Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label PERMAINAN KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label PERMAINAN KANAK-KANAK. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Orang Dulu-dulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tetiba nak kongsi tentang kreativiti orang dulu-dulu, mak ayah, tok wan tok nek, moyang kita la…orang dulu mana nak ada permainan pondok-pondok yang macam Iman anak Kak Sari Yusa punya tu…Seingat kakakecik, mak ayah tak de nak beli benda alah macam tu untuk kami adik beradik..

 

Eh, abaikan bab permainan tu..orang dulu kalau nak bagi anak-anak dia main bola, buatkan bola yang dalam plastik di isi kertas dan 2-3biji batu..ikat dengan getah..sedap sakit tu kalau kena badan..kalau yang kreatif akan buat bola dengan daun kelapa..dianyam2 nya jadi la bola yang boleh dibuat main..tapi xde la tahan lama..

DSCN2004  

Kalau nak main yang ganas sikit dibuatnya ala-ala keris daripada daun kelapa jugak..budak-budak mana la tau apa sangat, yang dia tau boleh pegang dan hala ke kawan dah cukup..kakakecik pernah je main pedang2 nie…(nampak tak yang belakang burung tu.yang berbiku-biku tu…haaaaaaaa yang tu kakakecik guna kalau nak main pedang)

DSCN2001

Teringat plak kepada Arwah Tok Wa, dia selalu buatkan untuk kami burung daripada daun kelapa, setiap sorang dapat seekor..kadang-kadang tu 2 ekor…memang seronok sangat la time dapat tu..pastu dapat plak jam tangan daripada daun kelapa…spek mata pun guna daun kelapa dan lidi nya…kalau nak nampak bergaya buat rantai leher daripada daun ubi kayu…hehehe..lawak je bila di ingat kembali zaman budak dulu…

 

Tapi kasih sayang tetap ada walaupun permainan tu bukan berharga tapi ia bernilai kerana dibuat dengan kasih sayang…masa dengan family tu banyak diluangkan bersama, petang2 duduk bertengek depan mak sabar menunggu mak buatkan mainan

DSCN1997

Budak-budak sekarang mana nak kenal lagi mainan yang kita main dulu…bila tengok kita buat benda macam nie teruja je dorang..macam tu permainan tradisional. Si Afiq tu mana pernah main dan tengok jalan atas tempurung..Ateh nie jugak yang ajar nya main…habis di main nya dalam rumah..hahahah..rosak habis tile umah tok wan dia…

 

psst : kakakecik tak pandai buat benda2 daripada daun kelapa nie..tapi Sara pandai buat origami..pelbagai bentuk origami dia buat..kreatif kan dia

Thursday, February 2, 2012

Tuju Pot/Tin : Mengimbau Permainan Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum…dan selamat petang

 

Baru-baru ni anak-anak sedara kakakecik pakat balik umah tok depa…semua asyik dok mengadap laptop main game…tak kira siang tak kira malam…larang main game di laptop…handphone ibu ayah ummi abah dorang plak jadi mangsa….tak pun terngok Astro Channel Ceria yang kita tak boleh nak join sama-sama tengok…

 

Satu petang tu dah puas melarang dorang main game di laptop, so suruh la dorang main kat luar umah…main tuju kasut ke…menjadi jugak la cadangan tu…dorang main bukan main riuh lagi…kakakecik yang masa tu tak bape sihat, tido…tetiba tengah sedap tido dengar plak abg ipar (ayah aisya n aiman) dan adik pikah (mama pikah skrg ni) menjerit…waaaaaaah dorang main sekali ke dengan anak-anak sedara nie…

 

Kakakecik apa lagi celapak la bangun tengok…time tu dorang dok main tuju kasut (baling selipar)… bola pun guna selipar gak…apa barang main semua guna selipar nie…kakakecik suruh kak ja (ibu aiman n aisya) buat bola macam kami main dulu2…yang guna suratkhabar letak batu 2-3biji balut dengan plastik barang…baru la best main…

 

Bila dah siap bola, rancak la dorang main..kakakecik apa lagi..join jugak la dorang main tuju kasut…tapi tuju kasut nie leceh skit sebab nak kena letak betul2 kasut tu bagi berdiri…sekali lagi kakakecik bagi cadangan main tuju pot…kakakecik dengan mat aidil (anak jiran) bersemangatnya p belakang umah kutip tin-tin susu…main depan umah je…berpeluh jugak la..yang nak demam pun boleh hilang tau…mau tak nya lari ke sana ke mari rasa mcm tak cukup je tanah tu takut kena tuju..MATI la lepas tu dah x boleh main nak susun tin tu lagi…

