Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, June 6, 2013

Tempahan : Kek Karamel di Hari Israk Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4119

Walaupun mood untuk baking sedikit merundum, almaklum la last week dok pulun buat 5 biji kek lapis untuk majlis Izzuan, tapi disebabkan mendapat tempahan daripada Kak Azie kena la jugak buat. Kak Azie dah banyak kali tempah kek karamel..tak best la jugak kan kalau tolak tempahan nya. Perasa? Kak Azie tak kisah perisa apa pun. So, kakakecik buatkan perasa nenas+strawberry+vanilla.

DSCN4124

Ada yang tanya, kenapa kakakecik tak promote kek karamel nie kat Mudah..Ntah la, keyakinan tu masih kurang. Buat masa sekarang kakakecik hanya ambik tempahan daripada kenalan dan saudara mara terdekat sahaja. Tapi kalau sapa nak tempah tu boleh je email ke shida5062@gmail.com. Harga untuk sebiji kek karamel yang bersaiz 8inci dan berat lebih kurang 1kg ini berharga RM30.00. Perasa ikut pelanggan bergantung kepada stok perasa yang kakakecik ada. (Kawasan liputan yang berhampiran dengan Pendang aje la)

Jom Memasak : Sotong Goreng Tepung Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Salam Israk Mikraj…Kedah cuti hari nie, so kakakecik pun cuti jugak la walau pun semalam dok 50-50 nak cuti atau tak. Ye la baru sangat kerja nak cuti plak..tapi kebetulan hari nie ada tempahan kek karamel..apa lagi cuti je la..hehe..

 

Bila dah cuti harus la masuk dapur untuk masak tenghari kan. Menu tengahari untuk harini sambal bilis+petai, daging masak air dan sotong goreng tepung yang super duper ranggup. Kakakecik terliur tengok sotong goreng tepung yang kak Yusa buat, kebetulan kat rumah ada skit sotong. Cepat-cepat bagitau mak, sotong tu nak goreng tepung. Hehe..

DSCN4110

Dah rasa macam sotong goreng tepung Kuala Perlis..cuba silap nya tawar skit sebab kakakecik tak berani nak letak sangat garam, letak skit je risau masin..tak pe cicah dengan sos cili thai dah sedap..Thanks akak share resepi ni yang lengkap dengan petua nya lagi.

 

Resepi : Sotong Goreng Tepung Ranggup

Sumber : Seri Kandi Tanah Jauhar

Sumber Asal : NasRina Honey 


Bahan-bahan :

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
  2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
  4. Panaskan minyak.
  5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
  6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
  7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Rujuk tips di bawah untuk mendapat hasil yang ranggup...
Tips :

  1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
  2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
  3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
  4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
  5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

Selamat Mencuba

 

psst : jika tepung lebih jangan la buang ye, leh je  buat ikan goreng tepung macam kakakecik buat, hehhee da tepung lebih banyak..tu pun ada lebih lagi.simpan je dalam peti ais esok2 boleh guna lagi