Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Hari Raya AidilFitri


Assalamualaikum dan Salam AidilFitri
ketupat 
Sudah 2 minggu 1 Syawal berlalu, dan 2 bulan jugak kakakecik tidak update tulis apa2 pun di blog nie..adakah ia akan berkubur, ntah la? Walau ada banyak benda yang nak dikongsikan..tapi mood untuk naip tu hilang ke mana..seumpama MH370 gamaknya.. #prayforMH370

family

Apa pun belum terlambat kakakecik ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..ampun dan maaf dipinta andai salah silap terkasar bahasa bicara dalam penulisan mahupun lisan..Raya tahun nie kakakecik 1 family lebih kepada mengunjung sanak saudara serta ziarah kubur arwah tok dan wan kedua belah pihak ayah n mak pada hari raya pertama..Raya kedua dan berikutnya hanya menanti adik beradik datang ke rumah..Kakakecik sedikit malang sebab mata jadi ketumbit, bibir dan lidah menjadi ulser..So, tak dapat menikmati sangat suasana hari raya..

raya
Tapi apa pun kita harus bersyukur dapat jugak beraya berbanding saudara kita di Gaza yang dikecam oleh Israel..Kalau kita meriah dengan letupan mercun cahayakan bunga api..tetapi mereka sengsara dengan letupan bom.. Doakan Gaza bebas dari Israel, Zionis laknatullah.



Tuesday, August 20, 2013

Hari Raya Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Erm...13 Syawal....baru kesempatan nak kongsi kisah raya kami sekeluarga. Tahun nie raya agak hambar sikit sebab tak semua ahli keluarga kami balik kampung...Shahir terpaksa bertugas di perantauan (Lahad Datu, Sabah)..Dik Ilah kerja sampai raya ke-4, tapi dia lari balik beraya kat kampung tengahari raya pertama tu...awal pagi raya kedua balik semula ke Perak..


Kak Munirah & Abang Din ikutkan tahun nie turn beraya di Perak...tapi Abang Din ada program di Perlis so beraya di Kedah...syok la mak..ramai orang kan...Kak Ja dan Abang Mie biasa la raya di Kedah...Abang Mie kerja juga pada raya pertama tu..Abang On beraya kat rumah sendiri..takpe dekat je...


Warna pilihan baju raya untuk raya tahun nie adalah peach...Kak Ja dan Dik Ilah pun ikut sama wana peach..Abang Din anak beranak pink gitu...



Tak de plak gambar beramai2 dengan family Abang On dan Abang Din..masing2 pakat sibuk pergi beraya...


Menu untuk raya pertama macam biasa la...ada ketupat daun palas, ketupat daun buluh,bihun soto di samping kuih raya yang lain..Kek lapis pun ada jugak..Kek Karamel tak sempat buat untuk rumah sendiri..hehehe.sibuk siapkan tempahan orang sahaja... 

 



Huhuhu...ralat plak rasa nya...kuih-kuih raya di dalam balang tak sempat ambik...takpe la tak de gambar tak semestinya tak de kuih nya kan..sapa yang mai umah je boleh makan kuih raya tu...homemade lagi okey...takde pun yang beli mahupun tempah...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



Sunday, August 18, 2013

Cuti Raya 17 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hari nie 18 Ogos 2013…hari pertama bekerja setelah cuti panjang bermula satu hingga tujuh belas Ogos…perghh…lama gila kakakecik cuti raya tahun nie…kalah budak2 sekolah dan orang kawen…Jangan jeles..sapa yang boleh bagi cuti panjang macam nie tanpa isi borang dan sain…hehe….sendiri mau tau la..

 

Okey okey tak nak bagi korang jeles…walau kakakecik cuti panjang tak bermakna kakakecik dok goyang kaki lepak santai atas katil di dalam bilik (eh ada jugak la macam ni tiga pat kali dalam tempoh 17 hari tu). Boleh dikatakan sepanjang tujuh belas hari cuti sempena raya posa ada je yang kakakecik buat..bermula dengan persiapan menyambut hari raya…buat biskut2 raya…masuk je minggu nak raya…ahad dah start siapkan tempahan kek karamel sehingga la hari raya ke-empat..Raya pun tak sempat ke mana sangat..Raya pertama awal tu hanya siapkan bihun soto, tenghari skit ke rumah Tok Wan dan sedara2 lain di dalam kampung…lewat petang balik kampung sebelah ayah..beraya dengan Tok yang tengah sakit..

raya

Hajat di hati 13hb dah nak start kerja..tapi itu la da tak pergi beraya mana lagi..raya kelima kebetulan Dik Ilah start cuti setelah kerja sehingga raya ke-4. So, raya kelima tu la baru ke rumah Mak Cik, Dek Nasz dan Mak Teh Yah…Dah tak jadi keja ari Selasa 13hb..

