Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Celik Mata Reset Minda : Bakal Pengantin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kakakecik nak kongsi pesanan Prof. Dr Muhaya Muhamad pasal bab2 perkahwinan nie di slot Islam Itu Indah IkimFM pagi tadi : Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin  (kakakecik sendiri pun dengar separuh je itu pun setelah nampak Kak Ummi Zaihadi post di status Fb nya.





"Sesiapa yang memudahkan majlis walimah...Allah sayang, hidupnya akan dipermudahkan.."

"Semakin tinggi hantaran wanita, semakin rendah martabat dia..semakin rendah hantaran wanita, semakin tinggi martabat dia"




Bagi sesiapa yang terlepas untuk mendengar pesanan Prof Dr Muhaya...boleh ke SINI untuk mendengar nya sendiri dan pikir2 kan la...


psst: terdapat seorang sahabat kakakecik dan jugak kakak nya  perkahwinan mereka dua beradik tiada wang hantaran daripada pihak lelaki kerana si ayah nya telah berkata sekiranya hidup mereka sudah sempurna, rezeki lebih..apabila kedua-dua anak perempuan nya berkahwin pihak lelaki tidak perlu memberi wang hantaran kepada anak2 nya..alhamdulillah.


p/s : serendah2 mahar seorang wanita itu, maka makin  tinggi martabatnya..hantaran hanya sebagai hadiah daripada suami kepada isteri nya

Tuesday, May 22, 2012

Tak Perlu Rungut….Ikhlas Sudah

 

Assalamualaikum dan selamat hari lahir kepada saudara Nadzri…semoga sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYa..

 

Bicara pasal merungut dan  ikhlas nie timbul bila last week kakakecik pergi berurusan dengan 1 pejabat badan berkanun..memang agak mengecewakan dengan layanan dan mutu perkhidmatan staf pentadbiran di satu bahagian jabatan tersebut…dengan hanya 2 keping surat (4 salinan) kakakecik terpaksa menunggu lebih dari 1jam..ok tak kisah la kan..tapi agak pelik apa yang lama sangat..hanya nak buat surat sahaja…dan menambah kekeliruan dan kebingungan fikiran kakakecik apabila dia datang serah surat 4  salinan tu…ayat nya kepada kakakecik lebih kurang macam nie la“nie saya dah tolong tau kelip(staplerkan) surat nie..kalau x saya bagi sekeping2 je” Ya Allah, kakakecik bersuara tetapi hanya di dalam hati… “perlu ke ko nak bagitau yang benda memang kerja ko…setakat stapler 4 salinan surat tu je pun, dah sememang nya surat jabatan ko untuk jabatan lain..stapler je la…xkan itu pun masalah…rugi sangat ke setakat bullet 4 tu” … Apa pun kakakecik hanya balas  TERIMA KASIH, oh ye ke?”

 

Pada pendapat kakakecik..benda yang remeh macam tu pun dia dah merungut…ikhlas kah dia dalam melakukan kerja nya..sedangkan kerja yang dilakukan nya itu sebagai sumber pendapatan nya…Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi. Ikhlas memang sukar dinilai kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.Ikhlas merupakan kedudukan yang tinggi selepas Iman.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

 

Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;

  1. Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas membantu awak nie."
  2. Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak, "Saya tolong awak ini memang dengan ikhlas tetapi saya kecewa sedih sangat  kerana awak menolak pertolongan saya."

 

Dalam melakukan sesuatu kerja/perkara yang dipertanggungjawab sebaik-baik dan seboleh-bolehnya lakukan lah dengan seikhlas hati..kerja itu satu amanah..tak perlu nak merungut itu ini dan “bilang sama orang lain” tak pasal-pasal buat malu muka sendiri je..dah sememangnya itu kerja yang kena buat…

 

 

moral of story : lakukan apa jua kerja tanpa mengharapkan pujian ataupun nama….lakukan la dengan seikhlas hati..insyaAllah lagi besar ganjaran yang Allah akan berikan…

Tuesday, March 27, 2012

HARAM Hukumnya Lelaki Pakai Inai...

 

Assalamualaikum…selamat petang..sekadar peringatan sesama kita…lepas nie tak perlu la ye lelaki-lelaki di luar sana pakai inai..samada untuk majlis akad nikah ke persandingan…Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

 

LELAKI yang memakai INAI di JARI adalah HARAM kerana ia menyerupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan Mazhab Syafie.

 

Mazhab Hambali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

 

Manakala Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

 

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

 

Jom kita dengar renung sama2 apa ustaz azhar idrus bincangkan mengenai isu ni…

 




pssst: dah setahun lebih tak pakai inai…mak tak kasi pakai dah..last pakai masa kenduri dik ilah nov 2010…huhuhu…kalau dulu selalu je kakakecik pakai inai….serbuk inai mekah wany bagi ada je tu..tunggu masa je nak bancuh n pakai..

Thursday, August 11, 2011

Boros, Tamak dan Bazir Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum………

Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa di tahun 1432H dan masih belum terlambat untuk kita semua menghayati kelebihan yang ada di bulan Ramadhan ini.. Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan dan ia juga bulan di mana Allah SWT menurunakn kitab suci Al-Quran kepada Rasulullah SAW sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia.

Namun, dalam melaksanakan ibadat puasa ini ada di antara kita terlupa mengenai satu tabiat buruk yang mampu menipiskan amalan serta iman seseorang. Tabiat buruk tersebut adalah sifat tamak dan boros dalam berbelanja yang kemudian nya akan menyebabkan pembaziran yang sememangnya dibenci oleh Allah SWT. Oleh kerana nafsu, ramai di antara kita sanggup boros berbelanja bagi membeli bermacam-macam aneka juadah untuk berbuka terutama apabila membeli di bazar ramadhan..

Apabila dah beli banyak sangat bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsi, sebaliknya untuk diBAZIRkan..sekali lagi melanggar sunnah Rasulullah SAW yang mana menganjurkan “makan sewaktu lapar, dan berhenti sebelum kenyang”

Sifat tamak bukan sahaja membawa kepada pembaziran malah menyebabkan seseorang itu keberatan untuk melaksanakan ibadat. Sebagai peringatan kepada manusia mengenai sifat ini, Allah SWT berfirman, bahawasanya :

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula sememangnya ingkar kepada tuhannya:

(Al-Isra, ayat 27)

Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, Allah SWT tidak menyukai hamba-Nya melakukan pembaziran berikutan ia satu sifat syaitan yang dilaknati-Nya dan kadangkala oleh kerana terlalu gembira untuk berbuka, umat Islam tidak menyedari mereka melanggari etika murni yang ditetapka Islam iaitu berpada-pada dalam perbelanjaan.

Berdasarkan ayat tersebut juga, boros dan membazir adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan. Sebagai umat Islam berbuka puasa sememangnya diwajibkan tapi jangan ia digunakan sebagai peluang melepaskan geram selepas seharian puasa.

 

psttt : kalau agak kata nak membazir tu….hantar la ke surau berdekatan atau bersedekah kepada jiran kiri kanan..dapat juga pahala bersedekah