Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Jom Memasak : Pizza Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3680

Kakakecik ingin kongsi resepi pizza udang yang kakakecik buat petang semalam untuk makan dengan family di rumah. Alhamdulillah walaupun guna tepung gandum tapi doh yang amat kakakecik berpuas hati…

 

Adunan doh kakakecik oleh daripada resepi pizza sebelum nie…Nasib baik menjadi kalau tak, dop tahu jugak la…dah la guna cheese yang expired tarikh nya…tapi masih lagi bertali bila ditarik…hehehe.. Memandangkan stok udang segar ada di dlm esbox…so kakakecik toppingkan pizza nie dengan udang dan sosej.

 

DSCN3673

BAHAN DOH :

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh shortening
  • 1 camca oregano

BAHAN ISIAN :

  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sos cili
  • hirisan bawang besar
  • udang segar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, shortening dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam serta sos cili. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

 

DSCN3676

Selamat mencuba

Thursday, April 18, 2013

Jom Memasak : Pizza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3631

Dua hari kakakecik berada di Kangar, Perlis untuk menguruskan anak-anak buah disebabkan ummi mereka sarat mengandung menunggu hari untuk melahirkan anak yang kelima..abang pulak ada audit di syarikat nya…so, kakakecik sebagai mak saudara yang belum berkahwin dan belum mempunyai komitmen dipertanggungjawab kan untuk urusan ini.

 

Dua hari di sini 2 kali jugak kakakecik menguli tepung untuk membuat pizza…sekali adun setengah kilo…seronok tengok anak2 abang makan pizza yang ateh mereka buat..alhamdulillah…walaupun simple takde apa yang special topping nya…yang spesel sebab ateh buat dengan penuh kasih sayang…auuuuuuuw…malam tadi dinner pizza…petang nie minum makan petang dengan pizza plak..

DSCN3627

Resepi kakakecik google petang semalam…terlupa link resepi nya…mohon halal ye tuan punya resepi…

BAHAN DOH :

  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 1 pkt yis segera (11gm)
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver (x letak sebab xde)
  • 1 camca oregano (dalam entry tu dia kata suka bau dia bila di bakar)

CARA MEMBUATNYA :

DSCN3611

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

DSCN3614

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

DSCN3623

Kakakecik just ambil resepi doh sahaja…topping kakakecik just main campak2….letak je apa yang suka…mula2 sapu sos tomato..pastu letak la sosej, daging burger, cheese mozarella, tabur lada hitam..done..

DSCN3626

Afiq…habis 1 keping pizza saiz 6 inci dia makan sebelum ke kelas fardu ain petang tadi..balik kejap lagi mesti dia tanya lagi..dia memang penggemar pizza..balik sekolah tadi pun dah tanya..bila kita tak buat dia kata “ Ateh, kata nak buat pizza” Alamak ateh x ingat afiq ada kelas fardu ain…kelam kabut ateh membuat nya..sempat jugak la dia makan..lewat 15 minit hari nie dia ke kelas..gara2 makan pizza.

 

psst : pcm Adnan Ibrahim pun wat pizza jugak petang nie..tak sabar nak tengok pizza dia…mesti meletop

Bila Di “Paris”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hek eleh…bila masa pulak ang PARIS nie kakakecik oooi..jangan tatau la nie kakakecik dok ada kat PARIS..siap bermalam lagi kat sini tau..memandangkan malam tadi berada di PARIS…so dinner pun ala-ala omputih la kan…tak main la nak makan nasi tu..hehehe…

DSCN3605
Untuk dinner malam tadi..kami adik beradik anak beranak just makan pizza je….pizza buat sendiri habaq mai..nak letak apa pun ikut suka hati je…dah lama jugak kakakecik tak buat pizza nie…petang semalam masa dok borak-borak dengan kak Niroh anak beranak…tetiba terkeluar topik pizza…apa lagi terus budak-budak tu mintak buatkan pizza. Ateh pun apa lagi google la resepi…dah dapat resepi yang berkenan keluar la beli barang di kedai bahan kek YonHin, depan Aneka Kangar tu…


Resepi nya kakakakecik terlupa la ambik kat blog sapa…sebab copy paste ke word..keluar pegi beli barang tengok2 internet dah off..mintak halal ye tuan punya resepi.Kakakecik just ambik bahan doh sahaja, topping main campak2 je sebab budak2 nie hanya nak sosej. Sebelum hantar Athirah tuisyen pukul 8 malam tu, kakakecik uli la doh dan rehatkan nya…Tapi si Afiq dah lapar sangat…so buat la pizza simple untuk nya..eh Ateh pun lapar jugak la..habis gardenia ada..apa lagi topping la ikut kesukaan masing-masing.