 

Rabu 14hb nak la masuk kerja…tup2 pagi Rabu, mak call suruh bawak kain baju mak ayah ke rumah Mak Teh.sebab keadaan tok dah tenat, tak sanggup nak tinggalkan..Dalam pukul 11 lebih kami bertiga, kakakecik, Dik Ilah dan Sorfina ke rumah Mak Teh…Sepanjang tenghari Rabu(Raya Ke-6) kakakecik berada di rumah Mak Teh..keadaan tok semakin tenat/ nazak masa pukul 6.00 petang…6.45 petang tok menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang sekali. Dan inilah kali pertama kakakecik melihat seorang insan terdekat pergi menemui penciptaNya depan mata…Khamis (Genap seminggu beraya) pukul 11.00 pagi tok dikebumikan….Al-Fatihah untuk arwah tok..semoga arwah tok ditempatkan di kalangan orang2 beriman…

 

Bermula malam pertama hingga ke tujuh, setiap petang or malam kakakecik serta mak ayah akan berulang alik ke kampung untuk tahlil arwah tok…Nie pun tak sempat lagi nak buat tart nenas yang orang tempah..InsyaAllah kakakecik akan sedaya upaya menyiapkan tempahan tu…

 

pssst : Mesti jiran-jiran kiri kanan kedai nie tertanya2 kan kenapa la kakakecik cuti lama sangat…jangan satgi depa dok kata kakakecik cuti kahwin da la…tengok jari tak berinai pun kan..hehee

 

**Tahun ni tiada open house, tapi Khamis malam Jumaat nie ada wat tahlil di rumah..jemput la datang**

Monday, August 5, 2013

Jom Mengukis : Tart Nenas aka Tart Gulung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TART GULUNG

Projek seterusnya untuk hari lebaran tahun nie adalah menggentel, menekan dan menggulung atau lebih mudah mengetart. Kali ni kakakecik buat awal..sebab 2 hari terakhir Ramadhan dah tak mau lagi membuat biskut raya..nak tumpu ke tempahan kek karamel sahaja. Alhamdulillah tahun nie masih ada lagi rezeki untuk kek karamel..Next year macam ada projek baru je…

 

Okey abaikan projek projek itu…Tart nenas/tart gulung nie kakakecik masih mengguna kan resepi Mak Tie, dah lebih 10 tahun kakakecik setia dengan resepi nie..memang ikut step gulungan yang Mak Tie ajar dan atas permukaan tart pun tak di sapu telur..masih mengekalkan keaslian tart gulung Mak Tie..just jem je dah tak buat sendiri..dop sempat..kakakecik beli jem nenas jenama Nona..sekilo baru RM7.50…banyak tu…masih ada berbaki lagi…

tart jem

Kekonon nak guna acuan baru..sanggup beli acuan gedabak besar tu..tapi hasilnya amat tak puas hati..bila gulung dia pecah…da la hampir 2 loyang besar da kak Ja tekan..kecian dia…last2 kami guna acuan biasa guna yang kecik tu..Tu la jangan derhaka akan tatacara tart Mak Tie.

tart

 

RESEPI : TART NENAS/TART GULUNG MAK TIE

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm butter
  • 150 gula halus
  • 1 kg tepung gandum (tapi  x akan habis semua guna)
  • 6 sudu minyak mazola
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 biji telur
  • Jem Nenas

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Pukul butter dan gula (jangan sampai terlalu kembang)
  2. Masukkan telur, minyak mazola dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan
  4. Terap adunan menggunakan acuan samprit dan letak jem nenas..gulung dengan teliti.
  5. Bakar dengan suhu 175C selama lebih kurang 15-20 minit..hingga keperangan permukaan atas nya.
IMG_20130804_003009

Alhamdulillh tart nie menjadi kesukaan family kakakecik terutama kak Munirah..malam kami mengetart dia sampai balik dr Perlis…dan dan duduk nak makan panas2..kata nya tart ateh buat sedap…ikutkan memang da de orang nak tempah pun tart ni..tapi kakakecik tak terima..dulu masa kak Ja dik Ilah tak kawen lagi kakakecik memang ada ambik tempahan biskut nie pun. InsyaAllah tahun depan boleh la kot buka tempahan biskut raya..

 

Selamat Mencuba.

Jom Mengukis : Almond London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

almond london.2

Setiap rumah kalau berhari raya mesti kebanyakan nya ada biskut nie kan..Biskut apa..biskut almond london…ini adalah tahun ke3 rasa nya kakakecik buat sendiri..Alhamdulillah atas resepi almond london perkongsian PCM di Tiffin Biru…kakakecik telah jatuh cinta dengan resepi yang dikongsi..sekali buat bukan satu adunan tapi dua adunan…dapat la 2 balang tinggi.. banyak ke..itu pun belum tentu cukup…almaklum la pakat nak bawak tupperware sendiri hehhe untuk bawak balik umah masing2…

badam

RESEPI : ALMOND LONDON

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)

BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

almond london

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.

