Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Jom Memasak : Cornflakes Coklat

Assalamualaikum dan Selamat Petang…

 

Kalau raya-raya (raya haji dan raya puasa je) sebelum nie kakakecik buat cornflakes madu aje…tapi untuk raya haji kali nie kakakecik menerai buat cornflakes coklat yang mudah kerana tak perlu masukkan dalam oven…mau plak buat sorang-sorang…heehee…EH mak tolong la malam buat cornflakes coklat nie..mak tolong tabur2kan manik urai warna warni…Terima Kasih mak…

 

Tapi kan….anak2 buah shida tak nak cornflakes coklat nie..dorang nak cornflakes madu…mana la ateh sempat nak buat sorang2 cornflakes madu kan nak kena masuk oven..alahai ampa nie..sekali sekala ateh nak jugak tukar selera…walau ateh x makan…boring la asyik benda yang sama dari 15 tahun lalu….

 

Resepi cornflakes coklat nie kakakecik ambil di blog Ita Yuzie, ENTRY ini..Jom kita semak resepi yang kakakecik telah tokok tambah:

cornflakes

RESEPI : CORNFLAKES COKLAT

BAHAN-BAHAN

  • 500g cornflakes
  • 300 gram kacang shangton yang telah dicincang2 (kalau nak sedap guna almond strip yang telah di panggang @ sangai dulu sampai rangup)
  • 400g coklat masak
  • bebola manik warna warni untuk hiasan

CARA-CARA

  1. Cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler (kalau boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2)
  2. Bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi
    gaul sampai semua bersalut & rata
  3. Sudukan atas papercup dengan segera
  4. Hiaskan dengan memanik warna warni
  5. Letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras
  6. Biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Dah siap.... mudahkan tak perlu oven tak perlu mixer hanya perlu rice cooker..kenapa..nie cara mudah nak bagi coklat cair, tengok la tips yang dikongsi oleh Ita dalam entry nya ini

 

*TIPS DARI ITA YUZIE: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya.

Thursday, November 10, 2011

Laksam, Kek Coklat dan Reena Tan

Assalamualaikum…

Shida bukan sahaja gila donut, gila melapis kek lapis..tetapi jugak gila laksam dan kek coklat…Kerana Laksam dan Kek Coklat..Shida sanggup memandu hampir 2 jam ke Taiping untuk menikmatinya…

 

Di Hari Raya Kedua AidilAdha (Isnin, 7hb Nov 2011) shida memulakan pemanduan PHS bertemankan Anith Shasha Chan, Adik dan Athirah…Dengan hujan yang membasahi bumi Kedah menyebabkan shida tidak boleh memandu dengan speed  seperti biasa…Alhamdulillah kami sampai ke Bagan Serai dalam pukul 11.30 pagi…janji dengan Angah untuk pergi sama-sama dari Bagan Serai…tetapi disebabkan Angah terlupa yang Rahim Wan Ghazali ada kerja…shida terpaksa patah balik ambil angah di kawasan rumah nya…tak kisah la walau perut dah bernyanyi..nasib baik dah keluarkan apa yang tak tahan tu….

 

Dari Bagan Serai…Angah drive….perrrrrrrgh best nye dok sebelah je…borak punya borak akhirnya kami sampai rumah Reena Tan di Assam Kumbang…(Komeng ingat ye ASSAM KUMBANG…ASSAM KUMBANG) masa kami sampai nie..ada sedara Reena..salam-salam beramas mesra kejap..Mama Reena yang sporting jemput kami makan….

 

Atas meja dah penuh dengan makanan…ada LAKSAM, LAKSA, LEMANG, RENDANG, KEK COKLAT…..shida aim LAKSAM dan KEK COKLAT aje…..tapi bila tengok LAKSA, LEMANG dan RENDANG yang mama buat rasa teringin plak…senang cite semua makanan yang Reena dan mama nya hidang kan…shida makan…

kek reenaKek Coklat Lembab yang super sedaaaaaaaaaaaaaaaaap…Reena mana resepi nie…kata nak exchange

laksam reenaKerana Laksam ini lah yang membuatkan shida begitu rapat dengan Reena…tanggal  12 Sept 2011

 

kamiBergambar dengan tuan rumah Reena Tan..

