Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label laksa ikan sekoq. Show all posts
Showing posts with label laksa ikan sekoq. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Laksa 2 Kuah, Laksa Ikan Sekoq

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..Bangun pagi tadi tengok mak dah rendam laksa dan rebus ikan..pucuk putat pun dah makin bertambah segar bugar plak..sah mak nak buat laksa arini..Aik mak macam tau2 je plan kakakecik nak buat laksa hari nie..takde plak kakakecik bagitau mak malam tadi…biasa la mak mesti dapat rasa apa anak dia nak buat..Kakakecik plan nak buat buat sebab tengok pucuk putat banyak dalam peti ais tu..tu yang nak buat..mau2 plak malam tadi pcm ada tanya sesuai tak ikan tongkol buat kuah laksa asam..dah tu beberapa lepas Nurul Ain ada tayang laksa di FB…tak boleh jadi nie..

DSCN2502
Pucuk putat yang segar bugar..mak ayah pegi petik kat pokok di sawah..banyak plak tu..kakakecik lebih suka makan laksa dengan pucuk putat banding dengan daun selom

So, pagi tadi dalam pukul 11 lebih kakakecik dengan bantuan Kak Tie (kakak ipar) buat laksa..untuk hari nie kakakecik buat 2 jenis kuah…kat umah nie kalau buat laksa mesti kuah nya yang santan+kari tu….x berapa nak layan sangat laksa kuah asam (belacan) tu.itu yang jadi laksa 2 kuah..kakakecik akan taruk 2-2 kuah dalam laksa sepinggan tu….

DSCN2495
Bahan-bahan untuk buat kuah asam pedas (belacan tak de plak terlupa nak letak dlm pinggan tu)

DSCN2496
Ikan selayang yang diasingkan antara tulang dan isi nya (mudah kerja kakakecik arini sebab kak tie tolong asingkan..thanks kak tie)

Urusan membuat kuah memang kakakecik buat sorang2 je…just mintak kak tie rasakan kuah nya cukup rasa atau pun tak..kakakecik memang dah jadi tabiat begitu akan mintak sapa2 tolong rasakan…
laksaKuah asam pedas (belacan) dah siap manakala kuah lemak (santan+kari) tengah mendidih

DSCN2509
Bahan-bahan ulaman dah siap so apa tunggu lagi jom la kita makan laksa…pilih nak laksa kuah lemak or laksa kuah asam..kalau laksa kuah asam special skit..nak tau apa yang special nya jom kita tengok….

DSCN2517
Laksa ikan sekoq..kakakecik saja la simpan 3 ekor ikan kembung rebus tu untuk makan sama2 laksa kuah asam…si afif nampak ikan dlm pinggan tu terus mintak dia pun nak jugak..hehehe

DSCN2525
Laksa kuah lemak yang menjadi kegemaran kakakecik sekeluarga..kalau buat kuah tu mau seperiuk besar…akan panggil jiran kiri kanan depan umah mai makan..Kecian plak kat adik, dia kata time dia cuti aritu bukan nak buat…eh sapa suruh tak gtau dengan mak…padan muka…selamat menjamu mata la..



pssst: Eh ikutkan plan tu nak buat kek lapis dan soto kalau finaz jadi mai umah..tapi dia tak jadi datang so laksa je la hasil nya untuk hari ni…




Sunday, March 18, 2012

Laksa Ikan Sekoq…Tambah Free..

 

Assalamualaikum…selamat hujung minggu bagi negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu..

semalam, kakakecik melepas hajat di hati untuk makan laksa..Laksa Ikan Sekoq dah tu kalau nak tambah Free…waaaaaah sah-sah makan kat umah kan macam nie…ops korang silap…sebenarnya kakakecik pergi ke gerai makan di alor setar nie…boleh dikatakan pemes la jugak gerai laksa nie…alang-alang dah bawak “Che Ah” jalan-jalan tu…kami teringin la jugak nak merasa laksa ikan sekoq nie..dok dengar ramai kata sedap…SEDAP ke..

  laksa

Laksa ikan sekoq…laksa nya tak banyak mana pun…tu yang nak kena tambah…TAMBAH PERCUMA…kalau malu macam kakakecik pakai makan yang dlm pinggan tu je la…sapa yang makan pedas tu kena la mintak cabai potong..sebab dlm laksa nie dia memang tak letak cabai (cili padi)..Sedap tak korang tengok laksa ni…apa tak jelas…nak gambar lagi jelas…nak zoom dekat macam tu ye… ha tunggu apa lagi…tengok la gambar bawah nie…..terbentang ikan sekoq dia…

 

laksa 2

 

SEDAP tau…tak yah nak habaq…memang niat di hati kakakecik nak tambah..tapi sifat “kemaluan” tu menebal…so tak tambah la…dah tu di akhir suapan kakakecik dah sendawa… “alhamdulillah” memang jenis kakakecik mcm nie..kalau dah “argggggggh” memang tidak sama sekali akan tambah makan… “berhenti sebelum kenyang…makan sebelum lapar (dah lapar tapi x makan2 lagi nie)”

 

laksa3

Tengok pinggan kami bertiga..boleh dikatakan licin..tinggal tulang ikan sahaja…yang 1 pinggan tu garfu dok mintak nak tambah lagi..tapi dia pun malu…ntah bila tatau dia belajar malu…bagus la tu…dah anak dara kan…mamat2 kat meja belakang tu pun tak tambah…kalau kita yang anak dara nie tambah mesti malu kan…(poraaaaaah ayat tak leh blah)..

 

laksa ikan sekoq

Sempat lagi kakakecik ambil gambar nie sebagai bukti yang TAMBAH FREE…dah tu siap lagi tanya abang di meja bayar…harga sepinggan dan tutup hari apa…Gerai nie tutup hari SELASA..korang jangan plak dok mengidam nak makan laksa nie ari Selasa ye…hari lain buka dari pukul 11.30 pagi…siap sedia siap2 duit..sebab laksa nie sepinggan RM3.00…selain laksa, kat gerai nie jugak ada rojak, ABC, Cendol, jagung bakar…

 

kupon laksa

satu lagi kakakecik nak gitau..mesti korang suka punya la….kalau kita makan 5 pinggan…pinggan ke-6 Free..PERCUMA…PERCUMA lagi…kakakecik dah dapat 3 cop..so ada lagi 2 cop untuk makan FREE…Macam-macam cara kan tauke gerai nie nak menarik minat dan perhatian peminat laksa…kakakecik pun tatau la bila nak p lagi..sapa2 nak p tu roger2 la ye…boleh la kita makan sama…merasai kesedapan dan kenikmati laksa ikan sekoq nie…memang tak akan menyesal punya la…

 

laksa4

Che Ah…terima kasih belanja makan laksa sekoq…sedap kan…cer tengok pinggan CheAh…memang makan PERCUMA la kakakecik semalam…

 

laksa5

Kembar Kecik dan Besar…CHE AH dan CHE KAH (adik) dorang nie kembar tapi lain mak lain ayah la…tarikh lahir sama di tahun yang sama..banyak jugak la persamaan budak 2 orang nie…memang sesuai la jadi kembar…thanks adik n che ah jadi peneman kakakecik makan laksa semalam…

 

pssst : mesti ada yang tatau lokasi gerai nie kan…gerai nie kat Jalan Gangsa, Mergong…area Perumahan Awam Mergong dan Taman Utama....dekat dengan selekoh….jalan nak ke Chin Hin Motor dan Toyota Mergong..kalau gak pandai2 la korang google map..HEHEHEHE