  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.

  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba semua, sekali mencuba pasti nak buat lagi tahun depan...

Saturday, August 3, 2013

Jom Mengukis : Choco Chip Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Biskut kedua yang kakakecik mengukis untuk AidilFitri tahun nie adalah Choco Chip Cookies..Pertama buat tau setelah tergoda tengok Ayu dan Lydia Miza buat...alhamdulillah menjadi…Resepi kakakecik dapat daripada blog Kak Yatie Sinar Kehidupan, thanks kak Yatie share resepi nya

choco chip cookies

Kakakecik bahagikan adunan kepada dua bahagian…satu bahagian dibiarkan plain dan satu bahagian lagi letak serbuk koko..hehe..tapi mak mintak buat lagi yang plain..alahai mak choco chip da habis la…next time ye kita buat..mak banyak tolong kakakecik masa buat biskut nie…terima kasih mak…

choco chip cookies3

Resepi : Choco Chip Cookies

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula kastor/halus-Ikut Kak Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar (guna susu cair je)
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam (tak masuk kan pun)
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan walnut cincang  (kakakecik guna badam nib yang telah dipanggang)
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila

choco chip cookies1

Cara-Cara Membuatnya:
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, badam dan coklat chip. Gaul uli hingga sebati. Simpan adunan di dalam peti ais selama 1jam..
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

 

Tips daripada Noorsha

  1. cookies ni agak rapuh..jika suka cookies yang keras sedikit , lebihkan tepung ikut citarasa atau tambah sedikit tepung jagung..tapi noorsha sarankan ikut saja resepi, ia memadai dan tidaklah terlalu rapuh sampai nak pegang pun x boleh.. juz nice :)
  2. walnut boleh ganti dengan kekacang lain... tapi kali ni noorsha guna coklat chip saja since kekacang memang da abih pun...:)
  3. untuk bentuk yang lebih cantik dan tidak meleper selepas dimasak, masukkan sebentar adunan yang siap diuli dalam fridge selama 30 minit..selepas itu bolehla disudukan atas dulang pembakar dan masak seperti biasa....semasa proses membakar juga disarankan simpan adunan dalam fridge supaya tidak cair...
  4. rasa kukis lebih sedap bergantung pada jenis coklat chip dan mentega yg digunakan...so guna coklat chip n mentega yg berkualiti untuk kesedapan yang maksima...:)
  5. kalau mentega da masin kurangkan sket garam :)

 

Selamat Mengukis

Jom Mengukis : Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Kakakecik last kerja Rabu lepas…Khamis dah start cuti…terpaksa cuti awal memandang kan satu jenis biskut pun tak buat lagi…sebab 2 hari terakhir puasa nak tumpu siapkan tempahan kek karamel sahaja….

 

Biskut sarang semut adalah biskut pertama kakakecik mengukis bagi tahun nie..dah lama sebenarnya tak buat biskut sarang semut…bekas acuan sagat yang ayah buat pun dah tatau hilang ke mana..Resepi pun bukan guna resepi turun temurun selama nie..mencuba resepi baru…Resepi nya kakakecik dapat daripada blog 1001 rasa, Noorsha..resepi asal Chef Hanielieza..

 

Jom kita semak resepinya mana tau korang nak cuba buat kan..

sarang semut

RESEPI SARANG SEMUT

Resepi Asal : Chef Hanieliza

Bahan-Bahannya :

  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum. (Noorsha guna 250 gm saja)
  • 100 gm tepung jagung
  • 100 gm tepung kastard (Noorsha tambah)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla 

Hiasan

  • Sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil(warna-warni)
  • secukupnya paper-cup kecil 

Cara Membuatnya :

  1. Pukul kembang butter dan gula.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
  6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, July 8, 2013

4 Jam Shopping Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ramadhan bakal menjelma sehari aje lagi dan pasti ramai yang start membuat persiapan untuk membeli belah baju raya…tak terlalu awal ke..puasa pun belum lagi dah semangat nak beli baju raya…bukan apa, semua nie tak nak kelam kabut time posa…mesti penat kan…kalau yang ada anak pinak tu…dengan nak memilih kain baju dan layan perangai anak2 lagi..

 

Kakakecik dah pun beli baju raya..Beli siap2 Sabtu lepas di Kulim…jauh ye..sebab di sana ada banyak pilihan baju2 ready made, harga pun berpatutan…jauh skit pun tak apa la…dah banyak sangat pilihan rambang la mata, jenuh jugak la nak memilih nya dan yang pasti tak nak baju buah pelam..hehe..hampir 4jam jugak la…Lama ke..Ye la bukan kakakecik pergi beli baju kakakecik dan adik je..Tapi Kak Ja juga pergi sekali…dia nak beli untuk family nya..Dah la Aisya tu memilih nya bukan main lagi..Warna yang kita berkenan dia tak mau…apa pun terpaksa la ikut warna yang dia suka…Kalau baju yang dia suka memang akan pakai sentiasa la..asyik2 nak pakai melaram…

 

Sekarang tinggal untuk beli tudung dan jugak baju kat mak dan ayah sahaja…untuk mak ngan ayah adik beradik lain plak beli nya…sebab kakakecik dah beli untuk Adik Pikah…InsyaAllah Rabu or Jumaat nie pergi cari belah Alor Setar..