 

PEMBAHAGIAN KUMPULAN : kami guna cara lai lai tang ling tang plong……(gambar terdelete.huhuhu)

DSCN7782

Ketua Kumpulan “OH SOM” nak tengok sapa yang mula dulu

 

  DSCN7781

Aisya pun nak OHSOM jugak…

 

DSCN7778

Bowling Orang Dulu2…TUJU POT / TUJU TIN..Cer tengok bola tu…best tu kalau kena…

 

2 hari berturut anak-anak sedara kakakecik main (oppps bukan anak sedara je..ayah, abg ipar, kakakecik dan adik..jiran sebelah umah pun main jugak tau…) memang hepi sangat-sangat…keesokan harinya pun anak jiran masih mai tanya…" “arini tak mau main lagi ke…sori la mat aidil depa dah balik umah depa dah”

 

psssst : baru budak2 skrg nie best nya permainan zaman 80-90an kan…

Thursday, March 17, 2011

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?

Assalamualaikum…

Thanks Budak COmot coz Tag Akak utk support budak muncet awak Si Niq yang wat segmen nie..akak mmg dah plan nak join,…hahhahaa

nak Join Klik kat BANNER di BAWAH yer

Budak Kampung - Lat

APAYANGSINIQNAKTAHU…

Adakah anda budak kampung?

Dilahirkan di sebuah kampung…tetapi membesar di kawasan perumahan di dalam kampung…suasana kampung tp bukan rumah kampung…senang cerita ya memang saya budak kampung

Kampung anda dimana?

Di sebuah daerah di negeri KEDAH

Apa yang best tentang kampung anda?

Apa yang best di kampung saya….kami dok perumahan yang lebih kepada suasana kampung…rumah sebuah2..1 lorong ada 4 buah rumah…umah masing2 tak de pagar….leh g p masuk kawasan umah tu ikut kiri ikut kanan ikut depan..ikut belakang…dulu la..skrg xde dah dah x boleh sebab masing2 dah buat pagar…kebanyakan di kampung nie adik beradik saudara mara…

Tempat yang anda selalu lepak (atau tempat bermain) di kampung?

sekeliling rumah..tak kira la rumah sendiri ke rumah jiran ke janji ada kawasan lapang….tapi kalau main dangau mesti bawah pokok yang rimbun…penah main dangau..masak2 kelah g…dalam rimbunan pokok bunga kertas yang leh muat 2-3 org…best sangat2..tapi kalau balik umah tok sebelah ayah best…rumah tepi sawah umah 2 tingkat…ada bahagian bawah umah leh lari..pastu main aci nusut (sembunyi) celah2 pokok…dalam kok (kolah)…panjat pokok

Permainan kampung yang pernah anda main

Banyak sgt2….jom kita tgok gambar yang cilok dr pak cik google

teng teng

kapal terbang…teng teng

tuju pot

tuju pot…mcm men bowling tu….

g-ro pain

g ro fain…

tuju kasut

tuju kasut

congkak

congkak tanah…korek2 buat lubang congkak

masak2

masak-masak dangau

dok cari pict main RANDAS tak dak…lebih kurang mcm galah panjang + softball…cara main petak 4 segi setiap petak ada stop point…kita kena baling bola jgn bagi pihak lawan sambut..kalau sambut kalah…biar jatuh di tanah..lari buat pusingan..kalau kena tuju…mati…ada yg main jenis balas dendam…tuju kuat demah gtu katanya….sakit ooo..bola tu lak buat sendiri..renyok2 kertas boh batu 2-3bji pastu balut ngan plastik….ikat ngan getaaaaaaaaaah…la budak2 dah x main g randas nie…..

kalau di ingatkan kembali zaman budak2 dulu ish seronok…tapi malu pun ada jugak bila pk2 dengan pakai suar pendek p sana sni..uwaaaaaa…pastu jupe orang x kenai lari menjerit teriak….balik umah kena marah ngan mak…pastu p main x egt nak balik makan nasi sampai mak kena cari turut balik umah…hehehhe…

nak tag sapa yer…sapa2 ye yang rasa dia budak kampung jom join…