DSCN3595
Satu untuk Ateh, satu untuk Afiq.satu untuk Athirah dan satu lagi untuk Angah..kecian nya Athirah x sempat makan..so 2keping boleh kat Angah..teka mana satu yang Ateh, Afiq, Angah dan Athirah…


Elok dah balik hantar Athirah tuisyen, Ateh pun makan la mini piza simple tu…time tu Kak Niroh ada bagitau Angah kata, ateh tu pandai je buat itu ini,mereka…Kak Niroh jawab : Ateh….kalau dia dok sini kita pakat pakat gemuk la…dah ateh buat macam-macam..Ateh hanya mampu senyum.

DSCN3599
Sejam menunggu dengan penuh ketidaksabaran nya terutama si Afiq.asyik tanya..Ateh tak siap lagi ke..Afiq lapaq nie…sabar ye Afiq….untuk Afiq ada bahagian dia sendiri sebab dia hanya nak sosej sahaja..tak mau cheese dan daging burger…bila kita letak merajuk..sabo je la. Tapi bila kepingan kedua…dia dah nak letak cheese kata nya sedap…hehehe..Bila kita perli dia…dia jawab.AFiq kan dah lama x makan pizza tu afiq tak ingat sedap ke tak..tapi piza ateh buat nie sedap la….Pandai sungguh si afiq nie ampu ateh nya…

DSCN3603
Walaupun agak tebal tapi ia lembut di dalam…lepas nie kalau nak buat kena buat 4 keping…baru okey ketebalan nya…Okey la ye kakakecik dah nak start masak memasak kejap lagi nak pergi ambik anak2 di sekolah…kakakecik kan bibik dan supir….hehhee


pssst : dah janji dengan afiq nak buat lagi pizza harini…tapi tak buat lagi sebab yis x cukup jangan dia tuntut time balik sekolah japg sudah la…



Thursday, September 20, 2012

Jom Memasak : Pizza, Bikin Sendiri Pun Boleh

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari…

 

jucy

Juuuuucy…kak mintak maaf la ye baru teringat yang kamu mintak resepi pizza pada entry ini minggu lepas…hehhe..alahai resepi yang mudah je pun..eh mudah ke..boleh la tapi part nak uli tu yang jenuh…lenguh gak tangan nie…almaklum la jari jemari kakakecik kan halus..kalau yang BreadMixer tu senang la keja dorang…tekan ON je…siap dah doh…(sapa baik hati nak hadiahkan kakakecik BM nie)

DSCN9616

(gambar kepingan pizza yang kakakecik buat terdelete huhu, so ulang tayang gambar dlm entry sebelum nie la, sori ye)

 

Bahan-bahan Doh Pizza:

  • 500 gm tepung high protein
  • 1 pkt (11gm) yis mauripan
  • 20 gm mentega
  • 2 sudu gula
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 sudu shortening
  • 1/4 camca teh garam
  • air suam secukupnye

Bahan-bahan Sos Pizza (boleh je guna sos spghti)

  • 3 biji tomato masak, dicincang
  • 1/2 tin kecil pes tomato
  • 2 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu makan minyak sayuran
  • 1 sudu teh oregano

Bahan-bahan Inti Pizza:

  • Sosej ayam
  • Ketam (jejari ketam ke apa yang 4 sepi panjang wana merah putih tu)
  • Bawang besar, dihiris bulat (optional)
  • Mozzarella cheese
  • Cendawan butang (dlm tin) – hiris nipis2
  • Daging Kisar
  • Sos Tomato, Sos Cili
  • Mayonis (kakakecik x letak sebab x suka, hahahhaha)

CARA PENYEDIAAN
a) Membuat doh pizza
   - Campurkan tepung gandum, yis, garam, gulam shortening dan mentega dalam mangkuk besar. Masukkan air suam. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi satu doh yang lembut dan elastik. Jika melekit tambah tepung sedikit. Kemudian bulat-bulatkan dan biar selama 45 minit sehingga DOH naik sekali ganda.Bahagikan doh kepada 4 bahagian (terpulang kalau nak wat mini, banyakkan la) Canaikan kepada bentuk bulat dengan ketebalan 2 sm. Masukkan ke dalam acuan yang telah digris kan dan tinggalkan selama 10 minit sebelum diletakkan topping.


b) Membuat sos
   - Tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan tomato yang dicincang dan dikacau sehingga ia lembik. Masukkan tomato paste, oregano serta gula merah dan masak di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga pekat. Sejukkan.