 

Terima kasih Finaz sebab tolong jagakan Auni dan bagi komen dengan baju2 yang dipilih….TQSM…

 

 

pssst : apa tema raya korang tahun nie

Thursday, November 1, 2012

Jom Memasak : Cornflakes Coklat

Assalamualaikum dan Selamat Petang…

 

Kalau raya-raya (raya haji dan raya puasa je) sebelum nie kakakecik buat cornflakes madu aje…tapi untuk raya haji kali nie kakakecik menerai buat cornflakes coklat yang mudah kerana tak perlu masukkan dalam oven…mau plak buat sorang-sorang…heehee…EH mak tolong la malam buat cornflakes coklat nie..mak tolong tabur2kan manik urai warna warni…Terima Kasih mak…

 

Tapi kan….anak2 buah shida tak nak cornflakes coklat nie..dorang nak cornflakes madu…mana la ateh sempat nak buat sorang2 cornflakes madu kan nak kena masuk oven..alahai ampa nie..sekali sekala ateh nak jugak tukar selera…walau ateh x makan…boring la asyik benda yang sama dari 15 tahun lalu….

 

Resepi cornflakes coklat nie kakakecik ambil di blog Ita Yuzie, ENTRY ini..Jom kita semak resepi yang kakakecik telah tokok tambah:

cornflakes

RESEPI : CORNFLAKES COKLAT

BAHAN-BAHAN

  • 500g cornflakes
  • 300 gram kacang shangton yang telah dicincang2 (kalau nak sedap guna almond strip yang telah di panggang @ sangai dulu sampai rangup)
  • 400g coklat masak
  • bebola manik warna warni untuk hiasan

CARA-CARA

  1. Cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler (kalau boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2)
  2. Bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi
    gaul sampai semua bersalut & rata
  3. Sudukan atas papercup dengan segera
  4. Hiaskan dengan memanik warna warni
  5. Letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras
  6. Biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Dah siap.... mudahkan tak perlu oven tak perlu mixer hanya perlu rice cooker..kenapa..nie cara mudah nak bagi coklat cair, tengok la tips yang dikongsi oleh Ita dalam entry nya ini

 

*TIPS DARI ITA YUZIE: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya.

Wednesday, August 29, 2012

AidilFitri #3 : Biskut Filipina Bergajus

Assalamualaikum dan selamat petang..

 

Masih dalam bulan Syawal kan..so masih ada la mood raya..boleh la kakakecik share biskut kedua yang pertama kali kakakecik buat untuk raya tahun nie..BISKUT FILIPINA BERGAJUS..tak perlu ke Filipina untuk dapat kan biskut nie..kakakecik pun tatau kenapa biskut nie diberi nama begini..ops macam biasa la resepi di mana lagi kalau tak ambik dari blog Tiffin Biru, thanks CMG share resepi nie..boleh jugak mencuba kebetulan ada gajus 1 peket kat umah..

gajus

Jom kita semak resepi Biskut Filipina Bergajus

 

RESEPI : BISKUT FILIPINA BERGAJUS

Sumber : Tiffin Biru - Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :

  • 200 gram mentega
  • 60 gram lemak sayur @ shortening
  • 110 gram gula aising, diayak
  • 2 kuning telur
  • 140 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
  • 140 gram halus (mat guna tepung gandum)*
  • 140 gram tepung sagu ubi*
  • 1/4 camca teh soda bikarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
  • 80 gram cornflakes, kisar halus
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
  • Gajus secukupnya
  • Kuning telur, untuk mengglis
  • Coklat masakan secukupnya#
  • Sedikit lemak sayur#

CARA MEMBUATNYA :

  1. Gaul tepung yang telah diayak tadi dengan cornflakes yang dikisar halus. Ketepikan. Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga rata dan sebati. Masukkan kuning telur satu per satu dan juga esen vanilla. Putar rata. 
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cornflakes kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Matikan mixer, gaul rata doh dengan spatula dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Bagi doh pada 4 bahagian, ambil 1 bahagian, canai antara 2 lapisan plastik kurang lebih 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut dan hias dengan 1/2 biji gajus. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan drizzle dengan coklat cair. Biar coklat beku dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

**Cairkan coklat cara double boiler, iaitu coklat masakan diletak dalam bekas tahan panas dan bekas tadi ditenggekkan atas air mendidih, kacau hingga cair. Tambah sedikit lemak sayur, kacau rata dan biar sejuk sedikit.

