Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Jom Memasak : Kek Lapis MPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Cuti Tahun Baru Cina minggu lepas..kakakecik terpaksa melapis kerana menerima tempahan daripada mertua abang untuk menjadi kek lapis sebagai salah satu hantaran. So nak tak nak kena la melapis..rezeki jangan ditolak kan..dah tu dah lama tak melapis...

 

Plan awal nak buat 2 biji kek lapis..1 untuk hantaran dan 1 lagi untuk makan2 kami sekeluarga serta untuk adik bawak balik ke UKM..tetapi memandangkan kudrat nie macam tak mampu nak melapis 2biji sekaligus..so buat sebiji je la...

 

Untuk kali ini kakakecik buat kek lapis Mocha Pandan Pineapple...itu yang jadi kek lapis MPP bukan MPP Majlis Perwakilan Pelajar ye..hehe...resepi asal nya daripada Dayang Jack...kebetulan Sunah pun pernah wat kek lapis mocha pandan nie utk kak Lydia Miza nya..teringin jugak la kakakecik nak cuba melapis kek ini..

Jom sama-sama kita melapis dengan menggunakan resepi ini..sedaaaaaaaaap habaq mai..


Resepi : Kek Lapis Mocha Pandan Pineapple (MPP)

diolah daripada resepi : DayangJack@Dapurku Sayang

sumber : Selera Sakura

Bahan-bahan : loyang 8" x 8"

  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi
  • 300 g tepung hongkong (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen pineapple
  • 1 sudu besar pandan paste
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 mocha paste(dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen pineapple, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan mocha.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

 

Cara-cara menyimpan kek :

  • Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA :

  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.

Adik kata kalau ada warna merah lagi cantik...adik ikutkan tu kak dah ambik resepi kek lapis yang 4 rasa tapi saja malas nak basuh bekas yang banyak hahha..boleh tak kasi alasan macam tu..nanti kita wat kek lapis lampu isyarat je la ye...

 

Kek Lapis MPP sipa dijadikan hantaran....opss sekali bila dapat beg doorgift ada kepingan kek lapis MPP nie...adakah family mertua abang teringin nak makan..dorang potong dan tak jadikan 1 biji nie sebagai hantaran..susun susun kepingan aje..kenapa kakakecik kata begini..sebab masa adik ipar abang datang ambik kesemua hantaran..abir kata sedap nya..ingat nak suruh kak shida buat jugak utk dijadikan hantaran daripada pihak perempuan kepada mereka (pihak lelaki)..macam tu boleh ye...

 

psst: sepanjang kakakecik melapis tetamu daripada KL menenami sehingga jam 1 pagi..kecian jugak dorang tak dapat makan kek lapis nie..hanya dapat merasa beberapa keping sahaja tu pun lebihan tepi yang dipotong

Monday, August 27, 2012

AidilFitri #2 : Kek Lapis Prune

Assalamualaikum dan Salam Lebaran

ainur sorfina

 

Sudah menjadi kewajipan untuk kakakecik melapis sejak2 boleh melapis raya tahun lepas..rasa nya macam x sempurna kalau tak melapis..untuk raya tahun nie 4 biji kek lapis kakakecik buat…4-4 biji dalam masa 1 hari..2 biji waktu siang dan 2 biji waktu malam..kalau sebelum nie buat sensorang, tapi tahun nie kerahkan adik untuk sama-sama melapis..evergreen memang kakakecik suruh dia melapis sendiri..sebab tu kek lapis kesukaan dia..vanilla coklat pun adik yang melapis..kakakecik melapis pandan choco berry dan prune je..senang dan mudah kerja..jimat masa kan..

  kek lapis

Tapi kakakecik nak share kek lapis prune je..kek lapis yang lain tu dah banyak kali buat..so korang boleh la cari label kek lapis untuk resepi nya ye..kakakecik pun x sempat nak merasa sangat keempat-empat kek lapis nie..terutama kek lapis prune..huhu.dah habis kira sedap la kan..saja tahun nie nak buat kek lapis prune sebab ada buah prune yang Puan Nuraini bagi kat adik masa melawat adik di hospital ada lagi..x baik membazir kan..

 

kek lapis prune

Jom kita semak resepi kek lapis prune..resepi nie kakakecik dapat kat MyResepi..

Resepi : Kek Lapis Prune

Sumber : MyResepi

Bahan-bahan ( 1 biji loyang 8''x8'' )

  • 10 biji telur gred A (asingkan telur kuning dan telur putih)
  • 450gm butter
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 180gm tepung hongkong
  • 220gm gula kastor
  • pewarna kuning
  • pitted prune (slice)
  • 50gm horlicks (kakakecik tambah sendiri)

Cara-cara

  1. Pukul butter n susu pekat, ketepikan (A)
  2. Pukul kuning telur, telur penuh n gula (B)
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam B. (C)
  4. Campurkan adunan A dengan adunan C, pukul hingga sebati. masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
  5. masukkan 5 sudu adunan ke dalam loyang dan susun/tabur prune mengikut citarasa dan bakar menggunakan api atas bawah hingga keperangan, anggaran dalam 5-10 minit.
  6. Lapisan kedua dan seterusnya masukkan 5 sudu dan bakar menggunakan api atas sahaja.

**Prune diletak selang seli supaya tidak terlalu 'crowded'

Selamat mencuba

 

pssst : dapat berkongsi kek lapis nie dengan orang lain..puas hati beri dengan hasil air tangan sendiri