 

Semua dah sedia jom kita topping pizza  plak..sambil tu panaskan la oven yer dengan suhu 150.

- Doh yang telah dibiarkan 10 minit tadi kita cucuk2 kan dengan garfu..kasi keluar itu angin…

- Letakkan 2 camca mayonnaise (kalau suka byk leh tambah lg...x suka x payah letak- untuk diri sendiri la nie). Kemudian sapu pula sos pizza dan ratakan.

- Susun bahan-bahan pizza di atas sos tersebut dan diakhiri dengan mozzarella cheese dan oregano (actually bahan-bahan pizza tu depend ikut kesukaan)

- Bakar 20 - 25 minit hingga cheese mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan segera bersama sos kegemaran...Buat kaedah yang sama bagi bahagian doh yang lain tadi ok.. Dah siap sedia utk dijamu...

 

ATURAN
1. CANAI DOH
2. SAPU SOS PIZZA
3.TABURKAN TOPPING
4. TABURKAN CHEESE
5.TABURKAN OREGANO

Selamat mencuba

p/s : nak lagi mudah resepi pizza pergi kat CR

Thursday, September 13, 2012

Kalau Memang Dah Teringin dan Nak Sangat…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sesapa pun kalau dah sememangnya dia teringin dan nak kan sesangat sesuatu tu memang dia akan berusaha sehingga berjaya…tak kira la walau ada halangan apa pun yang terpaksa diharungi tetap akan berusaha keras sampai la boleh…baru puas hati kan…ini lah yang berlaku kepada kakakecik 2-3hari nie…kalau kakakecik kata nak..memang kakakecik akan usaha la sampai dapat…kadang2 la la tu jugak la buat sampai puas…kalau dah kata xmau jangan dok paksa la…hehehe..family memang dah tau dah…
DSCN9627
Semalam, walau kesuntukan masa untuk berbuka kakakecik tetap jugak buat laksa..dah tekak nie nak je makan laksa…huhuhu..sampai je umah terus buka esbox dan tanya mak, ada x lagi ikan..mak kata xde…huhu..frust la jugak…erm tapi kakakecik pandai mengayat mak…kakakecik gtau la nak buat laksa..teringin sangat nak makan..sekali mak suruh abg mie p beli ikan..hehehe…dapat la kakakecik buat laksa untuk berbuka semalam…
DSCN9632
Laksa Segera bukan nya laksa readymade…terlebih belacan plak rasa nya malam tadi…habis la kemek hidung yg tak mancung nie…belacan lebih ke apa ada aku kisah…makan 2x kot malam tadi last2 pagi nie cherry berry…ambik puas hati ye shida…Resepi? Klik je kat Entry sebelum nie…LAKSA UTARA (yang tu pun laksa segera mengidam malam jugak,kalah orang mengandung)
    
Tu Bab LAKSA….Ni kes Pizza lak…(nampak tak dalam gambar laksa kat atas tu ada macam pizzakan).  Minggu lepas nampak Lydia Miza upload mini piza nya…hati kakakecik membuak2 je nak buat, dah lama kot tak meroti nie..tetapi terpaksa dipendam untuk meroti pizakan sebab mozarella cheese tak de jual kot pendang nie…kena p alor setar baru boleh beli…Adakah impian kakakecik untuk merotipizakan berjaya…

Arghhhhhhhhhhh,sememang nya la tak berjaya untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin…tetapi Selasanya YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA berjaya jugak kakakecik buat pizza untuk sesi keluarga..aik sempat jugak ye pergi alor setar beli cheese…bukan je Alor Setar kakakecik sempat pegi..Perda, Butterworth pun sempat je pergi Selasa tu..kebetulan Adik balik kampung, Selasa tu nak kena g HBAS, so alang2 dah bawak adik pergi hospital dan semuanya selesai awal..dapat la kakakecik singgah Kedai Bahan Kek Sayang di Alor Setar…beli la apa yang patut..tepung roti, cheese, paste2 untuk kek karamel…nak beli rosemary tak de plak…tak kisah la nanti cari kat tesco…(dapat jugak beli rosemary kering kat tesco, puas cari yang fresh takde) okey abaikan kisah rosemary…nanti2 kakakecik story walau dah buat ayam panggang rosemary…
DSCN9616
Pizza apa nama pun tatau la..janji puas hati bila makan…ni pun terasa nak meroti lagi..tak sabar nak tunggu esok nie…


pssst : ini bab makan..kalau bab lain tatau la kan camne hehehe