 

pssst : CMG kata rasa biskut ni lemak2 manis dan ringan, rapuh tapi rangup, kakakecik buat rasa macam gebu je..pegang skit je dah lerai..kena pegang slow2..

Monday, August 27, 2012

AidilFitri #2 : Kek Lapis Prune

Assalamualaikum dan Salam Lebaran

ainur sorfina

 

Sudah menjadi kewajipan untuk kakakecik melapis sejak2 boleh melapis raya tahun lepas..rasa nya macam x sempurna kalau tak melapis..untuk raya tahun nie 4 biji kek lapis kakakecik buat…4-4 biji dalam masa 1 hari..2 biji waktu siang dan 2 biji waktu malam..kalau sebelum nie buat sensorang, tapi tahun nie kerahkan adik untuk sama-sama melapis..evergreen memang kakakecik suruh dia melapis sendiri..sebab tu kek lapis kesukaan dia..vanilla coklat pun adik yang melapis..kakakecik melapis pandan choco berry dan prune je..senang dan mudah kerja..jimat masa kan..

  kek lapis

Tapi kakakecik nak share kek lapis prune je..kek lapis yang lain tu dah banyak kali buat..so korang boleh la cari label kek lapis untuk resepi nya ye..kakakecik pun x sempat nak merasa sangat keempat-empat kek lapis nie..terutama kek lapis prune..huhu.dah habis kira sedap la kan..saja tahun nie nak buat kek lapis prune sebab ada buah prune yang Puan Nuraini bagi kat adik masa melawat adik di hospital ada lagi..x baik membazir kan..

 

kek lapis prune

Jom kita semak resepi kek lapis prune..resepi nie kakakecik dapat kat MyResepi..

Resepi : Kek Lapis Prune

Sumber : MyResepi

Bahan-bahan ( 1 biji loyang 8''x8'' )

  • 10 biji telur gred A (asingkan telur kuning dan telur putih)
  • 450gm butter
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 180gm tepung hongkong
  • 220gm gula kastor
  • pewarna kuning
  • pitted prune (slice)
  • 50gm horlicks (kakakecik tambah sendiri)

Cara-cara

  1. Pukul butter n susu pekat, ketepikan (A)
  2. Pukul kuning telur, telur penuh n gula (B)
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam B. (C)
  4. Campurkan adunan A dengan adunan C, pukul hingga sebati. masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
  5. masukkan 5 sudu adunan ke dalam loyang dan susun/tabur prune mengikut citarasa dan bakar menggunakan api atas bawah hingga keperangan, anggaran dalam 5-10 minit.
  6. Lapisan kedua dan seterusnya masukkan 5 sudu dan bakar menggunakan api atas sahaja.

**Prune diletak selang seli supaya tidak terlalu 'crowded'

Selamat mencuba

 

pssst : dapat berkongsi kek lapis nie dengan orang lain..puas hati beri dengan hasil air tangan sendiri

Monday, August 13, 2012

Hanya Sekeping Kad Raya

 

Assalamualaikum….huhuhu minggu depan dah nak raya..persiapan raya pun tak terasa sangat..baju raya pun belum ada…dah 2 hari pergi cari tapi tak de saiz dan warna yang dikehendaki…kuih raya baru wat 2 jenis ada lagi 4 jenis yang nak kena buat, kek lapis lagi dan nak siapkan tempahan kek karamel..harap2 kakakecik kuat untuk selesaikan dengan sebaik mungkin..

 

Tahun nie kakakecik hanya dapat sekeping je kad raya..sedih tak, balik je umah tengok sampul putih semua nya untuk mak, kakak dan abang..untuk kakakecik sekeping je..tu pun dari abang Eqbal Zack..kalau abg EQ tak hantar memang tak de la…tapi tatau la kot kot esok2 ada kad untuk kakakecik…

DSCN9512

Kad Raya daripada Abg EQ…sebenarnya kad nie dapat dalam minggu lepas lagi..tapi time tu kakakecik kat hospital..thanks Abg Eq atas ingatan nie…Selamat Hari Raya untuk Abg EQ dan keluarga, Maaf Zahir Batin..

 

pssst : Check list untuk 4 hari nie…malam nie wat 1 jenis kuih raya, esok pagi 1 jenis, lepas zohor kuar cari baju raya buka kat luar, rabu buat kek lapis, khamis buat 2 jenis lagi kuih raya dan jumaat n sabtu wat kek karamel…

p/s : memandangkan nie entry terakhir so kakakecik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog kakakecik….

Sunday, October 2, 2011

Sakan Raya Tahun Nie!!!!

Assalamualaikum….

Perghhh tajuk bukan main lagi….macam kena perli je tu…

Ye shida puas raya tahun nie…bukan sahaja beraya dengan keluarga, sahabat handai tetapi jugak dengan blogger…

Bukan sahaja di utara shida beraya..ke selatan…di KL pun shida beraya…

Mesti ada yang kata shida pulun kan…arghhhhhhhhhhh dorang jeles dengan shida la tu….

