Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, July 11, 2013

Bila Aisya Shopping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tetiba arini nak cerita skit la pasal anak la…bukan anak sendiri, tapi anak buah kakakecik nie..ye la nak cerita pasal anak cerita camne dah tak de lagi..orang yang dah kawen n ada anak seronok je cerita kisah anak2 mereka..Jeles tau…tu yang nak cerita pasal Aisya, Anak buah yang agak rapat dengan Ateh nya…mau tak rapat dah pergi sana sini selalu bersama dengan nya…ye la da kakakecik nak pergi mana pun ajak ibu dan ayah nya…kalau ayah tak pergi..ibu nya, mesti dia ikut..Kadang kala ibu tak ikut pun dia ikut je sampai ke Perak sana dia ikut Ateh nya…Bukan nak cerita pasal dia suka mengekor ke sana ke mari tapi nie perangai Aisya nie bila shopping yang mengalahkan anak/mak dara.

 

Okey, kalau minggu lepas shopping baju raya di Kulim..puas juga la nak pujuk dia nak suruh terima warna yang kita nak. Sampaikan nak suruh cuba saiz baju warna tu pun tak mau..Dia nak pilih sendiri warna dan design baju nya. Bila dapat yang dia berkenan okey la..baju dah selesai..dia nak tudung plak..Tudung nak kena bagi match dengan baju..kalau tak, tak mau..Bila adik kedai tu tunjuk tudung budak, selamba je dia kata..kecik..tapi dia cuba gak pakai…dia kata tak mau tudung nie kecik..dia nak yang besar skit..terus terduduk tunduk malu adik kedai tu..sebab dia pun pakai tudung awning saiz S je..Adik kedai tu kata dengan Aisya…”dik, kak pun pakai tudung saiz S je” (sambil dia tarik2 kan tudung nya) hahahaha kan dah termalu dengan aisya…memang Aisya nie dia akan kata je ikut mulut dia..budak2 kan..tapi betul la tudung tu kecik…bila tak de tudung yang sesuai dengan nya..merajuk la sekejap..Pujuk pujuk akhirnya dia cool semula..

 aisya

Semalam, dah alang-alang pergi Mydin beli barang keperluan rumah, terus ke Pekan Alor Setar untuk beli baju raya mak dan tudung. Tempat tuju kami Emporium sebelah Pekan Rabu..kat situ ada banyak tudung dan baju-baju ready made. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, memilih try tudung untuk Aisya..dia dah bagitau dia nak yang 3 layer…ambooi demand bukan main lagi…last2 dapat yang 2 layer je…hahaha..harga mahal la jugak dah nak sama harga tudung bawal Ateh eh…Bila dia dapat je tudung cepat2 ajak balik katanya “kecian ayah dok jaga adik Auni dah lama” huhu, tak sempat tok dia nak try baju. Sabar la kalau shopping dengan dia…jangan sangka budak umur 4 tahun macam dia tatau nak pilih…

 

Tu belum masuk bab seluar jeans lagi..kalau jeans tak nak warna lain..nak warna biru je..kakakecik tau pun kes temankan Abang Mie shopping tahun lepas sebab Kak Ja dalam pantang..Tshirt pun dia nak yang berlengan panjang..tak nak yang berlengan pendek..Bagus la kan kecik2 Aisya dah pandai pilih sendiri dan tau nak menutup aurat nya…Mungkin ini disebabkan faktor didikan di tadika, yang mana uniform tadika nya adalah baju muslimah dan bertudung.. :)

aisya myrza

 

psssst :Ibu dia kata, nanti ibu tak mau bawak Aisya shopping sebab sebab Aisya dah dapat pun baju dan tudung

1 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

ALhamdulilah bagus aisya nie. sejuk perutttttt, sejuk mataaaaa :)