Angah rindu Kaki Salut PlastikMegat comey sangat eeeeh buat muka macam tu..

angah Angah….bagaikan Abang dengan Adik

  komengRosmanizan GilaFoto….Komeng…1st time jumpa F2F

 

Lepas makan-makan…Pak Uda Reena plak nak berkarok….dah la Anith tu Hantu Karok…siap berduet lagi…..hamboi hamboi bukan main lagi depa nooo… last2 shida, Angah dan Reena, Komeng dan Megat  lepak kat luar borak-borak usik mengusik bahan membahan….

karok

Beraya + Karok in De House…

  adik n t-ah

Adik dan Athirah sebagai peneman…..lepas nie mesti dorang nak ikut lagi nie…

jangan T-ah tanya “ Ateh bila plak nak p rumah Kak Reena…nak karok” 

 

Eh eh tak kan la tak de kot gamba shida dengan Reena Retis Blogger Perak….suara nya sebiji macam Siti Nurhaliza….lepas nie tukar nama yer Reena…SITI NURREENATAN

reena

yehaaaaaaa…ini la gamba kenang kenangan bukti shida dah sampai ke teratak keluarga Tan…

 

pssssssssst : kerana makanan pun kita boleh rapat dan akrab….bersyukur sangat2…sebelum ini pernah jumpa reena tapi tak tegur sapa hanya senyum dan main mata saja…kihkih…rugi Fadil dan Aten tak datang…sedaaaaaaaap sangat2 makanan kat umah reena

Wednesday, November 9, 2011

Sambut AidilAdha di Terengganu, Sarawak dan London??

Assalamualaikum…
Hari Raya Qurban (Aidil Adha) yang lepas korang semua sambut di mana….ada yang dari Johor ke KL…yang di Terengganu balik Kedah…yang dok KL terpaksa beraya di KL walau kampung di Kedah….tetapi shida yang sememangnya dok Kedah dan kampung di Kedah sambut di Terengganu, Sarawak dan London dalam masa dan hari yang sama plak tu…..opppps jangan pelik dan terkejut yer…bawak bertenang..
Sebenarnya shida hanya sambut di tempat2 ini hanya pada juadah yang shida buat untuk tetamu di hari raya…
adha
beraya di Sarawak dengan 3 jenis Kek lapis
laksam
beraya di Terengganu dengan Laksam

Alhamdulillah…walau penat melapis kedua-dua juadah ini shida puas hati bila semua tetamu yang datang dapat menjamu selera dengan air tangan sendiri…ada yang mintak resepi dan ada yang memuji….dan ada jugak yang tak percaya semua nya shida buat sendiri siap kata beli lagi kek lapis sebab shida ada pembantu yang pandai packing….tahniah KAK JA…ang memang TERBAIK bab membalut….sabar je la kan…sakit pinggang kakakecik melapis tau….hehhee..itu cerita kek lapis….yang laksam plak ada kejadian membuat shida hampir2 putus asa…tapi dah tekad di hati nak buat untuk hari raya haji so…kena buat jugak walau apa pun terjadi…pandai2 la shida….konon nak rahsia dari mak..tapi tak boleh…mak balik je dari masjid terus cerita…..hehe..walau apa pun terjadi hampir 2kg tepung shida, mak n kak ja melapis untuk wat laksam….2 kg ikan selayang dijadikan kuah nya…

EH eh shida jugak pergi LONDON di saat-saat terakhir…setelah teringat badam masih ada….

almond london
beraya di LONDON…almond london 


pssssst : jangan marah yer…