Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 27, 2012

AidilFitri #1 : Biskut Red Pearl

 

Assalamualaikum dan Salam AidilFitri

 

Hampir bersawang blog kakakecik..orang lain dah cerita itu ini pergi raya sana sinu…tapi kakakecik baru nak share biskut raya yang kakakecik buat…untuk tahun nie kakakecik saja nak buat kelainan skit variasi biskut-biskut raya…tak mau la asyik biskut yang sama je..salah satu biskut baru yang terhidang atas meja raya lepas..BISKUT RED PEARL..resepi nya kakakecik ambil dari blog CENDANA KASIH, kakakecik berani nak cuba buat biskut nie sebabnya dengar2 eh bukan dengar2 la…kakakecik baca yang biskut nie digemari ramai..tu berani nak cuba..sedap ke tak korang cuba la buat dan rasa sendiri..kakakecik tak makan sebab ada cornflakes..hehe..tapi Mak Teh kakakecik makan dia kata sedap ranggup, siap mintak resepi lagi…

red pearl

Jom kita semak resepi untuk biskut nie.

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih


Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau) – terlupa letak
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
  2. Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Kakakecik jemput dan buatkan spt bebola dan tekan sikit.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
  4. Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
  5. Bakar pada oven bersuhu 165'c.

Selamat Mencuba

 

pssst: ayah n mak kata buat biskut apa tu..macam main2 je..huhu..sabo je la

2 comments:

bersama kak Es said... [Reply]

main2 pun orang mintak resepi ... tu baru main2 kannn..
kalau betul2 tak tau la, mesti masuk majalah SAJI

Selamat Hari Raya. Tak dak rezqi lagi nak jumpa shida

Zuraida Shuiab said... [Reply]

sedaplah....nak cuba