Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label myniece. Show all posts
Showing posts with label myniece. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Ainur Sorfina Di Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Buat pertama kali nya Ainur terpaksa ditinggalkan di kampung untuk berhari raya di sini. Ibu dan abah nya ada tuntutan kerja. Ibu kerja pada hari raya hingga raya ke4. Abah nya plak kena pergi Sabah selama sebulan..Kecian Ainur Sorfina kena tinggal…Nasib baik la Sorfina tak pandai lagi tanya…tapi dari segi reaksi riak wajah nya…tahu dia mencari2 ibu nya..kadangkala nampak dia sedih je..luluh juga hati Ateh melihat nya..Macam petang semalam sebelum berbuka dok mintak suruh dukung je…

ainur sorfina

Alhamdulillah Sorfina dikelilingi abang2 dan kak2 sepupu yang rajin melayan nya..Kak Aisya kekonon nak bancuhkan susu untuk Adik Sorfina, sekali dia hanya boleh datang siang sahaja..homesick tak boleh tinggal umah taman..hahhaa..cakap kemas bukan main..Malam tadi rasa nya dia hanya bangun sekali sahaja…tidur dengan Achu nya…anak mama kata kan..Tapi kain pelikat Abahnya pasti kena ada di sisi nya masa tido…sebab nya bila dia berenggang dengan abahnya dia akan demam..dengan ibu ini adalah kali pertama..kita tengok la camne keadaan je nanti…harap Sorfina okey la..

ainur

Tapi camne nanti bila raya kedua hingga raya ke empat..abang2 dan kakak2 sepupu nya pakat balik Perak umah keluarga masing2…Adakah Ateh, Tok, Achu nak ikut beraya di Perak juga..keputusan belum lagi di buat…

Tuesday, July 16, 2013

Habis Berbintat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ada orang komplen la asyik ambik dan post gambar makanan je..Itu je mampu ingat saja2 tayang ke,sekurang2nya gambar makanan tu boleh bagi ilham kepada orang lain untuk masak jugakk, huhu apa da..tapi jangan plak ada yang komplen asyik ambik dan post gambar Ainur Sorfina je..Arrgh biar ahh jangan jeles..itu je anak menakan yang ada di rumah sekarang nie..Hahaha..

 ainur1

Kecian dengan Sorfina, 2 malam tidur di rumah tok dah habis berbintat merah badan nya..dan paling sadis kat muka dan mata habis bengkak..huhuhu..dah tu buat muka macam nak marah..tatau la jugak sebab apa…dok syak nyamuk la..tapi itu la dah spray pun bilik sebelum masuk tido…yg pelik dia je dok kena gigit…ibu dia riso gak alergic makan apa2 ke…

ainur2

Tapi semalam ibu nya dah mintak kakakecik belikan MOPIKO..so dah letak la kat tempat2 bintat tu..harap dah okey la skit…tak pasal2 malam tadi Sorfina kena tukar bilik..hahaha tak tidur sebilik dengan Ateh da..sebab bilik yang kami tidur tu ada bilik air…

 

psst : picture last dia kena tipu…tak mau sangat tengok camera, sekali sebut achu 2-3x baru dia nak tengok camera..pastu kelam kabut cari achu nya..hahaha..sowi sopina

Thursday, July 11, 2013

Bila Aisya Shopping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tetiba arini nak cerita skit la pasal anak la…bukan anak sendiri, tapi anak buah kakakecik nie..ye la nak cerita pasal anak cerita camne dah tak de lagi..orang yang dah kawen n ada anak seronok je cerita kisah anak2 mereka..Jeles tau…tu yang nak cerita pasal Aisya, Anak buah yang agak rapat dengan Ateh nya…mau tak rapat dah pergi sana sini selalu bersama dengan nya…ye la da kakakecik nak pergi mana pun ajak ibu dan ayah nya…kalau ayah tak pergi..ibu nya, mesti dia ikut..Kadang kala ibu tak ikut pun dia ikut je sampai ke Perak sana dia ikut Ateh nya…Bukan nak cerita pasal dia suka mengekor ke sana ke mari tapi nie perangai Aisya nie bila shopping yang mengalahkan anak/mak dara.

 

Okey, kalau minggu lepas shopping baju raya di Kulim..puas juga la nak pujuk dia nak suruh terima warna yang kita nak. Sampaikan nak suruh cuba saiz baju warna tu pun tak mau..Dia nak pilih sendiri warna dan design baju nya. Bila dapat yang dia berkenan okey la..baju dah selesai..dia nak tudung plak..Tudung nak kena bagi match dengan baju..kalau tak, tak mau..Bila adik kedai tu tunjuk tudung budak, selamba je dia kata..kecik..tapi dia cuba gak pakai…dia kata tak mau tudung nie kecik..dia nak yang besar skit..terus terduduk tunduk malu adik kedai tu..sebab dia pun pakai tudung awning saiz S je..Adik kedai tu kata dengan Aisya…”dik, kak pun pakai tudung saiz S je” (sambil dia tarik2 kan tudung nya) hahahaha kan dah termalu dengan aisya…memang Aisya nie dia akan kata je ikut mulut dia..budak2 kan..tapi betul la tudung tu kecik…bila tak de tudung yang sesuai dengan nya..merajuk la sekejap..Pujuk pujuk akhirnya dia cool semula..

 aisya

Semalam, dah alang-alang pergi Mydin beli barang keperluan rumah, terus ke Pekan Alor Setar untuk beli baju raya mak dan tudung. Tempat tuju kami Emporium sebelah Pekan Rabu..kat situ ada banyak tudung dan baju-baju ready made. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, memilih try tudung untuk Aisya..dia dah bagitau dia nak yang 3 layer…ambooi demand bukan main lagi…last2 dapat yang 2 layer je…hahaha..harga mahal la jugak dah nak sama harga tudung bawal Ateh eh…Bila dia dapat je tudung cepat2 ajak balik katanya “kecian ayah dok jaga adik Auni dah lama” huhu, tak sempat tok dia nak try baju. Sabar la kalau shopping dengan dia…jangan sangka budak umur 4 tahun macam dia tatau nak pilih…

 

Tu belum masuk bab seluar jeans lagi..kalau jeans tak nak warna lain..nak warna biru je..kakakecik tau pun kes temankan Abang Mie shopping tahun lepas sebab Kak Ja dalam pantang..Tshirt pun dia nak yang berlengan panjang..tak nak yang berlengan pendek..Bagus la kan kecik2 Aisya dah pandai pilih sendiri dan tau nak menutup aurat nya…Mungkin ini disebabkan faktor didikan di tadika, yang mana uniform tadika nya adalah baju muslimah dan bertudung.. :)

aisya myrza

 

psssst :Ibu dia kata, nanti ibu tak mau bawak Aisya shopping sebab sebab Aisya dah dapat pun baju dan tudung