Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 5, 2013

Jom Mengukis : Almond London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

almond london.2

Setiap rumah kalau berhari raya mesti kebanyakan nya ada biskut nie kan..Biskut apa..biskut almond london…ini adalah tahun ke3 rasa nya kakakecik buat sendiri..Alhamdulillah atas resepi almond london perkongsian PCM di Tiffin Biru…kakakecik telah jatuh cinta dengan resepi yang dikongsi..sekali buat bukan satu adunan tapi dua adunan…dapat la 2 balang tinggi.. banyak ke..itu pun belum tentu cukup…almaklum la pakat nak bawak tupperware sendiri hehhe untuk bawak balik umah masing2…

badam

RESEPI : ALMOND LONDON

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)

BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

almond london

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.

  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.

  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba semua, sekali mencuba pasti nak buat lagi tahun depan...

Ainur Sorfina Di Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Buat pertama kali nya Ainur terpaksa ditinggalkan di kampung untuk berhari raya di sini. Ibu dan abah nya ada tuntutan kerja. Ibu kerja pada hari raya hingga raya ke4. Abah nya plak kena pergi Sabah selama sebulan..Kecian Ainur Sorfina kena tinggal…Nasib baik la Sorfina tak pandai lagi tanya…tapi dari segi reaksi riak wajah nya…tahu dia mencari2 ibu nya..kadangkala nampak dia sedih je..luluh juga hati Ateh melihat nya..Macam petang semalam sebelum berbuka dok mintak suruh dukung je…

ainur sorfina

Alhamdulillah Sorfina dikelilingi abang2 dan kak2 sepupu yang rajin melayan nya..Kak Aisya kekonon nak bancuhkan susu untuk Adik Sorfina, sekali dia hanya boleh datang siang sahaja..homesick tak boleh tinggal umah taman..hahhaa..cakap kemas bukan main..Malam tadi rasa nya dia hanya bangun sekali sahaja…tidur dengan Achu nya…anak mama kata kan..Tapi kain pelikat Abahnya pasti kena ada di sisi nya masa tido…sebab nya bila dia berenggang dengan abahnya dia akan demam..dengan ibu ini adalah kali pertama..kita tengok la camne keadaan je nanti…harap Sorfina okey la..

ainur

Tapi camne nanti bila raya kedua hingga raya ke empat..abang2 dan kakak2 sepupu nya pakat balik Perak umah keluarga masing2…Adakah Ateh, Tok, Achu nak ikut beraya di Perak juga..keputusan belum lagi di buat…

Sunday, August 4, 2013

Jom Megukis : German Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

German Cookies…resepi mudah yang menarik hati dan minat kakakecik untuk mencuba nya tahun nie.. Hajat di hati nak ada perubahan biskut raya tahun nie…asyik2 biskut yang sama je setiap tahun.x syok jugak kan…Pada mula nya kakakecik ternampak myKembo Shida Anwar post kat wall dia..kalau x silap daripada page group Buku Resepi ke apa ntah..tengok je guna tepung apa..ooo tepung kentang…nak kena beli la la tepung nya if nak buat kan…

 

Rabu..selepas tutup kedai…singgah bakery di Pendang untuk membeli tepung kentang…jenguk2 ada tepung ready made.instant punya untuk germany cookies..tapi kakakecik tak beli pun…mana mencabar kan guna tepung dah siap semua..hehehe…

 

Tup2 khamis tu nampak kak Yatie Sinar Kehidupan share German Cookies nya di FB…lagi la kakaecik bersemangat unuk buat nya…Petang tu jugak kakakecik buat..hehehe…

germany cookies

Resepi : German Cookies

BAHAN-BAHANNYA :

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang
  • 80 gram tepung tepung gandum
  • 40 gram gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap. Kalau nak hias love love macam kakakecik tu pun boleh…hehhee…nampak sweet je kan
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.

***1 adunan dpt lebih kurang 70+ keping.. kalau nak lebih gandakan adunan..Kakakecik buat 2 adunan..

 

Alhamdulillah…biskut nie mendapat keluluasan piawaian Abang On…dia kat sedap..tapi mak lak kata xleh makan sebab dia cair bila di dalam mulut..hehehe..Selamat mencuba biskut mudah tanpa telur nie..berbaloi sebab sedap…