Bermula dari utara pada awal aidilfitri dan berakhir di KL…pada entry yang lepas mesti dah tau kan ke mana shida pergi pada 17 September (bagi yang baca la)Dari selatan kami singgah di KL…untuk beraya di rumah sahabat blogger yang lain….kebetulan 18 September , seorang blogger iaitu teacher suhaili sarif (kalau dulu lebih dikenali dengan pearl jade) menjemput kami ke rumah terbuka keluarga beliau di Setiawangsa…so makan free kan..sapa tak nak…kami dengan perut yang lapo tanpa sarapan pagi…terus mencari Menara Sri Mahang, nasib ada driver yang tau skit-skit jalan area situ….sampai je kami kat pintu masuk Menara Sri Mahang…datang sorang mat rempit senyum simpul..al maklum dapat jumpa buah hati kesayangan…..ingat Kirin yang dekat sampai awal…tapi hampeh dia sampai lewat dr kami….ok ok x nak gaduh2 jom kita cari lif nak naik tingkat 15 tu…..eh eh kalau lif rosak nak ke ampa semua naik ke tingkat 15 tu…kurus la depa tu kan….

  311525_285053601507268_171556019523694_1313960_1871514995_n (1)

Kuih- Muih dan Kerepek yang dihidangkan sementara menunggu lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak siap

318480_285053844840577_171556019523694_1313969_826665159_n

Masak lemak lontong….shida x makan dengan nasi impit tp makan saja..meratah…..jangan marah ye elly

311731_285053804840581_171556019523694_1313968_1341817975_n

Sambal udang + petai dan sambal ikan keli….pergh kena lak dengan nasi lemak time hujan memang meleleh la….sedaaaaaaaaaaap sangat…kirin mana gambo rendang kerang erk….

293424_285053971507231_171556019523694_1313973_695347122_n305000_285053991507229_171556019523694_1313974_1852961653_n    Tuan Rumah…..yang duduk bersimpuh itu anak…teacher suhaili..yang berdiri itu ibu nya….thanks Mak Cik….terlupa la nak tanya nama ibu Elly…apa pun memang gamat rumah elly aritu…Kirin kena bahan sokmo..sabar ye kirin

umah ely

Eh eh si lesung batu nie dok sms dengan sapa plak tu….opps bukan sms tapi BBM…untung la depa

Sambil makan-makan tu si Kirin ada gtau yang rumah Kyerul Si Raksasa Berjanggut area-area umah elly sahaja…so kami semua decide nak p beraya umah kyerul…masa nie dok tunggu respon dari Papa Khai..salah seorang blogger dari KBU..tp dia tak de respon…tak nak buang masa kami terus meredah hujan lebat dan banjir kilat ke rumah raksasa di wangsa maju….ish jauh jugak tu…cmne kirin leh kata dekat erk…kami sampai je umah kyerul…si kirin buat mcm rumah sendiri…si kyerul plak malu-malu kucing (banyak oooo kucing rumah dia..sampai ada org kena jadi guard x bagi kucing masuk)…kat rumah kyerul ada sesuatu yang agak melucukan kami….lucu bagi kami semua tapi cuak bagi orang tu…itu la cakap besar sangat…masa orang tegur baik-baik duduk macam tu…sekali 2 orang lain bangun…haaaaaaaa amik terangat kot sofa tu…HHAHAHHAHAHA…agak2 korang tau x sapa yang cuak tu…

Kami tak lama di rumah kyerul sebab dia pun nak gerak balik ke Ipoh petang tu….sebelum kami berangkat pulang dan menuju ke Klang…tak sah la kan kalau x bergambar ramai-ramai dengan raksasa berjanggut nie..

317177_285054151507213_171556019523694_1313980_403161313_nKyerul terpaksa kena tunduk…kalau x nampak sangat kami yang lain TINGGI…..

Thanks ye kyerul layan kami dan hidangkan air yang kami tatau perasa apa…tapi memang sedap air tu….

Keramat …DONE

Wangsa Maju… DONE

KLANG….Destinasi terakhir kami….ke rumah sapa…rumah kembo cheq la….dah lama berhajat nak jupe kembo nie….tapi x dapat jumpa..memandangkan kali ini naik kereta sendiri dapat la pergi…walau jauh di Johan Setia Klang sanggup ku redahi kerana kembo…alhamdulillah akhirnya dapat jugak kita berjumpa kan kembo…macam tak percaya sahaja…..memang kembo shida nie kurus..suai sangat dengan panggil KAKAKURUS….

 kembo1juadah yang disediakan untuk kami….kalau depa yang lain dok pulun pasta dan nasi impit + kuah kacang….shida plak dok pulun yang lain…nampak x 2 ketul ayam pencen yang dibuat rendang dalam piring tu…tu shida punya la yer….tak pandang yang lain dah…tak percaya tengok gambo di bawahkembo

mata pandang kembo..mulut dok sembang..tangan dok dalam piring…..sabo je la kan

UMAH KEMBO

Kami bergambo kenangan dengan kembo….gambo family gitu…

 kembaq  

Di manakah yang menyebabkan kami kembar…muka tak seiras…Tapi pada nama SHIDA  membuatkan kembo kami….

