Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 5, 2013

Jom Mengukis : Almond London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

almond london.2

Setiap rumah kalau berhari raya mesti kebanyakan nya ada biskut nie kan..Biskut apa..biskut almond london…ini adalah tahun ke3 rasa nya kakakecik buat sendiri..Alhamdulillah atas resepi almond london perkongsian PCM di Tiffin Biru…kakakecik telah jatuh cinta dengan resepi yang dikongsi..sekali buat bukan satu adunan tapi dua adunan…dapat la 2 balang tinggi.. banyak ke..itu pun belum tentu cukup…almaklum la pakat nak bawak tupperware sendiri hehhe untuk bawak balik umah masing2…

badam

RESEPI : ALMOND LONDON

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)

BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

almond london

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.

  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.

  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba semua, sekali mencuba pasti nak buat lagi tahun depan...

1 comments:

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

x smpt nak buatnya dah...huhuhu...