Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cuti Tahun Baru Cina minggu lepas..kakakecik terpaksa melapis kerana menerima tempahan daripada mertua abang untuk menjadi kek lapis sebagai salah satu hantaran. So nak tak nak kena la melapis..rezeki jangan ditolak kan..dah tu dah lama tak melapis...
Plan awal nak buat 2 biji kek lapis..1 untuk hantaran dan 1 lagi untuk makan2 kami sekeluarga serta untuk adik bawak balik ke UKM..tetapi memandangkan kudrat nie macam tak mampu nak melapis 2biji sekaligus..so buat sebiji je la...
Untuk kali ini kakakecik buat kek lapis Mocha Pandan Pineapple...itu yang jadi kek lapis MPP bukan MPP Majlis Perwakilan Pelajar ye..hehe...resepi asal nya daripada Dayang Jack...kebetulan Sunah pun pernah wat kek lapis mocha pandan nie utk kak Lydia Miza nya..teringin jugak la kakakecik nak cuba melapis kek ini..
Jom sama-sama kita melapis dengan menggunakan resepi ini..sedaaaaaaaaap habaq mai..
Resepi : Kek Lapis Mocha Pandan Pineapple (MPP)
diolah daripada resepi : DayangJack@Dapurku Sayang
sumber : Selera Sakura
Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
- 10 biji telur gred A
- 500 g mentega berkualiti tinggi
- 300 g tepung hongkong (diayak)
- 150 g gula kastor
- 100 g serbuk horlicks
- 150 g serikaya
- 300 g susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen pineapple
- 1 sudu besar pandan paste
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 mocha paste(dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
- Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen pineapple, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan mocha.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
- Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek :
- Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
- Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
- Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
- Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
- Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
- Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
- Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
Adik kata kalau ada warna merah lagi cantik...adik ikutkan tu kak dah ambik resepi kek lapis yang 4 rasa tapi saja malas nak basuh bekas yang banyak hahha..boleh tak kasi alasan macam tu..nanti kita wat kek lapis lampu isyarat je la ye...
Kek Lapis MPP sipa dijadikan hantaran....opss sekali bila dapat beg doorgift ada kepingan kek lapis MPP nie...adakah family mertua abang teringin nak makan..dorang potong dan tak jadikan 1 biji nie sebagai hantaran..susun susun kepingan aje..kenapa kakakecik kata begini..sebab masa adik ipar abang datang ambik kesemua hantaran..abir kata sedap nya..ingat nak suruh kak shida buat jugak utk dijadikan hantaran daripada pihak perempuan kepada mereka (pihak lelaki)..macam tu boleh ye...
psst: sepanjang kakakecik melapis tetamu daripada KL menenami sehingga jam 1 pagi..kecian jugak dorang tak dapat makan kek lapis nie..hanya dapat merasa beberapa keping sahaja tu pun lebihan tepi yang dipotong
5 comments:
resepi dah salin lama dah... tapi kek lapisnya belom lagi jadik hahahahahaha bila ntah nak buat
resepi dah salin lama dah... tapi kek lapisnya belom lagi jadik hahahahahaha bila ntah nak buat
takut nak buat ... takut jadi kek marblee...
dasar tak sabar .....
takda butter la pulak!!! grrr.nak!!
kek lapis nie time melapis tue kena betoi2 time dia kan kak klu tidak terbukak lapisnya mcm kira buat ritu. rasa dah ada tapi xmelekat huuu
Post a Comment