Shida Anwar dan Adish  Shida….…nama sama selain umur kami yang sebaya…

sorang kecik sorang kurus….KAKAKECIK dan KAKAKURUS untuk elak kekeliruan terutama dia KBU…

Thanks Kembo…..Rendang Ayam Pencen tu memang sedaaaaaaaaaaap….tak aci janji nak tapau…tapi tak de pun…

Dah puas beraya di Selatan dan KL…..malam nya shida bergerak balik secara solo dari KL ke Kedah…(eh eh singgah bermalam di Ipoh, Perak)

Alhamdulillah semua dah selamat…harap kita akan jumpa lagi di masa akan datang…dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga akhir hayat…

 

 

………………………THE END………….

 

 

pssst : sori ye Atiq akak dan lain-lain xdapat pergi open house umah atiq…kekangan masa..next time i’allah kami akan sampai

Tuesday, September 13, 2011

Biskut Kacang Sepat

KCG SPT

Biskut kegemaran kak ipar no. 2 dan mak…sebenarnya shida tak plan nak buat biskut kacang sepat nie…sebab malas nak beli tepung naik sendiri…beli 1 kotak tapi guna sikit saja..rugi je rasa..sebab biskut2 lain x guna tepung naik sendiri…tetapi memandangkan kak ros opismate kak ja beli tepung naik sendiri yang dia sendiri tatau nak wat apa…so shida gtau dia yang shida ada resepi biskut yang menggunakan tepung naik sendiri…sekali dia hantar tepung dan ceri untuk shida buat..kira nya kak ros bagi tepung dan shida buat pastu bagi kat dia la…eh eh kan kak ros bagi ceri kenapa plak gambar di atas tu letak coklat chip…hahhaha..ini sebab ceri dah habis..coklat chip masih ada skit lagi baki dari kek lapis…tamau bagi kosong atas biskut tu…coklat chip la jadi mangsa…kalau yang ini hanya ada di IPOH..rumah adik ilah…..dia punya idea so dia punya la 1 tupperware yang ada coklat chip…

BAHAN-BAHAN :

1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

1 biji telur kuning

3 cawan tepung naik sendiri

5 sudu besar tepung jagung

1 sudu esen vanilla

2 sudu susu pekat manis

ceri : hiasan

kacang shangton : letak dlm adunan

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar marjerin dan gula sehingga kembang.. masukkan susu dan putar lagi sehingga kembang
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla
  3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Sekiranya lembut tambahkan tepung
  5. Di dalam adunan masukkan kacang shangton dan letak dalam acuan yang berbentuk kacang sepat ataupun perahu
  6. Hias dengan ceri

SELAMAT MENCUBA

Tart Gulung / Nenas

TART

Tart Gulung berintikan jem nenas yang dibuat sendiri sememang adalah biskut terakhir yang akan di buat menjelang raya…tart gulung ini shida belajar dari seorang mak sedara kawan baik masa study dulu..Mak Tie memang buat tart gulung untuk dijual..seingat ingatan shida 2 tahun berturut-turut, setiap kali ramadhan shida dan kawan baik (G) akan pergi ke seremban…pergi berpuasa di rumah Mak Tie..tetapi sebenarnya  dan secara tidak langsung tolong mak tie buat tart gulung…upah yang kami dapat sorang 1 tupperware tart gulung dan biskut mazola…sambil tolong tu usha usha la cara mak tie membuat tart gulung…dari membuat jem hingga membuat adunan…alhamdulillah..sekarang dah hampir 10 tahun tart gulung mengikut resepi Mak Tie menjadi antara BISKUT WAJIB di rumah shida…tetapi kerja-kerja menekan adunan menggunakan acuan samprit hanya KAK JA dan DIK ILAH sahaja..shida letak jem dan gulung n bakar…

BAHAN-BAHAN :

500 gm butter

1 bekas blender kering gula halus

1 kg tepung gandum

6 sudu minyak mazola

1 sudu esen vanilla

1 biji telur

Jem Nenas

 

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Pukul butter dan gula (jangan sampai terlalu kembang)
  2. Masukkan telur, minyak mazola dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan
  4. Terap adunan menggunakan acuan samprit dan letak jem nenas..gulung dengan teliti.
  5. Bakar dengan suhu 150C

