik nak bagitau kalau nak sewa backhoe, traktor, mesin padi, lori 2tan, van hiace, set kanopi arabian dan halfmoon hubungi la Koperasi Pembangunan Kampung Asam Jawa Berhad (04-7416872). Nak madu kelulut tulen dari ladang pun ada jugak..


Berbalik kepada arwah makcik, start Januari 2015, makcik jalani kimo 2minggu sekali..dalam jalan kimo tu pun ada lagi 2 pembedahan.. Kimo diteruskan sehingga kimo ke4 kalau tak silap kakakecik bulan April keadaan makcik yang agak lemah dan tidak membolehkan nya menjalani kimo. Mei 2015, makcik ada check-up dengan Klinik Pakar, memang makcik nak sesangat jupe dengan doktor itu, katanya antara doktor-doktor yang merawatnya hanya doktor itu sahaja yang membuatkan arwah rasa selesa (nama doktor tu kakakecik tak ingat). Time ni doktor dah bagitau kalau tak nak wat kimo pun xpe, tak de halangan...apa sahaja nak makan, makan je jangan pantang.. Ye memang arwah mintak memacam nak makan itu ini..Selagi kami mampu kami carikan untuk nya. Kakakecik cuma ralat sedikit tak dapat buatkan kuih cakoi, kek buah dan bawa makcik makan ABC Salji. :(


1 Jun 2015, bertambah lagi anak buah kakakecik. Dik Ilah selamat lahirkan anak keduanya. Jun, keadaan makcik semakin tenat. Pada siang hari pertama kita sambut Ramadhan masih boleh bercakap walau lemah, tetapi selepas buka puasa tiada lagi kedengaran suara dan lirikan matanya hingga ke waktu Asar puasa keempat. Makcik telah menghembuskan nafas terakhirnya seiring dengan laungan Asar. Al-Fatihah.


pssst : Cerita2 lain akan ceq ceritakan dalam entry2 akan datang...tunggu noooo.. :)

3 comments:

Lydia Miza said... [Reply]

Dlm beberapa kisah kejayaan dn pembentangan dan karnival semua tu terselit kisah duka dan asma awak. Huhu

Take care awk. Moga thn ni kita semua makin sht dan beroleh kejayaan

aDisH.sHidA said... [Reply]

Suka dalam duka gitu kan..Allah lebih sayangkn arwah makcik..sakit pun tak sampai setahun.

In sha Allah moga tahun ni kita akn diberi kshtn n kjayaan

Anonymous said... [Reply]

Kesiannya kena neb, Kenapa xde katil n bantal untuk baring waktu neb tu