** SHIDA TAK SAPU TELUR DI ATAS PERMUKAAN NYA..

UPDATE…..memandang Lydia Miza menanyakan tentang inti nya….sebenarnya jem nenas tu shida buat sendiri…shida selalu guna buah nenas yang separuh masak kekuning…shida akan kupas kulit (eh eh mak yang kupas ) dan buang dia punya bulu hidung tu…shida akan potong memanjang dan potong seperti nak buat rojak(tidak senipis buat rojak la tebal dlm 2 inci) shida akan blender buah nenas dengan memasukkan air (setengah daripada bekas blender basah). Blender sehingga hancur dan masukkan sebahagian daripadanya dlm kuali dan sebahagian lagi untuk baki nenas seterusnya…masukkan nenas yang telah dipotong di dalam bekas blender yang masih berbaki nenas yang dikisar sebelum ini..ulangi sehingga nenas habis..shida jugak kisar 2 potong betik masak untuk dimasukkan bersama-sama nenas yang telah dikisar tadi.

Biarkan nenas masak di atas api perlahan dan bila agak kering masukkan sedikit gula batu. Gula kasar mengikut kesesuaian..bergantung kepada citarasa masing-masing..selalu shida buat utk 2 biji nenas yang sederhana dekat2 1/2kg gula…

Biskut Hati..

HATI

2 Hati Menjadi Satu..2 Warna Menjadi 1 biskut…Biskut hati…biskut kegemaran keluarga shida jugak dan perlu buat tiap2 tahun…menggunakan acuan khas…shida belajar dari Mak Cik (adik mak) sejak 15 tahun dahulu..

Bahan-bahan :

250 gm marjerin

250 gm gula icing

2 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung ubi

1 sudu teh baking powder

1 biji telur

Serbuk koko

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar marjerin dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan telur memutar dengan kelajuan perlahan
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Satu adunan di uli bersama serbuk koko dan satu adunan dibiarkan plain
  5. Untuk mendapatkan bentuk hati yang bergeriji masukkan adunan dlm acuan (paip icing) dan potong.
  6. Sedia di bakar dengan suhu 150C sehingga kekuningan.

 

Selamat mencuba

Aidilfitri 1432 : Hari Raya Pertama

Assalamualaikum….adik

Walaupun hari ini sudah pertengahan syawal belum terlambat utk shida abadikan kenangan aidilfitri pada tahun ini..Hari Raya Pertama seperti tahun-tahun sebelum ini..shida akan beraya di rumah mak dan ayah (selagi tak kawen la kan bila dah kawen kena ikut en suami) dan beraya ke rumah wan, pak ngah, pak nyang, pak su dan saudara mara terdekat sebelah mak…

Tahun ini agak meriah walaupun tanpa abg din (abg sulung) sekeluarga yang beraya di Ipoh…kemeriahan aidilfitri tahun ini dikongsi dengan penambahan sorang adik ipar (suami dik ilah) yang baru kali pertama beraya dengan keluarga kami dan kehadiran Umar sekeluarga (anak angkat mak ayah dari nigeria)

 mumdadMak dan Ayah

makayahSingle Mingle bergambar dengan mak ayah

kak jaMak Ayah bersama Kak Ja Sekeluarga

dikilahDik Ilah dan Shahir

kamiMak Ayah bersama dengan 4 anak perempuan nya serta menantu n pasangan cucu

fmly1Kami Sekeluarga Tanpa Anak2 Lelaki Mak Ayah…Habis Manja la ye Kak Ja lentok kat bahu Abg Mie

umaraisyaMak Ayah dengan Umar, Aisha dan Ibtisam

umah mak ngah

Beraya di Rumah “Darling” + Mak Ngah

wan

Kami bersama dengan Wan (sebelah Mak)…wan dok perleceh kamera cheq..awat kamera ampa x kuar cahaya pun…sekali dah rosak wan…. huhuhuhu..sob sob

 

Memandangkan bekalan elektrik terputus pada hari raya tersebut..kami semua mengambil keputusan untuk keluar beraya…tak ketinggalan rumah sepupu mak (Lang Dah), Adik Mak (Pak Nyang, Pak Su), Mak Teh (Batu 18, Guar Chempedak) dan seterusnya membawa Umar untuk jumpa kawan-kawan UIAM yang datang beraya di rumah keluarga angkat mereka di Kg Sedaka Tengah, Yan…

Selepas Maghrib, shida, adik, aiman, aisya yang menumpang kereta suami isteri yang baru pertama kali sambut raya bersama-sama (Dik Ilah dan Shahir) balik ke Pendang dan singgah beraya di rumah keluarga BF adik..Zairul Azreen..makan nasi tomato…memang sedap..(sebenarnya kami dah pergi petang raya tetapi ramai saudara mara yen..so kami tak jadi masuk beraya rumah dia)

Hampir jam 10.30 malam kami 3 beradik balik ke rumah itu setelah dipaksa balik sebab nak main bunga api…